HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 12, 2015

Tegakkan Prinsip Luhurkan Budi

Perjuangan Islam yang kita dukung ini perlu diurus dengan kaedah dan feqh yang betul. Prinsip dan dasarnya yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah mesti ditegak dan dipelihara dengan optimis dan berani.

Islam diperjuangkan dengan penuh tanggungjawab dan direalisasikan perjuangannya dengan hikmah dan benar menurut pedoman dan manhaj al-Nabawi. Keluhuran akhlak dan aqal budi menjadi Izzah (kemuliaan/kehebatan) diri seorang pejuang.

Asasnya kita berjuang adalah untuk mendirikan Syariat Allah dan menyelamatkan manusia dari api neraka Allah. Justeru itu, ia tidak boleh dipengaruhi emosi untuk melampiaskan dendam amarah kepada pihak yang dibenci sehingga kebaikan mereka tetap ditolak, sebagaimana emosi juga tidaklah boleh membutakan mata terhadap pihak yang disayangi sehingga kebatilan mereka tetap dijulang.

Konsep perjuangan yang diketengahkan oleh al-Quran wajar dihayati dan diterjemah dalam gerak politik Islam yang kita dukung. Antaranya beberapa ayat sebagai contoh :

Bebaskan Ummah dari Api Neraka

Ayat 6 Surah al-Tahrim. (Bebaskan ummah dari api neraka.) Sewajarnya ia diaplikasikan dalam strategi perjuangan kita. 

Firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga oleh malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Berlaku Adil Terhadap Semua Pihak

Ayat 8 Surah al-Maaidah. (Berlaku adil sekalipun terhadap pihak yang dibenci). Sayugianya ia menjadi sempadan emosi pejuang. 

Firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Lunak Terhadap Pihak Yang Mahu Berdamai

Ayat 61 dan 62 Surah al-Anfaal. (Bersikap lunak terhadap pihak yang hulur tali damai). Selayaknya ia digarap dalam strategi melebarkan wilayah dakwah. 

Firman Allah swt:
وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
“Dan jika suara damai mereka itu bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.”

Tegas terhadap Pihak yang Memerangi Islam

Ayat 193 Surah al-Baqarah. (Perangi mereka yang memerangi Islam). Berani bertindak mendepani musuh demi memelihara kesucian Islam.
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) jadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.”

Beristiqamah Hingga Kemenangan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive