Undang-undang Berkaitan Pengambilan dan Penyalahgunaan Minuman Beralkohol Perlu Diperkemas
Cadangan menaikan had umur minimum untuk pengambilan alkohol dari 18 ke 21 tahun dan tambahan label amaran kesan penggunaan produk beralkohol seperti yang diumumkan Kerajaan baru-baru ini adalah suatu keperluan yang mesti dilaksanakan secara segera, tegas dan bersepadu bagi memastikan generasi muda khususnya dalam kalangan yang beragama Islam tidak lagi mengambil atau menggunakannya pada masa hadapan.
Bahkan, lebih daripada itu usaha untuk menjadikan negara ini sifar penggunaan dan pengambilan alkohol adalah amat wajar sekali memandangkan majoriti rakyat di negara ini beragama Islam dan bahaya atau keburukan arak ini telah pun diketahui oleh semua.
Menjelaskan keburukan arak ini, Allah s.w.t. berfirman;

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah : 91)
Sangat membimbangkan apabila Malaysia dengan majoriti penduduknya beragama Islam, mengeksport minuman beralkohol berjumlah lebih RM1 billion ke serata dunia terutama di Asia. Di negara ini pula, minuman beralkohol boleh didapati dengan mudah di serata negara dengan anggaran penggunanya berjumlah 3.5 juta orang.
Sekalipun negara ini adalah antara yang mengenakan cukai tertinggi terhadap produk beralkohol, namun dari segi pengunaannya tidak menampakkan sebarang penurunan, malah boleh dikatakan kekal tinggi setiap tahun. Berdasarkan laporan kewangan terbaru Carlsberg Brewery Malaysia Berhad, kadar kenaikan keuntungan yang dicatatkan ialah sebanyak 11%; memberikan signal jelas tentang tahap pengambilan alkohol di negara ini.
DPPM berpendirian bahawa adalah suatu keperluan untuk memperkemaskan lagi undang-undang serta penguatkuasaan terhadap gejala ini dengan mengambil Negeri Kelantan sebagai contoh terbaik bagi memastikan ia benar-benar berkesan. Pada aspek kaedah penjualan dan penggunaan minuman berlkohol, beberapa mekanisme harus dipertingkatkan seperti;

- Penjualan harus dihadkan kepada premis-premis tertentu sahaja dalam keadaan terkawal dan tertutup, tidak seperti kedai serbenaka yang mana boleh diakses oleh semua golongan yang memungkinkan perlanggaran penguatkuasaan serta undang-undang berlaku.
- Penguatkusaan had umur dan agama harus diperketatkan seperti dengan menunjukkan kad pengenalan ketika melakukan jual beli.
- Tidak dibolehkan mengadakan upacara atau majlis yang melibatkan minuman beralkohol ditempat terbuka atau meminumnya ditempat awam.
- Perlu diberikan kuasa yang sepatutnya kepada agensi penguatkuasaan terutamanya Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri atau Persekutuan untuk melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan.
- Memperkasakan mahkamah serta undang-undang Syariah agar dapat dilaksanakan penguatkuasaan dan penghakiman serta hukuman supaya menjadi lebih berkesan, tersusun dan menepati kehendak Syariah.
- Tiada kekangan atau halangan terhadap mana-mana agensi penguatkuasaan serta anggota penguatkuasa itu sendiri dalam melakukan penguatkuasaan.
- Perlu diperkemaskan lagi undang-undang terhadap penggunaan dan penjualan minuman beralkohol samada di peringkat Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah supaya tidak berlaku pertindihan kuasa mahupun kekeliruan bidang kuasa diantara satu sama lain.
- Perlu diadakan satu bentuk ‘Standard Operating Procedure’ dalam kaedah pengeluaran lesen, kaedah penjualan runcit serta penggunaannya kepada peniaga, peruncit dan orang awam.
DPPM berharap suatu jalan penyelesaian yang khusus dalam mengawal dan menguatkuasakan undang-undang dan penggunaan minuman beralkohol dapat disediakan dan dilaksanakan supaya ia tidak terus merosakkan rakyat di negara ini terutamanya generasi muda kerana generasi muda adalah masa depan negara.
Sekian.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
HAFEZ SABRI
Pengerusi,
Lajnah Dakwah DPPM
0 comments:
Post a Comment