HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 11, 2016

PAS Sertai Himpunan Aman Bantah TPPA

PAS akan bersama menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA bersama Kongres Rakyat pada 23 Januari (Hari Sabtu) 2016 di Dataran Merdeka.

Kami juga akan turut membantah TPPA dalam sesi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini.

Adapun untuk kami menyertai penganjuran bantah TPPA oleh pihak lain, akan kami nilai keperluan, kewajaran dan kesesuaian masa serta keadaan selepas ini.

Ahli PAS diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PAS atau mana-mana aktiviti yang direstui.

Tegasnya PAS mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan, PAS telah mengatur dan merencana aktiviti bantahan TPPA melalui pelbagai peringkat. Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa kami bantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive