HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 4, 2016

Sejarah Ringkas PAS Mengenai Muzakarah Ulamak Se-Malaya Pada 4 Januari 1953

Pada tahun 1953, PAS telah menganjurkan Muzakarah Ulamak Se-Malaya di Madrasah Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas bagi membincangkan 16 perkara khilafiah yang telah memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Perpecahan para ulamak semenjak awal abad ke-20 kerana isu-isu khilafiah telah berjaya disatukan semula oleh PAS pada 1951 apabila ulamak Kaum Muda dan Kaum Tua bersatu pendapat tentang tentang kewajipan memperjuangkan kemerdekaan dan menegakkan negara Islam. Kedua-dua aliran ini bersatu dalam PAS.

Namun begitu, penyatuan para ulamak telah mengancam musuh-musuh Islam, lalu isu-isu khilafiah seperti bilangan rakaat terawih, talkin, bacaan ushalli, cara bayaran zakat, bilangan jemaah solat Jumaat dan lain-lain dimainkan di media-media sehingga berlaku pergeseran di kalangan ulamak kedua-dua aliran ini.

Di dalam PAS sendiri, pertembungan ini berlaku di antara Sheikh Abdullah Fahim, Ketua Dewan Ulamak PAS yang juga Mufti Pulau Pinang yang mewakili Kaum Tua dengan Sheikh Ibrahim Aqibi, Ketua PAS Cawangan Pulau Pinang yang mewakili Kaum Muda dalam beberapa isu khilafiah. Yang Dipertua Agung PAS, Haji Ahmad Fuad Hassan dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Haji Ghazali Abdullah turut berselisih pendapat dalam isu pihak ketiga menerima wang dari sumber yang haram dalam isu loteri MCA.

Menyelesaikan pergeseran yang merugikan umat ini, PAS telah menganjurkan Muzakarah Ulamak Se-Malaya untuk mempertemukan ulamak kedua-dua aliran ini dan menyelesaikan kekusutan yang berlaku. 16 perkara khilafiah telah disenaraikan untuk dimuzakarahkan.

Walau bagaimanapun, Muzakarah Ulamak Se-Malaya pada 4 Januari 1953 ini gagal mencapai objektif apabila ulamak Kaum Muda tidak menghadirinya, sebaliknya menganjurkan satu muzakarah yang lain di Chung Ling School, Pulau Pinang pada 2-3 Mei 1953, selain menerbitkan buku “Risalah Penebas Bid’ah di Kepala Batas” tulisan Sheikh Tahir Jalaluddin. Semenjak kegagalan muzakarah ini, ulamak Kaum Muda telah meminggirkan diri dari PAS sehingga kemasukan Dr Burhanuddin al-Helmy pada akhir 1956.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive