HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, January 2, 2016

Penetapan Tujuan Perjuangan PAS Untuk Menegakkan Pemerintahan Islam (2 Januari 1963)

Pada hari ini dalam tahun 1963, PAS telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-11 bahawa tujuan utama perjuangan PAS ialah; 
“...Menjalankan ikhtiar-ikhtiar politik dan perlembagaan untuk mewujudkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu akan pemerintahan Islam yang berjalan di dalamnya hukum-hukum Allah, pegangan-pegangan Islam dan pandangan hidup Islam...” [ Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963, Fasal 2(1) ]
Pindaan terhadap Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1954 ini telah diterima dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS yang diadakan di Dewan Kesatuan Syarikat Guru-guru Melayu, Bandar Melaka pada 31 Disember 1962 hingga 2 Januari 1963. Pindaan ini dibuat untuk menyatakan dengan jelas kepada rakyat Persekutuan Tanah Melayu tentang tujuan perjuangan PAS dalam usaha menegakkan negara Islam di negara ini setelah kejatuhan khalifah pada 1924.

Sebelumnya, pada 1953, PAS telah menetapkan tujuannya adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat, yang kemudiannya disusun semula pada 1954 dengan menyatakan tujuan PAS adalah memperjuangkan cita-cita Islam dalam masyarakat dan pemerintahan negara.

Walau bagaimanapun, pada 26 September 1961, Prof. Zulkifli Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dalam kertas kerjanya “Kedudukan dan Penyusunan Semula (PAS)” telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk menyusun semula Undang-undang Tubuh PAS bagi menyatakan dengan jelas tujuan perjuangan PAS. Kertas yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26-28 September 1961 ini bertujuan memberi nafas baru kepada PAS pasca Pilihan Raya Umum 1959.

Pindaan ini walau bagaimanapun telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 pada 5-6 Januari 1962 supaya ia dibawa ke Mesyuarat Agung Khas PAS yang dijadual pada 22 April 1962. Namun begitu, atas faktor teknikal, mesyuarat agung khas itu tidak dapat dilaksanakan, yang menyebabkan usul penetapan tujuan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan pemerintahan Islam di dalam Undang-undang Tubuh PAS ini hanya dapat diluluskan sebagai resolusi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11 di Melaka yang berakhir 2 Januari 1963.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive