HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 26, 2015

Bersihkan Jamaah Daripada Gejala Fitnah-Memfitnah

Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Membiarkan fitnah berleluasa dalam jamaah kita. Sudahlah musuh tidak pernah berhenti menabur fitnah kepada perjuangan suci ini, maka janganlah kita pula menyuburkan budaya fitnah dalam jamaah sendiri. Kelak ia akan melumpuhkan kekuatan dalaman kita. Jangan juga kita memadam fitnah dengan menghidupkan fitnah yang baru, sebaliknya sepenuhnya kita bebaskan diri dan jamaah dari fitnah serta pengaruhnya.

Fitnah mesti diperangi termasuk mereka yang mencipta fitnah. Jangan berdolak-dalih dengan perjuangan ini.

Hayatilah Firman Allah;
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ائْذَن لِّي وَلَا تَفْتِنِّي أَلَا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ
“Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata; “Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berjuang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah”. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang inkar (kufur).” (surah al-Taubah ayat 49)

Sahabat seperjuangku!
  1. Berjuanglah dengan sendi Akhlak Islamiyyah yang utuh.
  2. Berpaksi kepada kebenaran tanpa kompromi.
  3. Jangan jual maruah diri dan jamaah untuk kepentingan agenda “orang lain” yang asing dari Manhaj Tarbiyah Islamiyah yang kita dokong.
  4. Tegas dengan prinsip dan dasar perjuangan. Jangan bermuka-muka dan bersikap “kluk klek” dalam meluruskan pendirian dan memurnikan pandangan.
  5. Sayangi jamaah dengan pelihara keabsahan atau ketulenan manhaj perjuangan. Jangan racuni jamaah ini dengan mengimport masuk pemikiran seperti “Perlaksanaan Islam Tanpa Syariat”, “PAS Hanya Parti Politik bukan Gerakan Islam” dan mana-mana aliran fikrah yang celaru dan keliru.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive