Pendekatan “Muqabalah” dan “Muzakarah”, Selangkah Memperkasakan PAS di Arena Politik
PAS yang telah berjuang di arena dakwah dan politik sejak 1951 telah melalui pelbagai pengalaman dan melaksanakan pelbagai strategi dan pendekatan dalam membawa risalah perjuangannya antaranya Tahaluf Siyaasi dengan pelbagai parti politik.
Terkini, selain Tahaaluf Siyaasi, PAS juga mengambil pendekatan “muqabalah” dan “muzakarah” iaitu berbincang, bertemu dan bermuzakarah dengan pelbagai pihak sama ada organisasi politik mahupun pelbagai badan bukan kerajaan.
Untuk itu, Presiden PAS dan beberapa pimpinan turut berucap sepentas dengan Presiden Umno dalam program anjuran Multaqa Alumni Al Azhar. Dato’ Takiyuddin Hasan selaku Setiausaha Agong bersama Dato’ Mustapa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS pula dihantar oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menghadiri Persidangan Agung PERKASA.
Sebelumnya pelbagai pihak dibawa sepentas bersama PAS bagi memperkukuhkan agenda rakyat menerusi Kongres Rakyat.
Pendekatan ini bertujuan memecah tembok dan penghadang yang menghalang dakwah dan politik Islam diperturunkan sehingga ke akar umbi masyarakat.
Juga bagi menampilkan wajah PAS sebagai wadah pembangkang politik yang konstruktif iaitu mengkritik kerajaan semasa secara membina dan menasihati secara lunak dan tegas serta berprinsip.
PAS pula bakal mengemukakan pandangan-pandangan alternatif bagi pelbagai kemelut negara melibatkan ekonomi termasuk alternatif percukaian GST dan konsep memampu-milikkan perumahan yang baru sahaja dimuzakarahkan oleh pimpinan tertinggi PAS pada sabtu lalu 19hb Disember 2015.
Asas kepada pendekatan ini ialah firman Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun alaihimassalam:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى. فَقُولا لَهُ قَوْلا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia telah melampaui batas. Lalu sebutlah kepadanya kata-kata yang lunak mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau takut.” (surah Taha ayat 43-44)
Al-Quran mengenengahkan konsep bertemu, bermuzakarah, berdebat dan berbincang untuk tujuan menyampaikan pandangan dan prinsip kebenaran meskipun kepada pemerintah yang sangat zalim mendakwa diri sebagai Tuhan seperti Firaun.
Menurut Imam Ibnu Kathir; ayat ini mengandungi pengajaran sangat besar iaitu Firaun berada dalam keadaan sangat zalim, sombong dan angkuh membesarkan diri sendiri sedang Nabi Musa pula manusia terpilih oleh Allah. Meskipun begitu Allah tetap mengarahkan Musa untuk berbicara dengan Firaun secara lunak dan lembut.
Pendekatan terkini PAS ini mungkin tidak disenangi oleh setengah pihak berkepentingan yang bimbang PAS menjadi lebih kuat, berpengaruh dan berperanan lebih besar dalam arena politik tanah air. Justeru, media baru diperalatkan untuk mengecam dan memperkecilkan pendekatan ini.
PAS berpandukan al-Quran dan Sunnah akan terus menjadi perintis, pemandu dan pembimbing kepada umat khususnya rakyat Malaysia dalam menggarap politik kepartian yang matang demi kemaslahatan rakyat khususnya marhaen.
Sekian.
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments:
Post a Comment