Enjin Rosak, Tukar Pemandu?
Kian hari pendirian PAS dalam sesuatu isu yang melanda negara terus menggamit perhatian umum. Sebahagiannya ikhlas dan mengambil sikap yang jernih untuk memahami mahupun mencari pencerahan dari sumber yang betul. Sementara sebahagian yang lain terus mengesahkan bahawa masih wujud segelintir pengamal politik emosi yang mentah dan politik persepsi yang dangkal.
Satu aspek, saya melihat seperti terdapat “escape plan” yang sedang dipersembahkan oleh pihak tertentu ke pentas politik negara setelah mereka sendiri terperangkap dalam amalan politik purba yang akhirnya mereka malu sendiri setelah menyedari bahawa era kini telah beranjak jauh meninggalkan pencapaian dan standard perkiraan politik mereka.
Politik Matang dan Sejahtera
Suhu politik negara masih kekal tinggi apabila kenyataan YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS kelmarin menegaskan bahawa PAS tidak akan menghadiri himpunan Anti Najib pada 27 Mac akan datang. Penegasan Tuan Guru Presiden tersebut telah didebatkan oleh pelbagai pihak yang pro dan kontra.
Sewajarnya saya nyatakan di sini bahawa pendirian yang diambil oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS adalah menepati kriteria budaya politik matang dan sejahtera yang sedang diterajui oleh PAS dewasa kini. Kriteria yang dimaksudkan itu ialah, orientasi politik berasaskan prinsip dan politik berteraskan dakwah. Sekaligus ia bermakna PAS menolak politik kebencian dan politik emosi. Sementelah PAS sejak awal memilih kaedah demokrasi untuk menaik dan menurunkan seseorang pemimpin. PAS menolak budaya anarki.
PAS Bahtera Penyelamat
Perlu disedari oleh semua, bahawa politik PAS adalah untuk menyelamatkan ummah dengan Islam yang dijulang dan syariat yang diperjuangkan. Justeru itu, PAS tidak memusuhi individu sebaliknya apa yang dimusuhi oleh PAS ialah ideologi, dasar dan sistem yang bertentangan dengan syariat Islam.
Kehadiran PAS di persada politik tanahair adalah membawa agenda perubahan total. Generasi telah menyaksikan kerosakan yang parah berlaku dalam negara kita dan ia adalah bermula dengan ideologi, sistem dan dasar yang tidak patuh syariat. Sistem dan dasar ini pula melahirkan aktor yang berani dan tergamak melanggar batas syara’.
Namun PAS bagaikan tuan doktor yang menerima dan merawat pesakit kronik, biarpun busuk dan luka bernanah ia tetap menjadi patient kepada doktor itu. Lantaran doktor hanya memerangi penyakit bukan pesakit walau bagaimana keadaan penyakit tersebut.
Pendekatan PAS

Jika akar umbinya telah rosak, tidak ada erti perubahan sekadar mematahkan rantingnya. Jika enjinnya telah rosak, tidak ada erti perubahan sekadar menggantikan pemandunya. Jika sistem dan dasarnya yang rosak, tidak ada erti perubahan sekadar menukar aktornya.
Tiada siapa yang menafikan bahawa negara sedang dilanda pelbagai kemelut dan polemik. Samada sektor politik mahupun ekonomi dan sosial. Bermula dari rasuah, riba, pecah amanah, perkauman, jenayah dan sebagainya yang semakin getir dan bakal meruntuhkan peradaban ummah, segalanya adalah manifestasi dari kegagalan ideologi, dasar dan sistem negara.
Destinasi masih jauh. Kenderaan alami kerosakan pada enjin. Tetapi kenapa kelam kabut syarikat mahu tukar pemandunya? Telah tiga orang pemandu ditukar ganti. Kenderaan masih gagal berfungsi kerana langkah yang diambil oleh syarikat tidak betul dan membuang masa. Sebaliknya, sekadar memberi harapan baru kepada penumpang dan orang ramai kononnya kenderaan itu akan kembali berfungsi dengan baik.
Usahlah Terpedaya
Tidak lama selepas ini, semua akan sedar bahawa pertukaran pemandu baru juga tidak membuatkan kenderaan itu pulih. Apakah selepas itu, pemandu akan ditukar lagi? Lantas sekali lagi menggamit harapan baru para penumpang dan orang ramai bahawa kenderaan akan pulih kembali?
Rupa-rupanya pihak syarikat hanya sekadar memperdayakan penumpang dan orang ramai agar tidak memilih kenderaan lain, justeru itu harapan demi harapan dijanjikan terutama dengan menampilkan pemandu yang baru.
PAS sejak awal telah menawarkan kenderaan yang baik dan pemandu yang berhemah kepada publik untuk menuju destinasi yang masih jauh. Marilah sertai PAS dengan kenderaan dan pemandunya yang baik. Usah terpedaya dengan piket yang dianjurkan kononnya mereka memerlukan pemandu yang baru, walhal kenderaan itu mengalami kerosakan enjin yang teruk.
Sudah berapa ramai pemandu bertukar ganti, kenderaan masih gagal berfungsi, apakah masih mahu tukar pemandu lagi? Enjin rosak, tukar pemandu? Jelas bahawa piket untuk menukar pemandu itu sebenarnya mempunyai agenda untuk mempertahankan kenderaan yang rosak, persoalannya kenapa harus kita terpedaya?

Saya kira pendirian PAS sangat jelas. Tidak selayaknya masih ada yang keliru dan tidak yakin. PAS konsisten tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan pemimpin secara tidak demokratik. Sama ada melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato’ Mukhriz mahupun Dato’ Seri Najib. Bahkan persoalan yang perlu diteliti juga, apakah pengganti Najib akan membawa pembaharuan dan kebaikan kepada negara, kalau beliau tetap datang dari sistem dan acuan yang sama. Bahkan PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta menyengsarakan rakyat yang sedia susah.
0 comments:
Post a Comment