HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, March 8, 2016

Presiden Adalah Amir Jamaah

Politik suatu yang dinamik. Tentu sahaja terdedah dan terbuka kepada polemik dan pertikaian yang dicipta oleh pelbagai pihak dari masa ke semasa. Namun PAS sebagai sebuah Jamaah Islam, meskipun berdepan dengan ribut dan taufan isu, ia tetap bergerak dan mendepani cabaran dengan optimis dan tabah.

Sejak zaman Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam hinggalah ke zaman para sahabat dan tabi’en, pentas politik sentiasa dimeriahkan dengan polemik, pertikaian, krisis malah juga peperangan. Justeru politik itu hidup dan dinamik. Tidak ada apa yang mahu dirisaukan sebaliknya ia senantiasa menjadi ruang dan peluang untuk jamaah terus bergerak maju dengan dinamika perjuangan yang berasaskan prinsip Amal Islami ini.

Hari ini PAS kembali mencuri tumpuan negara mengenai sikap dan langkah politiknya terhadap gerakan terbaru Tun Dr Mahathir dan rakan-rakannya.

Sementara itu, PAS telahpun membuat keputusan rasmi melalui satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agungnya bahawa PAS tidak menyertai majlis menandatangani Deklarasi Menyingkirkan YAB Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri. Keputusan ini kekal sebagai keputusan rasmi PAS. Antara keputusan yang telah dimuktamadkan ialah;
  1. PAS tegas tidak bersetuju menjatuh dan menaikkan seseorang pemimpin melalui jalan yang tidak demokratik.
  2. PAS mahu pilihanraya umum diadakan segera untuk kembali menyerahkan kepada rakyat membuat keputusan terhadap kepimpinan negara akan datang setelah kerajaan yang ada pada hari ini terpalit 1001 isu yang melibatkan integriti kepimpinan.
  3. PAS mempunyai langkah dan strategi tersendiri dalam melakar tindakan mendepani cabaran politik semasa tanpa perlu terikat  dengan gerakan mana-mana pihak.
Namun dalam masa yang sama, dua orang pimpinan PAS iaitu Dato’ Mustafa Ali dan Dr Khairudin Aman Razali at Takiri telah diberi amanah dan keizinan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden berasaskan pertimbangan tertentu bagi menghadiri dan mengambil maklumat mengenai gerakan yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir. Ia juga satu “political enggagement” yang dilihat wajar. Tindakan ini sebenarnya menelusuri  peta besar dan “road map” yang telah dilakar dengan teliti oleh PAS untuk terus menerajui gerakan perubahan total dalam negara tercinta ini.
Berasaskan prinsip Amal Jama’ei, Presiden sebagai seorang Amir Jamaah mempunyai hak (hak Amal Jama’ei dan hak Perlembagaan parti) untuk membuat keputusan segera dalam situasi tertentu yang dirasakan perlu untuk kepentingan parti dan mencongak strategi semasa meskipun  secara makronya dilihat berbeda dengan keputusan awal parti. Lantaran ini hanya melibatkan perkara strategi dan pendekatan yang pastinya tertakluk kepada perubahan semasa yang dilihat perlu oleh pucuk pimpinan. (Ia bukanlah melibatkan perkara dasar yang tentunya tidak boleh diubah oleh sesiapa melainkan Muktamar Tahunan PAS dan Majlis Syura Ulamak PAS)
Sememangnya situasi ini berbeza malah tidak boleh disamakan dengan tindakan peribadi yang bermaksud sengaja mahu menyanggahi parti atau tindakan peribadi yang tidak mendapat keizinan daripada pucuk pimpinan.

Pelajaran dari Sirah al-Nabawiyah, secara mudahnya boleh kita lihat bagaimana keputusan telah dimuktamadkan oleh Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam bersama para sahabat untuk berangkat mengerjakan haji ke Baitillahil Haram di Makkah al-Mukarramah.

Namun di pertengahan jalan, apabila tiba di Hudaibiyyah, Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam telah mengambil keputusan yang berbeda dengan keputusan asal apabila Baginda sallallahu‘alaihi wasallam telah mendatangani satu perjanjian dengan pihak kuffar Quraish sedang perjanjian itu dilihat secara kasarnya adalah berat sebelah dan sekaligus membatalkan hasrat mereka mengerjakan haji pada tahun itu sedang mereka semuanya telah pun berihram.

(Para sahabat diminta menyembelih kambing untuk membayar dam bagi menamatkan ihram dan kembali semula ke Madinah. Keputusan asal mereka bersama Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam untuk mengerjakan ibadah haji dibatalkan oleh tindakan dan arahan berasaskan perkiraan dan strategi semasa oleh Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam sendiri)

Pada waktu itu, kita menyaksikan terdapat para sahabat yang tidak boleh menerima keputusan Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam yang membatalkan keputusan awal mereka untuk mengerjakan Haji. Namun Nabi sallallahu‘alaihi wasallam tetap tegas dengan keputusan Baginda dan akhirnya sahabat akur serta taat kepada keputusan Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive