HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, March 23, 2009

Peribadi Petugas Parti Yang Bertaqwa

Tajuk atau kertas kerja ini dikemukakan untuk bahan perbincangan ke arah melahirkan petugas - petugas parti yang beriman dan bertaqwa . Lantaran taqwa adalah satu jambatan yang menghubungkan insan dengan Rabbnya. Jambatan itulah kelak akan memudahkan nusrah dan maunah disalurkan .

Tanpa hubungan erat antara amilin atau petugas parti dengan Allah swt bagaimanalah perjuangan yang didokong ini mampu beroleh kemenangan [ nusrah ] sedang kemenangan itu adalah milik dan anugerah Allah swt .

Intro 1

Insyaallah perbincangan kita kelak akan menggariskan beberapa ciri - ciri atau kriteria petugas parti [ abna'ul Harakah ] yang menepati standard piawaian yang dikehendaki oleh Rasulullah saw.

Kita tidak mahu petugas parti yang hanya mengaku dan mendakwa dirinya sebagai petugas atau pejuang sedang aqidahnya masih samar , fikrahnya masih kabur dan peribadinya masih culas .

Kita juga mahu memastikan parti atau jamaah yang kita dokong ini turut menepati sebuah Gerakan Islam yang berperanan untuk berjuang bagi mengembalikan khilafah Islam yang telah hilang malah membina kembali daulah Islamiyah yang telah runtuh .

Intro 2

Bila kita bincang mengenai syakhsiyyah amilin yang bertaqwa , maka ia melibatkan semua anggota parti tanpa kecuali . Semua kita adalah amilin atau petugas parti / jamaah Islam ini . Tinggal lagi petugas - petugas ini diagih tugas mereka mengikut keupayaan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh jamaah .

Ada yang bertugas [ amilin ] sebagai al Mursyidul Aam , dalam PAS tugas besar ini diamanahkan kepada Al Fadhil Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz . Ada yang bertugas sebagai Presiden dan ianya diamanahkan kepada Al Fadhil Tuang Guru Haji Abdul Hadi . Ada yang bertugas sebagai Ketua Dewan Pemuda maka tugas ini pula ditaklifkan kepada Yb. Salahudin Ayub .

Begitulah seterusnya , pelbagai jawatan dan amanah sebagai agihan tugas telah diagih dengan penuh kepercayaan oleh jamaah agar dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab . Semuanya bertugas dalam bidang dan skop tanggungjawab masing - masing . Justeru itu , perbahasan mengenai amilin ini merangkumi semua anggota jamaah .

Saya merasakan bahawa memahami amilin parti sebagai staff pejabat , suk , pegawai tugas - tugas khas dan lain - lain adalah silap , sebaliknya amilin itu ialah mereka yang beramal atau bekerja untuk membangunkan perjuangan Islam ini dengan menjadikan jamaah ini sebagai platform . Pastinya ia meratai seluruh anggota parti , bermula dengan al Mursyidul Am hinggalah pegawai am di pejabat agong parti itu semuanya adalah amilin .

Peribadi yang kita mahu bina dikalangan petugas jamaah bukan sahaja terhenti pada gaya penampilan berwibawa , aksi kehidupan berhemah dan juga fikrah Islami yang syumul tetapi juga memberi penumpuan kepada pembinaan spiritual yang mantap .

Amilin [ petugas ] parti mestilah bertolak di atas nokhtah Ikhlas dan Tajarrud . Ikhlas dengan maksud segala amal dan tugasan yang ditaklifkan ke atas dirinya , dilaksanakan semata - mata kerana Allah swt . Justeru Ikhlas adalah rahsia Allah swt . Kita boleh menilainya melalui kesan - kesan langsung yang menunjuk kepada ikhlas .

Antara petanda ikhlas bagi seorang petugas ialah :

Nawaitu yang tepat dan jelas kerana Allah swt , bukan kerana mahu menjawat jawatan , publisiti dan lainnya sehingga melanggar disiplin amal Islami .

Bekerja atau bertugas walau tanpa jawatan
Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran
Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari tugasan atau tanggungjawab
Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan
Perihatin terhadap keperluan parti / jamaah
Tolak ansur dalam mengendalikan gerakkerja jamaah
Menghormati generasi terdahulu yang lebih merintis jalan perjuangan
Senantiasa muhasabah diri dan aktiviti yang telah dilaksanakan
Mengakui dan menginsafi kesilapan diri
Menjaga rahsia parti / jamaah
Menepati keputusan dan ketetapan parti / jamaah
Tidak mengklasifikasikan ketaatan kepada pimpinan
Aktif tidak mengira musim

Sementara Tajarrud pula bermaksud fokus . Tawajjuh kepada Allah swt tanpa campur tangan elemen - elemen luar . Dalam melaksanakan tugasan , ia fokus kepada Allah swt tanpa terlalai dengan apa jua kepentingan selain Allah swt . Tiada serampang dua mata melainkan hanya untuk Allah swt dan kepada Allah swt .
























2 comments:

Muttaqin_165 said...

Salam, Alhadulillah, ustaz memahami fikrah sertaq berjiwa zikir dan fikir, namun tidak seharusnya ia berakhir di sini Ada beberapa perkara;
1.Kebanyakan ahli dan masih ada ahli pas yg tidak memahami filrah dan fiqh dakwah, masih ramai menyokong pas kerana Allah, tetapi meletakkan kebagusan pas sebagai asbab utama
2.ramai lagi org pas dan pimpinannya yg ckp taksub pd pegangan pas sehingga enggan menolak dan memandang sinis terhadap kebaikan org lain.
3.ada lagi pimpinan pas yg tidak mematuhi sepenuhnya panduan agama, masih ada pimpinan pas menabur fitnah, mensensasikan spekulasi apa lagi menghina dan mengumpat secara berlebihan diatas pentas ceramah, ingatlah keberkatan tidak akan wujud jikapun pas boleh mng dgn cara ini walau d peringkat negara.
4.Jika pimpinan dan ahli pas sendiri bersikap sebegini, mungkinkah mereka dpt menerima sebuah sistem islam yg lebih besar dan global, atau mereka hanya menggunakan pas sebagai platform ambisi mereka.

Anonymous said...

Ustaz Din
Pak Lang minta izin nak masuk tajuk ini keblog Pak Lang sebagai bahan rujukan,panduan dalam perjuangan dll.Semuga ustaz izinkan kalau tidak bolih pak lang delitkan.Sekian semuga diizinkan.
Yang Berharap
Pak Lang tantawi

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive