HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, April 20, 2009

Islamisasi , Islam Hadhari & 1 Malaysia



Rakyat Malaysia kini seperti diperbodoh oleh pemimpin negara . Zaman Tun Dr. Mahathir , beliau mengumandangkan slogan Islamisasi atau penerapan nilai - nilai Islam .

Slogan ini berjaya menarik minat beberapa tokoh dan aktivis dari luar UMNO untuk menyertai UMNO dengan sangkaan slogan ini adalah pintu masuk untuk mereka perjuangkan Islam dan memulihkan imej UMNO yang tercalar teruk dengan pelbagai skandal dan anutan ideologi yang bercanggah dengan Islam .

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sedikit sebanyak menghadapi cabaran sengit dari UMNO justeru melayu muslim di negara ini turut menaruh kepercayaan kepada UMNO dengan slogan Islamisasi tersebut kononnya UMNO juga mahukan Islam .

Setelah lebih 20 tahun , penerapan nilai - nilai Islam tidak berjaya mewujudkan masyarakat yang berteraskan sistem nilai Islam yang sebenar , jauh sekali kedaulatan syariat . Sebaliknya masyarakat dan negara terus terhimpit dalam masaalah korupsi ynag menjejaskan kestabilan ekonomi dan politiknya.

Tun Dr. Mahathir mula dilihat sebagai pemimpin yang perlu bertanggungjawab dalam meletakkan negara terus tenat menghidap barah rasuah dan penyalahgunaan kuasa . Akhirnya satu pelan peralihan kuasa terpaksa dimeterai setelah menyaksikan kebangkitan rakyat benar - benar mempamerkan kebencian mereka terhadap UMNO dan kepimpinannya .

Sejak itu , Kepimpinan UMNO dan negara diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi . Pilihanraya umum 2004 UMNO kembali mencapai kejayaan gemilang bersama slogan baru yang diketengahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Islam Hadhari .

Bukan sahaja menenggelamkan slogan lapuk Islamisasi yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir tetapi Tun Abdullah menggerakkan seluruh agensi kerajaan dan jabatan - jabatan swasta untuk melagang Islam Hadhari sehinggalah tertubuhnya JASA yang bertanggungjawab langsung bagi memastikan Islam Hadhari benar - benar dianut oleh rakyat dan apa yang paling penting ialah memperkukuhkan kedudukan Tun Abdullah dan UMNO itu sendiri .

Berbekalkan pengalaman silam berdepan dengan projek Islamisasi , rakyat ternyata cepat menghidu kepalsuan Islam Hadhari tersebut . Biarpun ramai kawan - kawan seperguruan saya [ maaf - sedih mengenangnya ] turut terperangkap dalam jerat Islam Hadhari sehingga sanggup menjadi penceramah Islam Hadhari malah melobinya ke serata negara . Kononnya ini adalah pendekatan terbaik untuk perlaksanaan islam dinegara ini .

Satu persatu helah bermadah Islam Hadhari ini didedah . Al fadhil Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sempat mengarang sebuah kitab yang berjudul Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari untuk mendidik rakyat betapa Islam Hadhari adalah satu mazhab yang salah bah sesat lagi menyesatkan .

Kegagalan Tun Abdullah dalam memimpin negara dengan baik tambah mempercepatkan lagi proses penolakkan rakyat terhadap Islam Hadhari dan sajak keramatnya yang bertajuk Mencari Damai Abadi . Biarpun JASA dan JQAF berperanan besar untuk menyemarak aliran Islam Hadhari ke tengah masyarakat , ternyata ianya tidak berkesan kerana kini mereka berdepan dengan rakyat yang telah didik dan sangat berhati - hati dengan penipuan UMNO .

2008 menyaksikan rakyat bangkit semula dari kekalahan 2004 melalui referundum yang dipungut melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke 12 . Kejatuhan 5 buah negeri ke tangan parti bukan UMNO dan BN sangat membuatkan mereka terduduk dan termenung panjang , sukar menerima realiti dan payah mencari alasan kenapa jadi begitu ?

Islam Hadhari gagal berfungsi sebagai vaksin yang boleh menyelamatkan UMNO dan BN dari wabak rasuah yang kian menular dalam segenap urat saraf dan sendi tulang UMNO dan BN . Kali ini giliran Tun Abdullah terpaksa merelakan dirinya dikambing hitamkan atas kekalahan memalukan UMNO dan BN itu .

UMNO bukan sahaja masih termangu mencari alasan kenapa mereka ditolak dengan begitu drastik oleh rakyat , bahkan mereka berdepan pula dengan krisis dikalangan pemimpin mereka . Saling salah menyalah dan saling tuding menuding antara mereka . Masing - masing enggan mengalah dan mengaku kalah .

Maka sekali lagi pelan peralihan kuasa dimeterai sebagai formula menyelamatkan UMNO dan BN dari terus dipasung oleh rakyat . Harapan mereka dengan kepimpinan baru kelak , rakyat sekali lagi memberi ruang mereka bernafas biarpun hanya seketika untuk mereka mencari idea menyelamatkan UMNO dan BN.

Saya sedari awal telah menjangkakan satu lagi slogan baru akan menggantikan Islamisasi dan Islam Hadhari sekaligus memuziumkan legasi Tun Mahathir dan Tun Abdullah .

Sebagaimana pelan diatur , Dato' Seri Najib menaiki takhta dengan megah dan bergaya sungguhpun beberapa aspek yang agak misteri . namun tiada apa yang dihairankan kerana kehidupan Dato' Najib sendiri sejak menjejak belakang Pak Lah sehingga ia menaiki takhta penuh dengan episode misteri .

Tidak sampai seminggu pun beliau menjadi Perdana Menteri , maka terhamburlah slogan yang saya nanti - nantikan . Tapi kali ini agak lucu dan saya gagal menahan ketawa sebaik mendengar slogan itu diungkapkan oleh Dato Najib , One Malaysia ia ... One Malaysia .

Memang saya ketawa besar dengar slogan ini . Spontan saya bertanya balas kepada pembaca berita di TV yang melaporkan biarpun dia tidak mendengar pertanyaan saya ..... apa ? one apa ? Formula One ...:) ... :) . Adusss , Najib ... Najib ...

Pertama : Tiada perkataan Islam langsung dalam slogan ini . maka saya berteka - teki , agaknya angle mana Kol. Jamil Khir dan partnernya Dr. Mashitah akan ambil untuk mempromosikan One Malaysia ini . Begitu juga para mufti dan imam - imam mereka . Mungkin mereka kena pergi tengok Formula One dulu baru dapat formula . Dr. Mashitah yang dulunya menjadi wira Islam Hadhari tentu kena buka kitab baru . Sebab sangat jauh beza makhraj Islam Hadhari dengan One Malaysia tersebut !

Kedua : Apakah JASA dan JQAF akan dilenyapkan ? atau mungkin juga ditukar fungsi kepada agenda merangka F1M [ Formula One Malaysia ] . Berapa juta pula mereka nak habiskan wang nanti ? Barangkali ini membuatkan Dato' Najib teragak - agak untuk meletak calun di DUN Penanti kelak .

Ketiga : Telah menjadi kelaziman pemimpin politik seperti mereka . Tergesa - gesa melontar slogan , selepas itu barulah mereka kalut mencari tokoh dan figure yang boleh mengemukakan draf dan sekaligus mempromosikannya kepada masyarakat . Selepas ini berapa banyak seminar dan siri penerangan yang akan dianjurkan untuk menjelaskan apa bendanya One Malaysia .

Masih terlalu awal untuk meramal dan saya bukan tok nujum untuk menyebut apa pula nasib One Malaysia seterusnya . Namun saya yakin , satu lagi muzium akan dibuka selepas ini .

Rakyat jelas lebih berwaspada dengan sogokan dan momokan slogan seperti ini . Sambil mereka menanti penuh sabar dan debar , rakyat juga sedia menghukum sebarang penipuan dan kepalsuan slogan yang hanya untuk mengulit dan mengalpakan mereka . Kini saya yakin rakyat telah matang berpolitik dan tidak lagi terpedaya dengan pukauan UMNO yang menjadikan rakyat khayal tanpa sedar menganggap kononnya hanya UMNO yang layak memerintah negara dan UMNO sekali - kali tidak boleh dikalahkan .

Anda bagaimana ? setuju dengan saya ? :)

9 comments:

Anonymous said...

alah..dah menang cakap 'rakyat bangkit lah' itu lah..tapi bila kalah nanti cakap apa plak?SPR tipu?BN main kotor?Islamnye kamu..

Anonymous said...

kau pun tak jawap soalan whai ustas..sibuk nak buat negara islam itu ini,macam mana dengan PKR dan DAP?Depa nak buat ke negara Islam yang PAS nak tu?Jawap la kalau PAS tu betul2 betul!

Aku Bukan Si Katak Lompat said...

ape la anonymous nie. merapu tak tantu pasal ajer..

bagi salam pun tidak, entah datang dari agen mana entah. Mesti najib upah engkau suh komen dalam blog ust nie.

memang rakyat sentiasa bangkit. dan BN. sentiasa main taktik kotor. Tak kiralah samaada kita menang atau kalau, BN tetap selamanya main taktik kotor.

Dahlah!

Ustaz, jgn dilayan sgt budak hingus nie. Agen UMNO memang macam nie.

~ walau apa apapun orang nak kata, kita PAKATAN RAKYAT tetap x akan goyah.

Eurocopter Scandal said...

Hee, ustaz ni kelakar jugak siap tanya pembaca berita lagi. Kalau benar benar pem. berita tu dengar, pasti dia akan jawab macam nie :

* One MAlaysia dah tahu Najib banyak skandal

* One Malaysia dah tahu Najib ada hubung kait dengan ALtantuya

* One Malaysia dah tahu siapa penderhaka yang sebenar

* One Malaysia dah tahu UMNO nie parti pencacai

* One Malaysia dah tahu UMNO kalah lagi

* One Malaysia dah tahu bla bla bla.. (ust tambah lah yer)

p/s : syyy.. jgn bagi anonymous dgr, nanti dia bagitahu Najib, sebab ada org kata dia tu agen Najib, cis!

Anonymous said...

huhuhu!!serius giler kamu ni!rilek la brader..macam lah gua ni ambik port sangat pasal politik korang tu..hahahaha!!!!Bangang bangan..terlampau banyak tengok wayang gambar kome ni..siap panggil gua agen umno tuuu..hahahaha!

SabooNoo.. said...

Salam Ustaz

Eeeehhhh, PAS dah tak nak Negara Islam dah. Takkan lupa kot.

Tak caya tanya Erdogan, Nizar & the Team.

SaboNoo..

hijauaman said...

ILHAM Pahang : Pendaftaran Baru Dibuka


Assalamualaikum Wbt.

ILHAM atau nama sebenarnya Institut Latihan Kepimpinan Dan Dakwah Islamiyyah adalah merupakan satu institut yang menawarkan program pengajian Islam

ILHAM kini menawarkan pakej kursus yang lebih mantap dan sesuai dengan tuntutan perjuangan bagi menyediakan barisan pejuang dakwah yang bersedia menghadapi cabaran dan kepayahan perjuangan masa kini.

Melalui alternatif pendidikan islam secara formal ini, maka ILHAM telah menawarkan program pengajian Diploma Kepimpinan Islam (DKI)

Tempoh pengajiannya adalah selama satu tahun (3 semester) dan yuran pengajiannya pula adalah sebanyak RM 250 per satu semester (beserta dengan modul).

Sebanyak 12 modul yang akan dipelajari sepanjang satu tahun pengajian ini. Pada setiap semester, terdapat 4 modul yang akan dipelajari. Antara modul modul yang akan dipejari adalah seperti berikut :


Semester 1

* Pengantar Pengajian Al Quran
* Aqidah Islamiyyah
* Politik Islam
* Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia (i)


Semester 2

* Pengatar Pengajian Hadith
* Fiqh Islami
* Ekonomi Islam
* Sejarah Gerakan Islam (ii)


Semester 3

* Fiqh Jihad
* Pengajian Pengurusan Islam
* Fiqh Dakwah
* Sirah Nabawiyyah


Maka dengan itu, ILHAM Cawangan Negeri Pahang sekali lagi akan membuka pendaftaran baru bagi kemasukan sesi ke 2 yang akan bermula pada Bulan Jun 2009 ini.

Akademi Ar Rasyidin, Kuantan Pahang selaku pengajur dengan secara sukacitanya mengalukan-alukan kepada seluruh ahli PAS yang memenuhi kretiria-kretiria dan syarat-syarat tertentu agar dapat mengikuti program pengajian ini.

Sesungguhnya, melalui ILHAM ini, ia sekurang kurangnya mampu untuk melahirkan pejuang yang kental disamping melahirkan ahli yang memahami gerakan islam dan PAS.

Sepertimana ucapan pengarah ILHAM Pusat, al Fadhil Ustaz Idris Ahmad semasa merasmikan ILHAM cawangan Negeri Perak baru baru ini, beliau berkata :


" Dengan adanya ILHAM dan program pengajian Diploma Kepimpinan Islam ini, kita mahu melahirkan peribadi pejuang dan pendakwah yang mantap dari sudut sahsiah, ilmu, disiplin dan menjadi teladan yang baik kepada masyarakat. "


Kepada sesiapa yang berminat dan untuk keterangan yg lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami di talian 09-5688182 (Pejabat Akademi Ar Rasyidin) atau boleh menghubungi terus kepada saya di talian 014 - 5008769 (En Nik Hafizul)


Sekian Terima Kasih.


"Perjuangan Ini Adalah Berasaskan Ilmu &
Tiada Alasan Bagi Kita Untuk Menuntut Ilmu"


ALlahu Akhbar!

Anonymous said...

lihatlah apa yang cuba diperjuangkan PAS..Islam tetap menjadi agenda,tgklah sendiri dimana kepincangan akhlak org2 PAS berbanding UMNO..maaf cakap,jauh berbeza,soal akhlak,aurat memang out langsung ..sebab tue sampai sekarang aku masih tak boleh naksokong UMNO..pemimpin wanitanya langsung tak tunjuk akhlak yang moral..bilalah nak jadi pemimpin yang betul2 menitikberatkan aurat yang menjadiperkara wajib bagi org islam?tanyalah pemimpin UMNO sendiri..

Anonymous said...

Salam,
Ustaz tolong intai kat departmen pendaftaran ahli Pas.Kenapa lambat sgt nak dapat no ahli?Form dah hantar kpd Pas Kawasan...tolong ya ustaz.....tq....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive