Ulangtahun Perkahwinan kali ke 15
Hari ini dalam sejarah . Biarpun sedang sibuk bergelut memenangi hati pengundi di Bukit Gantang dengan mesej perjuangan yang dibawa selama ini , hari ini membawa kenangan yang cukup indah dalam hidup saya .
Hari ini genaplah 15 tahun saya mendirikan rumahtangga berkongsi hidup menghadapi suka duka dan pahit jerih perjuangan bersama isteri tercinta Wan Hamidah bt Wan Daud .
Kini kami dikurniakan 6 cahayamata alhamdulillah dan menetap di Balok Sejahtera Kuantan Pahang . [ 019 916 8182 / tantawy08@yahoo.com ]
Iffatul Hannan - 14 tahun
Iffatul Munirah - 12 tahun
Afif Syairazi - 10 tahun
Afif Syaibani - 8 tahun
Iffatul Widad - 6 tahun
Afif Syaikhani - 4 tahun
Insyaallah , jika ada kelapangan waktu dan kewangan yang memadai , seperti biasa kami akan mengadakan majlis kesyukuran secara kecil - kecilan bersama anak - anak buah di Akademi Ar Rasyidin sempena ulangtahun perkahwinan kami ini .
Apa yang paling penting buat masa ini , saya perlukan sahabat dan rakan taulan termasuklah para pengunjung setia bolg episode perjuangan ini agar dapatlah kiranya memberikan kata - kata perangsang , motivasi dan doa selamat buat kami di ruangan komentar agar perjuangan ini dapat kami terus dengan lebih tabah dan cekal serta kebahagiaan jua kekal menjadi milik kami setelah keluarga ini kami wakafkan buat perjuangan Islam tercinta .
Saya teringat semasa majlis ijab qabul kami dulu , sahabat seperjuangan memberikan kata - kata semangat dan nasihat yang cukup berkesan dihati . Kini kami kembali merindui sahabat - sahabat semua . Sudilah kiranya menjadikan ruangan komentar di bawah untuk diberikan tunjuk ajar , nasihat bahkan teguran agar kami menjadi lebih baik .
Namun sebolehnya jangan gunakan nick name atau tanpa nama . Macam mana kami nak kenal . Sebaiknya sertakan nama , alamat e mail atau no contact jika tidak keberatan .
Terima kasih sahabat semua , sekejap lagi Operasi Semarak Gelombang Hijau 3 akan bermula . Mohon diri dengan rendah hati , sabar menunggu nasihat , tunjuk ajar , motivasi dan teguran dari sahabat seperjuangan , sepengajian , pengunjung blog yang setia bahkan semua yang sudi bersahabat dengan kami .
25 comments:
anak kome tu tejage ke ustaz?ke sibuk berpolitik?
Tahniah... semoga terus bahagia dunia dan akhirat serta istiqamah dalam perjuangan . Kita serupa le... ustaz no 6 coming soon!
Tahniah ustaz, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki harta dan anak-anak.. teruskan perjuangan ..
Tahniah Ustaz! Semoga lebih cekal berjuang
Assalamualaikum ana mewakili saf pemuda permatang mengucapkan selamat ulangtahun perkhawinan ustaz ke 15 dan salam perjuagan. akhuk fi jamaah wa al-den
Salam,
Sempat bertemu Ustaz ketika program khidmat kesihatan di Kg Jelutong semalam.
Semoga Ust diberikan kesihatan untuk terus berjuang. Semoga seluruh keluarga Ust dianugerahkan nikmat kesihatan.
Dan nikmat ini perlu dijaga. Jadi, marilah bersama-sama kita menjaga kesihatan.
Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke syurga Allah s.w.t..!! Diharapkan ust terus thabat dalam perjuangan demi untuk melihat Islam tertegak di muka bumi Malaysia insyallah..salam perjuangan dari abnaau Tantawi Ibnur Rahmat
Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke 15...sejuk tengok famili ustaz ni.
Semoga di rahmati keluarga yang dibina atas cinta pada Ilahi ini.
Pastikan saluran komunikasi sentiasa dibuka dgn isteri kekadang itulah yang kurang diperhatikan oleh suami.
Biarpun isteri adalah orang kedua dalam rumahtangga, tapi tak bermakna pendapat dan pandangannya mesti duduk nombor dua sokmo. Kalau di situ ada kekuatan dan kebenaran, apa salahnya ia diterima dan diakui kebenarannya....walaupun mungkin pandangan itu tidak disukai 'kita'.
Semoga ustaz terus diberikan kesihatan dan kemakmuran untuk terus brjuang di jalan Allah
Assalamualaikum,
Tahniah dan semoga Allah Taala terus memberkati rumahtangga ustaz dan ustazah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..
Teruskan kerja dalam perjuangan dan doakan kami pekerja-pekerja Allah yang bakal pulang dari bumi Mesir ini.
Kaherah,Mesir
Alf Mabruk Ustaz... teringat pesanan Al Marhum Dato' Ustaz Fadhil Noor. "Orang yang dah dapat anak ke 4 masih berjuang dalam PAS, dia akan terus Istiqamah dengan perjuangan sampai mati" Moga kami anak muda akan turut menjejaki ustaz. amin..
Tahniah Ustaz...semoga kebahagian yang dikecapi berterusan sehingga hembusan nafas terakhir...apa petua Ustaz utk mengekalkan keharmonian dan kebahgiaan rumahtangga?...saya nie baru nak belajar...
Alhamdulillah dan mabruk diucapkan atas keizinanNYA al-fadhil ust terus dikurniakan kesihatan dan kelebihan untuk terus menginfakkan diri demi perjuangan Islam. Ana doakan ust terus maju ke depan dan doakan ana di bumi sabah ini agar dapat menikmati suasana perjuangan sepertimana ust dan sahabat - sahabat lain di sana.
albelurni.blogspot.com
albelurani.blogspot.com
salam, ust.
Tahniah kerana berjaya melayari bahtera rumahtangga sehingga ke saat ini..
Takziah kerana semakin bertambah hari,bermakna semakin banyak rintangan dan dugaan dalam rumahtangga yg perlu ditempuhi..
Ermm..dah besar panjang dah kak long n kak ngah..
teringat masa diorang kecik2 dlu, melayan diorang main..(^_^)
Dah lama dah ye ust sekeluarga tak dtg singgah kat rumah..(kecuali mse hantar bku hari 2)
Kim salam kat mcik midah n anak2 ye..
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Nurussolehah Yusof
http://truelovehunter.blogspot.com
Assalamualaikum....
Tahniah ustaz atas ulangtahun ke 15. Didoakan agar ustaz terus istiqamah dan kuat dalam perjuangan.
Assalamualaikum
Buat sahabat seperjuangan yang dikasihi lagi dirindui semua . Besar hati ini menerima tunjuk ajar dan nasihat baik serta ingatan tulus dari kalian semua .
Insyaallah , selagi nadi ini berdenyut dan nafas menghembus , kami sekeluarga akan layari kehidupan ini bersama perjuangan suci yang didokong .
Sepanjang usia 15 tahun rumahtangga ini dilayari meredah gelombang dan samudera ganas dilautan luas yang tidak bertepi , memanglah terkadang cemas , mabuk , gelisah , dan getir disulami dengan tenang , indah , puas , nyaman , gembira dan seronok .
cabaran suka duka menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga . Alhamdulillah , sehingga kini rumahtangga ini tempat saya beristerehat meredakan ketegangan perasaan setelah seringkali diuji kesabaran berdepan dengan karenah UMNO dan BN yang tak sudah - sudah mendera Islam dan syariatnya .
Anak - anak menjadi penyejuk hati dengan keletah mereka biarpun jarang bertemu dek hambatan jadual yang padat seharian bersama perjuangan .
Disinilah , saya tabik dan kagumi perana isteri tercinta yang bukan sahaja sabar dalam kesepian dirumaha saban waktu , tetapi tekun dan dan gigih pula mendidik anak anak serta mengurus rumahtangga sedang saya di tengah medan .
Sesekali bertemu tentunya rindu rinduan . kadang - kadang touch n go jer . kadang - kadang pula smart tag terus .
pun begitu kami bahagia dan harapkan kebahagiaan ini kekal selamanya dibawah petunjuk Allah swt .
terima kasih buat isteri tercinta . Sayang anak - anakku semua dan salam rindu persahabatan buat semua sahabat seperjuangan dan kenalan .
Tahniah ustaz. Sama-samalh kita doa agar kita semua terus istiqamah dalam perjuangan.
Mantapkan iman, teruskan jihad...
AlFakirah
Alfu mabruk buat ustaz, dapat mengekalkan sebuah perkahwian dalam keperitan perjuangan. kami doakan ustaz terus thabat dalam perjuangan, dibahagiakan Allah dengan keluarga yang menjadi penyejuk hati dan penenang kalbu.
sirru ala barakitillah
salam alaikum,
mubarak alaik! teruskan perjuangan demi Islam..semoga keluarga ustaz dirahmati Allah dan dithabatkan dalam perjuangan...
Damascus, Syria.
Tahniah.Semoga Allah melimpahi nikmat dan rahmatNya kepada ustaz dan seisi keluarga.Teruskan perjuangan tanpa menoleh ke belakang.Perjuangan yang menempuh kesukaran, kenikmatan dan kelazatannya amat tinggi sekali.Bukankah katakah Al Ghazali menyatakan jalan ke syurga itu laluan penuh onak dan duri menempuh pelbagai kesukaran,sementara jalan menuju neraka itu amat cantik dan lurus indah.Anggap kata nista dan perli Anonymous in i sebagai motivasi dan perangsang untuk ustaz buktikan sebagai orang Islam perlu berjaya dalam segala bidang politik kelas anak hebat.InsyaALLAH.Ustaz kena ingat manusia ni unik,berbeza-beza antara satu sama lain- tahap pemikiran,ilmu,pengetahuan jiwa,iman dan budaya.Usahkan mengata dan memfitnah,membunuhpun ada yang sanggup.Lantaran itu Allah adakan syurga dan neraka.Pilihlah.
Ana ucapkan keberkatan mengiringi perjalanan rumahtangga ustaz dan kak wan. amin.
Ummu Hani
Salam ya ustaz,
AlhamduLiLLah, sejuk hati tengok keharmonian rumahtangga ustaz sekeluarga
Lebih tenang lagi bilamana titk mula perkahwinan ustaz yg didirikan di atas tapak perjuangan islam yg mulia
Semoga ALlah terus memberkati ustz, ustazah dan anak anak tercinta.
Kami akan sentiasa memberi sokongan kepada ustaz..
Yg penting... ustaz bimbing lah kami petua petua nak cari isteri yg solehah. (^_^)
Salam,
Tahniah untuk anda sekeluarga.
Jadikanlah rumahtangga asas syurga di akhirat.
Contohi baginda Rasulullah sebagai suami.
Salam Ustaz dan semoga berbahagia dan istiqamah dalam perjuangan.Suara anak muda sekarang semakin didengar dan anak muda semakin mendekati perjuangan menegakan yang hak dan menentang kebatilan.Saya menyokong apa yang baik.Pada saya betul itu betul salah itu salah.Ingin mengikuti pengajiaan ustaz belum ada kesempatan tetapi ilmu yang dapat dari blog saudara akan saya manafaat.
Post a Comment