HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, April 23, 2009

Ya Allah ! Kembalikan suaraku

Sejak pulang dari menyampaikan ceramah sempena penubuhan cawangan PAS di kampung Bukit [ dalam DUN Bukit Payong ] Terengganu 21 hb baru ni , saya telah diserang radang dalam tekak .

Akibatnya saya hilang keupayaan untuk bercakap . Dilontar suara sekuat rasa namun tidak siapa mendengarnya kecuali mereka yang berada sangat hampir dengan saya .

Bulan ini jadual agak padat , ceramah dan kuliah pula boleh dikatakan setiap malam . Kadang - kadang 3 program sehari termasuk waktu siangnya . Tambah pula dalam cuaca panas tidak menentu begini , saya cepat terasa perit dibahagian anak tekak .

Ya Allah ! segeralah sembuhkan keuzuran ini . Esok [ 24 hb ] saya sepatutnya merasmikan Mesyuarat Agung DPP Kawasan Kuala Terengganu pada jam 3 petang dan sebelah malamnya pula merasmikan Mesyuarat Agung DPP Pangkalan Chepa Kelantan . Sementara pagi lusa [ 9 pagi : 25 hb ] saya dijadualkan untuk merasmikan Mesyuarat Agung DPP Kawasan Kemaman Terengganu dan malamnya pula kena berkejar ke Muar Johor untuk berceramah di sana .

[ 26 hb ] , selepas mengikuti Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rompin saya sekali lagi kena bergegas ke Kemaman untuk Kuliah maghrib dan ceramah selepas Isyak pada hari yang sama . Esoknya pula [ 27 hb .] saya diminta untuk berceramah di Felda Chini 1 sebelum berangkat ke Kuala Lumpur pada [ 28 hb ] untuk menyampaikan kuliah Zuhur dan Asar di 2 buah kilang di sana dan malamnya kuliah maghrib di masjid Kota Damansara .

Maksud saya ..... Ya Allah ! saya benar - benar perlukan suara untuk membawa risalah agamaMu dan meneruskan perjuangan NabiMu ... amin Ya Rabbal A'lamin .

Sehingga saat ini saya masih tidak boleh mengeluarkan suara dengan baik . Ustaz Yusuf Embong ketika menelefon saya semalam ketawa besar kerana gagal menyembunyikan rasa gelihatinya mendengar suara saya seperti itek serati katanya :)

Ya ... semua sahabat terperanjat bagai tidak percaya mendengar suara saya yang sungguh dahsyat seraknya . Suara saya memang telah serak sejak awal saya aktif berceramah dan kuliah se awal tahun 90 an lagi . Sejak itu , pada kebanyakan hari walaupun semasa belajar di luar negara , saya sering ceramah , kuliah , mengajar atau menyertai pidato dan forum student .

Suara serak tidaklah menghairankan sahabat rapat saya . Mereka kata serak - serak rock ! Masaalahnya hari dah jadi serak itek serati . Ya Allah !

Ustaz Azman Syafawi sebentar tadi baru sahaja meninggalkan rumah saya setelah 2 jam makan dan berbual di rumah saya bersama akhi Aziera . Letih saya memaksa diri untuk bercakap . Kebetulan Wan Shukairi dihubungi sebentar tadi untuk saya maklumkan mengenai kemungkinan uzur saya berlarutan sehingga ke saat perasmian Mesyuarat DPP Kuala Terenganu esok , nyata dia juga ketawa besar dan menyarankan saya bercakap bahasa isyarat dan dia sanggup menjadi penterjemah . Masaalahnya saya mana reti bahasa isyarat . Saya buat isyarat kepada isteri pun dia tidak faham , inikan nak ceramah dengan bahasa isyarat ?!

Memang terasa sungguh perit dan sukar untuk berkomunikasi dalam keadaan sebegini . Ustaz Riduan Mohd Nor pun terkejut besar ketika beliau menghubungi saya petang kelmarin . Apa dah jadi ni Tantawi ? Terasa malu nak angkat telefon , tapi kalau tidak angkat ... susah juga mengenangkan nama sahabat baik tertera di skrin sebagai pemanggil yang berulang kali dail untuk bercakap dengan saya .

Kini , saya benar - benar tahu harga " suara " walau saya bukanlah seorang penyanyi atau penyair yang memerlukan kemerduan suara . Saya hanya seorang pendakwah dan buruh kasar dalam jamaah yang berjuang menegakkan agama Allah swt. , cuma kebetulan medan juang di Malaysia ini banyak ruang guna suara berbanding Palestine menggunakan peluru . Maka saya perlukan suara saya kembali Ya Allah ! untuk menjadi senjata saya melawan musuh dan berhujjah mematahkan hujjah batil mereka .

Ya Allah ! kembalikan suara saya ... amin Ya Rabbal A'lamin [ sahabat pun tolonglah doakan saya agar segera sembuh ! ]

13 comments:

kebangkitan said...

salam ustaz Din..semoga segera diberi kesembuhan oleh Yang Maha Penyembuh..Bersabarlah ustaz..ada hikmah Insya Allah..biarpun kami merindui kehadiran ustaz..tapi ..Beginilah Pejuang,saling merindui..Teruskan Perjuangan dan jangan lupa Doakan kami ,generasi mutakhir ini..Ustaz Pejuang.

Anonymous said...

kami dimesir semua doakan smoga ustaz disembuhkan oleh Allas swt dan boleh terus mnyampaikan dakwah insyaAllah...

Jazirah Al-Ward said...

Salam Ustaz, semoga cepat sembuh.. Rabbana Yashfik. Ameen.

Hasbullah Pit said...

Prof Stephen Hawking tidak bersuara namun mampu menggoncang dunia....

Di Malaysia masih belum ada model sebegitu.

Anonymous said...

semoga diberi kekuatan oleh Allah meneruskan perjuangan. amin

hi_j87 said...

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ust Din Tontowi, semoga cepat-cepat sembuh! kalau x sembuh jugak, kena lantik jurucakap ni..

Kami mendoakan Ust Din akan sentiasa diberikan perlindungan ALLAH SWT dalam berjuang.. semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah.

SALAM PERANTUAN,

Hilfi, Leeds, UK.

Mohd. Yuzakky said...

Salam Ust Din...didoakan semoga segera sembuh..w'pun ana di Kelate&tindak berpeluang mendengar bait bicara Ust namun tersimpan hasrat utk mendengarnya (....nak gi dengar perasmian AGM DPP P.Chepa mungkinkah akan terkecewa dek keuzuran Ust tu,.??)
Semoga cepat sembuh dan dapat berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini...
KENANGAN JUANG BERSAMA AYAH CHIK...
Hok ni ana cukup tersentuh benar sebab ana yakin ana faham pe maksud di situ samada yang tersurat dan tersirat...Tabahkan hati wahai Saudaraku..izinkan ana berkias-kiasan sedikit.."kalau EMAS tu EMAS yg TULEN...ia tetap akan bersinar walau di mana jua berada dan bilapun terjumpa.Jika ia BERKULAT, digenyeh dan dikilat, maka akan keluarlah silau dan SINARnya...namun jika ia hanya EMAS ZHULLIAN, awal-awal ni silauannya mengalahkan EMAS TULEN namun SATU HARI nanti ia akan pudar dan kusam bahkan boleh memudharatkan si pemakainya.." Sekian dari bacaan dariku...
Sekali lagi, ana doakan semoga Ust Din cepat sembuh bahkan kalau boleh aura suara tu semakin mengancam dan menikam.
Wasslam

ummufateh said...

شفاك الله يا أستاذ

Farid Din said...

Salam Ya Ustaz... SyafakalLah ya Ustaz. Diharapkan juga agar Ustaz tetap tabah di atas ujian ini. Ana sentiasa mendoakan Ustaz.

OrAnG gOpeNg said...

SALAM USTAZ DIN...
KAK NOR SEKELUARGA MENDOAKAN SEMOGA USTAZ SEGERA SEMBUH DAN SAPAT MELAKSANAKAN TUGASA SPT SEDIAKALA..INSYAALAH.. BERSABARLAH!!...

Anonymous said...

salam ustaz nasaruddin.Allahu yashfika amin yarrabbal alamin
firman Allah taala[faiza maridtu fahua yashfin]
dengan izin Allah akan sembuh sakit ustaz itu.
wassalam wbt

dinsidek said...

indahnya ukhuwwah Islam..

Rosman Omar said...

Assalammulaikum.

Saya doakan semoga Ustaz cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive