Hala Tuju PAS. vol 2
Masih ada mereka yang gagal memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya mementingkan politik , meragukan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS .
Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam . [1]
Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya ( matlamat ) [2] . Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara' .
Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Majlis Syura Ulama' , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .
Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah. Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :
Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )
Dakwah ( penerangan )
Siasah ( politik )
Tarbiyyah dan Pengkaderan .
Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS .
Tarbiyyah digerak dan diaktifkan untuk membina :
· Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal Jamaah
· Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri
· Syakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah saw.
Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :
Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .
Organisasi yang mantap dan hebat.
Tindakan yang strategic dan berkesan .
Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS , bermula dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti Dewan Ulama' , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.
Aktiviti asas bagi melaksanakan cita – cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai peringkat ( kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach .
Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi Kepimpinan Pemuda yang akan berfungsi bersama pelbagai modulnya untuk mengkaderkan kepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin Islam yang soleh.
Dakwah Ilallah ( Penerangan )
Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat principal sifatnya. [3]
Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang sering digunakan oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan .
Ada dikalangan pemimpin PAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka . Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.
Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing – masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing - masing.
Maudhu' ( kandungan ) dakwah PAS sangat jelas [4] , menepati apa yang diajar oleh Allah swt. PAS mendekati semua lapisan masyarakat . Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan ummat yang lesu hinggalah ulama' yang bisu .
Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat .
Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :
1 : Dakwah Ammah ( umum )
Kuliah Agama , Forum , Seminar Ceramah Umum , Muzakarah , Debat Motivasi , Demonstrasi Penerbitan Buku , Penerbitan akhbar , Edaran VCD , Edaran Risalah , Talk Show , Dialog dll
2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas )
Pertemuan Tertutup
Ziarah dan Dakwah
Aktiviti Amal Kebajikan
Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik . Biarpun sehari selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya.
Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihak seperti hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.
Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalah dalam pilihanraya , namun dakwah untuk membawa Islam kesetiap pintu hati manusia tetap diteruskan.
Siasah ( politik )
Islam adalah agama yang syumul , merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi saw. [5]
PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan. Kini kuasa politik berada ditangan UMNO dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam . Malah UMNO dan BN telah menyuburkan bumi Malaysia ini dengan pelbagai maksiat dan mungkar yang telah dihalalkan melalui mazhab Islam Hadharinya.
PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.
Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untuk bergerak di sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa kuasa politik. Justeru itu , penglibatan dibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .
Kesimpulan
Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak dam meragui hala tuju perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS , tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.
Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan atau meragui perjuangan sucinya yang diasaskan sejak tahun 51 yang lalu memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment perbedaan kumpulan.
Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !
Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat atau terkeluar dari manhaj perjuangan Islam sehingga menimbulkan keraguan , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.
Nota kaki
Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .[2] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :
1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .
2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .[3] ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون " dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan."
Surah ali – imraan : 104[4] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :
1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .
2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .[5] فما لا أصل له فمهدوم و ما لا حارس له فضائع الدين أصل و السلطان جارس " Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin
1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .
2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .[3] ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون " dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan."
Surah ali – imraan : 104[4] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :
1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .
2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .[5] فما لا أصل له فمهدوم و ما لا حارس له فضائع الدين أصل و السلطان جارس " Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin
43 comments:
Salam Ustaz,
Nak tanya sikit... boleh beri salasilah nama Tantawi diakhir nama ustaz.
W'salam
Dulu ana belajar di al azhar Tanta Mesir . Masa ana belajar tu ada 3 org ust yang bernama Nasrudin .
Seorang kemboja , seorang lagi kaherah iaitu ust nasarudin Daud dan ana di Tanta .
Lalu untuk membezakan , sahabat2 panggil ana nasrudin tanta dan kemudiannya menjadi tantawi [ org tanta ] ; merujuk tempat belajar . Kenapa ?
Memanglah bermacam idea,minhaj dan uslub entah macam-macam istilah digunakan.Kesudahannya apakah kesan daripada term bombastik itu,tidak lebih daripada retorik semata.Ratusan tahun Islam di Middle East dan macam2 gerakkan Islam Arab,Pakistan,Indonesia muncul malangnya hilang yang lama timbul yang baru silih berganti.Tentu ada yang tak kena..!
salam,
bagi saya, keghairahan, kesungguhan dan keterbukaan para ulamak mahu mempertegaskan 'hak dan kelayakan' mereka untuk menjadi pemimpin sebuah parti politik secara langsung dan praktikal bagi memastikan parti tersebut berjalan 'menurut kehendak-kehendak islam', samalah dengan tindakan seorang hakim mahu menjadi pendakwa, peguambela, pegawai penyiasat dan angota polis sekali gus bagi memastikan masyarakat akan mematuhi undang-undang dan pada saat yang sama menjadi hakim.
tindakan ini bukan sahaja lewah, tidak perlu dan tidak praktikal, tetapi turut menimbulkan pertindihan kepentingan yang terlalu banyak, selain menjatuhkan martabat mereka sendiri dan menafikan hakikat pengkhususan bakat, bidang kepakaran, tugas dan fungsi.
sebagai anggota bangsa manusia, saya percaya bahawa kita telah berfikir, bertelagah, berperang, mencuba dan mengalami secukupnya tentang isu kepimpinan ini, untuk akhirnya bersetuju bahawa konsep kepimpinan yang paling baik, cekap dan selamat adalah praktis kepimpinan yang bersifat fungsional dan kolektif.
Saya setuju dengan pandangan Syed Putra. Kenapa ulamak sendiri besungguh2 untuk menobatkan kepimpinan ulamak, sedangkan biarlah ahli yang menentukan siapa yang mereka hedak pilih menjadi ketua yang reka fikir layak dan berkebolehan untuk mengemudi parti. Nampak macam masuk bakul angkat sendiri bila ulamak sendiri yang menjerit-jerit minta hanya mereka yang boleh jadi presiden atau Timb Presiden.
Penghormatan itu tidak seharusnya dipinta, dipaksa atau diarah. Ianya perlu datang sendiri atas keyakinan ahli PAS yang ingin ulamak memimpin mereka. Bukannya kita yang sibuk bertegang urat mengatakah hanya ulamak yang boleh jadi Presidena atau Timbalan Presiden.
Lagi satu, apakah matlamat perjuangan PAS sebenarnya. Menegakkan Islam sebagaimana yang terkandung di dalam Fasal 15 perlembagaan PAS, atau menegakkan 'Kepimpinan Ulamak'?
Bagi saya kepimpinan ulamak ini hanya sebagai alat atau platform bagi mencapai matlamat utama, iaitulah menegakkan Islam. Konsep Kepimpinan Ulamak ini cukup berkesan fungsinya di peringkat awal era kebangkitan Islam pada tahun 1980 an di mana pada waktu itu pengetahuan tentang agama nampak eksklusif hanya dikuasai oleh golongan ustaz dan lebai.
Tetapi pada masa sekarang, hasil dari kebangkitan islam tersebut, kefahaman Islam sudah tumbuh melata di kalangan ummat Islam yang tidak dikategorikan sebagai ulamak (dalam konteks PAS digelar golongan profesional).
Maka di sini timbul persoalan bahawa peranan platform atau alat (iaitu kepimpinan ulamak) untuk menjayakan matlamat suci perjuangan PAS (iaitu menegakkan Islam) semacam sudah tidak begitu relevan lagi memandangkan kepada perubahan dan pertumbuhan kefahaman Islam di kalangan masyarakat khususnya di dalam PAS itu sendiri.
Jadi, timbul kehairanan atas motif apa secara tiba-tiba begitu bersungguh2 kalangan sebahagian ulamak PAS menegaskan hanya mereka yang layak menjadi Presiden atau Tim Pres PAS.
Kalau dilihat kepada power struggle dan juga perbezaan pendapat yang berlaku dalam PAS pasca PRU 2008, sudah terang dan bersuluh bahawa keghairahan menobatkan kepimpinan ulamak ini bukannya genuine atas keinsafan untuk mencapai matlamat utama PAS, tetapi lebih kepada percaturan politik kerana bimbangkan pengaruh tokoh-tokoh tertentu yang kebetulannya bukan ulamak.
Mohd Iraqi
Kota Bharu
Ulamak ape mende kalu meminta minta dirinya untuk dihormati, diberikan kedudukan & pangkat istimewa, dia je pandai, orang lain semuanya bodoh......bla, bla,bla.....
Ulamak PAS harus berjiwa besar, harus berlapang dada, tunjukkan keupayaan dengan Ilmu dan hujjah yang mantap. Bukan hanya melaungkan kepimpinan ulama bila tiba musim pemilihan parti. ITU KEMPEN UNTUK DIRI SENDIRI NAMANYA. Ahli PAS cukup faham akan kedudukan & kemuliaan ulamak ulamak alam PAS. Tak perlu kecoh kecoh. Kempen semacam ini, seolah olah wujud tindakan terancang untuk menghancurkan institusi ulamak dalam PAS. Kenapa perkara ini perlu berlaku. Ulamak PAS tak ada kepercayaan diri sendiri kah? Ulamak PAS dah tak ada modal lain? Ulamak dalam PAS harus mencontohi Ust Nik Aziz. Ust Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Jika diteliti hujah & kata katanya, bukan hanya dapat diterima oleh orang Islam, malah penganut agama lain juga mengakui akan kehebatannya. Inilah Ulamak yang membimbing Ummat. Sifat warak & kejujurannya tak payah ceritalah. Tak pernah meminta-meminta untuk dihormati & dikagumi. Tapi semua RAKYAT MALAYSIA, BAIK KAWAN & LAWAN, KAGUM & HORMAT BELIAU. DARI MANA DATANGNYA KEMULIAAN & KEHEBATAN BELIAU?????KENAPA??????? LU PIKIRLAH SENDIRI.
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!
Salam,
tiada apa yang salah dan silap tentang apa yang PAS buat. Selagi, ikut dasar kitab dan sunnah, rasanya dari segi perlaksanaan pun tak akan menyimpang jauh.
masalahnya, ada sekelompok pemimpin yang suka berpolitik lebih dari niat agamanya mcm ust. tanta. saya kecewa dengan tulisan Husam selayaknya menjadi presiden sbb dia seakan sarkastik. sekarang, memberi senjata kosong untuk Utusan menggambarkan perpecahan pemimpin.
sehebat mana kita berhujah dan sebesar mana serban kita, jikalau kita melabelkan seseorang atau menjadi batu api, tidak ada gunanya.
sbb tu saya katakan sekali lagi. Ust. Tanta harus berubah dengan pendekatan kasih sayang, bukan dengan memilih bulu, melabel orang, atau berhujah utk mengatakan kesilapan orang termasuk UMNo sendiri.
secara peribadi, sepanjang saya ikut program ust. tanta di mana2 hatta di luar negeri sekali pun (klu ni), tiada yang lembut melainkan ucapan keras-keras belaka seolah-olah hendak berperang. ust. tanta boleh menegakkan hujah untuk mempertahankan tindakan ust. tapi, terus terang kebanyakan sahabat2 saya berpendapat ust. tanta tidak ubah seperti Khairi Jamaludin, suka Berpolitik...
akhir kata, berubah la ust.tanta, mungkin ust. tanta nak jadi tok guru seperti TGNA dan TGHH... tapi wibawa nasaruddin tanta, kami semua akan perhatikan.
Jika ditakdirkan saya menjadi perwakilan pada muktamar pemuda nanti, belum tentu saya undi ustaz tantawi(walaupun ada title ustaz & tantawi). Bagi saya, ustaz tidak mampu membawa pemuda arah & halatuju yang jelas, tidak mampu menjadi faktor `penyatuan` dalam pemuda. Dalam polemik Unity Government, muqabalah, muzakarah, Ustaz dilihat gagal memberikan formula terbaik atau menjadi `agen penyatuan & persaudaraan`. Ustaz dilihat sangat pro dengan `apa jua yg dibuat oleh TG Hj Hadi`. Segala hujah yang ustaz keluarkan hanya akan menyokong TG Hj Hadi. Ustaz ni hanyalah pengikut setia TG hJ Hadi. Ustaz, Pemuda adalah Check and Balance dalam pari. Pemuda bukannya hanya tokang sorak atau tukang cakap bagi pihak pihak tertentu. Kalau salah, perlu cakap salah, kalau betul, sokong. Bukannya semua yang TG Hj Hadi buat betul. Dia manusia biasa. Pemudalah sepatutnya yang membetulkan bila berlaku perkara yang tersasar dari landasan parti. Ustaz dilihat sangat memihak kepada kelompok yang anti erdogang. Sehingga tidak rasional & objektif dalam berkata kata. Satu kesilapan sebenarnya bagi ustaz sebagai pelapis kepimpinan pemuda. Masih belum terlewat utk ustaz berubah. Bukalah mata hati mu wahai ustaz ku. Last, ustaz ni berasal dari pahang, janganlah guna tantawi tu, jauh sangat, letaklah pahangi ka baloki ka, tak pun malayzi.
salam,
sungguh terkesan dan rasanya hampir tepat bilamana ada komentar yg menyamakan ustaz din seperti kj dlm umno!!! ikut emosi dan tiada solusi.
benar. ustaz din tak dpt menjadi agent perpaduan dlm pas mahu pun PR. hanya seronok menjadi batu api saja.
ini dpt saya garap bilamana duduk berbincang bersama-sama rakan2 pemuda. semua kecewa. malah ada yg berhrap agar dato seri nizar bertanding ketua pemuda krn 'tidak mahunya' berketuakan ustaz din.
Sekiranya rezeki ustaz din menang ketua pemuda semasa muktamar nanti, samalah juga seperti mana kj menang. namun bukannya atas faktor rasuah tp atas faktor pas akan terkebelakang dan akan meranapkan apa yg dibina oleh almarhum dato fadhil nor.
politik ustaz ni tak memberi manafaat pd parti. kalau begini caranya baik ustza din tumpukan pd kuliah agama sahaja.
msih jauh lagi 'nilai' kematangan ustza utk jadi pemimpin.
ingat tag ini " SELALU IKUT EMOSI DAN TIADA SOLUSI". ustza din perlu cepat2 berubah kalau sayangkan parti. jgn jadi bebanan pd parti.
ya tantawi..ana rasa enta kna cari identiti sendirilah..enta msti ckp cara enta brcramah skrg n anything else about yourself is truly yourself..but i think you lie..enta ana dpt rasakan sebagai seorang yang agak gilakan darjat dan pujian, populariti. enta cuba membentuk autoriti perwatakan..tapi yakinlah, autoriti perwatakan yang enta anuti itu tidak akan bertahan lama dan lebih penting..tidak akan membawa apa-apa manfaat untuk jihad fisablillah..ubahlah cara enta..enta bukan TG Hadi Awang..bahkan tidak layak pun walau sekadar bergelar TG Hadi Awang Jr. jauh panggang dari api. Bentuk identiti sendiri. Biar tergagap-gagap seperti Salehuddin Ayub..yang penting..dia ada identiti sendiri..
Teguran Ikhlas dari orang yang tidak meminati dan mengagumi ustaz..tetapi meminati dan mengagumi Allah S.W.T..Wallahua'lam..-Bahrin, Lembah Palas, Changlun, Kedah.
alah Pemuda Utara
ko sorg je tak sokong.ada ramai lagi perwakilan akan sokong.jawatan pemuda bkn milik tmbln.tapi kita tengok la.muktamar pemuda.siapa yg memimpin.sesungguhnya yang hak akan dtg jgk.
khas wat pemuda utara dan sewaktu dengannya..
kasian,, mesti ndak habis silibs usrah ni.. wala' pada pimpinan pun ndak paham.. kah,kah,kah
pimpnan macam TGHH tau la pa idea yng n strategi utk dilontarkan...
klu ahli bawa ni tau sangt.. bek takda pimpinan.. semua jd ahli mcam ahli utara ni..ataupun smua jd pimpinan...kah,kah,kah...
itulah yg mebezakan antara pimpinan dan ahli macam ahli pemuda utara ni.. ka,ka,ka
kita bole tak stuju... tap biarlah adab dalam mentaati pemimpin tu ada...ni seolah2 nak pandangan dia jak yang betul.. bek ko yg jad pimpinan...
kpad ahli PAS yg sayangkan PAS, taatla pada pimpinan.. yakinlah,, mesti ada hikamh idea yg cuba dilontarkan..
kerja kita sebagi ahli n peringkat bawhn, teruskan kerja yang selayaknya...jangn cuba ganggu tugas2 pimpinan kita..
ikhlaskn diri dalam bjuang..
Baiklah, dimanakah salahnya sekiranya PAS menyebarkan pengaruh PAS di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam yang tidak rapat dengan Islam?
Dengan ruang terbuka sebegini, PAS akan mampu menyebarkan risalah Islam dengan lebih meluas kepada kesemua rakyat Malaysia.
Bukankah ini yang tersirat dalam "MUqaddimah Perlembagaan PAS" yang berbunyi:
“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada ALLAH dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi “Menegakkan Ma’ruf dan Mencegah Mungkar” dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE-MALAYSIA”"Rasanya muqaddimah Perlembagaan PAS yang ditulis hasil dari perbincangan Ulama di Seberang Perai ini sudah cukup untuk menjadi panduan kepada arah tuju PAS dan hala tuju PAS.
Bukankah dengan tawaran kepimpinan kepada mereka yang masih belum Islam dan masih tidak faham Islam, maka satu masa nanti rakyat umum kelak akan menerima Islam.
Ini kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi dan para sahabat dahulu.
UMNO pula telah menolak Islam selama 50 tahun.
Bukankah, Nabi SAW menggunakan kaedah Futuhatul Makkah untuk menundukkan orang musyrikin yang menolak Islam setelah sekian lama didakwahkan.
Dan UMNO telah didakwah oleh PAS sejak berpuluh tahun dahulu.
Bukan setakat PAS, tetapi ulama2 UMNO sendiri keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS.
Tuan Haji Ahmad Fuad lebih rela masuk Parti NEgara dari UMNO.
Saya tak nampak kaedah lain, melainkan menundukkan UMNO.
Saya tak nampak DAP menjadi batu penghalang kepada usaha kita menjalankan syariat Islam.
Kalau masyarakat bukan Islam umum boleh menerima syariat ISlam dijalankan ke atas org Islam, DAP pun takkan menentang.
Saya tahu kerana Lim Kit Siang pernah menganjurkan forum Negara Islam kepada orang bukan Islam.
Ustaz, kami percaya dan yakin bahawa pimpinan PAS sekarang ini sudah sebati dengan pegangan Islam dan imannya samada yang berpelajaran agama (ulama'/ustaz) atau yang tidak berpelajaran agama. Semua pemimpin PAS samada yang professional dan ulama' akan berkerja bersama-sama. Maka janganlah Ustaz Nasrudin mengungkit-ungkit polemik samada Ulama' atau Professional yang menerajui PAS. Perkara ini tidak akan membawa kemana-mana, malah akan menghancurkan PAS. Mohon Ustaz Nasruddin janganlah menghancurkan PAS. Sekian Terimakasih
kpd tukang seru..
bikin malu urang sabah jak ko ni bah..ini bukan masalah wala dan ndak wala..ini masalah perbezaan pendapat..
kalau stakat beza pendapat jak pun ko sendiri bilang dak papa..masak kalau dak setuju pendapat pimpinan terus dibilang dak wala..sahabat nabi pun slalu jak berbeza pendapat dengan rsulullah..
ko tuduh org lagi ndak habis silius usrah, macam la ko aktif betul pigi usrah..ko pernah ka bebeza pendapat dengan nakib mu???atau kau jadi pak turut jak dalam usrah???atau kau duduk diam jak kalu dlm usrah??
kalau kasi idea serta membahas idea yg dilontarkan pimpinan bukanya tanda kita mengganggu tugas pimpinan,sebalinya aku rasa ianya akan membantu pimpinan untuk membuat pertimbangan yg lebih luas dengan view dari angle yg berlainan..
salam,
ustaz bersabar dengan segala tohmahan orang yg perasan mereka sahaja diterima Allah akan perjuangan mereka. mereka ini golongan yg seolah2 susah nak terima nasihat.hanya mereka sahaja yg betul.
saya dapat rasakan keikhlasan ustaz untuk benar2 memperjuangkan islam serta mencari jalan yg terbaik untuk ummah rasulullah.perjuangan berdasarkan sifat hikmah dan mencerminkan keperibadian pejuang islam sejati.tetapi bukan perjuangan berdasarkan emosi dan dendam yg tak habis habis hingga boleh hancurkan ummah dan islam di bumi malaysia.
jadi bersabarlah menghadapi tohmahan orang2 yg suka fikirkan diri mereka sahaja diterima Allah dan orang lain semua tak betul!.
saya doakan supaya perjuangan ustaz sentiasa dibimbing Allah dan mendapat berkat rasulullah serta ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda yg dikasihi.
" Bahawa sesungguhnya menjadi kewajipan kepada kita sekalian bagi meneruskan perjuangan kita ini selama ianya tetap memperjuangkan dasarnya yang dinyatakan didalam Fasal 3 Perlembagaan Pas itu.Kerana berjihad dijalan Allah bagi menegakkan agamanya(Islam) adalah satu dari tuntutan Islam terhadap penganutnya" - Ustaz Hassan Shukri .Kertas Kerja Bertajuk Kefahaman kepada konsep Perlembagaan Pas dan tindakanya.
Yang telah dibentangkan di Ijtima' PAS Kedah pada 19.2.1983.
-penawarrinduku.blogspot.com
Salam ust. Tanta,
nampaknya anta begitu terkesan dengan komen anonymous, menyebabkan ruangan komen dihadkan. takpe saya ikhlas memberi kritikan, bukan anonymous.
terbaru, bernama melaporkan Husam begitu tidak senang dengan penulisan blog ust. tanta menyindir sdr. Husam.
Saya mmg tak faham apakah maksud dan niat ust. tanta sehingga tertulisnya artikel yang begitu jelas menggambarkan perpecahan PAS.
Terkilan sungguh.
pada pendapat saya, ust. Tanta taksub dengan polemik kepimpinan ulama,aliran pengajian arab-agama sahaja seakan layak menjadi pemimpin. jika benar, nyata paling merugikan PAS.
ust. Tanta seakan bongkak dengan kesarjanaan, dan menafikan golongan professional untuk bekerja dalam saf jemaah sehingga peringkat kepimpinan tertinggi. adakah hala tuju orang professional akan mengarahkan PAS sama dengan UMNO?
Sebab itu saya pemuda pas di perak, sekali lagi menegur (itu pun kalo ikhlas menerima teguran lah), secara terbuka mohon maaf lah kepada saudara Husam dan berubah kepada lebih mesra pemuda, mesra rakyat dan bukan memilih bulu, kesarjanaan ilmiahnya, atau suka melabel seseorang kerana berbeza dengan ust. Tanta.
sekali lagi, tolong mohon maaf kepada dr. Husam jika ikhlas ingin memperbetulkan saf. buangkan budaya cantas-mencantas.
skrg, saya lihat ust. Tanta semacam Khairy jamaluddin dalam PAS... tp saya takkan boo la hehe
Ustaz Din, dengan menapis komen ustaz din telah pun menjadi setaraf dengan nik abduh serta Roslan SMS yang penakut tu. Roslan sms siap tak approve komen saya lagi. Memang fraksi umno dalam PAS.
saya cuma nak ucap tahniah sebab artikel ustaz din masuk dalam utusan. Glamer gitu. Lain kali tulis banyak2 lagi yer. Mari bogelkan jemaah..
Husam lebih sesuai tanding Presiden Pas
KUALA LUMPUR 5 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa (gambar) disaran bertanding jawatan Presiden bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahlinya.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, jawatan timbalan presiden yang ingin ditandingi Husam dilihat tidak akan banyak membantu pemimpin itu membetulkan kemelut arah tuju parti.
Tambahan pula katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berulang kali menyatakan kesediaan untuk dicabar sekiranya para perwakilan merasakan kepimpinan beliau tidak lagi berkesan.
"Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang 'hebat dan berwibawa' seperti Husam ialah Presiden Pas itu sendiri.
"Kekuatan untuk merubah arah tuju dan memastikan ia terang lagi jelas tanpa sedikitpun keraguan di kalangan anggota parti mestilah bermula dari kerusi presiden," kata Nasrudin dalam blognya www.episodeperjuangan.blogspot.com.
Rabu lalu, Husam membayangkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.
"Jika arah tuju Pas diperjelaskan dan tidak ada keraguan dalam hubungan sulit antara Pas dan UMNO, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang jawatan sedia ada.
"Tetapi pada pendapat saya, trend yang berlaku sekarang wujudnya keraguan terhadap hala tuju Pas," kata Husam.
Nasrudin menjelaskan, kenyataan Husam itu dapat difahami dengan jelas bahawa beliau merasakan arah tuju Pas bukan sahaja tidak jelas malah meragukan.
"Saya tidak ragu terhadap telahan Husam kerana sebelum ini saya sangat mengenali beliau sebagai seorang yang 'objektif dan strategis.'
"Tentunya telahan beliau bahawa arah tuju parti tidak terang dan meragukan itu ada benarnya," katanya.
Nasrudin menambah, kebelakangan ini pelbagai pihak menimbulkan keraguan terhadap Abdul Hadi dan menganggap idea-idea pelik yang dibawa beliau seperti muzakarah dan kerajaan perpaduan sangat meragukan.
"Barangkali inilah juga asas kenapa Husam menganggap arah tuju parti kini mengelirukan dan memaksa beliau bertanding ke jawatan timbalan presiden," katanya.
Sehubungan itu Nasrudin menyeru Pas kawasan yang belum selesai bermesyuarat agung atau belum menyerahkan kertas pencalonan kepimpinan parti supaya mencalonkan Husam sebagai presiden.
Beliau berharap, Husam tidak menarik diri selepas dicalonkan kerana ia juga sebahagian dari harapan akar umbi.
"Harapan saya selepas ini, Pas kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah presiden sekarang banyak menimbulkannya (keraguan).
"Justeru, Pas kawasan mestilah mencalonkan Husam dan saya merayu sungguh-sungguh agar beliau benar-benar diberi peluang demi masa depan parti," tegasnya.
Orang yang nak lawan Khairy selaku Ketua Pemuda perlu berfikiran terbuka, berilmu dan disenangi ramai.
Kalo dapat yang jumud habislah PAS. Masuk UMNO baliklah.
Salam
Ingat Gargon Kunin pegang pa , rupanya takok ehhh silap rokok.
Pegang saja
Hangpa nie tak abih-abih dok komen.
Bagi habih karangannye dulu.
Ini bukan sajak ini ialah Misi & Visi bila 'I' kata dalam hati jd Ketua Pemuda PAS Pusat
Salam Ahli PAS ,saudara-saudara yang kukasihi..
PERSOALAN
BETUL KE:
-Bukan Hanya Ulama Boleh Jadi Pres & Timb Pres PAS, Sebab Ramai dalam PAS
yang dah mendalam Ilmunya berkenaan Islam?
-Tak semestinya Mahir Kitab Arab dan Pengajian Islam sahaja digelar Ulama?
-Ulama PAS tak dibenar menerangkan mengenai Keutamaan Ulama-Ulama
PAS,berbanding Profesional PAS dalam menerajui Kepimpinan PAS?
-Ulama PAS sudah terbukti tidak berupaya memimpin,dan yang dikatakan
Profesional PAS sudah terbukti Berupaya dan Layak Memimpin?
-Tuan Guru Haji Abdul Hadi,Ustaz Nasharudin Mat Isa sudah terbukti
bersalah,kerana membangkitkan mengenai KERAJAAN PERPADUAN?
-Rumah Ust Nasharuddin Mat Isa bernilai RM1 Juta?
-Hala Tuju PAS sudah tidak jelas?
SILA KAJI,BERI BUKTI SEBELUM BERCAKAP,SEBELUM BUAT KESIMPULAN.
Ust Nasaruddin Tantawi bagi penjelasan,kita Dengar.Faham.Fikir.
___________________________________
Jangan fitnah.Sebab Orang tu kaya, kita kata dia tak buat kerja,makan duit.
Mana Tau ada dermawan bagi sumbangan,kita tak tau?
___________________________________
Jangan cepat mengangkat,salah angkat terangkat kuda kepang.
Sebab orang tu buleh cakap serba-sedikit,berhujah serba-sedikit dengan
Hujjah-Hujjah Islam,dengan ayat-ayat Allah,dengan sabda Nabi
Sallallahualaihiwasallam,sudah kita nobatkan sebagai berautoriti dalam Ilmu
Syariat Allah?
Walhal semua tahu,selok-belok Syariat ini adalah rumit,tidak semudah
membaca sudah dapat Faham.Tanpa syarat-syarat yang ketat,sukar diiktiraf
keilmuan seseorang.
Sumber Asli Islam adalah dalam bahasa Arab.Begitu banyaknya Istilah dan
perkataan Arab tidak dapat diterjemah kedalam perkataan Melayu,bahkan
bahasa lainnya.Berbeza-beza makna,mungkin sahaja menggunakan Qamus Arab
seseorang akan masih tersalah tafsir makna sesuatu perkataan.Apalagi tanpa
Qamus,terus sahaja difahami dari sumber berbahasa Melayu.Rosak
Ummat.Terlalu Jauh beza maknanya. .
Mana tau,kemudian hari saat diperlukan Ijtihad,mereka yang kita angkat
sebagai sudah mendalami Ilmu Islam,tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab
dengan baik.Tanpa berniat melakukan kerosakan pun mereka sebenarnya sudah
melakukan kerosakan.
___________________________________
Jangan Buruk sangka.Orang itu salah,Orang itu tak betul,Orang itu sudah
nyanyuk.
Sebab pendirian orang itu tidak sama dengan pendirian kita,kita kata dia
salah.
Sebab pemahaman seseorang mengenai sesuatu itu berbeza dari pemahaman
kita,kita kata dia tak betul.
Mungkin pendirian awak betul untuk masa sekarang,pendirian dia betul pada
keesokan harinya?
Mungkin Pemahaman awak betul untuk hari ini,pemahaman dia betul untuk hari
esoknya?
___________________________________
Kalaulah sahaja kita
berlaku ADIL. . .
Kalaulah sahaja kita
berBAIK SANGKA. . .
Tentu sahaja tidak berlaku pimpinan
terpaksa memberi penerangan melalui BLOG-BLOG mereka,penerangan yang
pastinya dicemuh sebagai menjatuhkan PAS.
Tidak mengapa.
Teruskan Ustaz.Tahniah keberanian melawan arus.
Takziah jika terpesong dari landasan.
Berapa sangatlah Nilai ILMU kita,kalau takut nak
berkongsi.Sekurang-kurangnya ada percambahan ILMU disini.
Wassalam
belajarlah wala' n taat pada pemimpn...krn belum ada bukti yg jels kesan burukya kpad jemaah n Islam setiap strategi yag dilontarkan...:)
http://pemudapc.blogspot.com/2009/05/hanya-ulama-profesional-yang.html
http://pemudapc.blogspot.com/2009/05/cabar-presidenbukanya-timbalannik-amar.html
Gorgon Kuning menggunakan gambar budak sekolah pegang rokok nak tunjukkan bahawa inilah hasil dan produk yang dikeluarkan oleh UMNO selama 50 tahun merdeka. betapa bengongnya UMNO. Rosak habis budak-budak.
Yang hairannya, Nik Abduh yang memakai Honda Elysion bernombor plat PAS 17 itulah duk tergila-gila nak Unity Governmet ngan Ameno. Lepas tu ada pula menyokongnya. Kalau setakat Roslan SMS aku tak heranlah. Memang di fraksi UMNO dalam PAS. Ini....
Aish, dunia sudah mau kiamatkah?
Sila lawati,
http://nikabduh.wordpress.com/2009/01/17/kuala-terengganu-menuju-al-aqsa/
fasobrun jamil...
Allah bersama-sama orang yang sabar.
Kadang-kadang, ia mengambil masa untuk tunjukkan siapa yang benar dalam perjuangannya.
[membangun bersama islam]
all things remain equal: i think it is time tgna plays a more visible and prominent role at the national level as the moral and spiritual guide of our nation. a role once played by khomeini, mandela, gandhi etc. he should become the father of all. only then we can break the 'psychological barriers' that kept us apart and regimented.
i also think that tgna is 'sufi' and 'ancient' enough to be able to see through all physical and worldly hijabs.
in iranian shiite terminology, tgna is the marja'-i-zaman. after all he is the mursyid-al-amm. pas and kelantan in particular, should be malaysian enough to let him play this bigger and historical role now, or we'll lose that window for change.
with due respect to bro anwar, tghh and all, i dont really think they have that x-factor, ie the moral and spiritual clout and fatherly acceptance to really unite and move our people as one nation under god.
wallahu a'lam.
Ustaz, biasakanlah diri ustaz dengan kesan-kesan ahli yang tidak menjalani tarbiyyah dan ujub dengan ilmu seciput.
Inilah antara bahana terlalu memborong demokrasi ke dalam parti, yang lain semua jatuh ke tangga ke dua.
Mereka menuduh ustaz din dan nik abduh, ini kerana mereka tergugat dengan kerja-kerja mereka berselindung memakai branding TGNA untuk membantai presiden.
Tapi saya bersyukur kerana komentar yang kontra di blog ustaz lebih banyak menghina peribadi dan memaki ustaz.
Berbanding blog pemimpin lain yang buat kerja jelas memburukkan pimpinan kita, komen yang kontra tidaklah seteruk di blog ini.
Astaghfirullah, di sini ada yang mencela pribadi ustaz rupa. Kecik aje ustaz, ciput jer...
Rasulullah tak 'reti' marah kalau ada musyrikin yang menyakiti dirinya...mental dan fizikal.
Ada yang melumurkan najis , yang mencalarkan tubuh baginda...semua tidak memberi bekas pada baginda. tapi baginda menyinga sekiranya agama Islam yang ditentang dan dihina.
bagus jugak boleh tapis komen kat sini....ini blog ustaz, tetamu yg nak menyinggah kena tahu adab. Lagipun ustaz berhak utk menolak dan menerima mana-mana tetamu .
Sekurang-kurangnya ini boleh mendidik penulis di sini bertanggungjawab dgn tulisannya, boleh juga kontrol penyinggah dari 'berbahasa' yang tidak menepati kehendak agama.
selamat berdakwah dan berkarya.
kepada muslimat
pandai awak nak menyamakan kritikan org terhadap ustaz nasa sebagai penghinaan rasulullah oleh musyrikin ek..
macam mana dengan penghinaan nik abduh terhadap pembantu tok guru???ini kita nak samakan mcm apa plak???
'tok guru' sabah bsuara lagi da..Tuan Guru pun tak sebut Ust Nik Abduh silap konco., pandai2 je hehe.. tguran ckit., pangil pimpinan biar bradap, 'ust NIk Abduh' ya..
Usrah tarbyah dalam parti yg wajib di sertai...tak salh berbeza pendapt, tapi biar tau adab..
kawasn mu di sabah tu macamana plak??? atau semangt pjangan kampus je... hehe...
salam perjuangan...
achoksabah,
harap anda sihat sebab komen anda nampak anda 'sakit'.
komen saya untuk ustaz din..mengingatkan beliau utk sabar serta sokongan saya utk beliau tetap sabar.Sebab ada komentator yg menceroboh 'hak pribadi' beliau termasuk mempersoalkan nama beliau komen itu langsung tiada nilai ilmiah, sebaliknya provokasi utk menghina pribadi dan memalukan ustaz...maka saya ingatkan beliau ttg Rasulullah tidak dapat disakiti 'hati' dan jasadnya walau dgn apa cara, tapi merasa sakit bila agama Islam ditentang...itu jer...Tiada kena mengena dgn isu ustaz nikabduh. Kalau anda teringin utk komen dan cela ustaz nikabduh anda boleh ke blognya atau thread ustaz din yang cerita pasal nikabduh...lagi sesuai saya rasa.
Saya tak samakan kritikan yg menghina pribadi ustaz dgn apa yg dilakukan oleh musyrikin pada baginda rasul saw.Sebab sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah.Musyrikin mekah kafir dan menolak agama Allah. Mereka tidak pernah merasa lazatnya makanan tarbiyyah dan manisnya amalan persaudaraan dlm islam ...maka sikap mereka pada rasulullah sedemkian rupa. tapi kalau kita yang mengaku muslim, mengikuti usrah, solat dan puasa tanpa diarah...mana mungkin mengambil sikap yg Allah tegah walau sehebat mana kita dalam perasaan marah.
Islam memberi keizinan utk saling bercanggah pandangan, tetapi adabnya tetap disusun untuk kita ambil panduan.
sapa yg nikabduh hina ??'pembantu tok guru'?...siapa ?? achok sabah ke ?...sampai sekarang saya tak tahu siapa pembantu to guru kerana nikabduh menulis secara umum....beliau tidak jelaskan nama dan ia boleh jadi sesiapa sahaja...tapi tak sangka ramai pulak yang melenting.Ada kemungkinan yg melenting itu semuanya 'pembantu tok guru ??...manalah saya tahu...
Biarkan yang merasa pedas itu yg menyelesaikan masalah. Saya yakin pimpinan pas termasuk tok guru tak diam perkara ni....Nik Abduh akan diminta bertanggungjawab dgn tulisannya dan saya dengar dia dipanggil tribunal.....kita tunggu apa cerita seterusnya dan bagaimana hal ini diselesaikan....jangan kita gelojoh dan panas punggung tak tentu pasal...takkan dah hilang keyakinan bagaimana pimpinan pas selesaikan masalah ??
satu lagi, achok (sebut acok je la, ndak smua orang sama macam achhok..hehe), baca ni klu ada masa degan hati yg tenang...
http://syukran.wordpress.com/2009/05/07/salah-faham-nisbah-3-ulama%e2%80%99-2-profesional-dalam-kepimpinan-pas/#more-1554
Allah...kenapalah banyak sangat komen2 mcm ni...xper la ust, org yang faham Islam akan faham ape itu perjuangan...
barakallahu fik...
kpd muslimat,
anda bercerita tentang adab menegur.anda mengkritik para pengkritik idea ust nasarudin sebagai tidak beradap..
saya nak tanya awk lah..awak ni beradap sangat ke kalau mengkritik sesama ahli jemaah dengan berkata mereka lebih teruk berbanding musyrikin mekkah seperti yg awak kata ini.
'''Sebab sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah'''
sikap double standard ini yg aku kritik..faham tak???
bercakap soal takwa,adab,wala..tapi sendiri tak pernah ikut..
'
kepada tukang seru
tok guru ada menegur nik abduh,cuma tok guru masih memberi kebebasan kpd nik abduh utk bersuara dan memberi pendapat...
ko pun ada juak becakap pasal adap,aku tanya ko la,kalau menegur dan menyindir pimpinan didalam blogni boleh dikira beradap juga ka??
dak perlu lah ko tuduh aku aktif di kampus jak kalau ko sendiri dak kenal aku..
Post a Comment