HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 5, 2009

PAS Tidak tanding di Penanti

Setelah berlarutan isu apakah PAS akan meletak calon di DUN Penanti setelah menerima desakan dari PAS Penang agar pimpinan PAKATAN kembali mengkaji kedudukan siapa yang berhak ke atas kerusi di DUN tersebut .

Hari ini , Alhamdulillah Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi telah membuat penegasan buat kesekian kalinya bahawa kerusi itu tetap milik PKR dan PAS tidak akan meletakkan calonnya disitu .

Saya sangat memahami apabila Tok Guru Presiden membuat penegasan sedemikian ertinya itu adalah keputusan yang muktamad . Sementara Al Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula turut menegaskan agar ahli PAS tidak mengganggu kerusi yang menjadi milik PKR .

Cukuplah dengan dua penegasan tersebut , saya mengharapkan semua pihak , terutama PAS Penang bersedia untuk akur kepada keputusan pucuk pimpinan . Mungkin sukar untuk ditelan kerana saya juga percaya dan yakin sahabat - sahabat di Penang mempunyai alasan dan hujjah yang tersendiri untuk memohon dan mendesak agar pimpinan membuat kajian semula kedudukan kerusi tersebut .

Namun , apa yang selalu kita belajar dalam usrah dan juga program - program tarbiyah kita selama ini bahawa ketaatan kita kepada pimpinan ialah dalam keadaan kita suka atau tidak . Sabda Rasulullah saw :

على المرء المسلم السمع و الطاعة فيما أحب و كره ما لم يؤمر بمعصية فإذا أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة

Wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak [ benci ] selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .

Riwayat Imam Muslim .


Dengan ini , saya sebagai seorang sahabat merayu agar sahabat - sahabat PAS Penang memahami situasi ini terutamanya rakan - rakan daripada Dewan Pemuda PAS Penang agar menerima dengan lapang dada akan keputusan dan penegasan yang telah dibuat oleh Tuan Guru Presiden parti .

Andai saya juga berada di tempat kalian saya juga akan merasakan kesukarannya tetapi saya yakin ilmu yang saudara miliki akan memandu saudara untuk bertindak sebaiknya . Sebelum ini saya sendiri mencadangkan agar pimpinan terlebih dahulu berbincang dan mendengar penjelasan dari PAS Penang . [ Bahkan saya sendiri juga berhasrat untuk pergi ke Penang tetapi malang buat seminggu dua ini saya agak kesempitan kewangan , namun saya mendoakan agar perkara ini dapat diputuskan dengan baik dan harmoni . ]

Kini pimpinan telah menegaskan keputusan mereka , apa pilihan yang ada kepada kita ialah mentaati mereka . Saya percaya segala apa yang berlaku ini tersimpan sejuta hikmah yang hanya Allah swt Maha Mengetahuinya .

Saya juga yakin , setelah mendengar penegasan Tuan Guru Presiden buat kali yang kedua dan penegasan al Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz , sahabat - sahabat Penang sedia akur sebagaimana saya sedia akur dan kita semua akur .

Keputusan yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden bukanlah kerana mahu membelakangi suara akar umbi dan ahli di Penang tetapi kerana mengambil kira janji setia kita dengan rakan - rakan Tahaaluf dalam PAKATAN Rakyat .

Kita mendengar suara dari akar umbi namun dalam masa yang sama kita ada perjanjian yang perlu dihormati . Sebagaimana sukarnya ahli menerima maka begitulah sukarnya pimpinan membuat keputusan . Sabarlah semoga Allah swt bersama dengan kita .

Mungkin hari ini , apa yang kita ingin tidak tercapai , asal sahaja kita ikhlas dengan perjuangan Islam ini saya yakin dan percaya Allah swt pasti akan bersama dengan kita .

Teringat saya satu kisah bagaimana selepas peperangan Nabi saw membahagikan harta rampasan secara tidak sama rata kepada para sahabat . Sahabat dar Makkah dapat banyak berlipat ganda sementara sahabat dari madinah hanya sedikit ada yang tidak mendapat apa - apa . Timbul rasa tidak puas hati dan mempertikaikan cara Nabi membuat keputusan dalam pembahagian sedang itu hak mereka .

Lalu Nabi saw kata : mereka dapat harta lalu pulang ke Makkah sedang kamu pulang dengan tangan kosong tetapi aku bersama kamu , Sekarang , mana yang kamu mahu ? lalu sahabat tertunduk dan redha , walau mereka tidak dapat apa yang mereka mahu walau itu hak mereka tetapi mereka dapat Nabi saw dan tiada yang lebih besar daripada itu .

Hari ini , Nabi saw telah tiada , maka para ulama' adalah pewaris Nabi saw. Sahabatku , marilah kita bersama dengan Tuan Guru Presiden biarpun keputusannya dirasakan sukar buat kita . Saya percaya begitulah pula sukar Tuan Guru Presiden sebagai pimpinan dan juga sebagai bapa kepada kita semua , mahu membuat keputusan .

Ketika saya menghubungi setiausaha politik Tuan Guru Presiden sebentar tadi , beliau menjelaskan bahawa asas utama penegasan Tuan Guru Presiden tersebut ialah semangat Tahaaluf dan setia kepada janji . Perkukuhkan PAKATAN Rakyat tetap menjadi agendanya sementara Tahaaluf masih terpakai .

Petang tadi , saudara Zulfikar [ setiausaha Angkatan Muda Keadilan ] telah menghubungi saya untuk menetapkan satu tarikh pelancaran jentera Pemuda PAKATAN di DUN Penanti . Insyaallah saya akan berikan komitmen untuk sama - sama turun membantu jentera PAKATAN bagi mengalahkan UMNO dan BN jika sekiranya mereka meletakkan calon .

Semoga Allah merestui perjuangan kita dan segala kekhilafan terungkai dengan semangat dan akhlak Islami yang tinggi dikalangan kita . Saya jua mendoakan agar sahabat - sahabat Pemuda PAS Penang akan terus menjadi pemangkin suara Islam di Penang berasaskan kewibawaan dan keikhlasan mereka buat perjuangan ini .

13 comments:

Anonymous said...

Salam,

saya amat2 berhap agar penulisan seterusnya dlm blog ini tidak membangkitkan isu 'hangat perebutan kerusi' dun penanti lagi.

kalau nak tulis, tulislah perkara positif dan memberi motivasi ke arah kerjasama memantapkan pakatan rakyat, khasnya utk gerakerja pemuda pakatan rakyat dlm menghadapi prk dun penanti.

saya harap ustaz tidak meneruskan 'jarum halus' dlm isu tersebut lagi.

kami semua tahu.....insyaallah jika ada 'perubahan' dlm muktamar nanti ianya utk kebaikan islam.

Nasrudin said...

Jarum halus ? jarum apa ?

Anonymous said...

Jarum halus ? jarum apa ?
eh, Jarum peninti kot.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Jarum halus ? jarum apa ?
eh, Jarum peninti kot.
.................................

hehehehe/..... jarum peniti... jarum peniti utk meniti jawatan......

Anonymous said...

ustaz,

kena tulis yang positif saja, maksudnya tulis kata puji dan kata semangat yg dapat perkuatkan lagi pengaruh 'anwariyyun' kpd ahli pas.
kalau ustaz tulis perkara muhasabah dan kebenaran macam ni...ini jarum halus atau mami jarum namanya...

ustaz kena menulis untuk Pakatan rakyat bukan menulis kerana Allah.

mungkin itu yg dimasudkan oleh anonymous 01:13 di atas

Ust Din Sudah Glamour said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Husam lebih sesuai tanding Presiden Pas

KUALA LUMPUR 5 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa (gambar) disaran bertanding jawatan Presiden bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahlinya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, jawatan timbalan presiden yang ingin ditandingi Husam dilihat tidak akan banyak membantu pemimpin itu membetulkan kemelut arah tuju parti.

Tambahan pula katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berulang kali menyatakan kesediaan untuk dicabar sekiranya para perwakilan merasakan kepimpinan beliau tidak lagi berkesan.

"Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang 'hebat dan berwibawa' seperti Husam ialah Presiden Pas itu sendiri.

"Kekuatan untuk merubah arah tuju dan memastikan ia terang lagi jelas tanpa sedikitpun keraguan di kalangan anggota parti mestilah bermula dari kerusi presiden," kata Nasrudin dalam blognya www.episodeperjuangan.blogspot.com.

Rabu lalu, Husam membayangkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.

"Jika arah tuju Pas diperjelaskan dan tidak ada keraguan dalam hubungan sulit antara Pas dan UMNO, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang jawatan sedia ada.

"Tetapi pada pendapat saya, trend yang berlaku sekarang wujudnya keraguan terhadap hala tuju Pas," kata Husam.

Nasrudin menjelaskan, kenyataan Husam itu dapat difahami dengan jelas bahawa beliau merasakan arah tuju Pas bukan sahaja tidak jelas malah meragukan.

"Saya tidak ragu terhadap telahan Husam kerana sebelum ini saya sangat mengenali beliau sebagai seorang yang 'objektif dan strategis.'

"Tentunya telahan beliau bahawa arah tuju parti tidak terang dan meragukan itu ada benarnya," katanya.

Nasrudin menambah, kebelakangan ini pelbagai pihak menimbulkan keraguan terhadap Abdul Hadi dan menganggap idea-idea pelik yang dibawa beliau seperti muzakarah dan kerajaan perpaduan sangat meragukan.

"Barangkali inilah juga asas kenapa Husam menganggap arah tuju parti kini mengelirukan dan memaksa beliau bertanding ke jawatan timbalan presiden," katanya.

Sehubungan itu Nasrudin menyeru Pas kawasan yang belum selesai bermesyuarat agung atau belum menyerahkan kertas pencalonan kepimpinan parti supaya mencalonkan Husam sebagai presiden.

Beliau berharap, Husam tidak menarik diri selepas dicalonkan kerana ia juga sebahagian dari harapan akar umbi.

"Harapan saya selepas ini, Pas kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah presiden sekarang banyak menimbulkannya (keraguan).

"Justeru, Pas kawasan mestilah mencalonkan Husam dan saya merayu sungguh-sungguh agar beliau benar-benar diberi peluang demi masa depan parti," tegasnya.

Muhasabah said...

Ust Tantawi

Sebenarnya rakyat Malaysia, pengundi PAS dan pendokong PAS sangat benci kepada UMNO kerana kejahatan mereka 50 tahun lepas. Mereka sayangkan PAS dan terlalu berharap PAS dapat menggantikan UMNO sebagai parti Melayu Islam, bukannya PAS bersama-sama dengan UMNO.

Diorang pun tidak berharap sangat dengan PKR dan Anwar. Tapi dengan UMNO, never. Sebab itu, kisah muzakarah dan kerajaan perpaduan, sangat menimbulkan trauma di hati orang PAS. Sebab walaubagaimana pimpinan terangkan, apabila ia ada kaitan dengan UMNO, mereka menjadi sangat takut. Sebab mereka terlalu bencikan UMNO. Sebab itu, janganlah lagi diungkitkan perkara-perkara yang boleh melambatkan usaha penghapusan UMNO di Malaysia ini. Diorang faham bahwa, untuk menghapuskan UMNO, mahu tidak mahu, mesti melalui pakatan yang kukuh, seperti pakatan rakayt, mereka sangat takut pakatan rakyat hancur seperti angkatan perpaduan ummah, dan barisan alternatif. Mereka merasa hanya setapak sahaja lagi langkah untuk menghapuskan UMNO. Mereka takut, langkah setapak ini dispoilkan dengan perkara-perkara yang remeh temeh yang boleh menghancurkan pakatan rakat. Mereka berharap, janganlah PAS memberikan nyawa lagi kepada UMNO seperti pada tahun 1972. Sebaliknya, mereka berharap, PAS dapat menggantikan UMNO sebagai parti Melayu Islam.


Selepas, UMNO, dan seterusnya Barisan Nasional hancur, barulah perjuangan ideologi parti masing-masing boleh diteruskan. Bersabarlah sedikit.

Anonymous said...

yes to muhasabah

itula isi hati majoriti ahli ahli pas biasa yg tidak menjadi perwakilan di muktamar(yg tidak boleh mengundi)
ust din faham ke maksud kami

Anonymous said...

Salam ustaz din,

jgn jd mcm bekas menteri umno shahril samad, bercakap lawa tp hancur bila dpt jawatan menteri kpdnhep. makin nazak pengguna.

kerajinan ustaz menulis sejak kebelakangan ini bukan nya secara kebetulan. ulasan pula tentang isu yg panas2. kenapa dlm 'kelas' ustaz tidak bersikap terbuka dlm perkara tersebut??? boleh
la bersoaljawab secara live. kami semua faham sangat.

rakyat malaysia termasuk juga ahli pas dah celik politik 'tahap gaban', so bak kata pepatah sekilas belang di hutan...sudah dapat ditelah harimau belang atau kuda belang...hehehehee.... :)
kuda belang mmg berlari laju tp takde taring....

tgna dah ulas mengenai perjanjian dgn rakan dari pkr mesti dipatuhi dan ulama dan professional boleh memimpin pas. saya rasa itu penegasan yg jelas dr seorang pemimpin pas. tidak ada kelok2. tidak ada sorok2. ahli jd lega krn tidak dikelirukan dgn statement yg berbelit-belit dan tidak telus.

selamat bermuktamar. semoga ustaz berjaya, kalau tidak berjaya, saya yakin itu semua ada hikmahnya.

wan said...

sabar jerlah ustaz, sanmpak serupa UMNO jer mereka tu bila balun ustaz serupa balun blogger UMNO.

Anonymous said...

Wan ni taksub. !!!!

Anonymous said...

SALAM,

errrm...wan...mmg bagus saranan agar ustaz din bersabar..mengapa tidak disarankan juga agar ustaz din tu jgn nak menambah api pd minyak???

ustaz tidak maksum, kena tegur juga. lebih2 lagi kalau babil taknak dengar keptusan pimpinan lantas buat blog guna ayat2 yg bombastik namun isinya mengelirukan dan berputar belit.

ikut mcm tgna tu...straight forward.. selesai masalah dlm masa simgkat. itulah contoh kepimpinan yg kita semua mahu.

ustaz din masih muda, popular pun krn 'hilang identiti'- meniru ala2 tuan guru presiden??? - maaf.

saya berkesempatan bertugas sebagai pegawai kerajaan terengganu semasa pas memerintah 1999-2004. dan juga berkesempatan berada di kelantan semasa awal tok guru nik aziz menjadi mb kelantan.

apa yg boleh saya katakan ialah ibarat langit dgn bumi jauhnya corak pas terengganu dan pas kelantan mentadbir.

maaf sekali lagi, tidak terniat untuk merendahkan sesiapa. exco pas terengganu pd 1999=2004 yg berlatar belakangkan ulama tidak dapat menjalankan tugas pentadbiran dgn baik malah hilang punca. mujur kami faham dan mnyokong serta membantu sedaya yg mampu krn sayangkan perjuangan.

ulama baik namun ulama yg ada latar belakang professional amat diperlukan.

penglaman bersama pas terengganu mengajar saya bahawa lebih senang mengkritik namun susah utk melaksanakan.

justeru ulama professional amat perlu utk malaysia sekarang.

berbaik dgn umno??? rasanya siapa yg setuju dgn idea tu lebih khianat dari bapa segala pengkhianat.

Unknown said...

saya ni penyokong PAS juga dan saya berada di luar negara keran bekerja.

Pada pandangan Saya seelok2 nya PAS tidak mennyertai PR..PAS sepatutnya 'stand alone' tegak kan kebenaran dan Islam..

PAS terus menerus melaungkan perjuangan Islam tetapi dalam masa yang sama juga menyertai PR yang kebanyakan nya semua gila harta dan gila kuasa yang di kuasai org kafir..

Ini cuma pandangan peribadi saya, PAS sekarang dah cenderong ke arah pemerintahan dan cara UMNO dan BN untuk meraih pengundi, ini tidak betul,,kalau parti islam hendak menegakkan Islam jgn lah bersekedudukan dengan org kafir dan mengikut telunjuk anwar ibrahim yang kita tidak tahau apa kah motif politik nya..

walahhualam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive