HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, May 15, 2009

Politik Wang Dalam PAS ?

Sejak pagi tadi , bertalu - talu panggilan dari wartawan yang ingin mendapatkan komentar dari saya berkait dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Daud al Iraqi [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ] mengenai gejala politik wang yang didakwa berlaku dalam PAS .

Sukar untuk saya mempercayainya justeru PAS adalah sebuah Gerakan Islam dan amalan rasuah adalah suatu yang bercanggah dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Lebih menyukarkan saya apabila kenyataan yang dipetik ini adalah daripada kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat .

Saya hanya menjawab [ kepada wartawan ] Demi Allah ! saya tidak mengetahuinya . Cuma , jika benarlah ia berlaku [ saya berharap ia tidak berlaku ] , maka ia adalah suatu yang sangat menyedihkan dan PAS Pusat mesti mengambil tindakan tegas.

Apalah tujuan politik wang di dalam PAS ? nak kejar apa dalam PAS ? lainlah dalam UMNO . Demi Allah , sukar saya mempercayainya . Sungguh saya berharap perkara ini tidak berlaku ! Andai berlaku , saya tegaskan sekali lagi PAS Pusat mesti siasat dan mengambil tindakan wajar .

Seperkara lagi , al Fadhil Ustaz Mohd Daud Iraqi mesti mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian . Namun saya tidak mendengar sendiri kenyataan beliau . Boleh jadi ini hanya mainan media di musim - musim pemilihan kepimpinan parti .

Apa pun gejala haram dan negatif ini saya harap tidak berlaku dalam parti . Jika benar sebagaimana yang didakwa , saya percaya ia bukanlah pemimpin yang beriman dan soleh . Pemimpin seperti insyaallah tidak akan mendapat tempat di dalam parti yang memperjuangkan Islam .

Saya kini dalam musafir ke Sabah untuk menghadhiri Ijtimak Guru - Guru PASTI yang berlangsung di Sabah esok . Saya berdoa agar Allah membersihkan jamaah Islam ini dari fitnah sedemikian dan menjauhkannya dari segala unsur yang boleh merosakkan jati diri sebuah gerakan Islam yang dihormati perjuangannya selama ini .

Semoga mimpi ini segara tamat .

46 comments:

achoksabah said...

pelik aku, mengapa perlu disebarkan tuduhan yang tidak mempunyai bukti kepada umum..entah tuduhan itu benar atau tidak, yang pasti imej pas dah rosak..


rasanya best plak ada title ulama, boleh buat kenyataan suka hati ke??kalau blog tepi jalan sebarkan kelemahan parti, pasti mereka dihina,dicaci,dituduh takde adab,dituduh tidak wala,dituduh anti ulama dan dituduh erdogan dan macam-macam lagi..

ustaz nik abduh dan ustaz daud dah report ke benda ni kpd majlis hisbah??dah bawa bukti ke??

abgBro said...

jika benar, segera siasat..
calon mana yg bg duit? batalkan pencalonan nya!!

muslimat said...

achoksabah,
anda kena belajar bertenang dan mencari bukti. Hanya dengan sedikit provokasi dan manipulasi media anda sudah angin satu badan....

Patutnya anda teliti dulu jangan semua isu anda nak highlighkan pertembungan ulama' dan erdogan....sikap anda tak menguntungkan parti dan diri anda sendiri.

saya terbaca tulisan ttg ucapan Ustaz mohd Daud Iraqi yg mengingatkan semua ahli supaya berhati-hati. walaupun tidak wujud politik wang secara terangan, namun majlis 'jamuan makan' dan 'hadiah baju' mungkin boleh menjerumuskan kepada rasuah jika ia bertujuan menarik perhatian untuk mendapatkan sokongan undi.

Saya tahu di peringkat sekarang ini pimpinan perlu berhati-hati memberi ucapan kerana musuh dengan jentera media mereka, memang menunggu peluang untuk mencari silap kita walau sebesar biji sawi utk dicanang-canangkan.Dan sebagai ahli parti, kita pula jangan le mudah teremosi dgn permainan media maka kita pula cuba mencemuh dan bertelagah sesama sendiri.

Berita harus diselidiki....

achoksabah said...

kpd muslimat

1. apasal aku plak yg kena cari bukti, bukan aku yg sebarkan cerita ni..

dalam islam,sesiapa yg menuduh, dia yg kena bawa bukti..itu semua org tahu..kalau seseorang menuduh org lain berzina,dia kena buktikan,kalau dia tak dapat buktikan dia yg kena hukum..

2. sejak bila plak aku nak kata pertembungan ulama dan erdogan...kalau puak erdogan buat kenyataan bodoh aku pun balun..

3. kau sendiri mengaku pimpinan kena berhati-hati buat kenyataan,jadi kalau mereka tak berhati-hati tegur sahaja lah, jangan kerana dia puak kita,maka kita kena bela mati2..yg silap,katakan silap,yg benar katakan benar..okey???

4. anda mengatakan bahawa berita harus diselidiki, sayapun nak kata pada mana2 pimpinan tidak kira ulama atau erdogan, sebelum buat kenyataan tu selidiki dulu,,jangan biarkan kita jadi peluru musuh..

yg dhoif

muslimat said...

achok sabah tulis

rasanya best plak ada title ulama, boleh buat kenyataan suka hati ke??kalau blog tepi jalan sebarkan kelemahan parti, pasti mereka dihina,dicaci,dituduh takde adab,dituduh tidak wala,dituduh anti ulama dan dituduh erdogan dan macam-macam lagi..

ustaz nik abduh dan ustaz daud dah report ke benda ni kpd majlis hisbah??dah bawa bukti ke??

sapa yang sebarkan kelemahan parti ??
ulama' mana yg buat kenyataan sesuka hati ??

Apa pulak perkaitan ustaz nik Abduh dgn perkara ni ???

Siapa yang tuduh siapa ??takkan ustaz Daud Iraqi mengingati dan menasihati ahli pun dikatakan sebagai tuduhan ??

kalau macam tu pimpinan tak boleh nasihat apa-apa sebab semuanya diterjemahkan sebagai tuduhan dan perlu dibuktikan....macam tu ke ??

pikir....

sucimurni said...

harap2 tak ada la gejala dalam Pas..

achoksabah said...

muslimat..

1. aku nak tanya lah,engko ni pandai ke bezakan antara nasihat dan tuduhan???

2. kalau kata pembantu nik aziz sebagai pejuang nafsu tu nasihat ke???kalau kata ada pimpinan pas rasuah melalui belanja makan tu dikira nasiha ke??

3. rasanya bdk tadika pun tahu beb..tapi takpe lah kalau awk tak tahu ataupun buat-buat tak tahu..cuma nak ingatkan lah, jangan kita ni jadi mcm UMNO "deny syndrome" yang terlalu menebal hanya kerana nak membela yg salah..rasanya awk pun dah cukup besar utk fikir...

muslimat said...

sekali lagi achok sabah..
anda sedang mimpi...mimpi ngeri..
anda macam tido tak basuh kaki...
bangkit je menjerit macam masih mamai lagi...


elok anda dapatkan ucapan ustaz Daud Iraqi dan cuba fahamkan....pun anda tetap tidak dipersalahkan jika masih silap tafsiran, bukan semua manusia diberi kelebihan untuk tepat pandangan...

saya tidak berniat membela 'kesalahan' , cuma berharap menyokong kebenaran...itu saja.

apa yer...beza nasihat dan tuduhan ?...mungkin anda boleh jelaskan ??

achoksabah said...

muslimat

1. kalau marahpun, tak payah la kata aku ni mimpi la,tak basuh kaki la,mamai la..apa ke jadah ni berhujah mcm ni???ko nampak ke semua pergerakan aku ni???

2. kalaupun nak nasihat pimpinan yg buat rasuah pun,kenapa perlu didedahkan pada media???apakah pimpinan kita tidak pernah meeting bersama untuk saling menegur???ataupun, adakah pimpinan kita tidak boleh berjumpa secara direct???

3. ustaz daud iraqi sendiri mendakwa bahawa dia hanya difahamkan rasuah ni dilakukan oleh beberapa org pimpinan yg nak bertanding, tetapi beliau sendiri mengaku tidak mempunyai bukti yg sahih..so apa kejadahnya nak cerita ngan media benda yg tak sahih???ini kan kerja menyusahkan dan memburukkan jemaah..

Elbaritii said...

Achok,
Ust Mohd Daud tak cakap pada media direct. Dia ucap dalam muktamar. Apa hal pulak dalam muktamar tak boleh tegur pemimpin?

Kalau sebut nama si anu bin si anu rasuh dalam ucapan majlis rasmi, baru lah namanya menuduh si anu si anu.

Jika umum, maka itu dikira nasihat. Jika ko kata tuduh siapa yang dituduh? Idola kau?

Nizam Mahmud said...

Kalau macam ini lah level yang di kata kan Ketua Dewan Ulama.

1. Saya nak jelas kan sedikit beza nya di antara tuduh dengan nasihat.

2. Kalau kenyataan dia " saya nasihat kan calon jangan terlibat dalam rasuah", ini memang nasihat semata-mata

3. Tetapi kenyataan dia " saya dengar ada calon PAS amalkan rasua (tuduhan) dan saya kata hentikan (amaran/nasihat)"

4. Hakikat nya dia dah memang tuduh selepas itu baru bagi amaran atau nasihat.

5. Orang boleh terima amaran/nasihat, tak ada masalah. Tapi dalam Islam, jika tuduh sila bawak bukti.

6. Tapi dia mengaku pula tak ada bukti. Kalau orang menuduh zina tapi tak dapat bawak bukti, penuduh yang akan di hukum.

7. Antara sebab penuduh dihukum kerana mengelakkan sesuka hati menjatuhkan maruah orang.

8. Tapi semangat ini tidak diamalkan oleh Ketua Dewan Ulamak. Mungkin beliau beranggapan beliau Ulamak maka beliau boleh berbuat sesuka hati.

9. Bila orang UMNO tuduh PAS macam-macam, PAS akan dengan cepat nya meminta bukti.

10. Tapi dalam parti sendiri, boleh saja tuduh menuduh tanpa perlu mengemukakan bukti.

11. Alasan penyokong bahawa tak akan Ketua Dewan Ulama berbohong secara tak langsung meletakkan kedudukan Ketua Dewan Ulama sebagai maksum dan tidak mampu berbuat dosa.

12. Alasan ini juga telah digunakan oleh penyokong UMNO berpuluhan tahun lama nya. Alasan "tidak mungkin pemimpin negara berbohong' dan etc.

13. Semenjak PAS begitu ingin sekali bersekongkol dengan UMNO, saya lihat PAS yang terikut-ikut dengan perangan UMNO sedikit demi sedikit.

Secara kesimpulannya, kalau begini level Ketua Dewan Ulama, saya tak boleh bayangkan apa level ulama dalam PAS yang dibawah-bawah.

Nizam Mahmud said...

ustaz Din

Terpulanglah pada ustaz untuk pilih bersama-sama menyertai mereka yang melakukan kezaliman atau tak.

Kalau sesama sendiri pun tak mampu nak bagi keadilan, tak ada apa yang orang luar macam saya boleh harapkan.

Zaman sekarang bukan zaman dulu ustaz. Orang atas pagar ini semua perhati gerak geri pemimpin. Bukan saja pemimpin BN tapi pemimpin PR juga.

Ustaz ingat-ingat lah.

Zacharias said...

Setiap orang yang mengeluarkan kata-kata, harus bertanggungjawab atas apa yang disampaikan.

Nak percaya, percaya. Tak nak percaya, tiada siapa yang boleh paksa kita percaya atau tak.

Sikap skeptik itu perlu. Tapi toksah la sampai bertekak kat sini.

Apa yang baik, kita anggap la sebagai nasihat, dan terima.

Kalau benda tu tak betul, dia yang akan berdepan dengan Allah di akhirat nanti.

Cuma, dari atas sampai ke bawah, cuba la tingkat kan rasa baik sangka sesama orang islam. Cuma jangan sampai tahap orang bagi perempuan cina, kita anggap sedekah pula.

Elbaritii said...

Nizam,

Kalau enta tuduh ada orang PAS berzina, enta kena hukum ke?

Siapa yang nak bawa kes ini ke mahkamah? Siapa yang kena dakwa?

Aduh...

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Jelas Pimpinan PAS hari ini hanya pandai bercakap mengenai perlaksanaan sistem Hudud,Qisas & sebagainya secara amn tapi tak dipraktikan secara dalaman.

Tuduhan tanpa bukti jelas disebarkan seantero dunia.

WOTR <--- Anti Ulamak Haprak

Nizam Mahmud said...

El Bariti, hang kata

""""Kalau enta tuduh ada orang PAS berzina, enta kena hukum ke?

Siapa yang nak bawa kes ini ke mahkamah? Siapa yang kena dakwa?""
-------

Sila baca betul-betul apa yang aku tulis, boleh ker tak? Ni aku paste balik;

Aku kata

""7. Antara sebab penuduh dihukum kerana mengelakkan sesuka hati menjatuhkan maruah orang.

8. Tapi semangat ini tidak diamalkan oleh Ketua Dewan Ulamak. Mungkin beliau beranggapan beliau Ulamak maka beliau boleh berbuat sesuka hati."""

Nie saya nak jelaskan yer, mana tau hang tak reti sangat Bahasa Melayu

1. Saya kata semangat, merujuk kepada keadilan hukum hudud yang di laung-laungkan oleh PAS selama berpuluh tahun.

2. Sebagai parti yang memperjuangkan hudud dan seringkali berkata bahawa hudud lebih adil dari hukum-hukum lain, maka apakah semangat keadilan dalam hukum hudud itu tak dapat diamalkan oleh pemimpin PAS sendiri

4. Saya tak heran kalau ahli PAS cabuk yang tak dapat menghayati keadilan hukum syariah. Tapi tak kan sampai Ketua Dewan Ulamak pun tak dapat?

5. Kesimpulannya, kalau Mat Daud betul-betul menghayati hukum Syariah bukan sekadar mainan bibir nya itu saja, kalau dia tuduh tapi tak dapat buktikan, paling kurang pun dia kena la minta maaf secara terbuka.

6. Sampai tulisan saya ini ditulis, dia dah minta maaf ker?

Nizam Mahmud said...

Bukankah PAS selama ini melaungkan bahawa undang syariah juga menjaga hak yang kena tuduh.

Ini mana hak yang kena tuduh iaitu semua calon-calon ini?

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

Salam. Isu politik wang sesuatu yang sukar di mengerti. Saya yakin ulama memang tak cakap kosong. Achoksabah kena tanya perwakilan sabah. Mungkin anda bukan dari PAS Sabah. Tanya mereka gejala BUDI sediakan hotel untuk perwakilan setiap kali ada pemilihan. Pernah barang dibawa perwakilan sabah diborong semasa pemilihan tetapi tahun berikutnya tak dipeduli. Saya tak kata itu politik wang tetapi politik tabur budi.

muslimat said...

salam Nizam...

terpulang pada keupayaan anda memahami sesuatu...kalau anda menilai ucapan ustaz Daud sebagai tuduhan maka tuduhanlah jadinya ia pada nilaian anda, jika anda menilai sebagai nasihat maka nasihat lah jadinya.

Persepsi seseorang banyak bergantung kpd kecenderungan dan juga sifat dalaman yang mereka miliki.Saya lebih merasakan kata-kata ustaz daud itu sekadar peringatan dan nasihat dari ketua dewan ulama' K'tan.

Sebagai perbandingan kes, katalah saya berbicara dgn anak sendiri " umi dengar ramai pelajar di sekolah kamu terlibat dalam masalah merokok, kalaulah kamu juga terlibat tolong hentikan. Merokok adalah satu kesalahan dan umi sangat tidak suka" Adakah boleh anak saya menganggap kata-kata saya itu sebagai saya menuduh dia merokok ?? atau saya menuduh mana-mana kawannya merokok ? sedang tiada satu nama pun yg saya sebut ??

Ia jadi tuduhan bila cenderung menerima sebagai tuduhan. tapi ia boleh jadi peringatan jika yg mendengarnya cenderung utk merasakan ia peringatan.

Jadi terpulang pada anda...kalau anda merasa selesa memandang rendah pada kredibiliti ustaz Daud kerana persepsi anda itu...maka itu masih hak anda.Anda boleh terus utk merasakan begitu.

Cuma pada saya, saya rasa itu TEGURAN/PERINGATAN.
Saya tak kecewa dgn provokasi pemberita.Setelah sekian lama menatap rupa wajah pas dalam media arus perdana....sekalipun ketika belum bersama PR, celaan terhadap pemimpin pas dah tak terkesan pada saya. Sikap melaga-laga dan putar belit berita tak mampu buat saya rasa sakit sangat.Kerana bukan sekali ini ucapan pimpinan pas dijadikan peluru untuk menembak pas kembali. Bukan sekali ini kata-kata pimpinan pas diolah utk menimbulkan marah dan resah dikalangan ahli pas sendiri....kami dah berulang kali 'meratahnya'...dan kami dah tak rasa seksa nak menelannya.

Cuma akhir-akhir ini rasa agak pelik bila ramai pula ahli pas yang terlalu emosi dan sensitif dgn permainan pihak berita....macam ler depa sebelum ni tak pernah merasa dan tak faham cara orang berita bekerja ? malah kita jadi terlebih melenting dan sangat-sangat marah....dah tak kira presiden ke, ulama' ke, ketua pemuda ke...semua kita nak 'tarah'.....

Seperti juga tulisan ustaz nik Abduh, ucapan ustaz daud iraqi yg bersifat umum ini juga ada yg melenting dan marah-marah..atas alasan 'tuduhan' tanpa bukti ?

....pelik betol, cubalah anda amati sikap mereka ini, anda akan ketawa gelihati...sebab anda tak ketemui sikap ahli jemaah seperti ini sebelum ni....kecualilah ada antara kita ini memang sengaja 'dikirim' untuk buat orang sekeliling 'gelihati' atau 'pening' sendiri...wallahualam

Hanya Allah ygn Maha Mengetahui

Unknown said...

ermmm....saya nak nasihat kan aje di sini..jangan pulak kata tuduh.....

nasihat saya ialah :

"KALAU ADA USTAZ-USTAZ DAN AHLI PAS YG PAKAI KERETA MEWAH CONTOHNYA HONDA CRV BARU HASIL DARI DUIT TOKEY ATAU SUMBER2 DI RAGUI....ELOKLAH HENTIKAN KEGIATAN TU..NANTI ADA AHLI TOLAK ANDA SEBAGAI PEMIMPIN KERNA CAKAP LANGSUNG TAK SERUPA BIKIN!!!"

sekianlah saja nasihat saya....

achoksabah said...

muslimat berkata

" umi dengar ramai pelajar di sekolah kamu terlibat dalam masalah merokok, kalaulah kamu juga terlibat tolong hentikan. Merokok adalah satu kesalahan dan umi sangat tidak suka" Adakah boleh anak saya menganggap kata-kata saya itu sebagai saya menuduh dia merokok ??

...................................

lucu lah awak ni, contoh yg anda sebutkan diatas secara jelas MEMANG menasihati ank awk, TAPI awk sedar tak, dalam anda menasihati anak awk,awk telah MENUDUH PELAJAR SEKOLAH anak awk merokok ???

sama lah seperti kes ust daud, MUNGKIN niat dia nak menasihati ahli pas supaya tidak rasuah,TAPI DALAM MASA yg sama dia juga MENUDUH bahawa ada ahli@pimpinan PAS yg rasuah hanya melalui kabar2 angin yg beliau dengar dan beliau sendiri mengaku tidak tahu samada khabar itu SAHIH ataupun tidak..oleh itu, yg kami tentang adalah tuduhan beliau tentang ada pemimpin PAS yg merasuah...

satu lagi, kami sebagai Ahli pas biasa, merasakan bahawa PAS perlu dibersihkan dari golongan PERASUAH HINA dari gerakan islam yg tercinta ini,,kalau ust daud Iraqi ada mendengar khabar bahawa ada pimpinana mahupun ahli yg merasuah,baik laporkan sahaja ke tribunal jemaah..kami pun mahu perasuah ini diusir..TAPI kalau beliau sendiri belum yakin dan belum mempunyai bukti,JANGAN SESEKALI kata ada pimpinan yg merasuah...

p/s..jangan plak kerana aku kritik ust daud kau terus kata aku ni lebih teruk dari org munafik yee..mcm yg ko kata sebelum ni kpd pgkritik ust din..

muslimat said...

achoksabah...
kalau saya kata anda ngigau mesti makin tinggi temperature..

cumanya...saya gelak mengekek membaca tulisan anda...sungguh, avatar anda nampak tua benar, tapi anda menulis 'semuda' murid saya di tingkatan lima.Anda melepas perkataan semudah melepas brek tangan...cuuuu laju jer...

Apa-apa saja la achoksabah, asal anda bahagia. Saya yakin ustaz daud pun tak tersinggung dgn tulisan anda sebagaimana saya tak patut tersinggung dgn anak-anak murid saya, walau seteruk mana layanan mereka kpd saya...

semoga berjaya....majukan pas Sabah...hapuskan rasuah! ...

errr....jangan kata saya 'tuduh' pas sabah rasuah pulak yerr...

Gorgon Kuning said...

Achok Sabah,

Kalo ko berhujah dengan muslimat espc muslimat PAS memang sampai bila-bila takkan selesai. Sebab mereka mudah dibuai emosi dan tertipu dengan pakaian dan penampilan luaran sesorang. Percayalah. Hampir semua begitu. Sedikit benar yang cerdik.

Ko pegang kata-kata aku.

achoksabah said...

point yg saya dpt dari muslimat

1. dia gelak,mengekek
2. dia kata tulisan aku nampak tua,dan mcm bdk tgktn 5,
3. dia kata juga aku menulis macam brek tangan
4. dia tidak tersinggung dengan tulisan ku


p/s aku tak nampak apa point yg engko nak sampaikan,,semuanya hanya lebih kepada nak melebel aku dan tulisanku..nampaknya teori GORGON KUNING kelihatan benar..

achoksabah said...

satu lgi muslimat berkata :

semoga berjaya....majukan pas Sabah...hapuskan rasuah! ..

errr....jangan kata saya 'tuduh' pas sabah rasuah pulak yerr...

......................................

kalau setakat kata "hapuskan rasuah", buat apa aku nak kata kau tuduh pas sabah rasuah???lain lah kalau kau berkata mcm ni

1. hapuskan rasuah pas sabah
2. hapuskan rasuah pimpinan pas sabah yg memberikan rasuah makan dan baju.

aku nak tanya,kau faham ke BahasaMelayu???

ayat hapuskan rasuah adalah ayat yg gantung..faham???bila engko tambahkan kata nama dibelakang perkataan hapuskan rasuah,maka engko telah menuduh "kata nama itu mengamalkan rasuah"

cigku faham???

muslimat said...

tiada apa dlm tulisan anda ... saya menerimanya sebagai latah aje. tapi yang ini...

p/s..jangan plak kerana aku kritik ust daud kau terus kata aku ni lebih teruk dari org munafik yee..mcm yg ko kata sebelum ni kpd pgkritik ust din..

Ini bukan sekadar tuduhan, tapi ini fitnah...ANDA BERTANGGUNGJAWAB MEMBUKTIKANNYA !...tolong cari dan quote kata-kata saya itu supaya semua orang boleh baca...kalau tidak anda hanya 'menghinakan' diri sendiri kerana sibuk menyuruh orang membuktikan tuduhan tapi anda sendiri secara terangan terlibat memfitnah orang.Saya anggap ini fitnah kerana saya tidak pernah menuduh atau menegur sesiapa MUNAFIK! ia seperti menyamakan seseorang dgn Abdullah B Ubai.

semoga selamat di masyar...anda berhutang dgn saya utk fitnah itu.

achoksabah said...

kpd muslimat

aik.lupa ke pura-pura lupa..cuba lihat komen awk dalam "Hala Tuju PAS. vol 2" dan awk tulis pada 08 May 2009 09:53..

ini dia kata2 awk yg saya copy paste dari komen itu..

"Sebab sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah"

takkan menulis main lepas jee kawan...

muslimat said...

achok...balik belajar dan bertanya ustaz anda...
jauh bezanya musyrikin dan munafiqun...

kalau sesiapa membaca pasti jelas maksud saya dan pasti tertawakan anda...saya bukan menuduh mereka munafik dan jauh sekalik menuduh mereka musyrik...ulanglah membaca, pasti jelas maksud saya.

saya minta anda belajar utk cermat menulis supaya anda tak silap menafsir kerana semudah munafik dan musyrik pun anda tak boleh bezakan.

Sungguh anda sangat lemah dalam menilai dan menafsir sehingga ....

...saya minta maaf...

muslimat said...

(Berita Harian 18/05/09)
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.

"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamed juga mempertahankan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan bersifat tuduhan kepada sesiapa, sebaliknya lebih kepada nasihat umum terhadap ahli Pas supaya berwaspada dengan penularan gejala berkenaan.

"Tujuan saya membuat kenyataan itu ialah untuk memberi nasihat kepada semua yang menjadi perwakilan menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan supaya tidak terikut-ikut atau terbabit dengan gejala politik wang," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan mengenai pendedahan Mohamed berhubung gejala politik wang yang mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan dan memberi hadiah kepada perwakilan untuk melobi undi.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan beliau sebagai serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka yang menjejaskan imej parti.

Berikutan itu, Mohamed dijangka dihadapkan ke Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuatnya itu.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilaporkan berkata, Mohamed perlu memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

"Jika beliau gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.

muslimat said...

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/politik-wang-pas-tertuduh-di-kl-hari.html

Nizam Mahmud said...

" umi dengar ramai pelajar di sekolah kamu terlibat dalam masalah merokok, kalaulah kamu juga terlibat tolong hentikan.""

Umi dengar ramai pelajar di sekolah kamu terlibat dalam masalah rokok << ini satu tuduhan

kalaulah kamu juga terlibat tolong hentikan << ini satu amaran/nasihat

Tuduhan itu tetap ada. Kalau di rencahkan dengan nasihat sekalipun, bau-bau tuduhan itu masih ada juga.

Dari Malaysiakini

PAS menafikan wujud amalan politik wang dalam parti itu selepas jawatankuasa hariannya mendengar penjelasan ketua Dewan Ulama, Datuk Mohammad Daud dalam mesyuarat pagi ini.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bantera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat dewan harian juga mengambil laporan daripada ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, pengarah pilihanraya parti Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan.

"Setelah kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Abdul Hadi lagi dalam satu kenyataan.
-----

Dalam penyiasatan setelah memanggil Ustaz Daud Iraqi dan juga mereka yang terlibat mengendalikan pemilihan, di dapati apa yang di dengar oleh Ustaz Daud adalah berita bohong sahaja.

Sekarang ini, semua orang nak tengok, Ustaz Daud ini nak minta maaf atau tidak.

Sebab atas berita bohong itu, diguna kan oleh musuh-musuh PAS untuk menunjukkan PAS dua kali lima saja dengan UMNO.

muslimat said...

Alhamdulillah, kepimpinan parti menangani isu ini dgn berhikmah. semoga Allah membalas usaha baik ustaz Daud Iraqi'

Kita serahkan kpd Badan disiplin parti, mereka lebih LAYAK bertindak utk hal ini.

muslimat said...

Nizam, terpulang pada tafsiran dan pandangan anda ...sesuatu pandangan mungkin betul malah harus juga silap...

Jika anda selesa dgn nilaian anda....just go for it.
Saya memilih utk memahami ucapan ustaz daud dari sudut berbeza dgn anda.

achoksabah said...

kpd muslimat..

musyrikun dan munafikun dua-dua golongan yg paling teruk..

lepas tu,engko kata plak org yg kritik ust din lebih teruk dari musyrikun..

bercakap soal adap,takwa,wala..TAPI sendiri tak buat..

jadi ko mengaku je la yg kau tu tulis pgkritik ust din lebih teruk dari musyrikin mekkah...bukti dah jelas..lagipun aku dah quote kata2 ko tuu..jadi tak perlulah engko label aku lemah menilai dan mentafsir..sepatutnya, engko nasihat dulu diri ko sendiri bila nak nasihat org lain untuk cermat dalam menulis..

muslimat said...

Bacalah dan semua boleh membacanya...
nilailah dan semua boleh menilai..
since tulisan saya itu masih di situ, jadi biar orang lain menilai tulisan saya, saya sudah hilang kepercayaan pada nilaian anda...kerana anda belum selesaikan fitnah anda terhadap saya.

Tolong teliti kepada golongan mana saya tujukan tulisan saya itu...saya menulis SIKAP pengkritik yang menghina dan mencela NAMA ustaz din lebih teruk dari musyrikin, kerana sikap seorang muslim terhadap saudara tidak boleh saling menghina dan memandang rendah nama sesama saudaranya. Musyrikin mekah adalah kafir, tidak beriman dan menentang keras ajaran Islam...tapi kita adalah muslim yang faham dan terikat dgn ajaran Islam yg datang dari Al-Quran.

Marahkah anda kalau saya katakan anda mengigau ?...tapi anda benar-benar bermimpi dan menulis penuh emosi...sehingga mempertahankan tuduhan dgn bukti yang tidak benar sama sekali.Kelemahan sendiri tidak dapat anda terima dan anda masih pertahankan kesalahan anda terhadap saya.

Berbanding anda, saya akui saya sangat tidak beradab, tidak taqwa dan tidak wala'...kerana semua sifap-sifat itu jelas ada pada diri anda sendiri, bukan pada diri saya ini.Semua pembaca tentu dapat menilainya.

kerana tidak beradablah maka saya ingatkan tetamu-tetamu ustaz di sini supaya jangan mencela nama atau pribadi dan sanggup menuduh riya' pada ustaz din.

Kerana tiada sifat taqwalah maka saya ingatkan ustaz din supaya bersabar dan kenangkan kesabaran nabi ketika dicela musyrikin

kerana tidak wala'lah saya minta komentator cermat ketika melahirkan pandangan dan menegur pimpinan.

saya rasa jemaah bangga memiliki rijal seperti saudara kerana mempunyai daya toleransi yg tinggi terhadap perbezaan pandangan, menghargai nilai baik daripada orang lain dan sangat terbuka untuk berbincang sesuatu isu yang berbangkit dgn bijaksana dan hikmah.

Saya rasa kaum hawa seperti saya berasa selamat di pimpin oleh mujahid cool seperti saudara yang tenang menghadapi isu berbangkit yg cuba disensasikan oleh pemberita.Memang kita tidak akan jayakan hasrat musuh utk memecah belahkan kesatuan kita sehingga bercakaran dan tunding menunding sesama sendiri. dalam era penyebaran maklumat yg cukup pantas dan luas, jemaah perlukan ahli gerakan yang lebih teliti dan hati-hati tidak mudah melenting dgn provokasi.Mungkin semua ini sudah anda miliki....dan saya jangkakan anda ahli pas sabah yg sungguh berani.

cumanya..anda masih tidak menarik balik fitnah terhadap saya...

Dulu TGHH pernah mengatakan kufur pada sesiapa yang menolak hukum Allah yakni Hudud. Beliau telah dituduh mengatakan kafir kpd UMNO kerana UMNO menolak hudud. Ulama' berpandangan kita tidak boleh menghukum kafir kepada muslim yang tidak secara terangan menyatakan keluar dari Islam. tapi boleh menghukum kufur PERBUATAN yang menolak dan menghina hukum Islam.Itulah yang TGHH lakukan, tapi diputar belit oleh UMNO.

Saya doakan anda tidak begitu terhadap saya dan jauh sekali cuba memutar belit tulisan saya...kerana saya tidak katakan musyrik kepada pengkritik ustaz din tapi saya katakan SIKAPNYA yang lebih teruk dari musyrik..

Sekali lagi sila fahami...munafikun dan musyrikun berbeza !
sedang saya tidak mengatakan pada sesiapa pun munafik atau musyrik...

ALLah saksi segalanya....

achoksabah said...

muslimat kata :

Sebab sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah.Musyrikin mekah kafir dan menolak agama Allah. Mereka tidak pernah merasa lazatnya makanan tarbiyyah dan manisnya amalan persaudaraan dlm islam

...................................

ni kata-kata engko,berkata pasal tarbiyyah,manisnya ukhwah islami,TAPI suka sangat TUDUH org lain lebih teruk dari MUSYRIKIN MEKKAH..

sapa yg ajar engko mengkritik org lain dan melebel saudara se islam lebih teruk dari musyrikin mekka???kau di ajar menuduh mcm ni ke dalam usrah???

setahu aku,takde plak org yg menghina ust din sampai tahap seperti engko menghina org lain..takde plak lagi org menghina ust din lebih teruk dari musyrikin mekkah..HANYA ENGKO yg suka tuduh2 org yg mengkritik ust din sbg LEBIH TERUK DARI MUSYRIKIN MEKKAH..

aku bukanya menuduh dan membelit yerr,itu jelas dalam tulisan anda,saya ulangi jelas dalam tulisan anda..saya quotekan sekali lagi

"""sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah"""


p/s itu lah,kalau nak menulis pun jangan la main redah jeer..tengok dulu ayat tuuu..jangan salahkan org yg menafsir kalau engkau dah tulis dengan jelas ayat2 tuu..

muslimat said...

terserah...utk maksud saya yang diputar belitkan anda itu..Allah lebih berhak menilai.Pastinya tidak terlepas dari catatan blogger raqid atid di kiri kanan kita.

tak perlu anda emosi mencari beratnya kesalahan tulisan saya....yang cerdik di sini boleh menilainya.

saya rasa anda sudah mula menggelabah dan mencari kekuatan untuk kekalkan saya dikandang pesalah.
Semoga Allah kuatkan sesiapa yang benar antara kita.

Saya ulangi....saya anggap anda masih berhutang dgn saya kerana fitnah.Apakah pembelaan diri anda terhadap memfitnah saya menuduh pengkritik ustaz tantawi sebagai munafik ??

anda sudah mengaku salah ?
Belum saya kira...
anda sekarang berjuang pula membawa pertuduhan baru yang kononnya saya mengatakan pengkritik itu sebagai lebih teruk dari musyrikin...

saya tidak berminat mengulang pembelaan diri saya untuk tuduhan yang kedua kerana saya sudah jelaskan maksud saya tentang SIKAP dia bukan batang tubuhnya.

yang selebihnya....juri yang singgah di sini boleh menilainya.

saya suka sebenarnya anda terus menulis dan menambah nilai pada keburukan diri saya...kerana dalam waktu yang sama anda menyediakan diri anda utk dinilai dan disaksikan kelemahan anda.

Jika ustaz din masih membuka ruang...anda boleh teruskan tulisan.

tapi tolong akui kesalahan memfitnah saya ttg isu munafik itu...atau anda masih mencari jalan membuktikan tuduhan anda itu benar...

Saya menunggu...

achoksabah said...

muslimat

awak ni pandai membaca ke tak???

ini buktinya...awk kata pengkrtitik ust din tantawi lebih teruk dari musyrikin mekkah..


""sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah"""

awk post ni pada tajuk "Hala Tuju PAS. vol 2" dan awk tulis pada 08 May 2009 09:53..

ayat tu jelas awk menuduh pgkritik ust din sbgai lebih teruk dari musyrikin mekkah,soal munafik dan musyrikin ada lah dua benda yg lebih kurang sama,kedua-duanya golongan yg memusuhi islam...


p/s awk ni pandai tulis yg menuduh bukan2,lepas tu nak paksa org lain ikut penafsiran awk sendiri sahaja,,,lain kali,kalau takut tulisan tu ditafsir yg bukan2,jangan tulis main redah jeer..ingat ALLAH masa menaip tu, jangan kerana emosi org lain dituduh sbgai lebih teruk dari musyrikin mekkah...

satu lagi,penat aku nak berikan bukti kalau engko tak pandai baca ni..

FAHAM..

achoksabah said...

muslimat kata

Saya ulangi....saya anggap anda masih berhutang dgn saya kerana fitnah.Apakah pembelaan diri anda terhadap memfitnah saya menuduh pengkritik ustaz tantawi sebagai munafik ??
...............................

buktinya seperti kata2 awk dibawah

""sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah"""

awk post ni pada tajuk "Hala Tuju PAS. vol 2" dan awk tulis pada 08 May 2009 09:53..

so,jgn soal bukti pada aku lagi..sebaliknya soal diri awk sendiri,mengapa suka tuduh org lain lebih teruk dari musyrikin mekkah..

muslimat said...

salam achok sabah...

Tidak seperti anda, saya sangat tidak reti membaca...sedangkan anda laju membaca....laju sehingga tiada brek langsung.

Terima kasih mengingatkan saya tentang Allah, Dia Tuhan yang Esa dan maha tinggi keadilanNya, pasti apa yang berlaku antara anda dan saya tidak terlepas dari hitunganNya...baik anda ingatkan diri anda sama kerana mulut yang menuturkan kata lebih dekat dengan telinganya.

ini tulisan saya

""sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah"""

dan ini juga tulisan saya

"Tolong teliti kepada golongan mana saya tujukan tulisan saya itu...saya menulis SIKAP pengkritik yang menghina dan mencela NAMA ustaz din lebih teruk dari musyrikin, kerana sikap seorang muslim terhadap saudara tidak boleh saling menghina dan memandang rendah nama sesama saudaranya. Musyrikin mekah adalah kafir, tidak beriman dan menentang keras ajaran Islam...tapi kita adalah muslim yang faham dan terikat dgn ajaran Islam yg datang dari Al-Quran."

lagi satu tulisan saya

"saya tidak berminat mengulang pembelaan diri saya untuk tuduhan yang kedua kerana saya sudah jelaskan maksud saya tentang SIKAP dia bukan batang tubuhnya."

MAKA SIAPA YANG TIDAK TAHU MEMBACA SEBENARNYA ?
Achok, anda cuba merendahkan saya sedang anda lupa anda sebenarnya sedang merendahkan diri sendiri.

Saya katakan SIKAP...bukannya batang tubuh pengkritik berkenaan.Ia suatu perkara yang berlainan.

saya bagi contoh perbandingan isu utk anda teliti...

Sebagai lelaki muslim tentu anda faham tentang hukum zihar seorang suami terhadap isterinya. Adakah suami dikatakan menziharkan isteri jika ia menyamakan sikap baik, sikap buruk, sikap garang, sikap ramah dan sebagainya dengan Ibu kandung atau mahramnya (si suami )??
jawapannya tentulah TIDAK.

Zihar adalah haram dan suami tidak boleh mendekati isteri sehingga di bayar kifarah.Tapi menyamakan SIKAP itu langsung tidak bermaksud menziharkan isteri.

Kalau hukum Islam boleh membezakan jelas perkara ini, masakan anda begitu angkuh menghukum saya mengatakan musyrik kepada pengkritik ustaz Din sedangkan terang-terang saya tulis SIKAP mereka yang lebih teruk dari musyrik bukan mereka itu musyrik.

Achok sabah menulis

"soal munafik dan musyrikin ada lah dua benda yg lebih kurang sama,kedua-duanya golongan yg memusuhi islam..."

````````
hmmm...melucukan kerana anda masih cuba mengalihkan pandangan terhadap fitnah anda kepada saya. Susah sangatkah utk mengaku yang anda sudah memfitnah saya ?

Ya musyrik dan dan munafik keduanya memusuhi Islam...tapi bukan lebih kurang sama kerana keduanya mewakili dua golongan yang berbeza....kalau anda bijak saya minta anda nyatakan di sini pemahaman anda terhadap siapa itu

1)musyrik
2)munafik

tentang musyrik itu saya sudah terangkan maksud saya, saya pulangkan pada anda utk masih menuduh saya. tapi saya yakin bukan semua bersetuju dgn anda apatah lagi hujah anda lemah kerana lemahnya keupayaan anda memahami sesuatu perkara.Pun saya masih bersedia untuk terus membawa penjelasan jika anda masih ingin panjangkan isu musyrik ini.

Yang jelas saya tidak pernah menuduh MUNAFIK...tidak pernah sama sekali.
Anda FITNAH saya...FITNAH !

masih ada pembelaan ?

silakan...saya menunggu dan sedang belajar utk Reti Membaca..

achoksabah said...

muslimat kata

ini tulisan saya

""sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah"""

..................................

so anda sendiri mengaku ini tulisan anda,tulisan ini memang jelas menuduh pengkritik ust din lebih teruk dari musyrikin mekkah, so aku timbulkan persoalan kes munafik tu adalah berdasarkan kata-kata engko yg jelas tuuur,FAHAM,tak perlu lah ko nak bezakan munafik dan musyrikin mekkah kerana kedua-duanya golongan yg menentang islam, dimana akhlak islam yg engko laung-laungkan meyamakan pgkritik ust din sbgai org yg lebih teruk dari musuh islam???SO, aku tidak menuduh,aku bercakap berdasarkan kata-kata engko yg kau sendiri dah akuinya..


satu lagi,aku mengaku aku silap letak ayat munafik,sepatutnya aku letak musyrikin mekkah,TAPI anda sendiri tahu bahawa kedua-dua golongan ini adalah golongan yg membenci islam,SO tidak kira munafik atau musyrik kedua-duanya tidak patut dilebel pada org islam..FAHAM..siapa ajar engko melebel mcm niii??

achoksabah said...

achoksabah,
harap anda sihat sebab komen anda nampak anda 'sakit'.


sekali lagi achok sabah..
anda sedang mimpi...mimpi ngeri..
anda macam tido tak basuh kaki...
bangkit je menjerit macam masih mamai lagi...


cumanya...saya gelak mengekek membaca tulisan anda...sungguh, avatar anda nampak tua benar, tapi anda menulis 'semuda' murid saya di tingkatan lima.Anda melepas perkataan semudah melepas brek tangan...cuuuu laju jer...


Sebab sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah.Musyrikin mekah kafir dan menolak agama Allah. Mereka tidak pernah merasa lazatnya makanan tarbiyyah dan manisnya amalan persaudaraan dlm islam

p/s anda hebat bercerita tentang ukhwah islami,anda benci bila ust din dikritik,anda bercerita tentang pasal tarbiyyah….begini ke cara anda diajar berukhwah islam????begini ka anda di tarbiyyah???

muslimat said...

achoksabah

anda ni kenapa ?
kita selesaikan satu-satu.

saya masih ada jawapan untuk isu baru yang anda timbulkan.Ini isu ketiga.

tapi tolong selesaikan isu FITNAH anda terhadap saya yang belum settle.

jangan kita gelojoh.
mari rungkaikan satu persatu.

pertama isu Fitnah munafik.
kedua isu musyrik
dan ketiga isu adab dan ukhuwah.

saya bersedia utk kesemuanya, tapi selesaikan satu satu.

anda masih belum mahu menarik balik fitnah terhadap saya ?

saya masih menunggu dan bersedia membaca.

muslimat said...

achoksabah tulis

"satu lagi,aku mengaku aku silap letak ayat munafik,sepatutnya aku letak musyrikin mekkah,TAPI anda sendiri tahu bahawa kedua-dua golongan ini adalah golongan yg membenci islam,SO tidak kira munafik atau musyrik kedua-duanya tidak patut dilebel pada org islam..FAHAM..siapa ajar engko melebel mcm niii??

```````````````````
oppss sori...tak perasan...hmmm....sudah mengaku tersilap tulis...Alhamdulillah. Kalau dari awal mengaku kan senang.Jadi memang patut sebelum ini saya nasihatkan anda supaya cermat menulis kerana ternyata anda telah tersilap kerana cuai dan tidak cermat.

saya bantu saudara, ini makna munafik :

Dari Abdullah bin "Amr r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
" Ada empat sifat bila terdapat pada diri seseorang maka dia adalah munafik, sehingga ditinggalkannya sifat2 itu :
1) apabila berbicara,dia dusta
2) apabila bersumpah setia, dia khianat
3) apabila berjanji,dia mungkir
4) apabila bemusuhan dia kejam."

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah bersabda :
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga :
1) apabila berbicara,dia dusta
2) apabila berjanji, dia mungkir
3) apabila dipercayai, ia khianat."

dan ini makna musyrik :

Sebelum kebangkitan Muhammad saw. sebagai utusan Allah SWT, masyarakat Mekah memiliki dua kepercayaan.
Pertama, sisa agama Ibrahim yang
masih mempertahankan tauhid (keesaan Allah SWT) atau lebih dikenali agama hanif.

Kedua, kaum musyrikin yang terkenal dengan
idiologi paganismenya. Mereka mempertuhankan batu dan benda. Namun, tidak juga bermakna mereka tidak meyakini adanya Tuhan.Bahkan sebagian mereka mengakui bahwa patung-patung itu mereka sembah sebagai perantara yang menghubungkan mereka dengan Allah.
Begitulah keyakinan
mereka seperti disebutkan Allah dalam Al-Qur'an surah Az-Zumar ayat 3,
"Tidaklah kami menyembah mereka, melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah."

Kepercayaan mereka tidak sebatas pada pengakuan adanya Tuhan saja.
Kaum musyrikin Mekah juga percaya bahwa Allah adalah Tuhan yang
menciptakan alam semesta. Hal ini juga tergambar dari firman Allah
dalam Al-Qur'an surah Luqman ayat 25,
"Jika engkau tanyakan kepada mereka
siapa yang menciptakan langit dan bumi, niscaya mereka menjawab, 'Allah'."

Kepercayaan mereka ini dalam bahasa aqidahnya ialah "tauhid rububiyyah". Ertinya, keyakinan kepada Allah sebagai pencipta alam, yang menghidupkan,
mematikan, dam memberi rezeki.

Tetapi, dalam kondisi seperti ini, mereka masih dicap sebagai kafir dan musyrik. Sebab, mereka tidak mengilahkan Allah SWT dalam ubudiah. Mereka tidak tunduk kepada aturan yang ditetapkan oleh Allah. Mereka tidak menjadikan Allah sebagai Al-Hakim dan Asy-Syar'i (pembuat hukum dan
legislator). Mereka membuat cara, ajaran, dan nilai sendiri dalam
mendekatkan dirinya kepada Allah dengan cara membuat tuhan-tuhan kecil sebagai perantara kepada Allah. Mereka lebih patuh kepada peraturan yang mereka buat sendiri untuk menggantikan hukum yang telah diturunkan Allah.
Tauhid inilah yang membedakan antara seorang mukmin dengan orang musyrik.Tauhid ini disebut "tauhid uluhiyyah".
dalam bahasa harian muyrik dikatakan bermaksud mereka yang mensyirik atau menyekutukan Allah.

Ini sebagai informasi utk anda .Lagipun anda tidak menunaikan permintaan saya menjelaskan makna munafik dan musyrik. supaya kita yakin bahawa musyrik dan munafik adalah dua golongan yang berbeza.

siapa yang labelkan siapa ?
tidak jelaskah perbandingan isu hukum zihar dan hukum menuduh musyrik di atas perkataan "SIFAT" ?

kenapa tak komen percontohan saya itu ?

achoksabah said...

muslimat kata

oppss sori...tak perasan...hmmm....sudah mengaku tersilap tulis...Alhamdulillah. Kalau dari awal mengaku kan senang.Jadi memang patut sebelum ini saya nasihatkan anda supaya cermat menulis kerana ternyata anda telah tersilap kerana cuai dan tidak cermat.

..................................

rasanya semua og tahu betapa melebelkan org lebih teruk dari musyrikin mekkah lebih kurang sama sahaja dengan melebel mereka sebagai munafik..kedua-dua golongan ini merupakan musuh islam dan adalah tidak layak umat islam dilebel sedemikian rupa hanya kerana mengkritik seseorang..

persoalan saya yg belum engko jawab adalah adakah boleh melebel org lain sesuka hati dengan label MUSYRIK???adab jemaah mana yg engko pelajari???

lagi satu, engko nak nasihat org lain menulis dengan cermat,sedangkan dalam masa yg sama anda menulis perkataan seperti dibawah..


achoksabah,
harap anda sihat sebab komen anda nampak anda 'sakit'.


sekali lagi achok sabah..
anda sedang mimpi...mimpi ngeri..
anda macam tido tak basuh kaki...
bangkit je menjerit macam masih mamai lagi...


cumanya...saya gelak mengekek membaca tulisan anda...sungguh, avatar anda nampak tua benar, tapi anda menulis 'semuda' murid saya di tingkatan lima.Anda melepas perkataan semudah melepas brek tangan...cuuuu laju jer...


Sebab sikap komentator di sini jauh lebih teruk dari musyrikin mekah.Musyrikin mekah kafir dan menolak agama Allah. Mereka tidak pernah merasa lazatnya makanan tarbiyyah dan manisnya amalan persaudaraan dlm islam

p/s anda hebat bercerita tentang ukhwah islami,anda benci bila ust din dikritik,anda bercerita tentang pasal tarbiyyah….begini ke cara anda diajar berukhwah islam????begini ka anda di tarbiyyah???

muslimat said...

muslimat menulis

"achoksabah,
harap anda sihat sebab komen anda nampak anda 'sakit'.

"sekali lagi achok sabah..
anda sedang mimpi...mimpi ngeri..
anda macam tido tak basuh kaki...
bangkit je menjerit macam masih mamai lagi...

cumanya...saya gelak mengekek membaca tulisan anda...sungguh, avatar anda nampak tua benar, tapi anda menulis 'semuda' murid saya di tingkatan lima.Anda melepas perkataan semudah melepas brek tangan...cuuuu laju jer...

``````````````````
oooooo inilah yang anda nilaikan tak beradab dan tiada ukhwah ni. saya minta maaf gurauan saya ini buat anda tersinggung.Saya akui tersilap persepsi pada anda kerana merasakan anda emosi dan seperti bermimpi.

saya minta maaf kerana gelakkan anda sebab lucu dgn avatar anda. sangkanya anda sudah tua tapi gaya tulisannya saya rasa anda seperti masih sangat muda....semuda pelajar saya ditingkatan lima.
Untuk semua itu, maafkan saya.Memang salah saya.

achoksabah menulis

rasanya semua og tahu betapa melebelkan org lebih teruk dari musyrikin mekkah lebih kurang sama sahaja dengan melebel mereka sebagai munafik..kedua-dua golongan ini merupakan musuh islam dan adalah tidak layak umat islam dilebel sedemikian rupa hanya kerana mengkritik seseorang..

persoalan saya yg belum engko jawab adalah adakah boleh melebel org lain sesuka hati dengan label MUSYRIK???adab jemaah mana yg engko pelajari???

```````````````````
hmmm...istilah melabel pulakkk...
saya rasa yang ini anda sudah kehabisan hujah sehingga tidak mampu membuktikan saya bersalah. atau anda ingin pula diterjemah maksud 'melabel' ??itupun kalau anda pernah belajar sains dan masih ingat bagaimana kita diberikan sebuah gambarajah kemudian di suruh melabel.

Semua boleh menilai maksud tulisan saya dan menyedihkan kerana anda masih mempertahankan tafsiran anda yang tidak tepat. malah saya membawa perbandingan isu zihar untuk anda teliti juga telah anda biarkan tanpa apa-apa pandangan.Sungguh menyedihkan.

Anda masih menuduh saya mengatakan mereka musyrik ??
Atau masih perlukan sokongan kes/isu lain utk diteliti ??

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive