Wabak Influenza A H1N1
Dunia tiba - tiba dengan wabak yang sebelum ini dipanggil selesema babi dan kini disebut Influenza A .
Wabak ini sepertimana antrak seketika dulu begitu cepat merebak ke seluruh negara sehingga memeningkan kepala WHO untuk menanganinya .
laporan awal menunjukkan wabak ini bermula dari Mexico dan kemudiannya di Amerka Syarikat .
Kini dunia diletakkan dalam keadaan berjaga - jaga bagi menghadapi wabak yang membawa maut itu .
Perhatian Amerika yang selama ini difokuskan kepada Osama ben Laden atau Gerakan Al Qaeda kini terpaksa beralih kepada wabak selesema babi yang telah merebak tanpa melalui sempadan imigresen yang dikawal rapi . Setelah ratusan jiwa mati kerana mengidap wabak ini telah mencetus rasa takut yang begitu dahsyat kepada dunia .
Industri pelancungan dunia tiba - tiba merudum angkara wabak bahaya ini dan menyumbang kerugian besar kepada negara - negara tumpuan pelancung termasuk negara maju seperti Amerika . Nyata mereka gagal untuk menyembunyikan keadaan "tertekan" yang dialami oleh mereka ekoran wabak ini setelah masaalah kelembapan ekonomi yang sedia mereka alami sebelumnya masih tidak dapat diatasi sepenuhnya .
Saya kira ini antara bala Allah swt . yang sedang melanda dunia angkara perbuatan tangan - tangan manusia yang rakus dan zalim . Mereka melanggar ketetapan dan syariat Allah swt sebagai empunya alam ini bahkan kekejaman manusia kini sampai ke peringkat yang sangat keterlaluan . Membunuh , mencabul hak kemanusiaan , menghina agama dan mencabar hukum Allah swt .
Sekarang Malaysia pula diletakkan dalam keadaan berjaga - jaga . Kedudukan Mexico yang begitu jauh dari Malaysia tidak cukup untuk menjamin keselamatan negara dan rakyat dari jangkitan wabak ini .
Semalam tv memaparkan bagaimana rakyat Mexico berbondong - bondong mengunjungi gereja dan berpaut di palang salib bagi berdoa agar selamat dari wabak merbahaya ini . Apakah selepas ini kita akan melihat rakyat di negara kita juga akan segera mengunjungi masjid dan membanjiri surau untuk berdoa kepada Allah swt agar selamat dan dilindungi penyakit ini .
Sebelum ini fenomena hampir serupa pernah melanda negara apabila negara dilanggar tsunami yang dahsyat . Sepanjang bulan pertama , masjid dan surau serta kelas pengajian penuh dihadhiri orang ramai yang rata - rata menunjukkan wajah insaf mereka .
Malang , apabila memasuki bulan kedua keadaan kembali kepada asal . Hari ini anak - anak muda sedang berpusu - pusu menempah tiket wayang berjudul Bohsia dan lainnya termasuklah gembira dan riang mengunjungi tapak ekspo dan Sure heboh tanpa peduli waktu solat dan kelas pengajian .
Apakah Influenza A adalah amaran dari Allah swt ? begitulah Rahmat dan Rahimnya Allah swt , biarpun hambaNya sering derhaka dan lupa kepadaNya , Ia masih menghantar isyarat agar hambaNya kembali insaf dan mengabdikan diri kepada Allah swt .
4 comments:
Babi pun makhlok ada hikmat kejadiannya.Kekotorannya masih boleh dibersihkan tetapi haram dimakan untuk orang Islam.Datuk nenek orang melayu dulu-dulu pun pernah makan ketika meneroka di hutan menjadi makanan lazat untuk mereka.Sesungguhnya babi bukanlah musuh manusia.Musuh manusia adalah manusia itu sendiri.Terima kasih
salam ustaz..
pandai ustaz pilih gambar utk post kali ni.. :)
betul2 buat sy rasa jijik dgn babi ni..
kat UK ni, babi tu mcm kucing dibuatnye.. dibelai dan dimanja..
elok laa dah keluar penyakit gini, baru diorg nak insaf..
doakan kami di UK ni x dijangkiti ya ustaz..
salam ziarah,
Hilfi, Leeds..
Saya setuju dengan Anonymous diatas..hi_j87 hanya menunjukkan kepada golongan bukan muslim yg betapa bodoh dan tertutupnya pemikiran orang melayu.
bila tengok gambar tu,mengingatkan saya kepada geng2 fraksi UMNO dalam PAS yang nak bawak PAS masuk UMNO...eee...jijik!!!
Post a Comment