HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, June 17, 2009

Kisah Mustaliq : Jadikan Iktibar. vol 1

Rentetan peristiwa perang Bani Mustaliq di zaman Rasulullah saw terlalu panjang dan agak kompleks untuk dirungkai dan dihurai dalam penulisan ringkas sebegini .

Saya cuma mengambil beberapa insiden yang berurutan dari peristiwa ini untuk dijadikan panduan kita berjuang dan berdepan pula dengan fitnah yang melanda perjuangan kita hari ini .

Asasnya perang Bani Mustaliq ini bukanlah satu peperangan besar dalam sejarah Islam tetapi apa yang paling menyerlah ialah bagaimana ia menunjukkan kepada umum peranan yang di mainkan oleh seorang tokoh munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai dan kuncu - kuncunya yang sebelum itu telah menyimpan dendam politik sekian lama terhadap kepimpinan Rasulullah saw. malah turut mendedahkan beberapa perlakuan jahat yang dilakukan oleh mereka .

Peranan jahat Abdullah bin Ubai kian menjadi - jadi setelah gagalnya harapan beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin di Madinah setelah kemenangan Islam dan hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah . Ia menganggap Rasulullah saw telah merampas cita - citanya .

Sejak itu , tertanam di dalam dirinya dendam dan hasad yang senantiasa membara dan mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah saw dan Islam yang dipimpin oleh baginda saw.

Peristiwa Bani Mustaliq ini menyaksikan bagaimana Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya keluar bersama dengan bala tentera ummat Islam tetapi Allah swt mengetahui dan mendedahkan kedudukan dan peranan jahat mereka . Allah swt berfirman :

لو خرجوا فيكم مازادوكم إلا خبالا و لأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة
و فيكم سماعون لهم و الله عليم بالظالمين

Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim .

Surah At Taubah : 47

Kerja Jahat Abdullah bin Ubai

Pernah seketika berlaku perselisihan antara 2 orang sahabat nabi saw [ muhajirin dan ansar ] lalu Rasulullah saw menegur mereka berdua : " Apakah kamu mahu kembali kepada jahiliyah sedang aku masih ada bersama kamu ? " akhirnya mereka berdua hentikan pergaduhan dan berdamai .

Malangnya apabila berita perdamaian itu sampai kepada Abdullah bin Ubai lalu dia berkata : " Apakah munasabah dia [ rasul saw ] melakukan demikian . Apabila mereka sudah ramai dalam negeri kita , mereka hendak menunjukkan kekuatan . Samalah seperti kata pepatah , gemukkan anjing kamu kemudian dia akan memakan kamu . Jaga - jaga , kalau pulang ke Madinah ,nanti tahulah dia nanti . Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina ! "

Ucapan itu didengari oleh Yazid bin Ikram lalu Yazid beritahu kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu Rasulullah saw . akan ucapan Abdullah bin Ubai tersebut . Kebetulan Saidina Umar ada bersama Rasul saw. Lalu Umar rha berkata : " Suruh sahaja Abbad bin Bisyr membunuh dia ! " tetapi ia dihalang oleh nabi saw. bimbang fitnah lebih besar , nanti orang akan kata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri .

Malah anak Abdullah bin Ubai sendiri yang juga bernama Abdullah [ seorang yang beriman dan soleh ] minta izin dari nabi saw untuk membunuh bapanya tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw . bagi mengelakkan fitnah yang besar

Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw lalu ia pergi bertemu dengan Rasulullah saw lalu bersumpah dan menafikan ucapannya .

Tiba - tiba seorang Ansar mengatakan Ya Rasulullah saw . " mungkin budak yang melaporkan berita mengenai ucapan Abdullah bin Ubai ini tersalah lapor ! lalu Rasulullah saw terus mengingatkannya . Maka berduka citalah Zaid bin Arqam [ yang melaporkan ] kerana ia merasakan dirinya telah diperbohongkan .

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui lalu menurunkan surah al Munafiqun dan mendedahkan perkara sebenar yang dilakukan oleh golongan munafiq khasnya Abdullah bin Ubai . Akhirnya Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam dan membacakan surah al Munafiqun kepadanya kemudian nabi saw bersabda : " Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan kamu sebagai orang yang benar .

bersambung ...... vol 2

30 comments:

al kedahan said...

Salam Ustaz...

Boleh jelaskan apakah yg dimaksudkan dengan ULAMA...

Yang kedua apakah maksud WALA'....

Terima kasih

Eksekutip said...

at-Tantawi sudah memulakan siri berjelanya untuk lari dari isu semasa. seperti semasa isu komennya kepada Husam, dengan ber"volume"2.

Kepada at-Tantawi,
sila ulaskan apa pendirian anta berkenaan cadangan kerajaan perpaduan. sebagai ketua pemuda pusat, anta kena ada idea sendiri untuk menerangkan kepada pemuda..

seperti saranan TGNA, jika anta pun sama pendapat dengan Ust.Nasha, lebih baik masuk saje UMNO dan paling tidak pun jadi pengarah JAKIM.

anta mungkin rasa tidak perlu melayan komen ini (kononnnya saya UMNO la kot..) tapi nak juga dengar apa kata ketua pemuda "ku"..

hambamu said...

slm

hambamu said...

sy sgt marah dengan Eksekutip!!!

bagi la peluang ust jelaskan. belum apa2 da nak kritik.
sirah nabawi tu sbgi muqaddimah saja.nak tarbiyah orang awam. kena la berjela2 tuk bagi org mcm anda ni faham.

sy rasa, Eksekutip ni mmg da benci dgn ust. ust cakap salah, xckp slh. semua dia akan amek peluang nak cr kesalahn

azad said...

kepada Eksekutip & yang lain-lain,

sudah-sudahlah dengan cerita Kerajaan Perpaduan. Dah habis panjang dah debat kat Muktamar.

Presiden ,yang juga merangkap Ketua Lajnah Politik, dah jelaskan dengan terang.

Setiausaha Agung, yang kita semua tau antara posisi yang penting dalam pentadbiran parti, dah huraikan dengan jelas dalam sidang media baru-baru ni.

Sudah-sudah la mintak penjelasan. banyak-banyakkan la bacaan (kalau faham bahasa inggeris lagi senang, banyak sumber dalam internet ni boleh rujuk, paling koman wikipedia).

move on

Unknown said...

Salam.

Sirah perlu diperhalusi dan lebih pd itu dijadikan panduan.

Namun jgn sesekali jadikan sirah sebagai pendinding menutup kebenaran demi kepentingan peribadi.

Saya kira ustaz telah sedar dan redha selepas mendapat sedikit 'tips dan hints' dari tok guru nik aziz semasa di Temerloh berkenaan isu UG. Rupanya perisai ego ustaz cukup tebal.

Sekali lagi saya tekankan, rakyat sudah celik politik, bijak membaca apa yg tersirat lebih dr yg tersurat.

Pemimpin perlu jelas dalam setiap tindakan dan keputusan.

Amat malang ustaz nampaknya memilih utk bersikap baling batu sembunyi tangan. Ingat, ustaz adalah pimpinan pemuda sebuah parti Islam. Kepimpinan yg lemah akan juga dilihat rakyat sebagai Islam lemah.

Dalam usrah dan kuliah sebelum muktamar begitu bersemangat melemparkan idea UG, Erdogan dan Ulamak dengan keras tp tanpa objektif. Ibarat menampar angin.

Kenapa setelah melihat ada tentangan yg begitu kuat khasnya dari ahli bawahan dan Mursyidul Am sendiri, ustaz bersikap selamba???

Kiranya ayat2 dan kata2 ustaz dipetik sebelum muktamar oleh media perdana TANPA DIPUTAR-BELIT PUN, kerosakan yg timbul dlm jamaah rasanya sama teruk dgn apa yg berlaku sekrang.

Cuma ada satu statement ustaz yg dipetik oleh media perdana berkaitan cabaran ustaz terhadap husam agar bertanding jwatan presiden. Itu pun sudah menimbulkan kegelisahan. Anggapan liar mengatakan itu tektik mencari populariti murahan.

Jgn asyik menuduh media putar alam sedngkan kita sendiri membuat statement yg amat tidak bijak. Itu memberi ruang kpd mereka menjalankan perencanaan jahat mereka dgn mudah.

Ustaz menggelak menerangkan secara terus dan telus berkenaan isu UG yg saya percaya ustaz adalah antara penyokong tegarnya.

Namun tulisan ustaz yg menempelak 'seseorang' secara tidak gentlemen di dalam blog mencermikan jatidiri ustaz yg lemah utk berdepan dgn isu nasional secara berdepan.

Maaf saya pohon jika pandangan kali ini agak keras.

Sepertimana ada ahli yg sudah mula menyesal tersilap membuat pilihan semasa muktamar, ustaz perlu sedar bahawa pemuda juga 'sudah garu kepala'.

Mereka menyoal...Inikah mutu kepimpinan baru kita????

Hormat saya kepada Tok Guru Nik Aziz yang jelas, tegas dan konsisten dalam setiap tindakan dan keputusan.

Mungkin ada yg berkata bahawa ahli yg bising2 tu kurang tarbiyyah.

Saya ingin menarik perhatian. Sebagai pemimpin, jenguk2 lah ke bawah, jumpa ahli dan rakyat, santuni mereka di khalayak umum bukan hanya di surau atau masjid, senyumlah walau terpaksa, setia dan dengan sabar dengarlah suara hati mereka.

Dari situ kita akan dapat resapi bahawa mereka amat sayangkan perjuangan ini. Sama seperti kita. Dan mereka melakukannya tanpa jawatan, tanpa balasan.

Mungkin juga selepas itu baru kita sedar dan bertanya kpd diri kita sendiri. Adakah ahli kurang tarbiyyah atau aku sebagai pemimpin yg jauh dari mendampingi mereka secara dekat???

Tok Guru Nik Aziz hari ini 'terpaksa' mengeluarkan kata dua kpd Timbalan Presiden.

Itu kerana Tok Guru Nik Aziz bukan sahaja pemimpin parti tetapi pemimpin rakyat.

Unknown said...

Salam.

Kepada Azad.

Saya ingin bertanya, berapa org perwakilan yg terlibat dgn muktamar?

Berapa jumlah rakyat Malaysia mempunyai akses internet di rumah dan menggunakannya utk tujuan ilmiah bukannya bermain games???

Adakah penerangan isu UG ini benar2 jelas dan difahami rakyat atau statement yg makin bercelaru???

Muktamar hanya dihadiri oleh perwakilan PAS. Itu pun bukan semua dpt mencerna dan menerangkan semula sesuatu isu secara brkesan selepas muktamar.

Isu UG isu nasional, justeru penerangan perlu meluas kepada rakyat bukan hanya setakat ahli PAS.

PAS parti politik bukannya MLM.
Produk PAS mesti sampai kepada rakyat secara jelas dan meluas melangkaui kaum dan agama di Malaysia.

Sebagai pemimpin kita perlu sentiasa sedia menjawab apa saja permasalahan rakyat.

Berdiam diri terhadap sesuatu isu bukanlah langkah bijak. Lebih2 lagi jika pihak kita sendiri yg mula2 melontar isu tersebut.

nooryus said...

Bagi yg masih keliru ttg kerajaan perpaduan, apa kata baca pandangan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Wan Abdul Rahman Wan AB Latif di:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21306&Itemid=1

Eksekutip said...

kepada hambamu,

mengkritik, memuji, suka malah membenci, semuanya kena niat kerana Allah Taala. saya ada perbezaan pendapat kerana saya fikir ust.tantawi ini salah...

ada pro-nasha, sudah mula kata TGNA adalah manusia biasa yang juga tak lari dr kesimpulan, begitu juga saya mengatakan TGHA dan ust. Tantawi in juga sama tak jauh dr kesilapan..

TGNA juga ada prinsip kesarjaanaan dan hati budinya.

tidak timbul membenci peribadi, selagi mana dia sendiri mahu berubah seperti diharapkan. contohi TGNA sudah cukup..

ust. Tantawi.. sila jawab masalah kerajaan perpaduan..

nooryus said...

Pandangan saya ttg kerajaan perpaduan pula:

1. Gembira jika ia dapat mengukuhkan ummah.

2. Tak risau kerana PAS tidak perlu dibubarkan atau masuk UMNO/BN.

3. Bagus kerana PAS akan dapat (paling kurang satu) jawatan2 kabinet spt. portfolio Menteri Agama dan/atau Menteri Pelajaran.

4. Senang hati kerana kita dapat tumpukan usaha utk mengatasi masalah ekonomi.

5. Hilang rimas kerana kurangnya kekalutan politik yg berpanjangan disebabkan Anwar PKR yg. gila kuasa.

WUZARA said...

Salam....

Tersepit dalam jerangkap demkrasi.

Haji Hadi sudah dapat membaca kesannya jika PAS terus bersama dalam Pakatan Rakyat. Jika berjaya mendapatkan kuasa sekalipun, PAS mungkin sukar untuk mendapat suara dominan. Ingin beliau jelaskan kepada umum ia sukar kerana dinyatakan secara terbuka, maka hubungan PAS dalam PR akan terus berkecai. Bukan tidak tahu siapa UMNO, tetapi ia pilihan yang dianggap kurang mafsadatnya.

Nasib kurang baik, idea ini ditimbulkan oleh seorang yang dipanggil ulama'. Jika seorang professional yang mencadangkannya, maka ia mudah ditepis dengan hujah ' ko jahil agama'. Tetapi apabila ulama' yang mengutarakannya, maka ia dikatakan ijtihad, selari dengan maqasid syariah dan pelbagai hujah lain.

Yang kasihannya adalah ummat, keliru dan makin bingung.

wahabi said...

wahabi betul la tantawi

perpaduan ... apa barang...

seguru dengan DrMaza Ke?
tantawi... :(

jgn suka2 sakitkan hati tok guru..

Zacharias said...

1) Takde sape pun maksum dalam dunia hari ni, termasuk Ust Tantawi, Ust Nasa, TG H Hadi, TG Nik Aziz, dan sapa pun.

2) Dakwah pada UMNO itu WAJIB, bersekongkol dengan jahiliyah itu HARAM. Maka, kita berilah kepercayaan kepada Ulama'-ulama' yang bertaqwa untuk menilai adakah perbuatan mereka berdakwah (wajib) atau bersekongkol (haram).

3) MANA PERGI HUSNU ZAN (BAIK SANGKA) YANG DIAJAR DALAM USRAH?

4) Perwakilan memang sedikit, tapi balik, kita present dalam usrah. TU LA MASALAH KEBANYAKAN PENYOKONG PAS, SOKONG BERAPI2, AJAK KE USRAH TAK MAHU. Mana la tak b***h sampai ke tua.

5y4k1rz said...

Ayuh pakat2 fahamkan kerajaan perpaduan: retorik atau realistik?

(kosongkan minda,kemudian nilai)

"Unzur ma qaala, wala tanzur man qaala" - Saiyidina Ali Karamallahuwajhah

click di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE

k-one said...

salam. saya postkan artikel ringkas dr m'sia today.

marilah kita renungkan sama2. mungkin sesetangah dari kita mudah lupa sejarah. tidak kah tuan2 kesian kpd mangsa2 dan keluarga mereka?
......................................
PAS wants to enter into unity talks with Umno. Have the PAS leaders forgotten what happened in Memali? In case some of you have forgotten, or are not aware of what happened back in 1985, take a look at the videos below.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

See the videos here:

http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc

http://www.youtube.com/watch?v=ccrikEyozhE

http://www.youtube.com/watch?v=omIyd4G54J0

http://www.youtube.com/watch?v=SmbIz4rpPQo

http://www.youtube.com/watch?v=3f8kxiAKvuo

http://www.youtube.com/watch?v=CvJLJJzMULQ

http://www.youtube.com/watch?v=kcD0551Nr2k

Unknown said...

ustaz

ana ahli pas yg spt kebanyakan yg lain2 bekerja bertungkus lumus utk pas tanpa henti.

cuba ustaz selami rakyat bawahan,bertemu dan sembang dgn mereka dan cuba tanya mereka tentang UG ini,dengar dan komen mereka dahulu.

ya ana bukan ustaz atau ulama, belajar di st micheal ipoh dan sambung luar negeri.tetapi percayala ramai org macam ana berikthiar sedaya upaya utk kenal dan mangamalkan islam sepenuhnya bukan ikut ikutan, lalu kami jadi ahli pas,ikut usrah dan sbgnya, hantar anak kat pasti dan bersekolah di sek agama atau al amin(ramai anak org pas).

mungkin ana salah betulkan.pada ana pas adalh parti politik berbentuk dakwah,mengajak manusia kenal dan praktik kan islam melalui jalan politik(kuasa).

cuma bila ana mengikuti perbahasan muktamar baru baru ini(dewan ulama dan pemuda), ana sendiri rasa gerun sebab spt kita mahu berperang sehingga ana terkejut dan beristigfar, ya allah kalau la ahli biasa,atas pagar dan terutama non muslim dgr, lari lintang pukang.pada ana dakwah bermaksud kenalkan,mengajak org mengenal islam.,bukan menakutkan mereka(level thinking)

tolongla ustaz kita menang kerana undi rakyat..dgn kuasa skr pas menguasai hampir semua masjid dan jkkk di semua negeri pakatan rakyat,itu kuasa pada ana, tidak semestinya jadi yb,exco atau mb.gunala sepenuhnya utk mengajak org ke arah kita,kalau kita gagal,salah siapa.

ramai kawan kawan ana ahli atau penyokong tanya boleh tak pas buat pendirian tetap kalau nak kalah lepas ini,tolong cakap jelas2 supaya mereka tak payah bersusah payah lagi.

terus terang ana tak berkenan cara ustaz dan team pemuda ustaz,lihat masa PC tentang ISA,ustaz sebut pemuda PAS akan mengetuai bersama sama ngo ngo berkenaan demo ISA.inila pertama kali ana dengar pemuda PAS cakap sebegitu.kalau dulu jika isu national spt bersih dan sbgnya melibat ketua pemuda pakatan atau BA(99/04).
apa perasaan mereka(saya dah baca blog che gu bard).

sorry ana tak berapa pandai tulis BM.tapi cuba jugak.i dont mind writting in english kalu ustaz benarkan lain kali.

Unknown said...

Abdullah bin Ubai tu Nasharuddin Mat Isa ler...Nasruddin Tantawi pun dah de bau-bau bacang dah...

Unknown said...

Salam Ustaz Nasaruddin,

Teruskan usaha ustaz memberi tazkirah dan penerangan begini.

Saya yakin, kata-kata kesat dan cercaan ke atas tulisan-tulisan ustaz adalah mereka yyang bersekongkol dengan jahilyah.

UMNO adalah jahiliyah dan sekular.

gift card printing said...

Insya-Allah, kita ambil iktibar dari sirah Nabi SAW...jgn pedulikan mereka yg munafiq dlm perjuangan..

azad said...

Zacharias kata tu betul dah.

Kalau yang baca kat internet, kongsikan dalam usrah

Kalau yang jadi perwakilan & pemerhati dalam Muktamar, kongsikan dalam usrah

Kalau yang selalu dengar ceramah, kongsikan dalam usrah

Kan banyak perkara selesai.

Tapi, kalau dapat internet, yang dibukaknya games atau benda-benda lagho...

Kalau datang sebagai perwakilan & pemerhati tapi sekadar memenuhkan kerusi dewan...

Kalau dengar ceramah sebab sekadar nak seronok dengar orang kutuk umno...

sudah-sudahlah...

Fokus pada isu yang lebih utama, bersedia nak daulat & urustadbir negara dengan Islam

han said...

pandangan ikhlas, kesian pemuda PAS dapat ketua lembik macam ni.

mz said...

Tn Ketuaku, saya tak tahu niat anda dgn article ini.

tetapi kalau ade sedikit dlm hati utk menghina atau mengfitnah rakan sejemaah yg tak setuju dgn pendapat kita dgn mengadaikan rakan kita itu sebagai abdullah bin ubai- itu adalah antara sejahat2 fitnah juga... sama aja kepada golongan2 yg kalau ade cuba fitnah TGHH dan sbgnya...

dua belah pihak adalah sama bg saya.. tp yg lebih teruk kalu seorg ketua pon terikut2 membuat fitnah kat org yg tuh sehodoh2 ketua namanya...
sorry benda fitnah kepada kawan yg tak sama pandangan sampai tahap itu adalah tak boleh diterima oleh jemaah islam pas....

harap berhati2.. jgn sampai terfitnah org hanya kerana berbeza pendapat sampai mengata org lain SESAT dan sbgnya..
jauhkan dr buat fitnah dn sbgnya..
harap2 semua org- termasuklak gol2 yg bergelar ustaz dan ulama jauhkan diri dari fitnah especially melabelkan perkataan2 teruk seperti SESAT, Munafik-Abdullah bin Ubai dan sbgnya...

Unknown said...

Salam,

Usah pertikai akan niat kerana yang mengetahuinya adalah Allah sahaja.

Malah Rasulullah pun tidak pernah mengetahui niat orang yang ingin meracuninya suatu ketika dahulu.

Siapa yang memakan cili pasti terasa pedasnya.

mz said...

aku nak jawab comment zakarias. sorry bro- aku kureng setuju some of ur statement-

p/s: dulu aku letih berdebat dgn geng UMNO, sekrg terpaksa menjawab dgn sama2 geng pas pulak..harap dpt sama berfikir.

Zacharias said...
1) Takde sape pun maksum dalam dunia hari ni, termasuk Ust Tantawi, Ust Nasa, TG H Hadi, TG Nik Aziz, dan sapa pun.
-- setuju . Jadi utk tengok yg mana idea yg lagi ok kita tgk hujah detail mereka.. aku rasa semua akan bg hujah yg baik.. tp mesti ade yg lagi baik.

2) Dakwah pada UMNO itu WAJIB, bersekongkol dengan jahiliyah itu HARAM. Maka, kita berilah kepercayaan kepada Ulama'-ulama' yang bertaqwa untuk menilai adakah perbuatan mereka berdakwah (wajib) atau bersekongkol (haram).
- kurang setuju.. dakwah kepada umno dan bukan islam adalah WAJIB semuanya bukan hanya kepada UMNO.. memungkiri janji walaupun dgn bukan ISLam adalah HARAM... bersekongkol dgn org yg ngaku islam (tp sbnenarnya takmo Islam- malah cuba nak menipu jemaah islam) adalah HARAM juga... Namun kalau nak berdkawah tak kira kepada org islam dan org bukan islam adalah WAJIB.. TGNA juga kat dakwah tak perlu diagenda kan sebab sebagai parti ISLAM dakwah adalah wajib kepada semua org titik.. Tp kalau nak bersekongkol politik dan buat jemaah berpecah itu yg dia tak setuju..dakwah semua org setuju. tlglah phm antara bersekongkol dgn berdakwah jauh beza tuh.. tak tahulah ade org yg BENAK sgt.


3) MANA PERGI HUSNU ZAN (BAIK SANGKA) YANG DIAJAR DALAM USRAH?
- baik sangka bagus.. tp mcm mane yg satu gol lagi tak berbaik sangka malah fitnah org yg tak setuju dgn idea dan strategy difitnah SESAT dan mcm Abdullah bi Ubai. apesal ade doulbe standard. Org kata tak boleh, Kita kata boleh pulak.. adakah ini ajaran dlm PAS???

4) Perwakilan memang sedikit, tapi balik, kita present dalam usrah. TU LA MASALAH KEBANYAKAN PENYOKONG PAS, SOKONG BERAPI2, AJAK KE USRAH TAK MAHU. Mana la tak b***h sampai ke tua...

-- Klaau pi usrah pi, tp letas tuh fitnah org yg hanya tak setuju dgn idea kita (walaupun idea kita tuh menyebabkan jemaah berpecah- peduli ape kan) dgn kata2 Sesat dan sbgnya. adakah itu YG Allh mahukan.. baik dr tak pergi usrah dr pergi usrah -balik rumah mengata org dan buat fitnah..

mz said...

Usah pertikai akan niat kerana yang mengetahuinya adalah Allah sahaja.
-----------

takder siapa pertikaikan biat cuma dah dikata saya tak tahupon ape niat org yg mengarang artcile ini..

kalau niat nak bg nasihat kepada umum bagus.. tp kalau ade niat nak fitnah org -yg tuh kita elakkan..

tuh pon TAK PHM gak..jenis yg keras kepala susah.. danh fikir geng kita aje yg betul.

nie masalah kalau dpt pemimpin yg tak pandai tengaok keadaan jemaah. jemaah dah berpecah belah masih keras kepala dgn idea kita.. taknak berlapang dada meleraikan keadaan malah ade yg cuba buat fitnah kepada org lain pulak.. itu yg kita takmo.
so tujuan saya tulis sama juga adalah utk bg nasihat dan pandangan.. hang tak setuju-lantak pi lah..

aku tak rasa ape2 pon.. aku sayag jemaah dan pas saje.. aku bukan sayang pemimpin yg double satndard pon..ko nak kata ape lantak pilahh...janji org datang sini dpt dgr dua pandangan bukan sebelah pihak saje dan moga2 dia berfikir dgn iman di dada.. bukan dgn kepala yg keras semata2.

Unknown said...

Siapa yang maka cili dialah yeng terasa pedasny...

Siapa yang makan nangka, dialah yang terkena getahnya...

Hanay orang-orang munafik sahaja yang akan terasa dengan artikel ini.

Lalu macam-macam tuduhan dilemparkan ke atas penuois artikel sehingga mengenepikan kebenaran.

Ustaz telah membawa pandangannya bersandarkan kepada hadiz dan sunnah.

Lantas, jika tidak setuju kemukakanlah sunnah dan sirah juga untuk meningkahnya.

Yang berlaku, cercaan peribadi dilakukan. Niat pula dipertikaikan.

Unknown said...

Siapa yang maka cili dialah yeng terasa pedasny...

Siapa yang makan nangka, dialah yang terkena getahnya...

Hanay orang-orang munafik sahaja yang akan terasa dengan artikel ini.

Lalu macam-macam tuduhan dilemparkan ke atas penuois artikel sehingga mengenepikan kebenaran.

Ustaz telah membawa pandangannya bersandarkan kepada hadiz dan sunnah.

Lantas, jika tidak setuju kemukakanlah sunnah dan sirah juga untuk meningkahnya.

Yang berlaku, cercaan peribadi dilakukan. Niat pula dipertikaikan.

Abu Muhammad Haikal said...

Salam ustaz, petikan dari hanizar said... http://corongkita.blogspot.com/2009/06/bila-ustaz-madah-berhelah.html

Kepada Ketua pemuda PAS,

Boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan Firaun. TAPI apa yang Nasa and cikgu Pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ, orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz...

alahai, kalau 'rundingan' sampai nak tubuh kerajaan sekali mcm di Selangor, dan sampai telefon ust ahmad awang untuk suruh bukak jalan tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak, dakwah apa tu ustaz oiii???

"Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi." - awat ustaz tak pi berbincang / berdialog mengadap sultan perak pasai krisis perak hari tu??

ceh!.. cakap berdegaq degaq..

Forum dengan orang2 PR sendiri pun takut nak pergi.


Allah hantar nabi musa kat firaun untuk menyeru dia BERHENTI melakukan kekejaman & menyembah tuhan yg satu. Tak de pulak Allah hantar nabi musa untuk BERSATU dengan Firaun.

Nabi Musa jumpa firaun nak minta supaya bapak angkatnya memeluk Islam. Nasa jumpa najib nak minta jawatan menteri.

Nabi Musa jumpa Firaun diistana Firaun didepan pembesar-pembesar serta pendita-pendita Firaun - bukan dalam gelap, di luar negeri dan di tempat-tempat tersembunyi. Message yang dibawa olih Nabi Musa cukup terang dan jelas - bukan "melontarkan idea".

Nabi Musa benar-benar berdakwah tak ada cerita nak jadi menteri, timbalan menteri atau pun duta. Kalau "ulamak" seperti Hamid Othman, Yusuf Nor, Mufti Perak, Us.Firdaus AlHafiz, tak ketingalan Us.Naqai tak berjaya "berdakwah" kepada UMNO - apa jaminan Nasaruddin Mat Isa boleh berjaya?

Us.Nasaruddin AlPahangi,percayalah "berdakwah" itu hanyalah kata-kata manis dan "cover-up" kepada agenda yang lain. Anda baru memegang jawatan yang penting penuh amanah, jangan terseret bersama boneka-boneka UMNO ini.

Saya sarankan Ustaz serban besar ini pergi ke Putrajaya esok, ketok pintu Istana Najib dan terang-terang perjelaskan kepadanya segala perkara mungkar yang UMNO perlu henti lakukan. Dah buat itu semua baru datang balik dan buat kenyataan kepada media yang anda telah pun berdakwah. Kalau tak berani buat demikian jangan cakap macam Pak Lebai sebarangan.

hanizar said... http://corongkita.blogspot.com/2009/06/bila-ustaz-madah-berhelah.html

EQUILIBRIUM said...

ustat,

habaq mai kat nasa hang tu dah penah menipu sekali dan terkantoi. la ni tak payah la nyorok2. kalau nak jadi pemimpin hebat kena berani. kalau ada idea apa itu unity gomen cakap je la.

la ni bila najib dah bukak mulut nampak sangat nasa yg tergedik2 nak unity hahahaha ni dah kira lawak ni. ustat tolong bagi tau kat nasa kalau dia ada jumpa najib tolong sampaikan pesan teman.

kalau nak sangat ber"unity" suruh kerajaan federal/amno layan kerajaan kelantan seperti kerajaan yg bermaruah. suruh amno layan kerajaan kelantan seperti mana yg termaktub dlm perlembagaan perseketuan tentang perhubungan antara kerajaan federal-kerajaan negeri.

kalau benda tertulis dlm perlembagaan pun amno tak boleh buat rentikan le angan2 bodoh unity tu. maaf teman berkasar bahasa. tapi kalau bahasa lembut org macam nasa susah nak paham.

Unknown said...

betui ler tu teman ogang Perak yg dilanda UMNO yg kemaruk kuase tuh, pun nak gak tau ape ker criter Ketua Pemuda PAS baru ni. Ape hebatnyer dier nih? cer mule dgn isu UG yg hangat dan dah hangit baunyer tu? Ade berani ker Us. Tantawi? Keme ogang Perak nak Ketue Pemude ogang yg berani & bijak jer cam DS Ir. Nizar. Kalo hampeh baik duk ceramah kat mesejid jer ler..bukan paer, keme malu nak labun pasei mike ketue, tak same cam brader Salehudin, Mat Sabu dll. Common, gimme what u've got? Ustaz pilih pihak mane TGNA (pro-pakatan) atau us.Nasha (pro-muqabalah UG)?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive