Wajib Belajar & Lulus Pengajian Agama
Saya bukanlah prejudis terhadap tindakan Kerajaan yang mahu mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris untuk SPM .
Namun tindakan itu dilihat agak keterlaluan dan jelas mempamerkan keangkuhan kerajaan UMNO dan BN .
Belumpun selesai krisis PPSMI yang dibantah oleh rakyat justeru rata - rata melihatnya ianya tidak adil kepada rakyat terbanyak dalam banyak aspek sebagaimana yang ditegaskan oleh Gerakan Mansukhkan PPSMI .
Saya tidak nampak alasan kukuh kerajaan untuk mewajibkan lulus Bahasa Inggeris bagi Sijil Pengajian Malaysia ini . Sebaliknya apa yang kita lihat ialah betapa kebimbangan pakar - pakar dan para pejuang bahasa kian menjadi kenyataan .
Dulunya mereka berhujjah hanya untuk pengajian sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris , justeru ia adalah bahasa teknologi yang perlu dikuasai oleh pelajar melalui bahasa inggeris . Biarpun dibantah keras oleh pejuang bahasa lantaran negara - negara maju boleh mencapai ketinggian teknologi tanpa mengorbankan bahasa ibunda mereka dalam apa jua subjek pelajaran .
Kini mereka mahu memastikan Bahasa Inggeris adalah subjek wajib lulus dan wajib belajar untuk SPM . Saya agak jengkel dengan langkah Kerajaan . Bukan kerana saya tidak suka bahasa Inggeris bahkan tidaklah salah kita belajar dan menguasai bahasa inggeris , tetapi mengambil langkah mewajibkan lulus bagi subjek itu sangat keterlaluan dan menekan pelajar .
Saya lihat dasar kerajaan tidak peka dengan apa yang dialami oleh rakyat hari ini sedang pelajaran atau pendidikan sangat berperanan untuk mencorak minda dan syakhsiyah rakyat .
Kenapa kerajaan tidak mewajibkan sahaja pengajian Agama atau pendidikan moral kepada pelajar setelah dilihat bagaimana runtuhnya aqidah , akhlak dan moral masyarakat hari ini dan rata - rata mereka mewakili remaja dan pelajar yang masih dibangku sekolah .
Jika kerajaan peka dengan apa yang berlaku dan memandang jauh ke hadapan demi masa depan rakyat dan negara , Pengajian Agama atau moral [ bagi non muslim ] dilihat lebih utama untuk diwajibkan ke atas pelajar agar mereka mendalami agama guna membentuk jati diri dan nilai insan serta menjadi bekal hidup mereka di dunia dan akhirat .
Sehingga kini kerajaan masih gagal melahirkan satu dasar yang seimbang untuk membina sumber manusia yang benar - benar berkualiti bukan sahaja terhenti pada kepintaran aqal dan kecerdikan akademi tetapi juga benar aqidah dan minda serta segar spiritual .
8 comments:
salam ustaz... cadangkan kpd kementerian kerajaan m'sia sekiranya jadikan subjek B.I wajib lulus, jadikan juga subjek agama islam juga wajib lulus bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar nonmuslim subjek wajib lulus mereka selain B.I ialah subjek pendidikan moral/akhlaq.
p/s: sekadar cadangan
Satu lagi masalah adalah dengan maksimum 10 mata pelajaran
masalahnya, dengan 10 mata pelajaran maksimum, pelajar aliran sains tak boleh ambik quran sunnah & syariah islamiah. kembali kepada pelajaran pendidikan islam.
Patutnya, kerajaan telus. Bagitahu subjek apa yg akan dinilai untuk biasiswa, dan apa kriteria tambahan, dan terpulang kepada pelajar nak ambik berapa subjek pun
Nanti terbentuknya Kerajaan Perpaduan ni, Ust Tantawi ler pulak yang akan jadi Menteri Pelajaran..baru selesai masalah..tak gitu Ust?
hurm..sye stuju ngan fikrah ustz, truskan perjuangan smpi nyata tertegaknya kebenaran
masalahnya bukan pasal pelajaran...masalahnya menteri pelajaran!
dok rok cetong...
ultimate solution:
1)-doakan kemenangan & tertegaknya negara Islam di Malaysia.
2)-gembeling tenaga untuk kita menangkan PAS dlm PRU akan datang...
wallahua'lam..
setuju kata ahmad.. Ust. Tantawi ni bakal menteri kerajaan perpaduan PAS-UMNO. semoga tercapai hasrat anta..
saya setuju juga, sepatutnya diwajibkan lulus pelajaran agama, atau ditambah lagi mata-pelajaran agama... itu sudah semestinye.
pasal isu syarat lulus BI. sebab itu, Muhyiddin tanya dulu. no komen... ada pro-kontra nye.
Isu mengehadkan bilangan subjek tak menjawab permasalahan mereka yang tak dapat biasiswa.
kaedah yang dipakai luar negara mungkin wajar kita nilai.
pelajar diberikan peluang untuk mengambil subjek-subjek yang diminati
pihak yang beri biasiswa keluarkan syarat minima untuk dipanggil ke temuduga. contohnya: sekurang-kurangnya 8 A dengan A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama dan sebagainya.
Yang dapat 9A lepas, yang dapat 19A pun lepas.
Bila masuk part temuduga, tak bincang soal berapa banyak A dah. Boleh terus kepada soalan-soalan yang relevan untuk mencungkil bakat dan kebolehan setiap individu.
Sijil SPM sepatutnya dikeluarkan kepada semua, walaupun gagal dalam subjek-subjek tertentu. Sebabnya, sijil SPM hanyalah bertindak sebagai sijil, tak lebih dari itu.
Post a Comment