HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, June 25, 2009

Zaini Salah Bicara

1. Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat berkait tulisan Zaini Hassan dalam ruangan CUIT di akhbar Utusan Malaysia kelmarin [ Rabu ] yang telah menyifatkan al Mursyidul Am PAS sebagai seorang Political Animal.

2. Saya menyifatkan kenyataan itu adalah nakal dan salah sama sekali . Malah mungkin beliau mempunyai niat yang jahat atau tidak baik untuk menjatuhkan kewibawaan dan mencemarkan reputasi kepimpinan Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz .

3. Tanpa dinafikan sebagai manusia biasa yang tidak maksum sifatnya , al Mursyidul Am PAS juga terdedah kepada salah dan silap . Namun segala salah dan silap itu boleh diperbetul dan diperbaiki bahkan ia menjadi satu hikmah dalam membina kematangan hidup insan di dunia ini . Seperti yang biasa kita dengar ungkapan orang tua - tua kita " belajar dari kesilapan " atau " belajar dari pengalaman "

4. Kita tidak bersikap prejudis terhadap pengalaman dan kesilapan lantaran ia adalah suatu yang muktabarah [ yang diambil iktibar ] dalam kehidupan kita untuk proses kematangan dan kedewasaan dalam tindakan . Justeru itu ia bukanlah suatu yang cela dan keji bahkan tidaklah menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi .

5. Tambahan pula kalau yang berlaku hanyalah salah tanggap atau silap faham . Berpijak di atas semangat ukhuwwah [ persaudaraan ] dan mahabbah [ kasih sayang ] ianya mudah diselesaikan . Semudah tawas yang menjernihkan air .

6. Al Mursyidul Am PAS telah dikenali kemampuan dan kehebatannya dalam memimpin dan menerajui Kerajaan Negeri Kelantan . Ia sangat disenangi oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang soleh dan bertaqwa . Pendekatan kepimpinannya tidak terhenti di medan politik tetapi juga sebagai seorang ulamak yang mendidik dan membimbing spiritual rakyat . Sementara pandangan politiknya disenangi oleh kebanyakan pihak .

7. Maka tidaklah adil bagi saudara Zaini Hassan membuat kesimpulan bahawa al Mursyidul Am sebagai seorang Political Animal [ pengamal politik totok ] hanya berpandu kepada satu kes yang memjadi isu atau polemik dalam PAS mutaakhir ini .

8. Bukankah pelan penyelesaian polemik atau salah faham yang berlaku dalam PAS baru - baru ini mampu dilakukan dengan perbincangan atau musyawarah yang hanya memakan masa satu jam setengah . Jelas ini menunjukkan bagaimana nilai tasaamuh [ saling memaafi / berlapang dada ] dan ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] masih menjadi asas keperibadian al Mursyidul Am PAS .

9. Tidak juga saya nafikan betapa kepimpinan tertinggi PAS [ Tuan Guru Dato' Seri Presiden , Timbalan Presiden dan Naib - naib Presiden ] sangat terbuka dan toleransi malah berani mengangkat polemik dan krisis parti menjadi isu atau kes kekeluargaan dan akhirnya mudah diselesaikan dengan semangat kekeluargaan yang tentu sahaja pertaliannya tidak akan putus dicincang .

10. Saya percaya jika ini berlaku dalam UMNO dan BN , pasti sahaja ianya memecah belahkan parti itu seperti pernah berlaku antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaliegh Hamzah dan banyak lagi insiden lain yang menyaksikan perpecahan teruk UMNO dan BN apabila partinya dilanda krisis dan polemik seperti ini . Kerana mereka bukan satu keluarga.

7 comments:

adibeta said...

Sdr, luahan hati tok guru tuan pada UMNO....

"Umno is a deviant group, similar to Ayah Pin. Umno and communists are the same. Umno is a socialist party because they reject Islam. Umno is a Malay party but not an Islamic party," the Kelantan menteri besar said at a ceramah in Kampung Laloh. Di petik dari NST 23 Jun 2009.

Fikir-fikirla kerana setiap perkataan yg dikeluarkan adalah kata hati yg dibaluti keimanan..

adibeta said...

Sdr, luahan hati tok guru tuan pada UMNO....

"Umno is a deviant group, similar to Ayah Pin. Umno and communists are the same. Umno is a socialist party because they reject Islam. Umno is a Malay party but not an Islamic party," the Kelantan menteri besar said at a ceramah in Kampung Laloh. Di petik dari NST 23 Jun 2009.

Fikir-fikirla kerana setiap perkataan yg dikeluarkan adalah kata hati yg dibaluti keimanan..

alhelmi said...

Umno yang kian tersesak nafas... mengharapkan bantuan daripada Pas, tp langsung tidak menunjukan keikhlasan....

Ana pun tak tau nak bg istilah pa lagi kat org2 mcm ne....

Unknown said...

Salam.

Umno semakin 'gila'. Selama ini kita bernada lembut apabila hanya mengatakan bahawa kita menentang Umno hanya kerana dasarnya yg bersalahan dgn Islam dan menolak Islam padahal ianya dianggotai oleh bangsa Melayu.

Namun hari ini kita harus menentang Umno bukan kerana dasarnya yang jelas songsang tapi kira harus juga 'langgar' pemimpin Umno yang tumpul akal dan bertindak kurang waras.

Lihat saja bagaimana Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis kepada Tok Guru Nik Aziz hari ini.

Jika Pemuda Umno Kelantan itu mempunyai jatidiri membela bangsa dan agama yg kental, mengapa tidak 'digegar' Presiden Umno yg juga Perdana Menteri bersabit hal royalti minyak kepada Kelantan.

Mengapa dinafikan hak rakyat Kelantan yg lebih 90% adalah Melayu?

Mengapa sanggup gelap hati khianat pada rakyat Kelantan hingga kerajaan persekutuan sanggup melencongkan paip gas didaratkan ke Songkla Thailand?

Saya harap ustaz dapat mengeluarkan kenyataan balas terhadap tindakan jahat Pemuda Umno Kelantan tersebut.

Baru minggu lepas kononnya mereka seperti 'ikhlas benar' hendak berbaik dan berpadu dgn PAS. Perbuatan mereka hari ini menyerlahkan sifat buruk sebenar mereka yg cuba disembunyikan.

Amat tepatlah tindakan pimpinan PAS apabila menarik balik hajat untuk 'berpaduan' dgn Umno.

Dan sekarang mereka seperti hilang akal, kerana jerat yg dipasang tidak mengena. Lantas bertindaklah mereka sepertti orang gila.

MemaLI said...

bantuan Allah makin dekat

Anonymous said...

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz


hehehe... best gila baca topik nih kat harakah...

aku harunsani nih kalau bab agama mmg best tapi kalau bab politik hancur... dia sokong UMNO... sebab bos dia (sultan perak) penyokong kuat UMNO!

er... ader sesiapa yang dah tgok video rosmah perempuan puaka!?

betul ker video tuh aaa?

WARIS PAHANG said...

Nasarudin Sampah Recycle?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive