HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, July 7, 2009

DPPP Sokong Penubuhan KEJAM

1. Dewan Pemuda PAS Pusat memberi sokongan penuh di atas usaha Angkatan Muda Keadilan yang telah menubuh dan melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim . [ KEJAM ]

2. Rakyat mesti bersatu menolak dan menentang sebarang kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO dan BN termasuk kezaliman yang dilakukan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim .

3. Saya percaya konspirasi berterusan oleh Kerajaan UMNO dan BN ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah politik kotor yang bermaksud untuk mengekang penglibatan beliau di pentas politik sekaligus ingin memberi tekanan kepada PAKATAN Rakyat .

4. Saya menyeru supaya seluruh rakyat menyatakan sokongan yang sama kepada penubuhan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim [ KEJAM ] .

5. Saya juga mendoakan agar Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya dan selamat dari terus menjadi mangsa politik kotor dan konspirasi jahat UMNO dan BN . Allah swt tetap bersama orang - orang yang benar dan sabar .

8 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr Tantawi,

Saya membaca dan mengambil iktibar dari ayat-ayat di bawah;

"Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu [terhadap Allah dan Rasul-Nya]". Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu. (64) Dan jika kamu tanyakan kepada mereka [tentang apa yang mereka lakukan itu], tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" (65) Tidak usah kamu minta ma’af, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami mema’afkan segolongan daripada kamu [lantaran mereka taubat], niscaya Kami akan mengazab golongan [yang lain] disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. (66) Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik. (67) Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka; dan Allah mela’nati mereka; dan bagi mereka azab yang kekal, (68) [At-Taubah]

Allah akan membongkar khianat yang terlindung di dalam hati-hati sesiapa sahaja termasuk hati-hati dari diri-diri kita sendiri jika kita memperalatkan Agamanya untuk kepentingan diri-diri kita yang sempit. Jiwa-jiwa nifaq ini akan bertembung dan berlaga sesama sendiri termasuk jiwa-jiwa kita sendiri jika kita juga berat memilih kebatilan dari haq.

Allahu akbar !
TokPakir

Anonymous said...

pendapat aku...

mungkin ada konspirasi...

tapi,
kamu semua jgn lupa siapa itu anwar ibrahim... aku tak gemor mamat nih... banyak aouta dia...

kalau PR menang aku cadang pemimpin PAS yang jadi PM... kalau kasi kat PKR jawab dia penyakit UMNO akan berterusan... macam kat perak...

tapi tuh la bila aku nyatakan ketakpercayaan aku kat DSAI nih... ader la yang ingat aku nih tali barut UMNO la puak pro UG lah...

disini aku tegaskan! aku tak sokong UG dan aku juga tak sokong DSAI jadi PM! dalam hati aku,minda aku, jiwa aku cuma sokong ISLAM! so aku sokong sesiapa sahaja yang berjuang kerana ISLAM! bukan bangsa atau negara!

muslimat said...

salam,

dua tiga kali saya membaca terjemahan ayat suci al-quran dari tok pakir ini.Tapi saya masih sukar memahami maksud yang cuba tok pakir bawakan di sini....terutama perkaitannya dgn entry ustaz din kali ini....itupun kalau ayat al quran itu adalah respon kpd tulisan ustaz.

tok pakir.
kalau tidak menjadi keberatan, saya minta huraian atau pandangan sebenar tok pakir.

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said...

4 nuruddin
siapa dia anwar ibrahim yang anda kenal??

Anonymous said...

seorang opportunist dan bercita-cita tinggi...

ini pandangan aku sebagai rakyat biasa...

tapi aku tak sokong dia kerana arah tujuan yang dibawanya mirip UMNO... walau pon dia tidak memperjuangkan bangsa Melayu seperti UMNO tapi dia ttp meletakkan islam di tempat yang kedua (dalam politik)...

Anonymous said...

Salam,

Tak apa, kalau sdri Muslimat tak dapat memahaminya.

Membaca maksud ayat-ayat Al-Qur'an pun dah ada manfaatnya.

Jadi, sekurang-kurangnya sdri telah mendapat manfaat itu, alahamduliLlah.

TokPakir

nooryus said...

saya rasa tak perlulah menyokong Anwar sampai gitu sekali. sebelum 1998, beliau bermati2an mengutuk PAS dan DAP. anda sudah lupa?

pada firasat saya, Anwar ni akan melakukan apa saja utk jadi PM. berwaspadalah supaya tidak terperangkap dgn permainannya.

eh! KP dah masuk jail ke?

Anonymous said...

jangan laju sangat ust din.
KEJAM ditubuhkan atas agenda peribadi anwar ibrahim.
dulu presiden PAS dah bagitau yg kes anwar ni kes peribadi dia...tak perlu nak campur sangat.
takut nanti kita silap mempertahankan org yg betul2 buat salah.

soalan : mcm mana kita boleh sahkan bahawa ini adalah konspirasi ke atas anwar? sedangkan kita belum lagi melihat bukti yg ada pada pihak pendakwa. kita baru mendengar hujah anwar.
sekurang-kurangnya kita kenalah dengar hujah kedua-dua pihak sebelum nak melompat kata orang tu KEJAM!

cuma yg herannya... kenapa anwar nampak kelam kabut dgn kes dia kali ni? dia yg sibuk cuba menangguhkan kes dia beberapa kali...mcm2 cara digunakan... mcm ada sesuatu yg dia takut rakyat tahu ja.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive