HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, July 7, 2009

Nabi saw Menyokong Hilful Fudhul

Nabi saw. pernah bersabda :

لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما أحب أن لي به حمر النعم
ولو ادعى به في الإسلام لأجبت

Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya .

Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat
di dalam Musnad Imam Ahmad

2. Hadis tersebut menunjukkan sikap Nabi saw yang sangat prihatin terhadap sebarang pakatan atau tindakan untuk menentang kezaliman . Biarpun sumpah setia ini berlaku sebelum kebangkitan Nabi saw sebagai Rasul akhir zaman , tetapi naluri seorang nabi sangat terkesan dengan sebarang tindakan yang dilakukan untuk menentang kezaliman .

3. Hadis ini menceritakan bagaimana satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dilakukan oleh beberapa kabilah Arab Quraisy untuk menentang kezaliman sekaligus memberi lindungan , sokongan dan pembelaan kepada siapa sahaja yang menjadi mangsa kezaliman .

4. Perjanjian yang dilakukan di rumah Abdullah bin Juda'an at Taimi ini dikenali sebagai Hilful Fudhul sempena 3 nama yang menyertai perjanjian ini mempunyai nama hampir sama dari kaum banu Jurhum iaitu Fadhal bin Fudhalah , Fadhal bin Wada'ah dan fadhal bin al Harith .

5. Atas semangat yang sama , Pemuda PAS bersedia untuk bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman dan bangun membela siapa jua yang menjadi mangsa kezaliman .

3 comments:

nooryus said...

"Pemuda PAS bersedia untuk bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman dan bangun membela siapa jua yang menjadi mangsa kezaliman."

Ye ke? Walaupun terhadap org yg zalim sebelum ini? Adakah beliau sudah berubah atau kekal sbg sumpah2?

Usahlah membuang masa utk org sebegini. Anda ada masa utk anak isteri?

Anonymous said...

Saudara Tantawi, Salam

Saya membaca dan mengambil iktibar dari maksud ayat-ayat Al-Qur'an di bawah;

"Dan apabila Kami merasakan kepada manusia suatu rahmat, sesudah [datangnya] bahaya menimpa mereka, tiba-tiba mereka mempunyai tipu daya dalam [menentang] tanda-tanda kekuasaan Kami. Katakanlah: "Allah lebih cepat pembalasannya [atas tipu daya itu]". Sesungguhnya malaikat-malaikat Kami menuliskan tipu dayamu. (21) Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, [berlayar] di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan [apabila] gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung [bahaya], maka mereka berdo’a kepada Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepada-Nya semata-mata. [Mereka berkata]: "Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur". (22) Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa [alasan] yang benar. Hai manusia, sesungguhnya [bencana] kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; [hasil kezalimanmu] itu hanyalah keni’matan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (23)" [Surah Yunus]

Jika kezaliman dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan sekadar kezaliman keatas rakan peti undi, maka lahirlah penglihatan yang sebenar-benarnya sebagaimana yang direfleksi oleh RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wassalam. Bukan dalam bentuk yang terpencil dan lokal tetapi 'alami dan sejagat. Harapnya kita jangan terkongkong di bawah kotak undi.

Amin,
TokPakir

Hafiz Razak said...

Sesungguhnye tiap usaha yang di buat berlandaskan syariat Islam tidak akan sia2.

Jika hukum tuhan tidak dilaksanakan, apakah ini tidak dinamakan kezaliman berlaku atas hukum tuhan untuk manusia

lihat lah ayat2 Tuhan dan laksanakan...

jika ada kuasa untuk mengubah keadaan supaya hukum tuhan dapat dilaksanakan..itu lebih baik daripada membenci kejahatan dengan hati...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive