PAS Sedia Mendengar
Dr. Asri Zainal Abidin
[ lihat disini ]
1. Berasaskan kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang yang beriman ialah :
الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه
orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik .
أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua golongan yang celik aqal [ intelek ] .
Surah az zumar - 18
2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu .
3. Saya menegaskan demikian kerana secara umumnya PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah dan penerangannya secara rasmi mendidik pemimpin dan anggota agar bijak dalam membawa risalah Islam yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan kebijaksanaan yang diwahyukan :
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة
Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan hikmah [ bijak ] .... dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau debate [ mujadalah ] yang baik .
4. PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :
نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و
نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه
Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .
5. Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah mereka terhadap pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu dan perasaan .
6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri sebagai nasihat . namun sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Surah al Hajj : 39
7. Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik . Adakala Nabi saw berlembut seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam lalu melafazkan syahadah .
8. Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar seperti Nabi saw menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .
9. Demikian halnya , Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh seperti seorang yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu bunuhnya . Namun Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi yang membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .
10. Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah . Itulah hikmah yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya . Namun , dasar umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila , berakhlak dan beradab . Firman Allah swt :
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
Surah aali Imran : 159
41 comments:
Jawapan yang penuh berhikmah ustaz menunjukkan sikap berlapang dada dan toleransi yang tinggi terhadap pandangan atau kritikan yang tidak selari dengan pandangan sendiri.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan balas yang dibuat oleh saudara. Namun dalam dunia sekarang ini ada sesetengah orang mengambil pendekatan berkerat rotan, berpatah arang sehingga menjadi kurang rasional. Contohnya ada yang mencerca dalam blog, orang umno kapiaq dan seolah-olah umno ini lebih hina drp. orang kapiaq. Mereka tidak mengamalkan suruhan supaya kita sesama islam adalah bersaudara. Kata-kata cacian dan nista terhadap lawan dan 'kawan yang seolah-olah lawan' sewajarnya hanya layak dituturkan oleh mereka yang jahil agama.
Betul kata kasturi tu
Saya rasa perbuatan maki hamun dan mencerca adalah perbuatan yang tidak disukai oleh semua apatah lagi parti pas yg mendokong Islam dalam perjuangannya.Bagi mereka yang jernih fikrahnya dan kuat penghayatannya terhadap perjuangan Pas tak mungkin ada kesanggupan utk memaki hamun, mencarut atau mencerca sesiapa sahaja sekalipun ketika berbeza pandangan.
perbuatan mencela itu adalah dari kelemahan pribadi tertentu yang gagal mengawal emosi dan tiada etika dalam berbeza pandangan.Ia bahkan tidak selari dengan saranan dakwah pas supaya 'berhikmah' terhadap sesiapa sahaja.
Kita boleh tegas, sinis dan keras ketika berhadapan lawan tapi tidak sama sekali menyumpah seranah, memaki hamun, cerca dan mencarut untuk menghina...kerana itu dilarang keras oleh agama.
Adapun dilaman-laman blog....saya sukar nak memastikannya.Kerana ramai sungguh yang cuma ada nama samaran mengaku pas, tapi buruk sungguh bicara dan tulisannya....
hanya Allah yg akan membalas perbuatan buruk mereka.
Salam,
Response kpd setiap statement ketua pemuda PAS itu menurut turutan nombor.
1. Kenapa PAS beriya-iya memberi response apabila seorang ulama memberikan pandangannya mengenai keburukkan dan kebobrokan PAS? Bukankah selama ini rakyat marhain sering dan selalu memberikan pandangan yg sama seperti ini? Tetapi tidak diendahkan oleh PAS !!!
2. Sesuatu yg bathil itu memang terasa pahit setelah mengetahui yg hak. Selama ini PAS senantiasa duduk dalam kejahilan. Syukur kpd Dr MAZA kerana menyedarkan PAS dari buaian mimpi mereka. Namun, PAS masih ingin menyalahkan org lain dengan menyatakan Dr MAZA membuat pukul rata. Hikmahnya ialah Dr MAZA tidak mahu mengaibkan individu-individu tertentu. Tak nampak ker?
3. Ternyata tarbiyah dan penerangan PAS kpd org bawahannya tidak menjadi kerana masih ada ustaz-ustaz PAS yg mencaci, menghina, mencarut selepas bertahmid & bertasbih. Ternyata mereka2 ini bukanlah org bijak. Oleh itu, tidaklah menjadi kesalahan tidak memilih PAS dalam PRU.
4. Sama macam nombor 3.
5. Ternyata, ketua pemuda PAS sendiri telah mengakui bahawa org2 PAS ni berpolitik bersandarkan nafsu, bukannya hak.
6. Kalau tak ajar, saper yg ajar. Tentu belajar dari jin.
7, 8, 9 & 10. Itulah sebaik-baik ikutan. Bukannya ajaran sesat PAS. Mengaku tak ajar, tapi boleh diakatakan semua penceramah-penceramahnya bersikap demikian. Sampaikan org UMNO menjauhi surau dan masjid dek kerana geli geleman mendengar carutan penceramah2 PAS ini.
Pernah Nik Aziz menghalalkan buku SHIT dengan menyatakan Allah pun mencarut. Apakah itu bukan menjadi ikutan pengikut2 PAS? Bukankah Hadi Awang pernah mengkafirkan UMNO? Bukankah itu juga ajaran songsang PAS yg sudah menjadi darah daging?
Jadi apakah tindakan susulan PAS terhadap pemasalahan ini?
Wassalam
Salam,
Nampaknya penerapan ciri-ciri pemimpin Islam oleh PAS tidak dapat didukung sepenuhnya oleh sesetengah barisan saf PAS yang lain. Di harap pucuk pimpinan PAS dapat mentarbiyahkan pemimpin pemimpinnya agar menjadi cermin akan kepimpinan Islam yang sebenarnya.
Assalamualaikum ustaz,
Saya terpanggil untuk memberi pandangan berkenaan point ke 7 yang diutarakan iaitu method dakwah yang terbaik adalah method dakwah Rasulullah.
Baginda telah menunjukkan kepada kita method dakwah yang jelas. Jelas selepas usaha dakwah politik baginda, akhirnya baginda mendapat kekuasaan melalui thalabun nusrah. Baginda tidak mendapat kekuasaan melalui perkongsian kuasa dalam sistem demokrasi.
Jelas demokrasi adalah sistem kufur. Tidak layak bagi mana-mana orang yang beriman menolak method dakwah Rasul dan malah berpaling kepada demokrasi walhal jelas Islam telah lengkap disampaikan.
Oleh itu saya kira PAS wajar melihat juga muhasabah dari Hizbut Tahrir untuk mengkaji semula apakah method demokrasi yang digunakan PAS ini adakah selari dengan Islam atau tidak. Bukanlah untuk kita berbalah tetapi sama-sama mencari keredhaan Ilahi, ameen.
Semoga mendapat kelulusan. Jzkk.
Posting yang cukup bermakna ust. Itulah yang dinamakan makhluk yang bernama "Manusia". Bukan semua manusia itu sempurna sifatnya pasti ada silapnya. Oleh itu, menerima segala kritikan dan muhasabah kembali adalah perkara terbaik bagi kita. Sikap nabi yang dicerita oleh ust haruslah diambil ikhtibar kepada setiap dai dan pendokong kita pada hari ini agar mereka sentiasa berwaspada dalm memberikan pendapat kepada masyarakat. Biarlah pandangan kita itu tegas tetapi berhemah. Itulah sebaik-baiknya...
Assalamualaikum,
Saya sangat2 berharap PAS mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk menerajui pimpinan. Amat dukacita ada di kalangan pemimpin2 yang mencaci dan mencerca dalam berdakwah. telinga dan mata masyarakat sentiasa mendengar. Adalah lebih baik PAS lebih tegas dalam memantau syarahan2 yang kurang berakhlah ini. Bayangkan anak2 kecil yang mungkin mendengar perkataan yang tidak baik ini. sebagai contoh "Bapak Setan" dan perkataan lain yang tidak sedap mendengar. Saya juga ingin melihat PAS sebagai ejen pendakwah dan penyelesai masalah semasa yang berkaitan umat Islam pada masa ini. Saya juga tidak mahu melihat seperti Perak, hanya nama sahaja Menteri Besar tetapi Kuasa tidak di pegang oleh orang PAS dan terikut2 dengan gerak geri DAP. Saya juga ingin melihat PAS menyenaraikan agenda seperti agenda Negara, Ekonomi, sosial dan keadilan yang akan dilaksanakan PAS. Saya juga tidak mahu melihat PAS yang hanya melihat keburukan orang lain seperti pihak UMNO tanpa memperkenalkan tindakan alternatif yang lebih baik dari PAS. Saya percaya orang2 muda seperti saya ingin melihat tindakan lebih proaktif dari PAS untuk menambah baik keadaan negara dan bukan hanya melalui ceramah2 sahaja. Plan atau rancangan dan perlaksanaan dalam menambah baikan adalah ditunggu tunggu.
Salam'alaik ustaz,
Memang banyak pandangan dan juga panahan balik terhadap tulisan ustaz berkaitan etika sesetengah penceramah PAS yang agak over-acting pada masa-masa tertentu.
Apabila bercakap tentang perkara ini, saya yang dhaif ini berpendapat bhw walaupun kita drpd PAS mengambil qudwah drpd RasuluLLAH, hakikatnya kita juga mempunyai kelemahan dari sudut gerakan kita yang didokongi oleh golongan manusia biasa yang tidak ma'sum dan berbeza-beza tingkatan keimanannya.
Amat mudah difahami apabila kadangkala mulut akan terlanjur berkata-kata, lebih-lebih lagi dalam keadaan marah, apatah lagi yang dimarahkan itu adalah terhadap perkara thaghut.
Takpelah ustaz, tugas kita menerangkan sudahpun dilaksanakan, sedangkan hak memberi hidayah kepada manusia hanya di tangan ALLAH SWT.
Selamat berjuang, Ustaz!
saya setuju dengan komentar ustaz diatas..jelas dan berhikmah..
mintak izin dari ustaz utk saya copy paste artikel ust ini di laman blog saya..terima kasih...
Bagaimana pula dengan Mat sabu yang sikapnya mudah memaki hamun?
ada teguran daripada sesiapa ke?
Kalu nk tau sikap Ahli Pas yg suka maki hamun p la Tranungkite..
sikap ustaz melambangkan sikap seorg yang menerima baik teguran dari seorg sahabat..
Jika Dr Maza meyampaikan pandangan dan menegur PAS seperti yang beliau tulis maka saya minta beliau memberikan jawapan kepada persoalan yang beliau
timbulkan... di pihak saya yang merupakan rakyat awam dari segi ilmu agama saya tuntut DR MAZA berikan jawapan siapakah yang patut saya bai'ah didunia ini
khasnya di malaysia ini di ruanga atau kerangaka kepartian untuk saya zahir pada tuhan sokongan atau pegangan perjuangan saya...??? Atau haruskah saya tidak
berpati demi menjaga akhlak dan akidah saya agar tidak terpesong, perlukah saya menjadi kambing yang tidak berkawanan semata-mata saya tidak bersetuju atas
persepsi diatas kerpartian yang ada di malaysia ini. Bukankah tiada yang SEMPURNA melainkan yang menghapiri sempurna sahaja dimuka bumi ini kerana dicipta
bukan yang mencipta. Secara ikhlas saya pinta DR MAZA patut sediakan jawapan yang "direct"..... UMNO kah.. KEADIALAN kah... atau PAS kah... mengikut pandangan
peribadi ilmu beliau yang patut saya dukungi sebagi wadah pegangan . Melalui nasihat ini akan saya pertimbangkan dan saya jawab padanya di kemudian hari.
Jangan sahaja teguran dilontarkan tanpa diberikan jawapan mutlak penyelesainya.. Manusia berubah dan beralih sokongan kepada 1 manusia kepada 1 manuasia yang
lain adalah merupakan fitrah. Hari ini kita suka makan kedai A tak kan seumurhidup kita tidak beralih selera kepada kedai yang lain, walaupun kedai A
adalah merupakan kedai kegemaran kita. Apatah lagi sokongan ke atas Induvidu. Mengapa bila kita pula yang dikritik maka kita katakan pulak orang yang sudah
tidak mengikut atau menyokong kita. Berikan saya nama blog orang PAS yang meyumpah dan memaki orang agar saya meyiasat kebenaran tuduhan itu, adakah meraka
benar dari ahli dan pimpinan PAS atau dari mereka yang meyokong PAS, kerana keduanya sangat berbeza dan jauh dari segi pertuduhan yang dilemparkan.
Salam.
Saya tertarik dgn jawapan saudara tetapi pada masa yang sama saudara seperti ingin mempertahankan tindakan tertentu pemimpin tertinggi saudara. Saya memohon saudara yang berjawatan dalam PAS supaya menegur pemimpin saudara seperti apa yang saudara nukilankan pada Dr Mohd Asri. Musuh Islam yang bertuhankan syaitan sedang menguasai dunia seperti Freemason, Zionist dan sebagainya tetapi pemimpin saudara masih berfikiran untuk memecah belahkan saudara seIslam.
Jika ada masa saya memohon saudara menonton video The Arrivals (Part 1-51).
Salam.
salam,
saya bersetuju dengan pendapat ini.Namun, itulah saya rasa, tarbiyyah/pendidikan/education bukan sekadar dalam bentuk penyampaian,tapi dalam bentuk 'contoh teladan' atau 'culture'.barangkali mendidik secara 'lecture' tak cukup,kadang2 manusia ni melihat dengan 'mata' dan tanpa sedar 'meniru'.
saya berpendapat, PAS kena koreksi balik dirinya. kembali menyusun program2 tarbiyahnya agar ahli-ahli dapat dijernihkan akhlaknya. setidak-tidaknya biar yang 'bermasalah' itu 1 dari 1000 berbanding sekarang yang mana pas lebih dilihat oleh orang awam sebagai parti yang suka mencerca. bagaimana agaknya 'negara islam' nanti jika dibelakangnya terdapat pemimpin-pemimpin yang 'sukar mengawal nafsunya' seperti yang ustaz nyatakan tadi? bukankah pandangan masyarakat awam pada islam akan negatif? biarlah islam itu tertegak di atas tarbiyah.
saya kurang setuju dengan perkara berikut:
6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri sebagai nasihat . namun sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca serata tempat MELAINKAN pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Surah al Hajj : 39
adakah maksud ustaz, "MELAINKAN pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya", maka diperbolehkan caci cerca, maki hamun dan sebagainya? kerana setahu saya walaupun nabi dalam peperangan, tak pernah diajarnya para sahabat memaki hamun, sumpah seranah sesuka hati.
Assalamualaikum Warahmatullah Tuan,
Sekadar membaca respon tuan terhadap teguran Dr. Asri. Saya gembira membaca sebuah respon yang penuh dengan hikmah dan sarat dengan faktanya.Saya juga yakin, sebagai seorang ulama Dr. Asri tidak dipengaruhi apa-apa sentimen negatif kecuali ingin menyedarkan golongan yang membawa citra Islam tetapi dalam masa yang sama memalitkan arang pada citra yang dibawanya.
Memang benarlah bahawa teguran atau caci maki tidak dianjurkan Islam dan saya juga yakin bahawa pucuk pimpinan PAS tidak pernah mengajar anak-anak buahnya begitu. Namun demikian, inilah yang terjadi apabila kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.
Sebenarnya, individu-individu itu sendirilah yang wajib menjaga tingkah bicaranya apatah lagi apabila membawa nama sebuah persatuan yang meletakkan Islam sebagai inti perjuangan. Lantas, hal ini bagi saya tetap berbalik kepada individu dan semoga tuan juga akan terus mempunyai inisiatif untuk mengembangkan pemikiran murni ini kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat juga amnya.
waallahu'alam
Penagih UMNO dalam PAS Bagaimana pula dengan penagih SYIAH?
Penagih UMNO. Penagih UMNO dalam PAS. Satu istilah yang agak popular sekarang ini. Ia ditujukan kepada pendokong kerajaan perpaduan. Istilah itu bagaimanapun lebih banyak disasarkan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin (Ustaz Nasha). Dan baru-baru ini ia dihalakan kepada Ketua Pemuda PAS Pusat ustaz Nasrudin Tantawi (ustaz Tantawi). Ini berikutan tindakan Dewan Pemuda PAS pusat mengajak pemuda UMNO untuk berdialog dan berwacana ilmiah.
Penagih SYIAH. Sebahagian mereka yang menjaja istilah ini di blog mereka adalah penagih SYIAH atau yang tertipu dengan penagih SYIAH. SYIAH si anti Sahabat Rasulullah s.a.w. dan para pemaki isteri-isteri Nabi s.a.w.
Dalam kita seronok membaca dan turut sama membelasah dan menuduh Ustaz Nasha dan Ustaz Tantawi sebagai penagih UMNO, kita lupa tentang sebahagian mereka yang beriya-iya sangat mahu kedua-dua ustaz ini terduduk-duduk ialah para penagih SYIAH. Blog penagih SYIAH ini kita boleh lihat RSS yg ditariknya adalah dari blog para penyumpah seranah Sahabat Nabi s.a.w. dan pemaki hamun Isteri-isterinya.
Ustaz Nasha dan Ustaz Tantawi, setahu kita adalah tokoh yang tak pernah rela dengan wujudnya unsur-unsur Syiah dalam PAS.
Apalah sangat teruknya penagih UMNO, kalau dibandingkan buruknya si penagih Syiah.. Sang penyumpah seranah para sahabat Rasulullah s.a.w. yang kita kasihi juga si pemaki hamun isteri-isteri Baginda s.a.w.
Biarlah dituduh sebagai penagih UMNO dari menjadi penagih Syiah!
Seburuk-buruk UMNO yang dikeji oleh penagih Syiah, mereka masih ber-Radhiayallahu Anhu bila di sebut nama sahabat. Mereka bukanlah para penyumpah seranah sahabat dan pencaci maki isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
http://tenteradajjal.blogspot.com/2009/07/penagih-umno-dalam-pas.html
Kenapa Saya tak UNDI PAS?
1. PAS mengkafirkan UMNO (?).
2. PAS berKAHWIN dengan DAP (jelas DAP menentang HUDUD).
3. PAS mengamalkan Agama DEMOKRASI (ajaran Yahudi) dan meninggalkan SYURA.
4. PAS dan UMNO 2 X 5 jer (Cakap tak serupa bikin)
5. PAS tiada kebebasan untuk berSUARA ( Bukti kalau bertentangan pendapat dengan Otai PAS maka akan BOIKOT, Cth. Ust. Nakahie, Nasharudin Mat Isa etc.)
6. Orang PAS anggap dengar Ceramah Politik itu JIHAD atau TARBIYAH (anggapan yang karut).
7. PAS anggap PANGKAH semasa PILIHANRAYA itu JIHAD (mana DALIL?)
8. Jika tak PANGKAH PAS berDOSA? Kalau PANGKAH PAS dapat PAHALA? Maksudnya jika sokong DEMOKRASI dapat PAHALA, jika tak sokong DEMOKRASI Berdosa masuk NERAKA..KARUT!!!)
9. PAS boleh JAMIN jika UNDI PAS dapat masuk SYURGA...dah ambil kerja TUHAN ;)
10. Ulama PAS suka mencela dan memaki. Ini diikuti oleh pengikut kerana menganggap perbuatan mencela & memaki itu perbuatan MULIA.
Salam,
Kaedah Medan perjuangan dalam pilihanraya yg memikat pengundi dpd pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai latar belakang pendidikan amatlah berbeza dengan Medan Perang menentang kuffar. Maki hamun ni sebenarnya tak byk manfaat selain membuatkan kita dikuasai nafsu kemarahan dan membuatkan kita selalu termakan provokasi lwn kita. Kalau masa perang jihad zaman Nabi dulu pun kena berperang dgn niat fisabilillah bukan hendak membalas dendam kesumat.
Kalau kita baca sirrah sahabat juga, dlm satu peperangan pernah Saidina Ali berjaya menewaskan lawannya.. bila lwnnya terjatuh, Ali pun dah angkat pedang tiba2 lwnnya meludah dan memaki (provokasi) ke arah muka Ali.. tak jadi Saiydina ALi nak bunuhnya.. Sahabat puh bertanya kenapa.. Ali jawab perbuatan provokasi org tu menyebabkan kalau bunuh bukan lagi kerana Allah tapi balas dendam sebab perbuatan org tu. Dlm sejarah Saiydina Ali, beliau masa berperang atau berpolitik tak pernah beliau memaki hamun lwnnya .. apatah lagi dgn saudara Islamnya spt Muawiyah dlm perang Siffin. Sebenarnya byk kisah2 lain yg boleh kita ambil pengajaran.
Umno juga saudara Islam kita cuma mereka dlm keadaan tersesat jalan. Jadi kalau kita berpolitik, biarlah dengan niat kerana Allah .. mudah-mudahan mereka juga diberi petunjuk sebagaimana sebahagian besar dari kita dulu.
PAS begitu bersemangat berkempen terdiri dari Ulamak dan penceramah membaca ayat2 AlQuran sbg hujah menghadapi Umno tetapi agak kurang sedap bila kata2yg kesat dan kasar menghentam pemimpin Umno yg kadang kala sampai tahap maki hamun. Tidak mustahil ianya memberi kesan kepada ahli atau penyokong PAS yang menganggap tidak mengapa memaki hamun sumpah seranah pemimpin dan penyokong Umno kerana mereka zalim, fasiq. Sbg contoh kerap kali pemimpin PAS menggunakan kiasan ataupun contoh Perang Uhud, Hunain dll terhadap Umno dan ini memberi gambaran kepada penyokong seolah2 bahawa memang benarlah Umno itu golongan kuffar dan wajib diperangi serta harus dimaki hamun. Dalam perang Uhud kalau anggapan Ustaz : Nabi dan Muslimin itu PAS, habistu siapakah golongan kafir musyrikin???
Kita hendaklah membezakan method berperang dan berpolitik menentang kafir harbi dgn berdakwah melalui politik dengan sesama Islam khususnya kepada penyokong2 Umno. Kalau Umno enggan dengar seruan PAS, keikhlasan itu penting kerana yg memberi petunjuk dan kemenangan itu ialah Allah Taala. Kita cuma menjalankan tugas dakwah . Ikutlah cara yg terbaik. Kalau tidak satu hari nanti manusia akan lari bila sebut nama PAS.
Mengenai perenggan NO. 8, hendaklah difahami Nabi bersikap tegas dan kasar di atas bukannya dengan maki hamun atau kata-kata kesat atau kutukan kepada Umar. Umar ketika itu belum Islam dan hendak bunuh Nabi, dan amat wajarlah tindakan Nabi itu. Dan ustaz kena bezakan cara menghadapi kafir harbi (yg memerangi umat Islam) dan berdakwah dengan kafir zimmi yg tidak memerangi Islam. Apatah lagi method dakwah kepada sebahagian besar atau majority orang Islam yg tidak menyokong satu gerakan Islam lebih lebih lagi dalam system demokrasi barat yg PAS sedang layari ini.
Perenggan NO.9 sekali lagi method menghadapi kafir Yahudi yg dilaknat benar benar memusuhi Islam juga seperti Abu Lahab yg sampai mati memusuhi Nabi s.a.w. (golongan yg ditutup hatinya oleh Allah) tetapi tidak kepada Wahsyi yang sebenarnya selepas itu menyesal membunuh Hamzah r.a. Begitu juga Ikrimah b. Abu Jahal dan ramai pemuka kaum Quraisy yg akhirnya memeluk Islam kerana akhlak yg ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Sikap keras dan tegas berbeza dengan perbuatan Memaki hamun. Ternyata kata kata kesat dan memaki hamun walaupun kepada musyrikin Makkah bukannya dari dakwah Nabi s.a.w.
Wallahua'lam.
Cenderawasih, Kuantan
....jawapa ilmiah yg bagus ustaz,dr maza pun betul....untuk yang betul2 tu kita blapang dada,"hakikatnya bukan senang nak terima bila org ckp kita x betul,.....sbb iklas hanya dimulut,belum sampai di hati"...
assalamualaikum...
Semua ummat Nabi Muhammad akan masuk syurga, kecuali mereka yg tak mahu masuk syurga... sapa yg tak nak masuk syurga? sapa yg tak nak ikut ajaran Nabi...
PAS merupakan satu wadah bukan aqidah.Umno perlu dilihat sebagai mad'u utama.Perbanyakkan perbincangan dengan pemimpin2 kerajaan pada jalan belakang tanpa publisiti.Diwaktu penganut agama lain bersatu disebalik tabir,kita terus becakaran di khalayak umum serta di sebalik tabir.Ahli-ahli PAS dalam pengetahuannya,sepatutnya bertugas sebagai penda'wah kepada UMNO dengan penuh kelembutan.Strategi berpolitik perlu bijak,biar akhir untung di pihak ISLAM.
PAS merupakan satu wadah bukan aqidah.Umno perlu dilihat sebagai mad'u utama.Perbanyakkan perbincangan dengan pemimpin2 kerajaan pada jalan belakang tanpa publisiti.Diwaktu penganut agama lain bersatu disebalik tabir,kita terus becakaran di khalayak umum serta di sebalik tabir.Ahli-ahli PAS dalam pengetahuannya,sepatutnya bertugas sebagai penda'wah kepada UMNO dengan penuh kelembutan.Strategi berpolitik perlu bijak,biar akhir untung di pihak ISLAM.
dulu saya sayang dan berkorban untuk PAS kerana perjuangan mereka..tapi kini sayang makin berkurang apabila PAS sanggup membuang saudara mereka sendiri dan memenangkan orang kafir yang terang2 menentang tujuan utama perjuangan PAS. Ingatlah...yang akan menguruskan jenazah mereka nanti adalah orang islam yg juga terdiri dari umno....atau PAS ingin meminta orang dap yang menguruskan jenazah mereka?? PAS telah beralih dari berjuang untuk islam kepada berjuang untuk menjatuhkan umno...sungguh memalukan apabila ini berlaku...dap dan pkr pun banyak isu rasuah...tapi itu tak pernah disebut...kenapa PAS semakin KALUT dan menjadi PENAKUT bila berdepan dgn dap dan pkr sedangkan beriya2 benar menghentam umno? Sebab PAS hanya dibekalkan sedikit kuasa...dan kuasa itu membuat mereka menjadi alpa...
Tuan Tantaw, Pas makin relaven kerana ilmu. Kerana ilmu ia berubah dari parti yang hanya dasar islam kepada perlaksanaan ke'arah' islam. Kemana seterusnya ilmu islam akan membawa pas atau pas yang melambatkan kemurnian ilmu islam. Stage seterusnya setelah kepimpinan ulamak ialah pemurnian ilmu Islam. Apakah agenda pas untuk mendidik pemimpin dan ahli yang tak berakhlak itu? Akhlak tidak dibanding dengan Umno, akhlak dibanding dengan Al Quran.
Jawapan beginilah yg kami mahu lihat daripada pemimpin kami.Alhamdulillah
Pada pendapat saya, PAS hanyalah wadah dalam membentuk negara Islam. Tetapi Islam yang sebenar tidak diwakili oleh sistem kepartian. Kerana apabila wujud sistem kepartian amalan Yahudi ini, maka PAS akan bergantung kepada pengundinya. Apabila PAS bergantung dengan pengundinya, maka banyaklah perkara yang berlaku demi menjaga dan mengambil hati pengundi. Maka itu, berlakulah seperti apa yang dilihat pada hari ini. Saya amat bangga jika PAS mampu membina negara Islam yang unggul. Tapi pada hari ini, saya jadi ragu. Ragu kerana saya tidak nampak PAS memiliki kuasa sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat. Kerana itu, saya lebih gembira dan yakin jika PAS bergerak secara individu. Atau mungkin PAS bergabung dengan UMNO. Ini adalah kerana, jika kita lihat fenomena politik hari ini, PAS tidak mampu membuat agenda dan keputusan tersendiri. Mereka bergantung kepada DAP dan PKR. Apakah DAP dan PKR tidak mempunyai agenda tesendiri. DAP secara terang-terangan menolak negara ISLAM. Jadi, jika PR menang PRU 13 kelak, apakah PAS boleh meneruskan agendanya. Saya juga ragu dengan kepimpinan DSAI biarpun dia dilihat sebagai seorang yang hebat.
PAS juga jika memerintah kelak mempunyai tanggungjawab yang besar untuk benar-benar menegakkan ajaran ISLAM. Kerana pada hari ini, PAS hanya diterima setelah mereka melakukan seperti apa yang ditegur oleh Dr. MAZA itu. Cercaan dan cacian daripada penceramah PAS membuatkan orang ramai terhibur.. mereka anggap itu sebagai satu hiburan apabila mendengar ceramah, sedangkan itu bukan ajaran Islam yang sebenar. Demi menjaga pengundinya, banyak hukum ISLAM dinafikan agar pengundi tidak lari dari mengundi PAS. Lihat sahaja Harakah, kandungannya kini amat jelas menunjukkan kepimpinan PAS yang hanya bertopengkan Islam, tapi gagal menunjukkan wajah Islam yang sebenar. Setiap pemimpin UMNO diberi gelaran tertentu (malah mufti juga), diburukkan imejnya, dibongkar aibnya. Apakah ini ajaran Islam. Inikah juga cara yang akan dibawa apabila memerintah kelak? Fikirkanlah...
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]
Assalamualaikum Ustaz.
Alhamdulillah. Itulah yang sebaiknya.
Bagi pandangan ana yang tak seberapa ini. Adalah lebih baiknya "mereka" yang berdakwah dengan cara memaki hamun dan menjatuhkan seseorang itu supaya tidak berceramah atas tiket ISLAM. Ini kerana ia lebih memalukan Islam itu sendiri. PAS adalah sebuah parti ISLAM. PAS dah bagus tetapi ahli kurang bagus. Tidak di nafikan semua gerakan Islam mempunyai masalah, tetapi biarlah di hormati dgn kelantangan menegakkan ISLAM dan bukan mencaci dan mencemuh seseorang. Dakwah dgn ikhlas. Cakap yang benar mengenai Al-Quran dan Sunnah. Alhamdulillah, bukan semua ahli PAS begitu ttp sedihnya, "kebanyakan". Jika ada bantahan/teguran/nasihat adalah lebih adil jika di muhasabah diri dari mengutuk dan menjatuhkan gerakan Islam lain. "Suruh gerakan Islam balik ke tempat asal la"...
Wahai Ustaz,
Fahamilah tulisan "menasihat" dan "menjatuhkan" seseorang atau gerakan Islam lain.
Memberi peringatan adalah perintah Allah tetapi menjatuhkan seseorang atau gerakan???... ustaz lebih tahu...
Semoga dgn apa yang di tulis ini dapat di muhasabah diri ana dan juga ustaz. InsyaAllah.
Mohon maaf dari hamba Allah ini.
Wassalam.
Kata-kata nista seorang Tok Guru yang murshid; dipetik dari The Star 28/07/09:-
In Kota Baru, Nik Aziz’s aversion for Umno become apparent when he clarified that his call to “bury the hatchet” was made in connection with relations between Kelantan and the Federal Government, not Umno and PAS.
He said his friendly gesture had nothing to do with Umno but was said in the context between the state and the Federal Govern-ment.
“There is no mention of Umno; Umno can go to hell,” he said.
Kepada pemimpin-pemimpin PAS,saya rasa PAS perlu lebih tenang dalam menerangkan segala hal kepada rakyat tanpa memburukkan pemimpin yang sedia ada,tidak mengkritik dan menuju kepada sesiapa.Nasihatlah dengan cara yang hikmah.Jaga aib orang di dunia,insyallah Allah akan jaga aib kita di akhirat.Terimalah nasihat dengan ikhlas.
Saya mencadangkan supaya lebih baik PAS bergerak sebagai satu parti tunggal daripada membentuk pakatan dengan DAP dan PKR.Berilah ceramah dengan hikmah.Berdamailah sesama ulama.Berbincanglah.Satukanlah umat Islam.Barulah akan nampak arah perjuangan PAS.
Saya tidak menyokong mana-mana sekarang kerana belum yakin dengan mana-mana parti yang ada.
Jadi,tolonglah yakinkan saya.
Biasalah tu..Dr Maza sendiri dalam tulisannya banyak menggunakan perkataan yang agak keras, menyindir dan memalukan pihak yang tidak betul pada pandangan beliau terutamanya pihak-pihak yang terlibat dalam mentadbir urusan agama. Jika beliau menggunakan pendekatan yang lebih lembut, perkataan yang lebih mungkin mesej yang hendak disampaikan akan lebih diterima.
Saya juga sependapat dgn tuan bahawa tidak wajar bagi Dr Maza membuat tuduhan secara pukul rata sahaja kepada pihak yang hendak dikritiknya termasuk PAS atau mana-mana institusi hanya kerana tindakan segelintir individu yang berada di dalam institusi terbabit.
tarbiyah PAS tak berlandaskan manhaj salafussoleh....tak kuat dalam dakwah kepada Akidah..yg ade cuma ajar 'anak buah' kepada politik... tu yg paling menonjol....
PAS kena berubah.. terutama di dalam usrah kampus..kena berubah...
Saya rasa Ustaz mampu untuk membawa perubahan tu..saya sedar, tapi tak mampu nak buat
Saudara-saudara ku.Mari kita tazkirah dan tawaduk dari Al_Quran mul Kareem ayat berikut 59. Al Hasyr: 10.
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."
salam, ustaz.
saya nak bagi pandangan sikit ustaz.
tajuk blog ustaz, elok dah tapi kalau boleh diperbetulkan ejaaan 'episode' kepada 'episod' lagi elok. bukankah prinsip kita menentang PPSMI dan memartabatkan bahasa melayu
Assalamualaikum,
Bagi ana sesuatu yang baik itu patut dicontohi, Terima Kasih kepada DRMaza atas teguran beliau, terima kasih jugak kepada Pemuda Pas yg sedia menerima teguran.
kepada Drmaza: ante ni penyokong mana, ante kena duduk dalam dunia yang nyata, kalau umno katakan umno, kalau Pas katakan Pas, kalau dua2 pun tidak, ante kena mengaku diri ante dok atas pagar je, senang cerita.
Ramai mengkritik ahli-ahli pas kat sini. Sbg ahli pas hampir 25 tahun di bawah kepimpinan ulama, kami pemuda terdahulu sering mengikuti usrah dan melazimi kuliah2 di bawah ustaz-ustaz pimpinan. Saya mengaku bukan semua ahli dapat tarbiah lantaran ahli-ahli pas itu ribuan dan latar belakang yang pelbagai. Dari berpendidikan tinggi hinggalah yg buta huruf, peringkat sarjana hingga kerja pemanjat nyior di kampung. Ada yang berhikmah dan tidak kurang pula yang ngalah harimau sarkas ketika berdepan lawan. Lawan pula pelbagai ragam ada yang jahil dan ada pula bergelar ustaz tetapi keyakinan terhadap kesyumulan Islam diragui. Dalam situasi ini, banyak menduga kesabaran dan ada yang terpaksa melontarkan kata-kata kasar untuk menempelak lawan. Mungkin kerana terpaksa atau belum cukup tarbiah. Tetapi mereka tetap sayangkan perjuangan untuk mendaulatkan Islam.Ada yang terbunuh dan tersiksa akibat asakan lawan. Inilah mehnah dan tribulasi yg ditanggung oleh ahli-ahli pas.
Saya berpendapat, kegarangan ahli pas atau penyokong pas bila berdepan pihak lawan ada sebab dan perlu. Kalau Syaidina Umar menggunakan pedangnya maka apalah kiranya ahli pas melepaskan senjata lidah untuk memukul lawan yang ganas. Kami hanya mampu menggunakan kata-kata sahaja. Mat Sabu pun bukan sejahat mana untuk memaki hamum lawan secara semborono sahaja tetapi dia ada fakta jelas. Itulah media yang boleh disampaikan kepada umum ketika kami tiada akhbar dan tv.
Lagi satu, kalau mufti bercakap seolah-olah tidak memahami isu-isu dan masalah politik semasa yang membahayakan ummah tentu kami yang menitis keringat di padang tidak sanggup bertolak ansur dgn penjawat yang berautoriti begini. Misalnya, mufti perak kata 'tinggalkan politik atas pagar masjid' itu tak kena caranya sebab politik atau siasah adalah cabang dalam kesyumulan Islam. Bgmana beliau bercakap begitu seolah-olah mufti dan golongan ulama luar dari Pas tidak belajar bab siasah dan kepentingannya dalam mentadbir negara? Bagaimana ustaz luar pas boleh berselimut sama dgn golongan yang nyata mengamal sekular, assobiah dan pragmatik? sampai bila golongan tidak islamik itu perlu disedarkan jika masih ada lebai-lebai menabur bunga sepanjang perjalanan para juhala'?
Di sinilah perlu kita menyediakan rotan dan roti. Fitnah bagai kepingan malam sebagaimana sabda Nabi saw telah datang. Ulama Pas jangan letih membimbing jamaah untuk meneruskan perjuangan. Kita sahaja yg tahu betapa berat bahu memikul dan pedulikan salakan sepanjang perjalanan.
Salam. Saya tak faham. Org PAS yg berjuang atas dasar Islam selalu saja x betul,x beradap, pecah belah Melayu, semua tak baik. Org UMNO yg jelas2 makan rasuah, songlap duit, entah apa lagi, buat apa pun OK. Nak bersatu pun kena ala UMNO. Macam PAS ni tak tahu apa. Klau blajar agama tu tak brapa cerdikla
Pelik sungguh org Melayu. Setgh tu mcm x yakin dgn agama sendiri. Kesian kat kita.
Demokrasi -kuasa ditangan rakyat! Ini yang orang-orang Islam dalam PAS ikut? Kuasa ditangan Allah! Siap kata kuasa ditangan rakyat, SYIRIQ!
Post a Comment