HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, August 31, 2009

Perarakan Kepala Lembu

1. Saya tidak ralat dengan perarakan dan perhimpunan yang diadakan secara aman . Kalau salah pun , hanyalah menurut kacamata PDRM . Tapi peliknya , perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Shah Alam baru - baru ini tidak pula dihalang oleh polis .

[ Mungkin kerana mereka membawa kepala lembu membuatkan polis kehilangan idea untuk bertindak :( ]

2. Salah dan benarnya sesuatu tindakan banyak bergantung kepada tujuan dan matlamat tindakan itu diambil . Justeru itu , penting dilihat kepada kenapa perarakan atau perhimpunan itu dilakukan ?

3. Perlu jua dilihat kepada kewajaran dan kesesuaian sebagai faktor sokongan untuk menilai salah dan benarnya tindakan . Tindakan semborono yang hanya didorong oleh emosi atau provokasi pihak tertentu adalah satu contoh tindakan yang tidak memiliki kewajaran untuk dilaksanakan .

4. Setelah saya melihat isu berbangkit dan menilainya , saya berpendapat bahawa isu perpindahan kuil di Shah Alam ini masih boleh dirunding dan dibawa berbincang dengan tenang dan semangat harmoni sesama anggota masyarakat yang sememangnya berbilang kaum tanpa perlu mencetuskan ketegangan kaum .

5. Pihak kerajaan negeri Selangor hanya perlu kemukakan asas kewajaran kuil itu dibina atau dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam sementara penduduk mestilah menilai terlebih dahulu kewajaran itu dengan rasional sebelum bantahan atau perarakan seperti itu dilakukan .

6. Pembinaan kuil atau mana - mana rumah ibadah yang diperlukan penganut agama masing - masing di dalam negara ummat Islam tidak lah salah menurut pandangan Islam asal sahaja ia tidak menganggu hak orang ramai atau ketenteraman awam dan tidak pula keterlaluan iaitu melebihi keperluan dan kapisiti penganut agama tersebut .

7. Islam menghormati hak mereka beragama dan memiliki rumah ibadah , maka saya melihat isu yang sedang berlaku di Selangor hari ini adalah soal teknikal yang mesti ditangani dengan cermat dan bijak . Semua pihak mesti tenang dan lapang . Jangan terpengaruh dengan sebarang provokasi kaum yang hanya mahu mencetuskan ketegangan dan mereka kelak akan menangguk di air keroh .

8. Perarakan dan perhimpunan aman adalah satu bentuk bantahan setelah jalan rundingan buntu sedang perkara tersebut mempunyai alasan yang kukuh untuk dibantah seperti ianya bertentangan secara qatei dengan nas syara' seperti akta tangkap orang tanpa bicara ISA .

9. Sekali lagi saya tegaskan bahawa Islam tidak bermusuh dengan sesiapa semata - mata kerana agamanya berbeza dengan Islam . Islam hanya akan bangkit menentang dan menyerang bersama saff pejuang - pejuangnya apabila Islam dihina dan diperlekeh sebagaimana Islam sangat menghormati siapa jua yang menghormati dan memelihara kesucian Islam .

10. Jangan cemari kesucian agama Islam dan mendorong orang salah faham terhadap dasar dan prinsip agama dengan tindakan yang menyalahi kehendak agama Islam itu sendiri . Saya pesan perkara ini samaada kepada pihak yang mengadakan perarakan mahupun pihak kerajaan .

6 comments:

loyarberjurus said...

Salam perjuangan ustaz,

Perarakan kepala lembu tersebut jelas mencemarkan nama baik Islam, bangsa Melayu dan bulam Ramadhan. Sebagai pengamal undang2, saya menyokong demonstrasi yang aman kerana menyatakan sikap adalah sesuatu yang sihat dalam demokrasi asalkan matlamatnya aman dan caranya juga aman. Satu perkara lagi ustaz adalah kelembapan pihak polis bertindak dan memberikan alasan separuh masak spt tiada laporan utk bertindak, perlu wrap up siasatan dulu dan tidak boleh menangkap orang sesuka hati adalah jelas satu double standard dan sikap yang selektif.

Anonymous said...

Kemerdekaan Hakiki Dengan Ibadah Ramadhan

Ramadhan bulan yang sangat dinanti-nanti oleh kaum Muslimin seluruh dunia, kerana dibulan inilah biasanya terjadinya revolusi mental. Revolusi yang mampu merubah hal-hal yang lazimnya dilakukan dalam kehidupan seharian umat manusia. Bulan ini perubahan setiap Muslim tidak dalam hitungan hari mahupun bulan apalagi tahun, tetapi hanya dalam hitungan detik. Ketika sang fajar 1 Ramadhan menyingsing, dengan serta merta kaum Muslimin mengubah prilakunya.

Tentu saja perubahan ini tidak terjadi pada semua orang, juga tidak terjadi pada semua Muslim. Perubahan ini hanya terjadi pada seorang Mukmin. Orang yang dalam dirinya terpatri keyakinan akan kebenaran Al Islam, kemudian menyatakannya dengan lisan, dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Manakala tiga hal itu hanya ada salah satunya atau hanya ada dua saja, maka orang tersebut tidak akan mampu mengikuti proses revolusi ini.

Ramadhan tahun ini kita tempuhi dalam keadaan yang sangat suram. Fitnah yang sedemikian hebatnya mendera umat Islam pasca bom JW Mariott dan Ritz Carlton. Umat Islam yang sedang cuba memperbaiki keIslamannya saat ini berada pada keadaan dilema kerana hendak mengamalkan ajaran Islam dengan konsisten, termasuk dalam prestasinya sebagai seorang Muslim, maka jutaan pandangan mata akan melihatnya sebagai seorang pengganas. Kaum Muslimah yang memakai cadar pada wajahnya, dipandang sebagai isteri seorang pengganas. Lelaki Muslim yang memakai serban, berjanggut, dan berdahi hitam, akan dipandang sebagai fanatik yang harus diwaspadai. Seorang remaja yang aktif di masjid dan rajin mengaji akan dicurigai sebagai perancang yang akan melakukan bom berani mati seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Dani yang telah meledakkan dirinya di JW Marriott.

Bulan Ramadhan tahun ini jatuh pada bulan Ogos, bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Merdeka yang sayangnya ditafsir ditafsir oleh sesetengah individu sebagai kebebasan berhibur dengan berbagai muzik dan pesta. Merdeka dengan makna kebebasan membuat fitnah terhadap sekelompok masyarakat. Merdeka para pemimpin untuk membohongi rakyat. Merdeka para artis untuk mempertontonkan auratnya.

Namun pada saat yang sama, negara ini belum merdeka untuk melepaskan dirinya daripada jerat hutang yang makin kuat melilit leher. Belum merdeka dari keinginan "tuan besar" asing yang menguasai sumber-sumber kekayaan negara ini. Terongkong oleh syahwat liberalisasi dalam segala bidang kehidupan, termasuk agama. Terjebak pada kubangan globalisasi, pasar bebas, nasionalisme, modernisme, dan sekularisme.

Beribadah di bulan Ramadhan dan atau bulan kemerdekaan ini seharusnya menjadikan diri kita berubah secara revolusioner kearah kemerdekaan yang hakiki, iaitu dengan melepaskan diri dari segala jeratan, jebakan, kongkongan, ikatan, dan kekuasaan nafsu syaitaniyah dengan menundukkan diri hanya kepada ikatan dan kekuasaan Allah Rabbul'aalamiin. Allah yang menciptakan nilai-nilai Islam yang universal, pembimbing kehidupan umat manusia untuk meraih kebahagiaan dan kesejahteraan yang hakiki.

Selamat menunaikan ibadah Ramadhan 1430 H. Semoga Allah memberi kekuatan kepada ummat Islam untuk muncul sebagai seorang yang memiliki 'izzah - kewibawaan diri, tidak selalu menjadi bahan permainan orang lain.

http://paspenang.blogspot.com/

Anonymous said...

Syabas, Perjuangan PAS Menjadi Kebanggaan di Indonesia

Sebuah laman web berita di Indonesia sekali lagi memaparkan berita mengenai perjuangan parti PAS di Malaysia. Mereka amat berbangga dengan parti PAS yang menentang sekeras-kerasnya konsert-konsert yang mendatangkan maksiat dan kemungkaran di Malaysia ini.

Mereka juga berharap agar parti-parti Islam di Indonesia (yang lebih banyak dari Malaysia) juga mengambil langkah yang sama di sana.

Laman web Muslimdaily.net ini menyiarkan berita tentang Islam di seluruh dunia yang kebanyakannya berfokus kepada gerakan perjuangan Islam dan pernah juga beberapa kali sebelum ini menyiarkan artikel mengenai parti PAS.

Baca keseluruhan artikel tersebut...(Dalam bahasa Indonesia)


Muslim Malaysia Tak Boleh Nonton Konser Musik!!!

Kuala Lumpur - Muslim Malaysia telah dilarang secara resmi mendatangi sebuah konser musik yang akan dibawakan grup hip hop Amerika bernama Black Eyed Peas. Konser tersebut disponsori oleh Guinness yang di Indonesia dikenal sebagai merek Bir (khamr), Guinness adalah perusahaan minuman keras terbesar yang dimiliki oleh group Diageo.

Langkah ini dilakukan setelah pengadilan Islam Malaysia memvonis seorang perempuan Muslim 32 tahun dengan hukuman cambuk, setelah wanita tersebut kedapatan sedang menenggak bir di sebuah hotel. Partai oposisi Muslim negeri itu kemudian melakukan langkah untuk menentang penjualan bir di negeri yang akhir-akhir ini kerap bersinggungan dengan Indonesia.

Konser musik ini akan dilangsungkan dalam rangka perayaan perusahaan Guinness tersebut yang ke 250 tahun. Dalam website miliknya di laman www.arthursday.com.my tertulis "apakah kamu non-Muslim berumur 18 tahun keatas?" dan jika jawabannya TIDAK, maka anda tidak diperbolehkan masuk.

Muslim di Malaysia terhitung sebesar 55 persen dari jumlah penduduk 27 juta di negeri yang terletak di Asia Tenggara ini dan disini, Muslim dilarang secara resmi mengkonsumsi alkohol walaupun peraturan mengenai itu sudah mendapatkan cemoohan, terutama di kota-kota besar seperti ibukota Kuala Lumpur (KL).

Guinness Malaysia yang melakukan penjualan bersama produk-produknya yang lain pada tahun 2008 mendapat keuntungan 1,2 Milyar ringgit Malaysia atau setara dengan 340,5 juta dolar.

Walaupun jika konser musik diadakan di Malaysia dan tanpa embel-embel alkohol, konser musik tersebut akan mendapatkan pengawasan ketat. Awal pekan ini, PAS atau Partai Islam se-Malaysia menginginkan grup band asal Denmark Michael Learn to Rock dilarang manggung di Malaysia karena konser seperti ini dapat menyebabkan ketidak moralan.

Sejak 2007, PAS partai kedua terbesar di Malaysia ini melalui anggota-anggotanya sudah mengakampanyekan panolakan keras terhadap konser-konser musik seperti Beyonce, Rihanna, Gwen Stefani dan Avril Lavigne.

Negeri yang akhir-akhir ini kerap bersitegang dengan Indonesia, ya paling tidak Indonesia yang merasa tegang, berani menentang konser-konser tak Islami, walaupun Malaysia juga bukan negara Islam. Bagaimana dengan Indonesia yang mayoritas penduduknya Muslim, dan juga katanya mempunyai partai Islam besar? Beranikah Indonesia melakukan pelarangan atau penentangan-penentangan konser musik tak berguna tersebut?

http://muslimdaily.net/

Anonymous said...

Ustaz,

Pada muktamar PAS yg lalu, saya melihat ustaz sbgi tokoh muda yg ikhlas memperjuangkan Islam mengatasi asobiyah politik.

Namun dari hari ke sehari, saya melihat ustaz lebih mementingkan PAS dan politik mengatasi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Asobiyah - tetap mempertahankan kaum (parti) sendiri w/pun nyata salahnya.

Dalam kes kepala lembu ni, mengapa pemimpin politik Melayu dan bukan Melayu dalam PR, MCA dan MIC memutar-belit isu kepada menghina agama Hindu. Sedangkan mesejnya jelas - MB dan YB PKR/PAS diibaratkan BODOH SPT LEMBU. Juga ibarat LEMBU dicucuk HIDUNG oleh pihak-pihak tertentu sehingga banyak keputusan yg diambil telah mengguris hati orang Melayu-Islam. Itu sahaja!

Yang orang Hindu nak terasa apasal pulak? Lainlah demo ni dibuat di depan kuil mereka.

Ingat, saya bukan UMNO. Dua kali saya mengundi DAP kerana kawasan saya MCA lwn DAP (Exco negeri skrg ini). Next tak pasti lagi, may be beralih kpd BN.

Muhasabah la ustaz.

Aku said...

salam,

http://www.kennysia.com/archives/2009/08/michael-learns.php

cuba tengok apa saudara2 sebantal awak komen tentang pas youth yg membantah concert MLTR..celupar yg bukan bukan..

si penulis siap buat joke mengatakan gotong royong dengan lagu PAINT MY MOSQUE atas tajuk asal MLTR ialah PAINT MY LOVE.

sarcasm yg melampau kerana perli agama Islam . mosque is sacred place of umat Islam.

bnyak lagi komen2 gila dari puak ni.tolong berdiri dengan teguh dan suarakan ketidakpuasan awak dan geng dalam isu ni terhadap orang2 racist ni boleh tak?jangan asyik seronok hentam UMNO saja tapi apa apa yg penyokong DAP ni buat , buat buat tak nampak..walaupun awak dan pemuda awak ialah PAS,dan saya bukan PAS, sebagai orang Islam saya marah dan tak suka dengan apa orang racist dan chauvanist ni cakap kat awak dan pengikut awak.

cubit peha kanan peha kiri terasa.

jadilah sekurang2nya seperti sheikh abdullah fahim.walaupun berada di dalam UMNO, namun tetap dia mengharamkan orang islam mengundi orang bukan Islam.semuanya kerana beliau teguh dan ikhlas memperjuangkan kesatuan ummat islam dan agamanya..bukan tukar macam sesumpah demi kuasa dan undi.

cuba tengok komen ni:



Before you ask ppl to respect your religion, why not ask your religion to respect us first?

""Why is Michael Learns to Rock holding a concert here got anything to do with your Ramadan? You want fast, then fast all you want la. You have your right to fast. ANd I have my right to watch my concert.""


inilah akibatnya jikalau org2 melayu berpecah..bercakaran antara satu sama lain..egoist.. tak bertolak ansur antara satu sama lain..



""Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.""

""Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.""

-SHEIKH ABDULLAH FAHIM

benarlah kata2 ulama yg ikhlas dalam perjuangan mereka..

Unknown said...

Terima kasih atas penjelasan ustaz. Saya juga minta jasa baik ustaz menyuarakan dengan garang kesukaran rakyat membeli gula sejak sebulan lalu. Semua orang membisu. Kenapa?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive