HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, September 8, 2009

Rundingan didendang Lagi

1. Saya tidak hairan apabila Datuk Seri Najib Abd Razak sekali lagi mendendangkan lagu klasiknya yang berjudul "rundingan" . Entah kenapa Najib atau UMNO dan BN minat sungguh dengan rundingan mutaakhir ini .

2. Masa orang nak berunding dengan mereka dulu , mereka kelihatan acuh tak acuh dan enggan berbuat demikian . Apabila orang melihat tiada kesungguhan dan keikhlasan bagi UMNO dan BN , barulah mereka bercakap soal rundingan .

3. Saya melihat beberapa perkara berkait isu rundingan yang lapuk ini . Biarpun lapuk ia kelihatan sangat relevan buat siapa sahaja untuk mencari kebenaran , kebaikan dan kesejahteraan .

4. Pertama : Berunding atau berbincang adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam asal sahaja ia bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah swt atau dalam keadaan yang lain ialah untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran . Sebagaimana perbincangan juga adalah sangat digalakkan bagi mencari damai dan sejahtera dalam hidup kita bermasyarakat . Cari kata sepakat dan menghindarkan khilaf yang membawa retak dan belah kepada ummat ini .

و إن طائفتان من المؤمنين اقتتلون فأصلحوا بينهما فإن بغت احداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغى حتى تفئ إلى أمر الله

Jika dua golongan dari kalangan orang yang beriman saling berperang antara satu sama lain maka damaikanlah antara keduanya maka jika salah satu dari dua golongan itu enggan untuk berdamai dengan satu golongan yang lain , maka perangilah mereka hingga mereka kembali berlindung atau tunduk kepada keputusan Allah swt .

al Hujurat

5. Kedua : Namun perundingan atau perbincangan untuk mengukuhkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh UMNO dan BN atau menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kebathilan adalah perundingan atau perbincangan yang wajib ditolak .

6. Ketiga : Saya perhatikan lagu rundingan ini kembali berkumandang apabila menghampiri pilihanraya dan kali ini pilihanraya kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan . Seperti ianya menjadi umpan untuk memancing undi dengan menunjuk sikap suka buat baik dan gemar kepada perdamaian . Lepas pilihanraya kelak , lagu rundingan ini akan terus lenyap terutama jika mereka mencapai kemenangan .

7. Keempat : Rundingan akan dimelodikan apabila terdesak . Memerlukan sokongan pelbagai kaum agar turun mengundi mereka dalam pilihanraya kelak , setelah mereka dipalit politik perkauman yang sangat jijik . Rundingan ini bukan sahaja tidak ikhlas tetapi jelas tidak akan berjaya lantaran rakyat kini rata - ratanya sudah bijak menilai umpan politik .

8. Kelima : PAS sebagai sebuah Gerakan Islam senantiasa bersikap terbuka . Siapa jua yang mahu berunding , berbincang , berdialog dan berhujjah dengannya , sangat dialu - alukan asal sahaja ia membawa pulangan yang lumayan dan bermanafaat buat Islam dan ummatnya termasuklah negara dan rakyat .

9. Datuk Najib mengajak PAS untuk berunding atau berbincang kononnya untuk memastikan masa depan ummat Islam terus utuh dan hebat . Lihat kepada tujuannya , aduss sungguh manis kata - kata itu , tetapi malangnya ia dilafazkan oleh seorang yang sukar dipercayai kenyataannya . Kata orang tua , orang seperti ini samalah seperti menanam tebu dibibir mulut . Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya .

10. Namun begitu , masa belumlah terlambat bagi menunjukkan UMNO dan BN benar - benar ikhlas dan jujur dengan rundingan atau perbincangan ini malah kembali meraih sokongan atau kepercayaan masyarakat . Mudah sahaja sebenarnya , terpulang kepada UMNO dan BN , nak ke tak nak ? ... ialah ... , kalau dah mahu berunding dan berbincang , janganlah lagi sakiti PAS , dera PAS , tohmah PAS macam - macam dan banyak lagi lah . Seperti saya sebut dulu UMNO dan BN mestilah membuang segala unsur yang mencetus sengketa dan perbalahan antara PAS dan UMNO barulah wujud suasana kondusif untuk perbincangan . Jika tidak UMNO dan BN jangan harap lah !

a. Kembalikan kerajaan Negeri Perak , baru kemas kita nak berunding !
b. Kembalikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu dan Kelantan .
c. Hapuskan undi pos. Biar rakyat mengundi secara saksama untuk menentu pemimpin .
d. Hentikan tekanan dan deraan ke atas negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat .
e. Isytiharkan pilihanraya kecil di DUN Seputeh Kedah mengikut perlembagaan negeri .
f. Pulihkan institusi seperti SPRM , PDRM dan lainnya agar tidak dilihat menjadi alat UMNO
g. Banyakkan kawasan pilihanraya bagi kawasan majoriti muslim melalui persempadanan semula yang adil dan saksama .

Mudahkan ? guano Najib ? lepas tu , barulah kita berunding . Bolehlah nak berunding ggapo pun ?

10 comments:

Pemuda PAS Kijal said...

Salam...

bereh boh...bagai dikata.

Pemuda PAS Kijal said...

Salam...

Bereh boh...kemas-kemas

Anonymous said...

Ustaz,

Pelawaan UMNO kali ini adalah untuk mengajak PAS sama-sama pikul beban dari bahana demo kepala lembu dan acaramemaki hamun dan carut mencarut di bulan ramadhan dalam majlis dialog di dean bankuet MBSA tempohari je.

PAS jangan jadi bodoh. Takkan tak tahu ini adalah perangkap yang sengaja dipasang bukan dari hasrat yang ikhlas. Tak diberitahupun hujah 1 diatas puak UMNO dah pun tahu dan paham.Mereka bukannya jahil dan bodoh. Begitu juga dengan kebanyakan orang islam yang lain.

Sikap PAS sepatutunya sebagaimana yang dijawab oleh TGNA. Pendek tetapi bernas dan tegas. UMNO bukannya bukan Islam yang tak reti soal ugama.

Ini tidak pasal-pasal mengundang satu lagi masaalah kepada PAS yang tidak sepatutnya timbul kerana ada orang-orang yang sengaja tak reti baca isyarat uMNO.

bat8

sketsa sebuah perjuangan said...

Saya mungkin sudh sedari dari awal kalau ada golongan2 baik dalam pas ataupun dr PR sendiri yg menentang pendirian ustaz berhubung isu rundingan ini yg sememangnya berbeda di dalam memberi 'respon awal' berbanding dgn 'respon' yg telah diberi oleh para pimpinan yg lain.

Ya, di dalam PAS sememangnya begitulah. Perbezaan pendapat selalunya timbul. Tetapi kita semua haruslah ketahui bhw, setiap apa jua kata yg dilafazkan itu, baik dr tok guru, baik dr hj mahfuz, dan baik dr ustaz sendiri pun adalah semata - mata untuk menjaga kepentingan Islam itu sendiri agr segera dimartabatkan. Tidak ada tujuan lain yg lebih mulia selain drp itu.

Adapun ramai yg tidak bersetuju dan menghentam ustaz yg bukan2, saya ambil kira mudah. Saya berpegang shj dengan kata2 ustaz yg mengatakan bhw (saya rujuk blog mso) "Benarlah saya masih muda dalam politik dan saya perlu tunjuk ajar"

Semoga ustaz di beri kekuatan drp ALlah swt dalam mengharungi badai perjuangan yg serba mencabar ini. InsyaALlah.

Yanaam said...

Sudah tukar lirik ke ?

Dulu, liriknya "Demi perpaduan Melayu".
Sekarang dah jadi, "Demi Islam".

Anonymous said...

Guane baru berbunyi ni ustaz...cerite kapla lombu kuil ambo tengok ramai yg sonyap jo..ni amno bkokok ajak runding/perpaduan/tah apa2 tah cepat je plak response (setengah2 puak le).tak kuasa nak melayan amno kalihamput ni.buang karan dan dapat dosa je..tui tak?tahu tak pe...kahak ptuihh utk amno busuk.sekian.wassalam

Anonymous said...

Saja, nak jadikan isu penolakan PAS dalam PRK Bagan Pinang nanti.

Anonymous said...

Ustaz, ayat ustaz tadi adalah dua golongan yg beriman. UMNO bukan golongan yang beriman. Tak dgr ckp cakap pusing pusing. Perang jer mereka ni

nur said...

Ana rasa baik point ditambah dengan memerintah Malaysia berlandaskan dengan Al Quran dan As Sunnah..

bigwinner said...

salam ustaz,

tambah lagi satu syarat iaitu kebebasan media untuk pembangkang. harakah boleh diterbitkan setiap hari dan diedarkan keseluruh malaysia tanpa sekatan. pembangkang diberikan hak untuk meuwujudkan siaran radio dan tv sendiri.

terima kasih

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive