Pilihanraya Kecil Terlampau .. siri 2
KESELAMATAN
TIDAK TERKAWAL
TIADA MARTEK POLIS
1. Saya telah mengunjungi Ketua Polis Port Dickson dipejabatnya bagi membuat aduan berhubung beberapa siri keganasan yang mencederakan petugas - petugas PAS dan provokasi yang melampau sepanjang tempoh kempen di Bagan Pinang .
2. Saya mencadangkan supaya PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan dan menambah anggota dengan kadar yang munasabah bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini tidak berlaku .
3. Saya menunjukkan 3 laporan polis oleh mangsa [ petugas PAS ] keganasan kepada Ketua Polis Port Dickson agar pihak PDRM segera mengambil langkah mengawal keselamatan petugas parti dan mengahalang sebarang provokasi .
a ] No. report : 4498/09 Abu Said Elias [ ic no : 851104145913 ] bersama rakan , Mohamad Azwan , Mohd Aafiiffuddin dan Ahmad Izzudin yang telah dipukul di hadapan Markaz Pemuda PAS - alamat PT 2321 A Kampung Bagan Pinang - pada 8 hb Oktober jam 2.30 am
b ] No. Report 4508 Baharuddin bin Abu Kassim [ ic no : 651018065013 ] . di pukul pada tempat , tarikh dan masa yang sama .
c ] No. Report 4489/09 : Mohd Sahid a Mohamad [ ic no : 820621055199 ] , dipukul pada 7 hb 10 jam 2.30 petang di padang awam Taman Dato' Abdul Samad PD . Cedera di mata kiri , bengkak di kepala dan sakit belakang badan , perut dan paha kanan . Mendapat rawtan di hospital Port Dickson .
4. Malangnya tiada tindakan yang berkesan dan anggota keselamatan tidak ditambah melainkan hanya kelihatan beberapa orang polis trafik yang mengawal lalu lintas . Tiada MARTEK polis di simpang - simpang jalan utama sebagaimana Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Permatang Pasir dan Manek Urai .
5. Ketiadaan kawalan keselamatan oleh PDRM inilah memungkinkan provokasi melampau dicetus lalu berakhir dengan insiden pergaduhan yang sepatutnya tidak berlaku . Sebelumnya saya difahamkan satu kenyataan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Megat Firdaus [ sebagaimana yang tersiar di media - Sinar Harian ] bahawa mereka akan membawa 4000 anggota mereka yang telah dilatih ala - komando ke Bagan Pinang bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN .
6. Saya adukan perkara ini kepada Ketua Polis Port Dickson secara lisan di pejabatnya kerana khuatir ia menjadi pencetus kepada aksi - aksi ganas yang mengganggu keharmonian pilihanraya . Juga tiada sebarang tindakan jauh sekali memanggil Megat Firdaus untuk diambil keterangan .
7. Ketua Putera UMNO Abdul Azeez Abd Rahim berjaya dalam lakonannya yang mendakwa bahawa beliau dipukul oleh petugas PAS sedang rakaman menunjuk beliau berjalan selesa menuju ke pusat penamaan calon dan bertemu dengan kami para pimpinan PAS di dalam kawasan pusat penamaan calon . Beliau ketika sangat ceria dan kemas segak , langsung tiada kesan dipukul . Beliau hanya mengadu sakit apabila pulang ke rumah . Lakonan ini mencetus kemarahan ahli - ahli UMNO dan membangkitkan dendam terhadap petugas PAS yang dituduh telah memukul Abd Azeez .
8. Sepanjang tempoh kempen saya menyaksikan berlakunya provokasi yang sangat keterlaluan . Anak - anak muda bermotor dengan lilitan merah ditangan sering mencetus provokasi tersebut . Lantaran tiada kawalan keselamatan , provokasi ini berlangsung hingga ke hari pembuangan undi . Provokasi keterlaluan ini akhirnya mencetuskan pergaduhan dikalangan jentera parti kedua - dua pihak sekaligus mencemarkan pilihanraya .
9. Satu pergaduhan besar berlaku di hadapan Sekolah Si Rusa . Saya bergegas ke situ dari Markaz Induk untuk meleraikan pergaduhan dan mententeramkan ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi . Sebaik sahaja keadaan dapat dikawal [ beberapa orang mengalami kecederaan dan sebuah kereta petugas PAS mengalami kerosakan kerana dipukul ] , saya segera bertemu Ketua Polis Negeri [ Othman Salleh ] yang secara kebetulan juga tersangkut di situ dalam perjalanan pulang ke balai . Saya sekali lagi mempersoalkan kenapa polis tidak mengambil langkah berkesan dengan menambah bilangan anggota keselamatan dan membuat kawalan rapi di sepanjang tempoh kempen . Beliau menjawab " You jangan persoalkan kerja saya ! "
10. Sebelah malamnya pula satu pergaduhan besar berlaku di Markaz PAS Terengganu berhampiran PD Marina Resort Telok Kemang . Sekali lagi saya berkejar ke situ untuk meredakan ahli PAS agar bersurai dan kembali masuk ke markas dan tidak terpengaruh dengan provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab ini . Alhamdulillah sejurus saya tiba , ketegangan berjaya diredakan dan kemudiannya FRU tiba untuk memastikan ratusan anak muda bermotor tidak menyerang markaz PAS Terengganu .
11. Saya sendiri menjadi hairan , kenapa pilihanraya Bagan Pinang kali ini penuh dengan adegan provokasi dan pergaduhan . Seperti ia benar - benar dirancang . Bermula dengan ketiadaan kawalan keselamatan polis [ MARTEK - seperti di Kuala Terengganu , Permatang Pasir dan Permatang Pauh ] , di tambah kenyataan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO yang dilaporkan oleh media mahu membawa 4000 ahli terlatih ala - komando dan aksi - aksi ganas serta provokasi sepanjang tempoh kempen .
12 . Menyaksikan tenaga parti tidak mencukupi dan keselamatan petugas parti sepenuh masa yang berkampung di Bagan Pinang sangat terancam dengan insiden provokasi dan pergaduhan yang berlaku , ditambah pula Markaz Pemuda diserang oleh ratusan orang yang tidak dikenali sedang petugas pemuda yang dijadualkan bertugas di markaz Pemuda pada waktu itu hanyalah sekitar 25 orang .
13. Kebanyakan pemuda yang turun ke Bagan Pinang adalah melalui negeri dan mereka diagih bertugas di UPU - UPU mengikut agihan negeri masing - masing . [ Sekitar 70 % petugas di UPU - UPU tersebut adalah dari kalangan pemuda . Markaz Induk Pemuda tersebut hanya menjadi tempat mesyuarat dan penyelarasan aktiviti Urusan Pengundi Muda . ] Sedang perayu - perayu undi khasnya dikalangan Muslimat memerlukan kawalan keselamatan dari pemuda . Markaz Dewan Ulama' juga diganggu dan mereka memerlukan petugas pemuda untuk membuat kawalan , sementara Unit Amal telah ditempatkan untuk mengawal perjalanan undi pos .
14. Lalu saya mengambil langkah segera mengerahkan seluruh pemuda PAS dari seluruh negara yang belum turun ke Bagan Pinang untuk segera turun kerana keadaan sangat memerlukan mereka . Mereka usah lagi ragu mengenai tahap keperluan mereka turun ke Bagan Pinang , mereka juga tidak perlu teragak - agak jika terpaksa mengorbankan wang ringgit dan tenaga mereka , dengan itu saya bersumpah DEMI ALLAH , di atas nama Jihad Fisabilillah , saya arahkan mereka turun ke bagan Pinang untuk memastikan keselamatan pimpinan , petugas dan bilik gerakan parti lantaran keadaan kian kritikal dengan berlakunya provokasi yang berterusan .
15. Pemuda dikerah setelah saya lihat pada waktu itu yang ramai hanya pelancong politik . Datang ke Bagan Pinang hanya untuk meraikan suasana sambil membeli belah di gerai - gerai dan mendengar ceramah . Mereka bukan petugas yang mendaftarkan diri untuk sedia digalas beban gerakkerja .
16. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya telah meletakkan Jihad sebagai jalan perjuangannya . Dermanya jihad , berjaga malamnya jihad , tampal posternya jihad malah segala - galanya jihad selama mana ianya dilakukan untuk mendaulatkan syariat Allah swt . Saya tegaskan demikian supaya pemuda rasa apa yang mereka lakukan itu adalah ibadah yang bakal diganjarkan pahala .
17. Lucunya UMNO berasa terancam dengan sms jihad yang saya hantar hanya kepada EXCO DPPP dan Ketua - Ketua DPP Negeri supaya mereka mengerah seluruh pemuda turun bertugas di Bagan Pinang . Timbalan Perdana Menteri menyebut sms jihad itu untuk menimbulkan kekacauan . Alangkah jahilnya beliau mengenai jihad . Terlalu banyak ayat jihad di dalam al Quran , apakah Al Quran pencetus kekacauan ? waliyazubillah . Saya berlindung dengan Allah dari bahana kejahilan seperti ini .
18. Pemuda UMNO pula mahu hadapkan saya dengan akta hasutan dan mengutuk saya dalam perhimpunan agong mereka . Tetapi mereka tidak bersuara terhadap kenyataan penolong setiausaha pergerakan mereka . Saya nak beritahu kepada pemuda UMNO , bahawa Jihad adalah jalan kami dan mati syahid adalah setinggi - tinggi cita - cita kami .
19. Saya bimbang trend provokasi dan pergaduhan yang telah membawa kemenangan besar kepada UMNO dan BN akan diteruskan dalam pilihanraya akan datang . Jika ia berlaku , hancurlah demokrasi dan musnahlah peradaban serta tamadun negara ini .
20. Sungguh inilah pilihan raya terburuk yang pernah saya sertai .
13 comments:
Semoga Allah SWT mencampakkan rasa keberanian ke dlm hati pejuang2 Islam dan mencampakkan perasaan kegerunan ke dlm hati2 kaum munafik..
Amin Ya Allah..
setakat berundur je ape ke he ye ustaz ...try la jadi semangat nak jihad sikit..bak kate penarik beca kena ada unsur gerun dlm diri pemuda umno tgk pemuda pas..bukan setakat ketuanya ckp nahnu jundullah ..walakin ...fi ismi faqat..baik tak yah!
tak lwn pun kn balun baik lwn..tk lwn pun kalah teruk baik membalas..keep those rubbish diplomatic cause away bila kita kena srg..pemuda pas mesti dihormati..ust kn krgkan berucap berapi2 tp lari bila disrg..ambil ibrah dr pimpinan pemuda sblm ni..nk jadi jundullah biar mcm hizbullah..ape yg depa ckp depa kota..tu bru dpt prtlgn allah!
assalammualaikom...
anak sapa la duk tonggek macam tu?
mak ayah mungkin tak tahu...
tengoklah aksi anak kesayangan anda....
Assalamualaikum.
PRK di Bagan Pinang ini ustaz, adalah bara api. Berawaslah. Pada pandangan saya mungkin bila tiba tiupan angin, akan menyala dan membakar.
Jihad fi sabilillah...
Salah satu sunnah Rasulullah ialah Badar.
Bersedialah wahai seluruh umat yang masih ada walau secebis iman di hati.Badar adalah permulaan kemenangan kepada Islam, sebagaimana ditempuhi oleh Rasulullah saw dan para Sahabat rh. Pilihanraya bagi saya adalah proses ke arahnya...dan dapat membezakan siapa yang masih ada benih iman di hati. Yang menentang ikrar untuk menegakkan sistem al Quran dan Sunnah Rasulullah saw, terbatallah syahadahnya kerana mempertahankan sistem Yahudi yang berkuasa di seluruh dunia...
Wassalamualaikum.
salam ... ini baru namanya "Perpaduan" PAS dan UMNO .. ini adalah pertunjuk dr Allah S.W.T kepada sesetengah peminpin PAS yg sudah lupa dengan perjuangan tapi sibuk dengan "Perpaduan" yg menguntungkan sesetengah pemimpin tertinggi PAS. apa sudah jadi dengan PAS sekarang nie .. duk kena main dengan UMNO je bukan dengan DAP atau memang x pandai berpolitik. Ikut la nasihat TGNA !!!
satu soalan untuk ustaz :
kalau kita mati bergaduh dgn ahli UMNO.... kita mati syahid ke?
memang pun ko salah.. ko ingat semua org faham ke maksud jihad.. pada kebanyakan org jihad itu maksudnya pergi ke medan perang.. ini org2 yg x berapa nak faham dan masih jahil dlm ilmu.. jgn cakap la semua yg ada dlm pas tu pandai2 agama .. ada yg x tau apa apa pun masuk pas.. so bayangkan la kalau interpretasi jihad untuk org org pas mcm ni maksudnya perang.. itu yg akan berlaku kontroversi..bukan x pernah tengok pun,,walaupun aku ni atas pagar dan hanya memerhati .dah berpuluh tahun aku perhati pas ni..masa ko tadak pun aku dah perati pas dah..tapi aku banyak terserempak ngan pas tegar dan x tahu apa apa yg selalu cakap pasal jihad dgn nak perang ngan org umno saja.. kalau boleh nak tetak org umno..sampai bertumbuk pun ada.. sapa yg mula aku tengok? orang pas yg panas baran dan syok sendiri kononnya merekalah pejuang sejati islam....ko ni nak jadi pemimpin tapi bertindak ikut nafsu dan hati dendam.. rasulullah pasti menangis tengok org mcm ko yg gila berebut nak jadi pemimpin islam konon tapi memalukan islam saja..bawak bawak insaflah.. nak jadi pemimpin ni kena bersikap humble hatta terhadap musuh pun..lagi satu tak dak alim ulama yg besar lagi mashur dulu2 aku tengok gila nak jadi pemimpin..kalau boleh mereka lari dan elak dari berjawatan..tapi aku tengok ko ni ghairah nak tunjuk gah ja..patut la dari dulu org UMNO bencikan pas.. hidayah tu memang la dari Allah tapi kekadang ni orang sekeliling yg buatkan org lagi lari dari islam.. orang2 mcm ko ni la..ahli agama yg gila pangkat dan menjadi perosak agama di atas nama agama sendiri..
mesti komen aku ni ko deletekan..hehhe jangan marah..
Allahumma sallim na
jahilnya pemimpin umno. mcm ne nak pimpin rakyat msia ke arah islam yg syumul..???
Mesej ini saya tulis adalah satu saranan saya kepada PAS , untuk kebaikan PAS untuk kebaikan PAKATAN RAKYAT, untuk perubahan rakyat.
PAS PERLU DIPIMPIN ANAK MUDA.
Dalam era apa juapun anak muda adalah pemimpin dan pejuang, mereka adalah jentera utama dalam sebuah kenderaan yang namanya kesatuan.
Idea, tenaga, kekentalan dan semangat mereka sama sekali tidak boleh dinafi dan dipadam dengan apa jua sekalipun.
Lalu cadangan saya kepada PAS , sila buat rombakan, wujudkan manifesto besar-besaran, kalau boleh buang semua orang-orang tua ini dari jawatan tertinggi , mereka lebih sesuai dalam barisan PENASIHAT atau background PAS, mereka perancang dan mereka pemberi pandangan berdasarkan pengalaman mereka. Namun urusan pentadbiran sila rombak, anak muda sudah lama mati dalam malaysia dan tolong jangan jadikan PAS salah satu wadah untuk mematikan anak muda, mereka bukan macai untuk dikerah bekerja, mereka adalah kepala jentera untuk mengenderai sebuah perubahan secara besar-besaran. Idelais dan wacana anak muda hakikatnya juga mati dalam pas kerana mereka hanya dipaksa mengikut dan dibenar memberi lontaran idea namun mereka tiada pikihan untuk menentukan arah idea mereka.
Percayalah kata-kata saya bahawasanya pas juga akan mati seperti UMNO malahan akan menjadi seperti UMNO jika seandainya tidak ada perubahan drastik, anak-anak tua sebenarnya adalah liabiliti (tidak seluruhnya) kerana perencanaan mereka adalah sangat berlainan dengan anak muda, kalau namanya yb,exco,p/jaya semuanya orang yang nak kumpulkan harta dan kayakan anak2 dengan elaun dan wang gaji, tak payah masuk pas pun tak apa, UMNO adalah platfom utama untuk ini.
Pas perlu berubah, mengubah dan ,membuat perubahan sebelum diubah oleh rakyat, berikan peluang pada anak muda memimpin, anak-anak tua dalam pas hakikatnya sudah terbukti memberikan liabiliti pada pas kecuali TUAN GURU NIK AZIZ , kalau perlu MB, YB EXCO sila diubah pada anak muda, kita jangan termakan dengan sistem kepartian yang orang tua mesti memegang yang tinggi2 , ini siapa punya perancangan? siapa punya agenda? , ramai yang tidak berfungsi hakikatnya bila diletak dalam jawatan tertentu kerana merka tiada kelayakan, tua dan kusut, alasan utama adalah kerana mereka ahli lama. Tokong, sekali lagi PAS bukanlah UMNO, maka perlu dironbak secara besar-besaran agar seluruh jentera akan berfungsi, percayalah, kini banyak cawangan dan kawasan yang mati kerana anak tua yang memimpin bukan anak muda.SEKIAN
"Berikan kepadaku 1000 orang tua aku sanggup mencabut Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 10 pemuda, maka aku sanggup menggoncangkan dunia" - Soekarno.
Salaam, Ustaz yg dihormati,
Ini cuma pandangan saya.
Saya kurang setuju mengenai cara sms jihad tu. Memang saya tak menafikan tafsiran jihad yang positif yang ada pada Ustaz dan Ustaz2 dalam pimpinan yang lain.
Namun, dalam keadaan getir, panik , terdesak sebegitu. Seorang pemimpin yang mantap tak boleh panik dan mengelabah macam pengikut2.
Sms jihad macam tu mungkin menarik lebih ramai anak2 muda turun ke PD waktu untuk "menolong". Tapi "menolong" yang macam yang Ustaz harapkan tu mungkin hanya tersimpan dalam sanubari Ustaz saja. Ianya tak terzahir pada penyokong2 yang dalam jumlah yang ramai itu.
Ustaz bermaksudkan jihad yang defensif dan reaktif tetapi mungkin yang berlaku adalah tindakan proaktif dan malah ada yang pre-emptive.
Mungkin penyokong2 boleh jadi begitu ramai dan habis samseng-samseng kampung dikeroyok oleh penyokong. Dan akhirnya samseng2 kampung tiada lagi dan yang tinggal hanyalah penyokong2 PAS (dtg dari pelusuk negara) yang memenangi "battle tersebut dengan perasaan bangga. Adakah itu yang Ustaz harapkan?
Kena ingat Ustaz hanya boleh bagi arahan direct kepada mereka yang sekeliling Ustaz sahaja. Orang2 lain di tempat2 lain mungkin dah hilang kawalan. Arahan jarak jauh melalui Sms atau tel dah tak efektif.
Saya cadangkan kalau nak pergi tempat PRK yg jauh2 mcam PD hari itu, pilih2lah penyokong. Pandangan saya penyokong yang beradab, berkualiti, berakhlak mulia dalam jumlah yang sederhana lebih baik dari penyokong yang ramai tapi menjadikan undi lagi kurang.
Ini terjadi kerana penduduk tempatan melihat penyokong2 PAS yang ramai itu seolah-olah puak Taliban yang hendak menakluk daerah di Afghanistan.
Penyokong2 pun kalau dah panik, terprovoke dan marah dah tentu lupa makna lughawi, maknawi dan syari'e kalimah jihad mengikut fahaman ulama2 muktabar
Sekian, shukran.
Abd Basir
Assalamualaikum Ust
Semoga diberkati oleh Allah hendaknya.
Ketika Ust menulis persoalan jihad tahu tak ust terdapat keganjilan atau kecelaruan terhadap perkara jihad.
Jihad mempunyai rukun2 nya..apakah rukun2nya??
Ust sekira Malaysia diserang siapakah berhak mengistiharkan Jihad- PAS , JIM ,ABIM @ jemah2 yg mengatas namakan Islam.
Siapakah Yg berhak???
Ketika nak solat pun kita perlukan imam yg dilantik bukan sebarangan org boleh merampas kuasa imam. Hanya yg bodoh sahaja yg akan mengambil alih imam tanpa persetujuan jemaah.
Ust ingatlah berhati2 lah ketika menulis biarlah berdasarkan hujjah....Beginilah ust saya cabar ust buat buku apa itu jihad kami nak baca siapa kah berhak mengistiharkan jihad bukan apa jangan jadi macam indonesia semua gerakan mengistiharkan jihad akhirnya yg mati orang islam...Di Pakistan dan Iraq jadikan pedoman kerana kebodohan ulamak2 negara jadi hancur..
UMNO hanya tahu bab pembangunan je PAS terdapat puluhan ribi lulusan agama jangan rosakkan agama krn kebodohan kita.
salam, kepada pimpinan PAS, hanya yang terlibat tau apa yang ustaz2 lakukan..tak dinafikan masih banyak kelemahan, tapi itulah lumrah kehidupan...perlu saling menampung bukan saling mematikan...
kepada anonymous yang berani sangat nk wat provokasi, tunjuk berani dengan komen2 yang anda karangi, silalah berikan pengenalan diri...jangan kata orang lain pengecut, sedang hakikat menggambarkan diri sendiri...tampilkan diri anda semua...
apa pun, PAS for ALL....
Post a Comment