HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 16, 2009

Pilihanraya Kecil Terlampau .. siri 3

BAGAN YANG KALAH
SELANGOR YANG SALAH ?

1. Post Mortem akan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Pusat tidak lama lagi bagi meneliti dan mengkaji punca kekalahan PAS / Pakatan Rakyat di Bagan Pinang .

2. Atas semangat demokrasi , sewajarnya PAS dan Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihanraya Bagan Pinang meskipun kalah sebagaimana PAS dan Pakatan Rakyat menerima keputusan di Permatang Pauh , Penanti , Kuala Terengganu , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Manek Urai dan Permatang Pasir .

3. Kalah menang bukanlah isu sebenar bagi Pakatan Rakyat tetapi yang perlu dilihat ialah bagaimana kita menang dan mengapa kita kalah . Sewaktu kita menang mungkin post mortem kemenangan tidak dianggap penting , hanya sekadar menyimpan data dan statistik kemenangan sebagai unjuran di masa depan .

4. Tetapi .... ketika kita hampir kalah seperti di Manek Urai , kedengaran Post Mortem perlu dipersembahkan segera mungkin . Namun , belum sempat post mortem dibentang dan dibahas secara serius , berlaku pula pilihanraya kecil Permatang Pasir dan pakatan Rakyat menang besar , maka isu post mortem reda seketika dicelah kegembiraan menyambut kemenangan di seluruh negara .

5. Kini kita benar - benar kalah di Pilihanraya kecil Bagan Pinang , lalu post mortem kembali menjadi perhatian umum khasnya pemimpin parti . Belum post mortem rasmi dikeluarkan oleh JPPP , telah disiar pelbagai analisis tidak rasmi di media cetak , elektronik mahupun media baru seperti blog dan facebook .

6. Saya percaya jika berlaku pula pilihanraya kecil dalam tempoh sebulan ini dan giliran kita pula mencapai kemenangan , post mortem Bagan Pinang akan kembali mendap dengan perhatian umum tertumpu kepada keraian menyambut kemenangan . Sementara belum berlaku mana - mana pilihanraya kecil dalam tempoh terdekat ini , semua mata tertumpu kepada post mortem dan analisis kekalahan PAS / Pakatan Rakyat di Bagan Pinang .

7. Saya harap agar semua pihak dapat bersabar dan tidak cepat membuat penilaian sebelum melihat dan mendapat analisa rasmi dari JPPP yang bertanggungjawab menyediakan post mortem . Boleh membaca dan menilai analisa tidak rasmi tetapi ia tidak mewakili parti .

8. Ada beberapa individu yang cepat analisisnya , lalu segera menyalahkan PAS Selangor sebagai punca kekalahan dan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang terutama isu Arak dianggap merugikan kerana hilang undi orang cina . Tanpa membuat kajian teliti untuk melihat bagaimana aliran undi cina di Bagan Pinang , kenyataan ini telah menguasai pasaran lalu membentuk persepsi bahawa tindakan PAS Selangor dalam isu arak adalah merugikan masa depan Pakatan Rakyat .

9. Isu Arak di Selangor sebenarnya tercetus pada awal bulan ogos baru - baru ini . Sedang isu arak ini terhangat di pasaran , berlaku pilihanraya kecil Permatang Pasir [ 25 ogos 2009 ] . 73% dari 20,290 jumlah pengundi berdaftar di Permatang Pasir telah membuat keputusan dengan PAS / Pakatan Rakyat mendapat 9618 undi sementara UMNO dan BN memperolehi undi sebanyak 5067 . [ majoriti 4551 ]

10. Biarpun isu Arak ini dimanipulasi sehabis daya dan gaya oleh UMNO dan BN , ia langsung tidak memberi apa - apa kesan khasnya kepada 25.94 % pengundi cina dan 1.61 % pengundi India di Permatang Pasir sedang isu itu masih terlalu hangat malah panas pada waktu itu . Bahkan UMNO dan BN gagal memperdaya 72.31 % [ 14,608 ] pengundi melayu agar mengundi mereka .

11. Barangkali kerana menang , maka isu arak tidak menjadi bebanan sebaliknya ada yang mengakui bahawa isu arak di Selangor membuatkan melayu muslim lebih yakin kepada PAS lalu undi mereka pastinya kepada PAS di Permatang Pasir dan apa yang paling menarik , kaum Tiong Hua [ 25.94 % ] langsung tidak terjejas dan terpedaya dengan manipulasi media berkait isu arak . Mereka tetap memberi undi kepada Pakatan Rakyat .

12. Berbeza dengan nasib PAS Selangor selepas 11 oktober 2009 berikutan kekalahan PAS / Pakatan Rakyat di Bagan Pinang . Hanya tidak sampai 2 bulan , PAS Selangor telah dipersalahkan dengan isu araknya , kononnya menjadi penyebab kepada kekalahan teruk PAS / Pakatan Rakyat di bagan Pinang . Sedang dalam tempoh 2 bulan ini , isu arak di Selangor telah pun reda .

13. Agak menghairankan , ketika isu arak panas dan hangat dieksploitasi sepenuhnya oleh UMNO dan BN , PAS beroleh menang besar di Permatang Pasir sedang ketika isu arak reda dan sejuk , PAS kalah teruk di Bagan Pinang . Maka , jujurkah kita meng"kambing hitam"kan PAS Selangor [ kerana isu arak ] atas kekalahan di Bagan Pinang .

14. Isu arak ini , kalau pun sensitif dan memberi kesan [ ekoran manipulasi media UMNO dan BN ] hanyalah kepada pengundi non muslim . Bagan Pinang hanya mempunyai 10. 9 % pengundi cina dan 20.7 % pengundi India . Sementara pengundi melayu 62.7 % .

15. 20.7 % Pengundi India mudah dikesan bagaimana swing undi mereka kerana komuniti mereka tertumpu diladang estet . Ladang estet ini pula bermajikan . sangat mudah kita memahami bagaimana pengundi India tidak berpihak kepada PAS / Pakatan Rakyat baru - baru ini ditambah pula sentuhan Najib dengan Makkal Sakthi berjaya melunakkan sebahagian masyarakat India .

16. Sementara 10.9 % pengundi cina agak sukar dikesan kecenderungan undi mereka , apakah berubah atau masih kekal kepada Pakatan Rakyat lantaran kedudukan mereka yang bertabur di dalam DUN Bagan Pinang . Pun begitu jumlah mereka hanyalah mewakili 10 . 9 % sahaja . Tanpa menafikan kemungkinan isu arak di Selangor memberi kesan tetapi ianya tidak besar malah kesannya bukanlah menjadi penyebab kepada kekalahan teruk PAS / Pakatan Rakyat .

17. Maksud saya , di sana ada faktor lain yang mesti dilihat secara serius berbanding kecenderungan hanya untuk menyalahkan PAS Selangor dengan isu arak yang berbangkit tempoh lalu . Saya mengambil pendapat Yb. Anthony Loke yang berpandangan bahawa undi cina tidak banyak berubah meskipun beliau juga tidak menafikan sedikit sebanyak kesan dari isu arak di Selangor .

18. Sebaliknya apa yang perlu kita lihat selepas ini secara serius ialah undi melayu itu sendiri yang mewakili 62.7 % pengundi dari 13,124 pengundi berdaftar termasuk pengundi pos , tanpa kita mengalih perhatian terhadap undi bukan melayu . PAS / Pakatan Rakyat kalah disemua peti undi dalam DUN Bagan Pinang termasuk di peti undi majoriti melayu . Kenapa melayu tidak bersama kita ? apakah melayu juga terkesan dengan isu arak di Selangor ? Tentunya tidak munasabah , kerana ... kalaupun memberi kesan ia akan memberi kesan ke atas pengundi non muslim .

19. Undi pos juga antara faktor besar yang membawa kepada kekalahan teruk PAS / Pakatan Rakyat di Bagan Pinang . Dari 4064 undi pos , PAS hanya perolehi 601 undi sedang UMNO menguasai 3521 undi pos. Saya yakin majoriti 2920 undi pos yang dimenangi oleh UMNO dan BN tiada kena mengena dengan isu arak di Selangor sebaliknya manipulasi atau penyelewengan undi pos dan ketidaktelusannya menjadi punca kita kalah .

20. Sungguhpun kita telah mengambil pelbagai langkah dan kawalan sebagai percubaan untuk mengurangkan ruang dan peluang manipulasi undi pos , ternyata sekurang - kurangnya 2900 undi pos benar - benar berada di luar keupayaan kita untuk mengawalnya kerana sistem undi pos itu sendiri . Bagaimana ianya berlaku , terlalu panjang ceritanya dan insyaallah DPPP akan mengadakan roadshow ke seluruh negara khasnya ke negeri - negeri yang banyak undi pos untuk mendedahkan ruang manipulasi yang telah berjaya kita kesan setelah ia begitu tersorok selama ini .

Insyaallah , kita tunggulah post mortem dari pihak JPPP dan berlaku adil serta jujurlah dalam membuat analisa , bukan berasas perasaan untuk menyalahkan antara satu sama lain tetapi benar - benar melihat faktor utama dan penting yang mendorong kepada kekalahan .


Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive