HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, February 28, 2010

Sahabat Ar Raudhah. Vol 1

Gambar - gambar ini di rakam sempena hari Forum Ad Deen anjuran Musolla Ar Raudhah Tmn Pelindung Perdana Beserah Kuantan pada 27 hb Feb 2010 . Program bermula jam 9.00 pagi dengan diadakan Khidmat Rawatan Percuma kepada masyarakat setempat serta gerai - gerai jualan .

Orang ramai kelihatan mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan ke atas diri masing - masing . Bukan senang mendapat peluang rawatan percuma ni . Cuma ada juga yang takut nak buat pemeriksaan kerana bimbang ada penyakit ... lagu mana tuh ?


Ini semua orang kuat Musolla Ar Raudhah . Beristerehat seketika setelah penat menjalankan tugas - tugas persiapan akhir menjelang Forum Ad Deen . Jangan rehat lama deh ... kerja banyak lagi tak siap tuh !

Yb. Azan bin Ismail juga turun padang untuk meninjau perkembangan dan persiapan akhir sebelum berlangsung Forum Ad Deen dan beliau sempat juga berhujjah dengan pegawai JAIP yang datang untuk tidak membenarkan Dr Asri berucap dalam Forum Ad Deen ini . [ tapi ... dalam gambar di atas tu , bukan pegawai JAIP :) ]

Tetamu yang hadhir sempat menikmati hidangan yang tidak seberapa hasil air tangan Ustazah Wan Hamidah , pakar tukang masak Pelindung Perdana :) . Saya tumpang gembira atas kunjungan tetamu ke teratak kami . Datang lagi tau !

Dr. Asri , makanlah seadanya kerana lepas ni kita nak berforum pula.. tu pun kalau anta tidak kena tangkap . Pegawai JAIP telah berkeliaran di luar rumah . Sebahagiannya telah berada di dalam Musolla tempat berlangsungnya forum nanti .

Apa punya Jabatan Agama saya pun tak tahu nak cakap lah ... Seketika dulu , kami penduduk Taman Pelindung Perdana hubungi beberapa orang pegawai jabatan Agama Pahang ni untuk turun atau hantar wakil seorang kerana kami nak tangkap pasangan berkhalwat , Seorang pun tak nak datang dengan 1001 alasan .

Malangnya , bila kita nak buat forum , nak sampaikan ilmu kepada masyarakat , berpusu - pusu pegawai agama ni datang untuk halang panel dari menyampaikan ilmu . Jawab lah kalian kelak dihadapan Allah swt . Sepatut kalian jadi pengawal agama bukan penghalang agama . Sungguh saya sangat sedih dan kecewa .

Kuantan ni pula secara kebetulannya terkenal sebagai syurga Mak Nyah dan pelacuran bersepah , kenapa Jabatan Agama tidak menghala ke sana ?

Dr Azahar Yaakob antara tetamu istemewa malam ini yang akan menemani Dr Asri Zainal Abidin berforum selain saya sendiri mewakili tuan rumah . Kebetulan kami bertiga pernah bersahabat semasa menuntut ilmu di timur tengah dulu [ Jordan ] . Pertemuan ini tentunya sangat nostalgis .

Adik - adik Raudhah ini sedang asyik "membelasah" roti cicah kari . Tak muat tempat tuduk di bawah canopy , atas divider pun jadi .. janji dapat nikmati roti kari nih .. ye laah , dengar forum pun penat tau ...

Tengok badan sorang - sorang , patut JAIP tak boleh masuk rapat ... tapi ... apa boleh buat :( mereka cakap , masa tu , kami tak makan lagi . hu hu hu . Yang kecik sekali tu pun tak kurang jugak montel tu . Kalau tak makan dulu , katanya tak boleh bertugas , tak ada energy !

Merai rakan rakan Jabatan Amal yang tulus dan tukus lumus bekerja untuk menjayakan Forum Ad Deen yang julung kali diadakan oleh Musolla Ar raudhah .

Begitulah akrabnya anak buah dangan Pak buah . Kalau dah lapar , Pak buah dia pun dia buat tak kenal jer . Macam lah kawan tu "jung kaka" = tak faham tengok kamus deh !

Merenung masa depan ... apakah selepas ini aku pula yang diundang sebagai panel Forum .... tapi , macam mana nak lepas dengan JAIP nih ...

Atur strategi untuk Forum akan datang . Kita nak panggil Dato' Dr Harun Din pulak nih .

Mengimbau zaman kanak - kanak dulu ... Tahun 1967 .... masa tu mana ada kaler ..

Saturday, February 27, 2010

Dana Pilihanraya DUN Chukai

Material bukanlah asas kemenangan melainkan ia hanya faktor kekuatan tambahan yang membantu kemenangan . Sebaliknya kemenangan yang dicitakan memerlukan sebab kemenangan yang mesti dimiliki oleh setiap individu pejuang . Sebab kemenangan yang saya maksudkan ialah as Sabr [ Kesabaran ] . Allah suka orang - orang yang sabar .

a ] Sabar menghadapi tribulasi
b ] Sabar mengharungi perjalanan perjuangan yang jauh
c ] Sabar melayan karenah anggota
d ] Sabar menanti detik kemenangan dengan segala kegigihan berjuang
e ] Sabar membentengi diri agar tidak terjebak dalam pengaruh maksiat

Buat persiapan segera ! begitulah tegas Dato' Mustafa Ali selaku Setiausaha Agong Parti Islam se Malaysia [ PAS ] di hadapan pemimpin , petugas dan ahli PAS di DUN Chukai sebentar tadi . Nada tegasnya cukup membayangkan kesungguhan PAS kini mempersiapan segala keupayaan untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 kelak .

الذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا

Orang - orang yang bersungguh - sungguh berjuang dijalan kami [ Fi Sabilillah ] nescaya kami akan tunjukkan jalan kami [ hidayah untuk menang ]

Satu kreativiti menarik yang dilakukan oleh PAS DUN Chukai . Syabas kepada pengarahnya Tuan Hj. Hanafiah Ramli atas kejayaan majlis Makan Malam untuk mengumpul dana pilihanraya DUN Chukai . Sambutan yang memberangsangkan disamping penglibatan ramai anggota Kelab Penyokong PAS dikalangan masyarakat Tiong Hua .

Kemaman pernah digelar sebagai kubu kuat UMNO dan BN . Tetapi ingat saudara ! itu dulu , adapun kini mereka bukan sahaja tidak lagi boleh mengisytiharkan Kemaman sebagai kawasan putih bagi UMNO dan BN tetapi juga PAS sangat berpotensi besar untuk memenanganinya sekali lagi setelah menang pada tahun 1999 yang lalu . Kini PAS hanya tewas sekitar 800 undi sahaja melalui keputusan pilihanraya umum ke 12 tempohari .

Suasana [ dalam ] Majlis Makan Malam di Restoran Bangkok Chukai yang telah berlangsung sebentar tadi . Santai tetapi penuh informasi .

Turut mengambil bahagian sambil menikmati juadah yang disajikan setelah berlapar sejak pagi tadi setelah mengambil perjalanan yang panjang dari Changi Singapura . Sebaik sahaja saya tiba di Kuantan , saya terus bersiap ke Kemaman namun malang Trajet saya rosak lagi [ enjin ]dan ini membuatkan saya terlewat sedikit tiba kerana terpaksa mencari dan membawa kenderaan yang lain .

Beramah mesra dengan tokoh - tokoh utama PAS Kemaman . Kelihatan [ sebelah saya ] Tuan Guru Hj. Awang Dagang [ mantan YDP PAS Kemaman ] turut hadhir dan bertenaga . Alhamdulillah .

Friday, February 26, 2010

Misi Antarabangsa DPP Pusat

Gambar kenangan bersama sahabat karib Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan Ketua DPPP ] dan Sdr Kamaruzaman Bin Mohamad [ Setiausaha DPPP ] sejurus pulang dari Masjid Ba'Alawi Singapura menghadhiri Majlis sambutan Maulidurrasul saw. dan meninjau rangkaian Mustafa Center di Kota Singa .

Bersama Habib Ali dari Indonesia [ Asal dari Hadhral Maut Yaman ] sebagai tetamu dan penceramah undangan sempena Majlis Sambutan Maulidin Nabi saw di Masjid Ba' Alawi Singapura .

Beramah mesra dengan seorang tokoh agama terkenal di Singapura Habib Hassan bin Mohammad bin Othman al attas juga merupakan anak kepada Pengasas masjid Ba' Alawy . Beliau juga merupakan menantu kepada bekas Mufti Terengganu di era tahun 70an

Ustaz Mohamad Hasbi bin Hassan Presiden Persatuan Ulama' dan Guru - guru Agama Islam Singapura [ PERGAS ] ketika menyambut ketibaan rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia ke pejabatnya . PERGAS adalah sebuah badan Islam yang terpandang dan terkemuka di Singapura . Aktif mendidik dan mentarbiyah ummat Islam Singapura serta menyelaras para asatizah [ guru - guru agama ] di seluruh Singapura termasuk membantu menyediakan kurikulum agama yang berkesan di sekolah sekolah .

Berbincang dan bertukar - tukar pandangan mengenai kepentingan dan kedudukan ummat Islam serantau khasnya kedudukan ummat Islam sebagai golongan minoriti [ 16 % ] di Singapura . Agak menarik apabila kami turut membincangkan Feqh Al Aqalliyat [ minoriti ] dan bagaimana aplikasinya di Singapura .

Saling bertukar pandangan dan menjelaskan perkembangan ummat Islam di Malaysia dan Singapura serta melihat ruang dan peluang kerjasama ummat Islam antara kedua - dua negara berjiran ini . Pelbagai isu disorot dan akhirnya memberikan komitmen bersama untuk terus berjuang dan saling bekerjasama bagi menegakkan Islam di rantau ini khasnya .

Ustaz Abdul Hadi [ cucu kepada bekas Mufti Singapura yang pertama ] asyik menceritakan sejarah perkembangan Islam di Singapura dan beberapa isu semasa yang sedang dihadapi oleh ummat Islam di sana . [ bersama Akhi kamaruzaman - Setiausaha DPPP - dan Azram Musa - Bendahari DPPP ]

Bergambar kenangan di rumah Akhi Muhammad Latif salah seorang anggota PERGAS yang banyak membantu dan melayan kami sepanjang lawatan kerja dan Mahabbah ke Singapura dalam usaha memperkasa kembali AMSEC sebagai sebuah wadah pemuda Islam rantau Asia Tenggara .

[ turut hadhir : Ust Azman Syafawi Timbalan Ketua DPPP , Dr Raja Iskandar al Hiss Pengerusi lajnah Antarabangsa DPPP, Sdr Kamaruzaman Mohamad Setiausaha DPPP , Akhi Azram Musa Bendahari DPPP , Akhi Suhaizan Kaiat Ketua Penerangan DPPP , Ir Hj. Khairil Nizam Pembantu Setiausaha DPPP , Us. Firdaus Jaafar Pengarah pilihanraya DPPP , Fariz Musthafa AJK Lajnah Antarabangsa DPPP dan beberapa pengiring khas. ]

Bersiap untuk temujanji dengan Menteri Kanan [ Muslim ] Singapura MP Zainal Abidin sebagai aktiviti terakhir rombongan DPPP di Singapura sebelum kami kembali Malaysia . Malangnya saya tidak berkesempatan untuk menghadhiri pertemuan tersebut kerana terpaksa bergegas pulang bagi menghadhiri satu Majlis Pengumpulan Dana Pilihanraya DUN Kijal di Bangkok malam ini . Tugas mengetuai rombongan menemui MP Zainal Abidin saya serahkan kepada al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani .

Seketika dulu Lee Kuan Yew pernah ke Malaysia dan bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS [ al Mursyidul Am dan Presiden PAS ] dan membayangkan masa depan PAS dalam future politik yang turut memberi kesan kepada perkembangan politik serantau .

Biarpun rombongan DPPP tidak mempunyai ruang untuk bertemu dengan Lee Kuan Yew , kami memanafaatkan lawatan ini dengan mengadakan pertemuan bersama Menteri Kanan [Muslim ] Singapura bagi melihat dan meninjau perkembangan politik Singapura serta kedudukan ummat Islam minoriti di situ .

Selamat berjuang kepada semua sahabat semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus memartabatkan Islam di negara kita Malaysia dan juga mampu menyebarkan Islam serta memperkukuhkannya di rantau Asia Tenggara ini .

Thursday, February 25, 2010

Nahi Mungkar bukan Nahi Makruf


Amar Makruf Nahi Mungkar bukan
Amar Mungkar Nahi Makruf


1. Insyaallah pada 27 hb. Feb 2010 [ sabtu ] jam 8.40 malam akan dilangsungkan satu Forum Ad Deen yang bertajuk [ Perlaksanaan Syariah di Malaysia : Cabaran , Halangan dan Kesungguhan ] , bertempat di Musolla Ar Raudhah Perkampungan Pelindung Perdana Beserah Kuantan Pahang .

2. Sehingga hari ini saya mendapat tekanan dari pelbagai pihak supaya forum tersebut dibatalkan namun alasan kenapa forum itu mesti dibatalkan , saya sendiri tidak jelas . Semata - mata kerana salah seorang panel forum tersebut ialah al Fadhil Dr Asri Zainal Abidin [ bekas Mufti Perlis ] maka ia mesti dibatalkan ! [ Panel yang lain ialah : Dr Azhar Yaacob Pensyarah kanan UTM dan saya sendiri mewakili Musolla Ar Raudhah ]

3. Saya juga sangat kesal apabila dimaklumkan bahawa tekanan tersebut turut datang dari pihak mufti negeri Pahang sendiri . Sedang forum ini adalah majlis ilmu yang dianjurkan oleh Musolla Ar Raudhah dengan kesepakatan seluruh ahli jawatankuasanya . Saat masyarakat dahagakan ilmu dan kejahilan pula sangat berleluasa , kenapa harus majlis forum seperti ini mendapat tekanan , lebih malang tekanan itu datang dari pihak mufti yang sepatutnya merekalah yang menaungi aktiviti - aktiviti agama dalam negeri ini .

4. Forum adalah majlis ilmu yang diformatkan secara terbuka dan berlansung dalam bentuk dua hala dengan kita membawa panel - panel yang berwibawa disamping moderator yang baik iaitu sdr Fadzli Ramli seorang Lawyer muda yang sedang meningkat naik di negeri Pahang hari ini .

5. Saya sendiri tidak faham kenapa Dr Asri Zainal Abidin tidak dibenarkan ? sedang beliau adalah seorang yang berkelayakan dalam bidang agama untuk menyampaikan pandangan dan ilmu beliau . Ijazah kedoktoran yang diberikan oleh pihak university adalah satu pengiktirafan terhadap ilmu beliau sementara belum ada juga satu pun penyata yang digazetkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau lainnya yang menyatakan Dr Asri adalah pembawa ajaran sesat yang tidak dibenarkan mengajar atau memberi ilmu di mana - mana tempat di dalam negara ini .

6. Kita bukan berada di dalam negara komunis atau sosialis yang menghalang ilmu Islam dikembangkan . Alangkah baik jika pihak Mufti negeri Pahang mengarahkan seluruh penguatkuasa agama negeri Pahang membuat rondaan dan mengambil tindakan ke atas pelaku - pelaku maksiat dan mungkar yang sangat berleluasa di bandar Kuantan . Sarang pelacuran dan Mak Nyah boleh beroperasi secara terbuka di bandar Kuantan tanpa sebarang tindakan yang berkesan oleh pihak berkuasa agama negeri . Kenapa ini di diamkan ? Kenapa masjid surau yang mahu menganjurkan majlis Ilmu pula mendapat tekanan dari pihak Mufti ? sungguh ini adalah suatu yang sangat mengecewakan . Apakah hari ini kelab - kelab malam dan sarang - sarang Mak Nyah itu lebih selamat berbanding majlis ilmu di pahang ?

7. Ada yang mengemukakan alasan kerana Dr Asri adalah wahabi . Ini satu lagi malapetaka yang menimpa ummat Islam . Terlalu suka dan cepat melabel kemudian terus menolak tanpa asas ilmu dan hujjah yang kuat . Dr Asri sendiri berkali kali menafikan , bahawa beliau bukanlah seorang wahabi dan beliau bersedia untuk berhujjah dan berbincang secara ilmiah bagi menegaskan pendirian beliau dalam isu - isu agama termasuk persoalan aqidah .

8. Persoalannya , apakah kerana isu wahabi maka tindakan mahu diambil dan saya difahamkan bahawa pihak mereka akan bertindak untuk menangkap saya dan Dr Asri pada hari berlangsungnya forum nanti . Kenapa tidak mengambil pendekatan berbincang dan berdialog secara ilmiah ? saya sendiri tidak pernah dipanggil untuk berbincang . Malah forum ad Deen yang kita anjurkan ini adalah majlis dua hala sebagai satu wacana dan dialog mengenai perlaksanaan syariah di Malaysia .

9. Jika saya atau Dr Asri salah dan tidak betul dalam memberi kenyataan dan ilmu , maka pada hari itu , siapa jua boleh tampil untuk memberi hujjah dan kenyataannya . Saya mahu wujudkan suasana ilmu dikalangan masyarakat . Kita tangani sesuatu berasaskan ilmu dan hujjah . Berkali - kali saya tegaskan kepada ahli jamaah di Musollah ar Raudhah bahawa saya mahu jadikan Musolla Ar Raudhah ini sebagai Universiti Islam Terbuka [ UIT ] . Kita mengundang tokoh - tokoh ilmuan Islam untuk memberi ilmu , berwacana , forum dan dialog bagi membuka pemikiran ummat Islam dan sekaligus menegakkan kebenaran dan memerangi kebathilan .

10. Saya menyeru agar semua hadhir dan dengar sendiri penjelasan , kenyataan dan hujjah ahli panel . Jika ada yang tidak betul , saudara diberi peluang untuk berhujjah . malah suka saya sebutkan , jika ada perkara yang tidak benar atau tidak betul , saya sendiri akan bangkit membetulkannya . Tapi biarlah dengan ilmu dan hujjah bukan dengan gari dan cota .

11. Sebelum ini pun , banyak perkara yang saya berbeza pandangan dengan Dr Asri Zainal Abidin . Samaada sebelum mahupun selepas beliau menjadi mufti kerajaan Perlis . Tetapi biarlah perbezaan itu diuruskan dengan ilmu dan hujjah bukan dengan kekerasan . Sebab ini hanya berkait dengan perbedaan aliran pemikiran bukan jenayah .

12. Tindakan menangkap dan mengungut ini adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun dan tidak bijak . Malah bertentangan dengan disiplin ilmu Islam yang mengutamakan ilmu dan hujjah .

Hi Tea Antarabangsa DPP Malaysia

Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPP Malaysia [ Dr Raja Ahmad Al Hiss ] sibuk melayan tetamu dan para pemberita yang terdiri dari 17 wakil kedutaan Eropah [ European Embassy ] dan turut hadhir ialah wakil kedutaan Iran , China dan Singapura di Hotel de Palma Ampang 24 Feb 2010 .

Turut hadhir ialah Ir Arif Fahmi AJK Lajnah Antarabangsa DPP Malaysia .


























Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive