Muktamar Wehdatul Islamiah versi Edition
Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .

Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.
Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .



Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.

[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

[ Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]











12 comments:
Salam ust, satu perkembangan menarik terhadap dunia Islam. Rasanya tidak akan timbul isu perpecahan jika semua umat Islam mengamalkan sikap sebegini. ana minta izin copy utk kemaslahatan bersama.
Salammu`alaikum...insyaAllah, muda-mudahan ini merupakan langkah awal yg sangat memberansangkan..perkembangan islam diperingkat antarabangsa..pada pendapat saya..lebih bagus kiranya pemimpin dari negara Islam turut hadir bersama...untuk menebarluaskan skop perbincangan dalam muktamar wehdatul islamiah....agak2x ustaz bila ek ulama` akan diangkat balik sebagai watak utama dalam pemerintahan sesebuah kerajaan antara bangsa...
Salam. Ust, penyatuan yang sangat2 kita nantikan kesan dan aplikasinya dalam dunia gerakan Islam...
Mohon izin salin dan tampal utk sebaran.. :-)
alhamdulillah..Ini yang kita harapkan pada pemimpin PAS,sentiasa berfikiran terbuka ..Jangan jadi Wahabi yang selalu mengganggu usaha merapatkan ukhuwah islamiyyah..Bravo Tantawi
ust Tantawi..
Nak bagi cadangan sikit, Iran dah setiap tahun adakan program seperti ini..tapi ramai yang prasangka buruk dengan iran..Adalah harapan supaya PAS pula menganjurkan program yang menghimpunkan Ulama' seluruh dunia di Malaysia..dulu kat Rusila menjadi majlis tahunan..sekarang PAS dah kuat berbanding dulu..sila pikirkan cadangan ini
Salam syeikh. Mohon pertanyaan.
[1] Adakah gelaran ayatullah itu untuk ulama Syiah?
[2] Adakah Syiah itu masih dikira sebagai Islam? Atau adakah mereka kufur etc?
[3] Jika gelaran ayatullah itu untuk ulama Syiah, mengepakah ulama Syiah yang ada dalam Muktamar tersebut begitu disanjungi (maksud saya, beliau mempunyai jawatan)?
Maaf, saya tidak memprovokasi mana2 pihak, cuma diri saya yang daif ini masih keliru dan ingin menuntut ilmu.
Jzkk syeikh.
salam..
bahagia rasanya, yakin masa depan bersama Islam, terus bersama Islam.amin!
Rasanya saudara affan perlu lihat balik apa itu takrif Islam.. Kita sebagai Muslims eharusnya menyokong Islam dan bukan mazhab semata2.
@anonymous
terima kasih atas peringatan.
Sebab itulah saya bertanya:
"adakah mereka masih dikira sebagai Islam?"
*maaf, saya tidak mengatakan saya menyokong mana2 mazhab semata2. :D
Baru Baru ini Pihak berkuasa Jais telah menangkap puak syiah kerana mereka ini sesat dan sangant bahaya. pemimpin mereka dlm proses
untuk di adili. Saya mengikuti kes ini kerana pihak Jais telah pun menghantar wakil di masjid tempat saya menerangkan isu ini. Persoalan saya ialah, Kenapa Pas duduk bersama aliran yg telah di istiharkan sesat oleh pihak Jais. Pihak Pas harus member penjelasan. Kerana tokoh seperti dato' Hassan Din telah menyokong tuduhan dr Jais. Jika ada dalil sebaliknya Pas harus adil dan berani dalam kemelut ini.
Maaf saya tidak bersetuju cara Jais melayan Syiah.bukan kerana saya syiah tetapi cara Jais tidak berhikmah.Jika sesuatu aliran dikatakan sesat maka sebaiknya aliran tersebut diberikan ruang untuk berhujah.Jais dan Syiah perlu adakan perdebatan dan Jais perlu buktikan Syiah sesat bersandarkan hujah dan bukannya tangkap dan tutup mulut.
Untuk memahami aliran atau manhaj sebaiknya cuba baca pendapat Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi berkaitan Kesederhanaan Bermanhaj.
Jika Jais terlalu gah menangkap Syiah dan melabelkan sesat ,mengapa Jais tidak mampu menangkap SIS dan melabelkan SIS sesat?Adakah Jais takut melabelkan SIS sesat semata-mata SIS berkait rapat dengan UMNO?
Kita terlalu mudah melabelkan aliran/manhaj lain sesat tanpa hujah dan memberi ruang aliran/manhaj lain berhujah.
Perbincangan Ulama-ulama seluruh dunia perlu diteruskan untuk membaiki keretakan dan mengeratkan ikatan umat Islam seluruh dunia.
Jika Pas berjaya memerintah Malaysia suatu masa nanti,harap Pas akan buat perjumpaan Ulama-Ulama seluruh dunia di Malaysia pula.
Sudah sampai masa para asatiz dan awami syiah imamiyah dibenarkn bergiat dalam PAS...jgn dihalang2, ditakut2kan, dipecat, dipulau.
Post a Comment