HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, March 6, 2010

Kempen Selamatkan Negara. Vol 1

Malaysia Perlukan
Perlaksanaan Syariat Islam

1. Perjalanan jauh pulang dari Tehran ke Kuantan memanglah memenatkan, namun ianya sudah biasa atau "mangli" bagi saya menghadapinya. Apa yang saya mahu nyatakan bahawa kali ini sangat berbeza , bukan sahaja penat jasad menggalas bag dan terperosok di kerusi sempit mengharungi perjalanan sejauh itu [biarpun dengan kapal terbang] , tetapi penat dan letih minda dan perasaan ini tatkala saya membaca akhbar Berita Harian yang disediakan oleh Penerbangan MAS dari KLIA ke Kuantan .

2. Lebih resah dan gelisah apabila saya membaca Harian Metro yang disuakan oleh anak saya sejurus saya sampai ke rumah sebentar tadi . Tentunya sekadar menggeleng kepala dan mengeluh dianjung rumah tidak boleh merubah apa - apa tetapi apalagi yang mampu saya lakukan buat masa ini sebaik membaca dua akhbar tersebut . Bahkan bukan hanya hari ini tetapi kelmarin , hari sebelumnya dan sebelumnya malah saya percaya perkara yang sama akan terpampang di dada akhbar itu esok , lusa , hari selepasnya dan selepasnya sebagaimana saya percaya bahawa ia juga bukan hanya di Berita Harian dan Harian Metro tetapi juga media - media cetak dan elektronik yang lain turut melaporkan berita seumpamanya dengan kes - kes yang lain pula .

3. Jelasnya Malaysia dan sebahagian rakyatnya telah hilang nilai budi serta peri kemanusiaan . Malaysia seperti gelanggang maut yang menyaksikan tragedi demi tragedi yang kejam dan sadis. Bunuh , perkosa , ragut , rompak , samun , dera , buli , khianat , seksa , bunuh diri , ugut , pukul , langgar lari , culik dan 1001 jenayah akan terus mewarnai pertumbuhan tamaddun negara tercinta ini . Bahkan percaya atau tidak , kalian boleh lihat bagaimana tiada sehari pun akhbar utama dalam negara kita diterbitkan tanpa melaporkan tragedi - tragedi tersebut . Ertinya jenayah - jenayah ini berlaku setiap hari "non stop" dalam negara kita dan semakin hari semakin kejam , semakin hari semakin bertambah kes jenayah .

4. Saya ambil contoh hari ini [ 5 mac 2010 ] sebagai "kajian kes" [ dan saya cadangkan kepada semua supaya memerhatikan setiap hari bagi hari - hari selepas ini ] ,

a] muka depan Berita Harian : Budak 18 bulan [ K Haresvarran a/l S Karigalan ] mati dipukul dan dipijak jiran sehingga pecah hatinya dan tulang rusuknya patah 6 .

b] muka 15 Berita Harian : seorang wanita ditemui mati dengan lehernya dijerut dan dikelar di tepi jalan dalam kebun tebu di Kampung Hamid Tuah Jalan Ikan Yu Teluk Gong Pandamaran Klang .

c] muka 15 Berita Harian : Seorang wanita [ Suhana Mohd Shariff 26' ] maut ditikam sebanyak tujuh kali oleh seorang wanita lain yang disyaki teman rapatnya .

d] muka 15 Berita Harian : Dua pelajar dirogol dalam kejadian berasingan dan seorang daripadanya dirogol bergilir - gilir oleh 3 lelaki dan mangsa hanyalah berusia 13 tahun dan ianya berlaku dalam daerah Batu Gajah .

e] muka 15 Berita Harian : Seorang wanita warga emas [ Siti Bidah Hussain 56' ] ditemui mati dan dipercayai dibunuh akibat dipukul dengan senjata tumpul dalam kejadian di taman Harmoni Berangan Tumpat Kelantan .

f] muka 17 Berita Harian : Polis menembak mati dua lelaki dengan seorang dari mereka ialah seorang pengamal perubatan tradisional kerana terbabit dalah jenayah samun dalam kejadian tembak menembak di Jalan Chenor - Kuala Bera Pahang .

5. Sekarang saya bawa pula contoh kes jenayah , maksiat dan perlakuan manusia yang telah hilang nilai budi dan peri kemanusiaan di akhbar Harian Metro. [ saya tidak lagi memaparkan kes yang sama dilaporkan dalam Berita Harian pada hari yang sama iaitu pada jumaat 5 mac sebaliknya saya catatkan laporan kes yang berbeza bagi menunjuk angka dan jenis kes yang berbeza yang dilaporkan berlaku pada berita 5 mac sahaja pula hanya dari 2 akhbar iaitu Berita Harian dan Harian Metro.]

a] muka surat 16 Harian Metro : Seorang lelaki warga emas [ Munip Omar 71' ] patah tulang pinggul dan akhirnya meninggal dunia kerana bergelut dengan peragut ketika cuba membantu isterinya yang direntap rantai lehernya oleh peragut tersebut di Bukit Pegoh Telok Mas Melaka .

b] muka surat 17 Harian Metro : Seorang tua berusia 52 tahun telah dicekup kerana memecah masuk dan melarikan wang tunai serta harta benda di rumah jirannya sendiri di jalan Dedap 45 Taman Johor Jaya Pasir Gudang Johor .

c] muka surat 24 Harian Metro : Seorang lelaki dalam lingkungan 40an berjaya diberkas setelah menyorokkan dadah dibawah alas kakinya kira - kira jam 5 petang di Kilometer 48 Jalan Batu Balik Pekan .

d] muka surat 25 Harian Metro ; Berita mengenai satu sindiket penipuan yang beroperasi di Kuala Lumpur berjaya dikesan setelah menyamar sebagai wakil pengiklanan akhbar ini dan menggunakan nama Kementerian dalam negeri untuk memperdaya peniaga yang membuat iklan di Harian Metro . Mereka dilaporkan meminta sejumlah wang untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan .

6. Demikianlah antara contoh - contoh yang ingin saya paparkan di sini , tidak termasuk laporan mengenai gelagat artis atau individu yang mengiurkan dengan aksi seksi mereka sebagai cover akhbar atau majalah bagi membuktikan bahawa negara sedang mengalami proses penghakisan nilai budi , akhlak , moral dan peri kemanusiaan yang kian parah . Apa yang sebut di sini hanya dari 2 akhbar pada hari ini [ 5 Mac ] .

7. Bagaimana dengan laporan semalam dan sebelumnya ? pastinya kes belum reda dan mampu dilupakan seperti kekejaman yang menimpa adik Syafiah Humairah Sahari [ 3 tahun ] pada khamis lalu kini negara digemparkan pula dengan kekejaman yang menimpa adik Haresvarra [18 bulan] . Entah kekejaman jenis apa pula yang dilaporkan oleh media untuk esok , lusa dan seterusnya .

8. Negara kita semakin sarat dengan jenayah kejam dan sadis . Negara kita juga mampat dengan maksiat dan mungkar . Kategori jenayah dan jenis maksiat mana yang tiada dalam negara kita bahkan kini tidak lagi dihitung mengikut tahun , bulan dan minggu atau hari tetapi jenayah dan maksiat dalam negara kita kini dihitung mengikut minit . Begitulah pesatnya perkembangan jenayah dan maksiat malah ianya semakin profesional dan terlatih .

9. Undang - undang ciptaan manusia biar apa namanya sekalipun serta kadar mana berat hukumannya , ternyata tidak berupaya dan tidak berkesan untuk membendung jenayah dan maksiat ini . Lebih menghairankan apabila ia semakin bertambah sementara ia hanya diukur melalui jenayah dan maksiat yang dilapor oleh media . Bagaimana dengan maksiat dan jenayah yang tidak dilaporkan kerana malu dan takut kepada ugutan seperti kes rogol , ah long dan lainnya . Perkembangan maksiat dan jenayah semakin pesat selari dengan kepesatan pembangunannya dan semakin profesional selari dengan pertumbuhan universiti dan jumlah intelektual yang dihasilkannya .

10. Persoalannya kenapa masih degil dan enggan untuk melaksanakan syariat Islam dalam sistem pemerintahan dan perundangan negara ? sedang ia adalah sistem dan peraturan dari Allah swt Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Mengetahui .

11. Setelah jelas disaksikan dengan mata kepala bagaimana undang - undang dan sistem ciptaan manusia ini gagal dan tidak berkeupayaan untuk membersihkan negara dari dosa jenayah dan noda maksiat , kenapa masih ada yang angkuh dan sombong untuk menerima perlaksanaan syariat Islam sebagai alternatif ? lebih pedih apabila yang menolak syariat ini ialah sebahagian ummat Islam dan pemimpinnya sendiri !

bersambung .......

2 comments:

Anonymous said...

Ustaz, lakukanlah sesuatau...kami pemuda sentiasa dibelakangmu dan akan kehadapan jikalau diberitahu...

Unknown said...

ana xtau nak kta camna..ana nak pikir masalah negara pun susah.dalam negeri pun ana xdapat keistimewaan dari yayasan.alasan mereka ana belajar kat universiti swasta..imbuhan belajar pun xdapat..kemana duit makbapak ana yang bayar kat kerajaan..
ana hanya harapkan duit zakat..
tapi masih xcukup sampai ana terpaksa amik ptptn wlau diri xrela.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive