HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 21, 2010

Aslim Taslam : Terima Islam Kamu Selamat

1. Nabi saw ketika dihantar atau diutus oleh Allah swt berdepan dengan masyarakat Jahiliyyah kuno yang keras menentang Islam . Malah ummat manusia dalam keadaan berpecah antara satu sama lain . Mereka bertelagah dan bersengketa malah berbunuh - bunuhan antara satu sama lain . Dunia waktu itu porak peranda .

2. Nabi saw menghantar surat kepada semua pemuka - pemuka kaum dan pihak berkuasa negara supaya menerima Islam untuk menyelamatkan mereka dan generasi yang akan datang . Ummat manusia disatukan dengan Islam . Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .

3. Saya lihat hari ini , negara kita juga terjebak dalam kancah Jahiliyyah , cuma ia moden berbanding dulu . Maksiat bertambah , mungkar bertambah , rasuah berleluasa . Semuanya gara - gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam .

4. Tanpa Islam negara kita jadi begini . Sosialnya parah dan politiknya kejam . Ekonomi menindas dan tentunya rakyat marhain menjadi mangsa . Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan Penyelarasan semula subsidi kononnya .

5. Ringkasnya , dunia hari ini khasnya negara kita juga perlukan surat atau risalah Rasulullah saw ini iaitu Aslim Taslam . Ianya sesuai dihantar sewaktu UMNO dan BN ghairah mengajak PAS bersatu . Saya kata : Pelan Damai untuk ummat ini ialah Islam atau dalam erti kata lain ialah Aslim Taslam . Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Pastinya ia merupakan seruan kepada semua bukan terhenti antara PAS dan UMNO tetapi kepada seluruh rakyat dalam negara ini dan juga semua parti dan NGO .

Dengan itu , saya berlepas diri ini dengan apa jua percubaan siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam Pelan Damai yang saya cadangkan kepada seluruh ummat Manusia dalam negara ini . Pelan saya mudah : Aslim Taslam : Islamlah nescaya kamu selamat . selebihnya : No Islam No Talk .

2 comments:

wah said...

Orang yang mempunyai serban seperti kamu (bentuk arqam) adalah talibarut musuh yang berjaya menyusup masuk ke dalam Pas untuk mengkucarkacirkannya. Rakan kamu yg serupa adalah nasharuddin mat isa. nama pun sama dengan kamu. kamulah orang-orang yg dinyatakan oleh Hishamudin Rais dan Mat Isa. kamu mendapat tempat di dalam Pas di atas tiket yg mudah. Pejuang sebenar dan teruji adalah seperti mat sabu dan Mahfuz yg telah merengkok di isakan dan telah mengalami pahit maung dalam perjuangan. Bodoh. macamlah tak tahu bahawa umno tu sahabat yahudi, licik dan penuh tipu muslihat. penasihatnya pun yahudi. kamu pula hendak mengelirukan penyokong Pas yg telah lama berjuang. Di zaman Rasulullah, Saiyidina Umar pasti akan berkata,'Ya Rasullullah, izinkan saya memenggal kepala orang ini.'

Anonymous said...

Wah..
Bagaimana dengan Anwar yang terang2 merupakan ahli freemason?

http://www.iosphere.net/~dixonr/officers.html

Bagaimana pula dengan golongan yang terang2 menolak ISlam? Mat Sabu dulunya seorang yang pertama membangkitkan soal Anwar dan sekarang dia yang menolong Anwar?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive