HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, July 24, 2010

Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kebangsaan

1. Insyaallah pada bulan oktober 2010 tanggal 1 , 2 dan 3 haribulan , Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Akademi Tarbiyyah Pemuda sekali lagi akan melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila satu Ijtima' Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu .

2. Ijtima' ini bakal menghimpun 3500 jentera pemuda yang merupakan penggerak dan pengamal tarbiyah disemua peringkat organisasi Dewan Pemuda sebelum satu lagi himpunan besar yang akan menghimpun 30 ribu petugas dan penggerak pilihanraya pemuda pada awal tahun depan di negeri Selangor atau Kedah .

3. Ijtima' Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kebangsaan adalah himpunan untuk memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda disemua peringkat [ Pusat , Negeri , Kawasan dan cawangan ]

4. Himpunan itu akan bermula pendaftarannya selepas solat jumaat 1 oktober 2010 [ 3.00 - 4.30 pm ] dan akan berakhir dengan solat zuhur pada hari Ahad 3 oktober 2010 [ 2.00 pm ] . Lokasi himpunan ini ialah ruang Masjid Rusila untuk aktiviti indoor sementara perkarangan Masjid Rusila [ mukhayyam \ perkhemahan ] untuk program yang bersifat outdoor .

5. Antara program menarik dan penting ialah :

  • Pembentangan kertas dan taujihat Tarbiyyatur Ruuhiyyah : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ]
  • Talaqqi [ menadah kitab ] Tafsir surah al Hujurat [ sehingga khatam dalam tempoh 3 hari ] : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
  • Amanah Khas Amal Tarbawi oleh : Muraaqibul Am Ikhwanul Muslimin Jordan [ Penterjemah : al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Tuan Guru Hj Abdul Hadi ]
  • Taujihat [ motivasi ] Amal Tarbawi dan Amanah Harakah Islamiyyah - 1 : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustazul Murabbi Dato' Yahya Othman [ mantan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS ]
  • Taujihat Amal Tarbawi dan Amanah Harakah Islamiyyah - 2 : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustazul Murabbi Yb. Dato' Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]
  • Pidato - pidato Tarbawi Oleh :
Al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Fadhil Ustaz Dato' Hj Abu Bakar Chik [ Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
Al Fadhil Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub [ Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

  • Aktiviti spiritual seperti qiamulail , munajat , al Mathurat al Kubra dan banyak lagi aktiviti yang menarik bersifat amal tarbawi akan dilangsungkan .

6. Komander program besar ini ialah al Fadhil ustaz Nik Mohd Abduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi Akademi Tarbiyah Pemuda . Insyaallah selepas selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat pada awal ogos nanti , beliau akan keluarkan arahan rasmi kepada semua peringkat [ negeri dan kawasan ] untuk mengambil tindakan selayaknya .

7. Saya mengambil langkah mengisytiharkan terlebih dahulu program ini untuk makluman awal kepada semua pihak agar mengosongkan tarikh [ 1 - 3 oktober 2010] bermula dari EXCO DPPP , EXCO DPPN sehinggalah kepada AJK DPP Kawasan dan Jawatan kuasa Pemuda cawangan [ JPC ]

8. Sementara menunggu arahan dan prosuder rasmi dari Akademi Tarbiyah Pemuda , saya harap beberapa tindakan awal bolehlah diambil sekarang , terutama tuan rumah DPP Negeri Terengganu dan demikian juga seluruh negeri kerana ia juga merupakan program induk DPPP . Sementara sasaran program himpunan ini ialah :

  • Seluruh EXCO DPPP [ tanpa kecuali ]
  • Seluruh EXCO DPPN [ tanpa kecuali ]
  • Seluruh AJK DPP Kawasan [ tanpa kecuali ]
[ * Juga di buka kepada semua ahli pemuda PAS yang berminat melalui pendaftaran khas direct di pejabat DPP negeri - negeri atau pejabat DPPP .]

9. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sangat mengharapkan agar seluruh pemuda dapat menghadhirkan diri atau menyertai program bersejarah ini untuk kita mengembalikan kemantapan amal tarbawi dan memperkasakan gerakkannya dalam Dewan Pemuda PAS khasnya dan dalam PAS itu sendiri secara amnya .

10. Saya juga mengharapkan para dermawan dan sukarelawan yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap perlunya PAS menyemarakkan lagi obor Amal Tarbawi agar ia tidak pudar dan malap menghulurkan sumbangan material dan fizikal bagi menjayakannya . Tentunya ini tanggungjawab kita bersama bagi memastikan wajah PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyah unggul di negara ini terus hebat dan berwibawa .

8 comments:

Anonymous said...

kalau orang biasa yang nak join bleh x?Harap ust dpt respon..ke kena dstar dlu PAS?

Nasrudin said...

Kita semua org biasa :) . Tiada yg luar biasa melainkan kita adalah pejuang - pejuang Islam .

Sebagai makluman ini adalah program dalaman PAS so secara p[rinsipnya adalah untuk ahli PAS .

Insyaallah , program terbuka pada bulan mac himpunan 30K petugas pilihanraya dan aktiviti pemuda masuk kampung pada hari sama boleh disertai

alfindani said...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya sebagai generasi muda amat bersyukur dengan langkah yang diambil ini, dan amat berharap agar PAS kembali ke rel asalnya sebagai sebuah Harakah Islamiyyah yang syumul seumpama Ikhwan dan bukan sekadar Harakah Siyasiyyah semata-mata, setelah sekian lama tarbiyyah kelihatan seperti hampir padam nyalaannya.. rasa sungguh sayu dan rindu sewaktu membaca buku2 lama terbitan Dewan Pustaka Fajar berupa terjemahan2 buku2 Ustaz Mustafa Mahsyur dll pabila membandingkan dengan realiti PAS 20 tahun kebelakangan ini..

semoga Allah meneguhkan langkahmu wahai Ustaz, dan kita semua di atas kebenaran. Ameen.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt ustaz.

alhamdulillah bagus program ni..

muslimat/pemudi boleh ikut serta ke?


~pejuang islam
insyaAllah..

Nasrudin said...

Insyaallah , saya akan bincang dgn pihak sekteriat . PAda asasnya saya setuju pemudi sertai sama program ini . Saya akan maklumkan semula kpd semua

Nisa' Terengganu said...

Kami Nisa' Terengganu sedia menjadi sebahagian tenaga penggerak!

(^_^) Jumpa Ustaz nanti dalam Ifthar pada 8 Ramadhan ini di Terengganu....

Anonymous said...

t.kasih ustaz,

ye,ana menunggu jawapan samaada muslimat/pemudi boleh ikut ke tidak.syukrn.

bersemangat ni mahu ikut . insyaAllah.

pejuang Islam~
insyaAllah..

sembang haroki said...

mengadakan ijtimak amat diperlukan. Namun apa yang kita nak capai dari ijtima' ini? Apakah pas mahu kekal bersifat politik kepartian berjuang menggantkan BN melalui Pakatan Rakyat. Kemudian kepimpinannya diserahkan kepada DSAI sebagaimana wasiat TGNA? Apa sebenarnya manhaj PAS?

Sepatutnya gagasan presiden bahawa pas adalah organisasi siasah, dakwah dan tarbiah mestilah difahami benar2 oleh ahli. Begitu juga ucapan muktamar shah alam bertemakan Islam memimpin perubahan hendaklah dihadham oleh semua ahli. malang kedua2 ucapan dasar ie ipoh dan shah alam, tiada dibuat munaqosyah.. permainan siapa ini? ambe sebagai ahli biasa yang lebih 30 tahun bersama pas amat mengharapkan pas telah bergerak merubahkan diri mereka menjadi harokah islamiyyah. Apakah tawasur harokah islamiyyah masih kabur kalangan kita?
Sebagai cadangan segera, ambe cadangkan adakan satu slot pemikiran qorodhowi berkaitan harokah islamiyyah atau manhaj taghyir islami. Us nasha yang telah berpeluang mengikuti program khas bersama qorodhowi bolehlah diminta perturunkan pemikiran qorodhowi. Namun ini hanya langkah permulaan.

Ambillah peluang secukupnya bersama murokib ikhwan Jordan, mungkin kita dapat jawapan dalam banyak persoalan yang kita masih kabur apakah persoalan kita.jangan rasa malu atau tinggi diri untuk memahami manhaj ikhwan. fahami dulu, tak nak ikut tak mengapa.

mana2 pun, terima kasih ya Ustaz, ambe tetap meyakini kemampuan ustaz merubah pemuda menjadi aljil almansyud almultazim!! teruskan ustaz.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive