HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, July 18, 2010

Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ...

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.90 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .

9 comments:

shamshul anuar said...

Saudara Nasaruddin,

"Kapalselam yang tak boleh menyelam..". Yakah? Saudara dah tengok sendiri kapalselam itu tak boleh menyelamkah?

Siapa sumber berita saudara?

Saudarta suka kerajaan yang macam mana? Menanggung subsidi dan buat negara bankrap akhirnya atau beransur ansur kurangkan subsidi.

Betulkah hasil minyak berlegar di nkalangan pemimpin saja? apa buktinya. Bukankah ratusan billion dibayar pada Kerajaan oleh Petronas dan inilah digunakan untuk beri biasiswa dan macam macam lagi.

Maag kalau tersinggung. Adakah saudara berjubah berserban untuk menipu dan memfitnah.

Hasbullah Pit said...

yang no 2 tu salah.
harganya kini RM 1.90

aku said...

salam,

bila YB nak berkhidmat untuk rakyat kalau asyik berinternet update blog la..Jangan makan duit gaji haram...negara tak akan maju kalau asyik berceramah...lebihkan kerja....

TQ

yusz felda said...

1) Kapal selam, mau tunggu pi tengok dkt baru percaya?

Tuan.. orang Memali mati.. kebanyakan pro Pas.. 1985 kejadian berlaku.. saudara dah pergi tengok kuburan mereka?

Anak2 mangsa Memali akan berdoa siang malam sejak 1985 agar Kerajaan Zalim akan tumbang!!!

Jangan ego saudara tanya itu tanya ini.. saudara jangan terpengaruh dengan imej orang Pas yang berserban, berjubah tak BOLEH MEMERINTAH!

Semua hal tersebut dibahas di parlimen, bahkan ada yg diusul.. namun ditolak Speaker dgn alasan2 yg kita pon x tahu kenapa ditolak.. sedang isu itu besar..

yusz felda said...

salam aku said..

Ust Tuan Blog ini.. pernah digari.. ditahan polis.. kerana rakyat.. kerana saudara.. masa lapang baginya, dia taip sst dan masuk blog atau FB.. usahanya cukup mulia.. byk blog buat link kpdnya.. satu penghormatan kerana ilmunya.. nak lwt semua kawasan dgn aset kew yg kurang, biasalah Pas harap sumbangan derma rakan2.. skdr termampu.. :)

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Saudara yang zalim,memberi gambaran yang salah kepada tindakan kerajaan menarik subsidi.
2.Umum mengetahui bagaimana keadaan ekonomi yang tak menentu kini memerlukan tindakan luar jangkaan tetapi kerajaan melakukannya dengan berhati-hati.
3.Saudara sedang mengarut,tak tahu apa-apa..SERKAP JARANG saja...
sepatutnya saudara menyumbang idea..nak kritik biarlah berIHSAN.

hussin said...

ustaz,

the ball is now at your feet - nak gelecek ke nak tendang? nak biarkan je? nak pas ke nak umno?

"Pakatan cadang kutip RM20 juta bagi tawan Putrajaya"

http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33236:pakatan-cadang-kutip-rm20-juta-bagi-tawan-putrajaya-&catid=14:beritakomentar&Itemid=100133

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Ustaz,

Teruskan perjuangan. perjuangan mengakkan islam ini memang tidak pernah sunyi dari kritikan dan cabaran dari orang Islam yang bertopengkan Yahudi & Nasrani Seperti saudara "syamsul anuar"..adalah seorang polis, ...yang diberi makan seperti anjing upahan pemerintah...makan rasuah etc...hati dah gelap...tidak dapat membezakan keburukan dan kebaikan...

apapun, semoga suatu hari Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya seperti berlaku di Jepun..UMNO tengah gelisah tu...saya boleh dedahkan ip SYamsul kalau ustaz mahu...PDRM punya server..

"berjubah dan berserban" itu adalah SUnnah Nabi...semoga beliau boleh bertaubat dan diberikan hidayah...

Anonymous said...

"Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan "

Askm tuan, saya tidak setuju dengan kenyataan ".... mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan" tidak terbeban dengan kenaikan minyak dan gula yang baru diumumkan. Semasa Pak Lah menaikkan harga minyak dahulu kamilah yang "menyumpah-nyumpah Pak Lah" kerana tidak prihatin terhadap masalah kami kakitangan kerajaan yang kononnya gred DG41. Kami dilihat sebagai orang yang berpendapatan tinggi dan berkemampuan. Kalaulah menteri-menteri ini buat kajian, ramai dalam kalangan kami yang terpaksa berhutang keliling pinggang kerana hendak mencukukan nkeperluan anak-anak dan keluarga. Tindakan Pak Lah itu menyebabkan kuasa beli kami merosot. Gaji kami jauh dari mencukupi.Harga barang naik, harga minyak naik; bermakna perbelanjaan juga meningkat. Tambang bas anak-anak ke sekolah, belanja anak, buku, pakain dan sebabaginya bertambah, sedangkan gaji tidak meningkat. Gitu-gitu juga. Entah teori apa yang Pak Lah pakai sehinggakan kami sangat terbeban. Kemunculan Najib sebagai PM memberikan sedikit harapan untuk meningkatkan kuasa beli kami. Tetapi paku dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Najibpun sama juga tidak pandai menguruskan ekonomi negara. Sebagai kakitangan kerajaan, dan ahli UMNO yang selama ini menyokong kerajaan, saya fikir sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin UMNO hari ini direhatkan. Mereka cakap tak serupa bikin. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Apakah maksudnya slogan ini ialah rakyat didahulukan untuk menerima beban, manakala pencapaian menteri untuk mengaut kekayaan diutamakan? Mudah-mudahan doa kami rakyat biasa dan kakitangan kerajaan dimakbulkan oleh Allah. Amin. Ya Allah, ya Tuhanku, musanahkanlah kerajaan yang zalim di negaraku ini. Amin ya rabbila 'alamin.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive