HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, November 7, 2010

MenGALAS Perjuangan yang Masih Jauh

1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .

2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justeru keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah

3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang dengan memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .

4. Sewajarnya kita bersikap positif dan senantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .

5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.

6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka  , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .

7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui 13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional menang 5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas .

8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi  yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi  Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat .

9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah  ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .

10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.

11. Kita kalah di Galas dan Batu Sapi saat kita sedang siap menghadapi pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya umum kelak . Saya kira tidak perlu kita ratapi kekalahan yang diterima kerana ia tidak mungkin lagi merubah keputusan , sebaliknya fokus kepada persiapan strategik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 . Post Mortem yang  teliti , benar dan jujur mesti dibentang untuk memastikan pergerakkan kita dihari esok berjalan lancar sebagaimana dirancang .

12. Usah kita berasa malu dan hina untuk mengakui kelemahan justeru ia tidak menghilangkan sedikit pun kemuliaan kita asal sahaja kita bermaksud lurus dan ikhlas. Malah ini bukan masanya kita mahu menilik "hidung tinggi" dan menggilap "kasut kilat" sebaliknya ini adalah detik dan ketikanya kita merendah diri , mengakui kelemahan , bersedia ditegur dan dimuhasabah serta apa yang paling penting ialah sedia berubah ke arah yang lebih baik .

13. Kita juga mesti realistik . Elakkan sentimen dalam membaca situasi dan jauhi emosional dalam merangka strategi. Mesyuaratlah dengan hati yang damai dan jiwa yang tenang tanpa pra sangka. Bawa jiwa yang setia pada jamaah dan wala' pada perjuangan Islam yang didokong. Bajai ukhuwwah dan rapatkan saff kita . Akur pada fakta dan bertindak dengan bijak berasaskan keputusan jamaei .

14. Sayugianya kita insaf bahawa kemenangan adalah kekal milik Allah swt. Allah jua lah yang akan menganugerahkan kemenangan tersebut . Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang dikurniakan secara redha kepada kita bukan kemenangan yang diberi secara istidraj [ beri dalam murka ] .

15. Kekalahan kita di Galas dan Batu Sapi bukan pengalaman pertama yang dialami oleh parti tetapi sejak tahun 51 , entah berapa kali parti kalah namun tidak pernah pula generasi terdahulu patah hati dan semangat dalam meneruskan perjuangan sehinggalah ia diwariskan kepada kita hari ini . Ingatlah perjuangan ini tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak diasaskan pada hari ini . Bukan kita yang memulakan perjuangan ini , maka demikian juga bukan kita  yang akan mengakhiri perjuangan ini .

14 comments:

muhammad 40 said...

"kalau dengan kalah islam bangkit maka kalahkan lah, kalau dengan menang islam bangkit maka menangkan lah ya ALLAH.."

Bekas Mahaguru Pertama said...

Assalamualaikum wbt.
Pada era akhir 1970an dan awal 1980an dahulu Tuan Guru Haji Ab. Hadi Awang muncul dgn gagasan perjuangan yg. radikal berasaskan akedah. Bila TGHH menjadi Presiden PAS ramai yang menjangkakan PAS akan memasuki era yang lebih gagah dan ampuh berasaskan akedah; rakyat akan seharusnya menjadi jelas bahawa perjuangan PAS dlm pilihanraya adalah perjuangan Islam dan menentangnya ertinya menentang Islam. Tapi apa yg terjadi?
Meninggalkan imej perjuangan berasakan akedah menyebabkan rakyat ramai berpendapat UMNO dgn PAS sama sahja.Kedua-duanya hanyalah parti-parti politik dan mana-mana parti pun sama sahaja walhal perjangan UMNO sangat jelas membawa kebinasan di Yaumil Mahsyar. Tapi kenapa teras utama PAS -Fatwa Haji Hadi - menjadi layu di tangan pelopornya sendiri? Kenapa?
Sy percaya isu akedah tetap perlu dijadikan agenda utama perjuangan kerana disinilah sumber kekuatan Islam dan PAS.Sepadukan pula dengan Ilmu Tasauf kerana di sanalah inti dan batin ilmu supaya PAS menjadi lebih komprehensif.Fatwa dalam Tasauf mengenai akedah sebenarnya jauh lebih hebat berbanding Fatwa Haji Hadi.
Kami sesungguhnya berpendapat PAS perlu kembali kepada era TGHH sebagai Pesruhjaya PAS Terengganu dahulu baharulah terasa berjuang benar-benar untuk Islam bukannya plihanraya!
Hubungan dengan bukan Islam (DAP)tidak menjadi isu di sini selagi PAS berterusan menerangkan keindahan dan keadilan Islam.
Penyokong UMNO sesungguhnya sangat perlu disedarkan bahawa Islam bukan dalam bentuk yg di amalkan sekarang dalam sistem bernegara - oleh mereka terutama pemimpin mereka.Negara Islam lain! Huraikanlah untuk rayat faham...
Selain itu aktivis PAS jg perlu mendekati orang-orang Melayu dengan cara mengadakan muzakarah dan kunjungan rumah ke rumah.Edarkan risalah mengenai akedah Islamiah dan bermuzakarahlah dgn penuh hikmah memperjelaskan bahawa memilih UMNO ertiinya menolak Islam walaupun bersolat dan beribadah. Percayalah iman orang-orang Melayu biasa menurut persepsi kami setipis nipisnya kulitnya bawang.
Sekian.Wassalamualaikum.

Anonymous said...

Salam Semua kpada Pejuang Islam Khususnya PAS.

Syukur pada Allah swt,Rabb yang mngatur dan mentadbr alam ini.Seluruh paksi kekuatan dimuka bumi ini adalah di bawah kekuasaan Allah Rabbuljalil.Kte manusia hanya merncg sebaiknya yng disitu masih byk cacat celanya dlm stiap ape yg direncanakan dalam mengatur strategi perjuangan.

Kpada seluruh saf pimpinan PAS,kekalahan kecil ini diharap menjadi satu muhasabah pnting yg perlu kita kaji hikmahnya.

Perbaiki tindak tanduk kita.Perbaiki sikap kita dalam menangani dan mendepani sesuatu isu pntng terutama dalam mnghadapi arus jahiliyyah moden kini.Pandng sume ini dgn hati yg sejahtera serta jiwa yg lembut.

Jgn termakn dgn suasana politik semsa shgga kita turut sama 'kabur' dlm mmbaca keadaan yg beri impak maksima dimasa akan dtg.Perbaiki kuliti kerja kita,semua mainkan perann ikut tugsa masing2,jgn cuba mengumpul seluruh tugas yg byk sekilip mata sdgkn kita x mmpu menanganinya.Ahli parlimen brtugas sbgai ahli parlimen,ketua cwngn bertugas sbgai ketua cwngn dgn meletakkn mardhatillah matlmt utma dlm kerja kita.Perbaiki dan pertingkatkn hubngn sosial dgn masyarakt setempat.Perbanyakan forum,pidato dan ceramah berkisar utk menerangkn ape itu islam sbnr pada seluruh lapisan masyarkat.jika kita hnay tumpu pd gerakan politik smata,kita tidak mmpu bertahan."Refresh' gerak kera kita.Masyarakat diluar sana masih tidak faham ape itu islam dan hukum keadilnanya mngkut perspektif yg tept.Ini yg kita kena perbykkn mulai sekrang dan Harap Pemuda PAS dpt bawa usul cdgn ini ke majlis syura Ulama.Wallahualam

n.ajis said...

melihat apa yg berlaku di PP, umat Islam di seluruh Msia wajar insaf peranan DAP meminggirkan kedudukan Islam secara sistematik serta memastikan Islam dan Melayu tidak ada tempat dalam ekonomi mahupun pentadbiran.
ditambah dengan kelemahan PAS memacu dasar PR, DAP semakin berani meluaskan pengaruhnya untuk menegakkan sebuah negara sekular tulen, di mana taraf Islam dan agama2 lain adalah sama. ini bermakna peruntukan untuk Islam dan agama2 lain sama. identiti negara ini tidak lagi berpaksikan Islam. adakah ini yg PAS mahu setelah berjaya menumbangkan BN nanti?

samsudin said...

masalahnya sheikh kepimpinan kita sukar menerima krikan..buat program hanya untuk syok sendiri sahaja sampaikan masyarakat kita tak kenal pun Presiden kita ,,,perlu ada skuad khas untuk promosi kita punya Presiden supaya lebih dipandang aktif...apaberlku kepada Muslimat tak terfikir ke cara nak tarik golongan muda(Nisa sudah menjadi beku apabila berhadapan dengan puteri umno)..ni lagi satu nak ingatkan di Melaka terlalu memuja sangat kakitangan kerajaan sehinggakan buat program semuanya pada har Sabtu..jangan lupa sokongan banyak dari puak swasta ..yee

taipingmali said...

kekalahan Pas kerana Pemimpin Pas sendiri yang mengkhianati pengundi. Dalam PRU 12 Pas menghasut supaya jangan memberi undi kepadaa calon bukan Islam. Haram hukumnya. Akan tetapi apabila Pas sanggup bergabung dengan Kapir Harbi dan Peliwat yang dikutuk semasa dalam Umno dahulu menyebabkan Pas hilang kredibaliti. Pas dilabel sebagai penipu, pengkhianat bangsa dan mempermainkan hukum Allah apabila halalkan diri bersama kafir. Pas tidak kuat, pakatan juga tidak kuat tetapi kerana kesilapan Pak Lah dan Kj , rakyat memilih pembangkang sebagai tanda protes, ingat,, bukan kerana Pembangkang kuat

Anonymous said...

salam,
PAS kalah sebab PAS buat apa yang UMNO buat selama ni. PAS tak pernah belajar sebab apa orang tolak UMNO.

UMNO tak kan redha dengan PAS selagi PAS tak buat macam mana yang UMNO buat. UMNO akan senang hati kalau PAS ikut apa yang UMNO pernah dan selalu buat dan ini akan memudahkan UMNO untuk mengeksploitasikan sesuatu perkara.

Apakah perkara yang PAS lakukan yang sama dengan apa yang telah UMNO lakukan yang sememangnya jijik pada pandangan rakyat:

1. Masa berlaku pilihanraya baru turun padang jumpa rakyat nak bagi geran tanah/peruntukan dan lain2(laporan harakah_).

2. Bercadang untuk memberi imbuhan kepada sesiapa yang balik mengundi (HARAKAH).

3. Masa berlaku pilihanraya baru nak bagi wang zakat (HARAKAH).

4. Pendekata PAS macam UMNO juga, bila tiba masa pilihanraya baru nak tahu susah senang rakyat dan tunjuk kebaikan dengan memberi bantuan itu dan ini dengan niat rakyat memberi undi kepada mereka.

Selagi mana PAS ikut cara UMNO selagi itu PAS tidak akan menang.

PAS perlu komited melaksanakan islah dalam pemerintahan berdasarkan Islam sepertimana yang dicita-citakan bukan menggantikan UMNO kemudiannya meneruskan apa yang dilakukan UMNO.

TK

Unknown said...

Aku suka artikal kau. Tiada tuduh menuduh. Tiada menunding jari. Semuanya untuk muhasabah diri. Sangat terpuji.
Tapi itu lah PAS. Sentiasa bermuhasabah. Elok dinasihatkan sikit rakan kau dalam PKR. Segala yang buruk berlaku dalam parti, semua salah UMNO/BN.
Kalau kalah PRK, semua salah SPR. Tidak pernah salah sendiri. Kalau kalah SPR jahat, kalau menang SPR buat kerja. Apa cerita?
Sila nasihat rakan kongsi anda. PKR dan makin jau sesat. Jangan sampai PAS pon sesat.

Anonymous said...

Inikah akhlak 'ulama' PAS apabila bersalaman dengan 'MANUSIA'?
http://www.youtube.com/watch?v=YPeQAQc2wh8&feature=player_embedded

Anonymous said...

Hinakah 'MANUSIA" yang ingin bersalaman dengan 'ULAMA' sehingga 'ULAMA' tersebut langsung tidak mahu mengangkat tangannya dan tidak mahu pula memandang wajah orang yang bersalaman?
BIADAB!!!!!!!

Anonymous said...

Saya gembira dengan komentar saudara/i meskipun dalam bentuk kritikan . Namun biarlah kritikan yang membina , berakhlak dan beradab.
INIKAH ADAB YANG SAUDARA MAKSUDKAN?
http://www.youtube.com/watch?v=YPeQAQc2wh8&feature=player_embedded

Anonymous said...

Nampaknya ada pemimpin sudah alpa dengan jawatan yang ada, mula lupa turun kebawah, bercampur dengan koroni aja, kami di akar tidak di baja. dulu rajin kesurau dan masjid, dulu rajin buat majlis ceramah dan pengajian, dulu duduk di atas rumput saja, bila kesenangan ada perjuangan di lupakan. Sekarang jemaah di surau dan masjid pun payah jumpa. Macam orang UMNO dulu.. Ustaz tekan kan perkara ini.

Anonymous said...

harap pemuda PAS jangan macam pemuda UMNO masa meraih kemenangan.

Anonymous said...

Sya amat harap pemimpin PAS tak akan lupakan Islam apabila menang dan berkuasa kelak....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive