HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, September 2, 2011

Al Wuzara mesti diambil tindakan tegas

l- Wuzara Mesti diambil tindakan tegas.

1. Menghina Islam adalah satu perbuatan jenayah terkutuk. Selain daripada hujjah sebagai satu mekanisme menghadapi pelbagai pihak situasi yang keliru mengenai Islam, tindakan undang - undang juga sangat diperlukan terutama kepada mereka yang bertindak keterlaluan menghina dan mempersendakan agama Islam. Tambahan pula mereka bergerak secara terancang dan sememangnya berniat jahat terhadap Islam dan ummatnya.

2. Saya merujuk penegasan ini kepada kes penghinaan terhadap Allah, Rasul dan agama Islam yang dilakukan oleh "Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara" melalui laman blognya. Ianya telah mendapat liputan luas seluruh dunia malah banyak pihak telah creat pelbagai laman sosial khas untuk berdepan dengan penghinaan yang melampau ini. Terbaru, satu pendedahan serius mengenai identiti Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara ini telah dilakukan. rujuk : http://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif

3. Tidak perlu saya butirkan di sini apakah bentuk penghinaan yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini. Semua pihak boleh merujuk kepada blognya.  [http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/]  dan juga laman facebooknya. Saya yakin perkara ini juga telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa agama negara kita. Cuma, yang masih dinanti ialah tindakan berkesan dari pihak berkuasa bagi menangani jenayah ini.

4. Siasatan rapi juga mesti dilakukan terhadap pendedahan identiti yang telah dilakukan dan jika ia suatu pendedahan yang benar, pihak berkuasa agama mesti mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang telah menghina agama Allah swt dan telah mencederakan perasaan ribuan juta ummat Islam di seluruh dunia khasnya ummat Islam di negara ini.

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengharapkan satu pendakwaan dikenakan ke atas individu tersebut oleh pihak berkuasa agama seperti JAKIM bagi mewakili seluruh ummat Islam negara ini. Individu Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara yang didedahkan sebagai  Adlin binti Abd Jalil perlu disiasat dan diadili segera sebelum ianya mencetus kemarahan ummat Islam.

6. Kami tegaskan bahawa perkara ini serius dan sekali - kali tidak boleh dipandang ringan apalagi untuk berlepas tangan. Isu ini sudah berlalu terlalu lama dan ummat Islam tidak boleh bersabar lagi. Selaku pihak berkuasa, tindakan segera mesti diambil dan kami menunggu dalam tempoh 10 hari daripada sekarang untuk sebarang tindakan positif dari pihak berkuasa agama terhadap isu ini.

7. Kami kesal apabila mutaakhir ini rakyat hanya dimomokkan dengan bahaya komunis yang kononnya cuba dihidupkan kembali sedang komunis hanyalah "hantu" dan igauan yang sengaja dicipta dan dihidupkan untuk mengalih tumpuan kepada isu dan bahaya sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat khasnya ummat Islam di negara ini.

8. Bukanlah komunis itu tidak bahaya, tetapi negara kita telah aman dan bebas dari ancaman komunis. Malah saya juga yakin, tiada siapa khasnya dari kalangan ummat Islam yang mahu mwnghidupkan semula fahaman komunisme terutama di zaman ini. Sebaliknya apa yang berlaku ialah rakyat bangkit berjuang untuk menegakkan Islam dan menuntut pemulihan sistem demokrasi.

9. Tanpa tindakan berkesan dan positif dari pihak berkuasa agama terhadap kes penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, Dewan Pemuda PAS Malaysia memberikan komitmen untuk menggerak dan memimpin kebangkitan Sejuta  Ummat sehinggalah individu terbabit diambil tindakan dan mereka yang menjadi dalang atau pihak yang melindungi kegiatannya turut diambil tindakan tegas.

10. Saya juga menyeru kepada seluruh ummat Islam agar mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang mantap agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda yang cuba untuk meruntuhkan aqidah Islam. Para alim ulama' mesti bersatu dan bangkit mempertahankan aqidah ummat Islam serta memberikan penjelasan serta kemukakan hujjah mendepani kekeliruan yang sengaja ditimbulkan terhadap ajaran Islam. 

Akhirnya saya menasihati diri saya sendiri, seluruh ummat Islam, pemimpin dan ulama' mereka, agar jangan sekali - kali  leka dan asyik diselimuti kedinginan penghawa dingin dibilik seminar atau pejabat masing - masing. Jangan alpa dengan persoalan - persoalan remeh yang hanya membincangkan soal doa mesti tadah tangan atau tidak ?  solat subuh kena baca qunut atau tidak ? Jangan hanya memikirkan soal kepentingan politik dan percaturannya sehingga isu melibatkan aqidah ummat Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan dalam perjuangan mereka . Jangan hanya kerana memikirkan soal survival kuasa sehingga memejamkan mata terhadap isu yang melibatkan masa depan aqidah ummat Islam. 

Ingatlah, amanah utama selaku ummat Islam, pemimpin dan ulama' mereka ialah memelihara dan menegakkan Islam serta mengurus kehidupan [ekonomi, politik dan sosial] di dunia ini berdasarkan agama yang diwahyukan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta. Justeru itu, laksanakan amanah tersebut sebelum kita semua dihitung nilai oleh Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

4 comments:

A.Fathi said...

Assalamualikum.

Saya menyokong Ust. Mohon pihak berkuasa ambil tindakan segera. Jika dibiarkan hal ini berlarutan, nescaya kita akan diundang malapetaka/bala daripada Allah SWT.

A.Fathi

A.Fathi said...

Ust,
tambah satu lagi selain blog dan facebook. Twitternya juga menghina Islam.

CAPTAIN said...

SALAM,

SAYA SETUJU SANGAT APA YANG DITULISKAN DALAM POSTING NI OLEH BELIAU..

FOKUS PADA PERKARA YANG PENTIMG YANG MENGANCAM AKIDAH UMAT ISLAM DARIPADA ISU KOMINIS DAN PENJAJAH..

PAS MESTI LEBIH BIJAK DAN MATANG DALAM PERKARA INI.

WASALLAM.

tokgaru said...

Isu "Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara"

Sudara Nasrudin

Kenapa Pemuda Pas sibuk sangat mendesak pihak berkuasa supaya ambil tindakan. Bagi date line lagi. Kalau tak ambil tindakan nak buat demo atau perarakan macam Bersih 2.0 ker ?

Adakah kerana Makcik tu sorang melayu. Maka berani lah korang nak desak pihak berkuasa ambil tindakan ? Apa hal dengan isu gereja dan 12 orang melayu yang cuba mereka murtadkan tu ? Mana suara Pas ? Mana suara Pemuda Pas ?

Jangan hanya tunjuk berani kepada sesama melayu saja. Bila kena dengan bukan melayu dan kristian, menikus jadinya.

Pejuang islam jenis apa korang nih ?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive