HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, December 6, 2011

PAS Sedia Terima Syiah ?

Saya ditohmah dan difitnah kononnya menerima syiah masuk ke dalam PAS. Mereka cuba mengeksploitasi dan memanipulasi ucapan saya semasa Forum bersama Yb. Khairy Jamaludin dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin di Auditorium Karangkraf Shah Alam tempohari. Khabarnya potongan klip video yang diedit dan di manipulasi itu sedang diedar dan disiar kepada umum khasnya melalui internet [youtube].

Jawapan saya :

Pertama : Teliti dulu ucapan saya secara adil, jujur dan benar. Berikut adalah kenyataan asal saya yang salah letakkan dalam pengikat kata "........."

" kita PAS sebagai sebuah parti politik yang berlandaskan kepada Islam. Sikap kita terbuka untuk memimpin masyarakat dan ummah. DASAR KITA ialah AHLI SUNNAH wal JAMAAH. Itu jelas dalam perlembagaan kita pun jelas disebut Al Quran dan Hadis dengan menggunakan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah"

"adapun diluar sana, orang nak sokong PAS, macam - macam latar belakang, macam - macam jenis orang yang sokong PAS, baik...  UNTUK MEREKA SOKONG, kita boleh menerima sokongan mereka. Kita mesti bersifat terbuka dan bersifat lapang dada untuk berkawan dengan mereka supaya kita mampu MENYAMPAIKAN RISALAH PERJUANGAN kita. Kalau kita tutup pintu, MACAM MANA RISALAH PERJUANGAN KITA NAK SAMPAI ? "


" kita nak memPERJUANGKAN ISLAM . kita nak tegakkan aqidah Ahlis Sunnah wal Jamaah .... tetapi kita TUTUP awal - awal pintu, jangan siapa berkawan dengan kita oleh kerana ia berbeza pandangan, aliran pemikiran dengan kita. ITU SALAH . Kita mesti buka pintu
"

Apabila  saya ditanya oleh moderator, KALAU SYIAH NAK MASUK PAS BOLEH ?

saya jawab tegas : "mereka boleh menyertai PAS dengan SYARAT mereka MESTI mengikut DASAR PAS"

Kedua :

Saya lihat tiada apa yang tidak betul pada ucapan saya dan sekali - kali tidak menunjukkan PAS syiah, menyokong apatah lagi menganut syiah.

Apa yang saya sebut, kalau mereka mahu menyokong PAS kita terbuka untuk menerima sokongan tersebut. Bukan sahaja Syiah malah Non Muslim nak sokong PAS kita terima sokongan mereka sehingga membawa kepada penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]

Menyokong dan menyertai adalah dua perkataan yang berbeza pada pengertiannya. Menyokong tidak mengapa. Siapa pun boleh sokong dan kita boleh menerima sokongan mereka dengan baik.

Adapun "menyertai" memerlukan komitmen dan tertakluk kpd syarat dan dasar. Lalu saya menegaskan, kalau orang syiah mahu menyertai PAS , boleh TAPI dengan syarat mereka mesti mengikuti DASAR PAS. Sedang dasar PAS ialah ISLAM [Fasal 3 Perlembagaan PAS Pindaan 2011]

Mazhab PAS ialah mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah. Lihat Fasal 7 Perlembagaan PAS Pindaan 2011 Hukum dan Kekuasaan:  [adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan  SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.] ~ ini manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

justeru itu tidak berbangkit PAS Syiah atau menerima syiah menjadi anggotanya. Malah PAS pernah mengambil tindakan disiplin dan sebahagiannya dipecat dari PAS kerana terbukti terlibat dengan syiah.

Saya ingin tegaskan di sini, PAS konsisten mendidik masyarakat melalui ceramah, kuliah dan taklimat dalaman oleh pimpinan PAS bahawa anggota atau ahli PAS mestilah Ahlissunnah wal Jamaah. Kita menolak aqidah yang dibawa oleh Syiah.

Adapun untuk menuduh seseorang itu syiah dan mahu mengambil tindakan, kita mesti terlebih dahulu mempunyai bukti. Tidak boleh tuduh dan jatuh hukum ke atas seseorang tanpa bukti kukuh.

Saya selalu minta, sila tunjukkan bukti jika ada sesiapa anggota atau pimpinan PAS menganut Syiah, insyaallah saya sendiri akan desak parti untuk mengambil tindakan. Tanpa bukti kita tidak boleh bertindak atau menuduh.

Kalau kita kata syiah ini ada taqiah, maka kita tidak boleh datang bukti, maka kita tidak boleh menuduh apalagi mahu mengambil tindakan. Sebab kita tidak mengetahuinya. Kita serah kepada Allah swt, sementara itu kita terus mendidik ahli dan pimpinan parti untuk memiliki aqidah Islam yang benar, akhlak Islam yang soleh dan fikrah Islam yang syumul.

Kesempatan ini saya tegaskan, bahawa terdapat ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam selain syiah iaitu fahaman sekularisme, nasionalisme dan isme - isme moden yang lain yang bertentangan nilai dan prinsip dengan syariat Islamiyyah. Semua isme ini juga ditolak oleh PAS.
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive