HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, August 5, 2013

Khutbah Khas Aidilfitri 1434 : Laksanakan Syariat Islam




الله أكبر.  الله أكبر   الله أكبر. الله أكبر.  الله أكبر   الله أكبر. الله أكبر.  الله أكبر   الله أكبر كبيرا و الحمد لله كثيرا و سبحان الله بكرةً و أصيلاً. و الحمد لله و ما توفيقي إلا بالله عليه توكّلتُ وإليه أُنيب. و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. لقد مَنَّ على المؤمنين إذ بَعَثَ فيهمْ رسولاً مِن أنفسهم يَتْلُو عليهم آياتِهِ و يُزَكّيْهِم و يُعَلّمُهُمُ الكتابَ و الحكمةَ و إن كانوا مِن قبلُ لفي ضلالٍ مبين. و أشهد أنّ محمدا عبدُه و رسولُه و صَفِيّهُ و خَليلُهُ أَرْسَلَهُ رَبّهُ سُبحانَهُ و تعالى رحمةً للناس بشيرا و نذيرا فبَلّغَ الرّسالةَ وأَدَّى الأمانةَ وهَدّي الأمَّةَ و كَشَفَ الغُمَّةَ و جاهَدَ في اللهِ حَقَّ جِهادِهِ. اللهُّمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عليه وعلى آله و أصحابِه الطَّيِّبِيَن الطَّاهِرينَ الَّذين تَأَدَّبُوا بآدابِه و تخَلَّقُوا بأخلاقِه فكانوا هُداةُ مَهْدِيّينَ و قادَةُ مُنْتَصِرين؛ فقال الله تعالى في كتابه المبين { ياأيها الذين آمنوا  اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون}


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

1. Fajar Syawal adalah fajar kemenangan. Ianya diraikan oleh ummat Islam di seluruh dunia saban tahun. Gema Takbir, tahmid dan tasbih untuk memuja dan memuji kebesaran Allah Jalla wa A'la, dikumandangkan dengan penuh tawaadhu' dan tawajjuh. Meraikan sebuah kemenangan agong yang telah menobat dan memartabatkan Islam sebagai agama fitrah.

2. Pada kesempatan ini, marilah kita merafa'kan setinggi - tinggi syukur kepada Allah swt atas anugerah kemenangan yang telah memuktamadkan Islam sebagai satu - satunya cara dan gaya yang selamat untuk hidup di dunia serta bahagia di akhirat. Justeru tiada lagi pilihan buat ummah ini melainkan terus berpegang kepada sunnah dan syariat. Wasiat Baginda Rasul saw sebagaimana yang diriwayatkan dari Abi Najih Al I'rbadh bin Saariah [ أبي نجيح العرباض بن سارية  ] ra:


أُوصِيكُم بتقوى اللهِ عَزّوجل وَ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ و إنْ تَأَمَّرَ عليكُمْ عبدٌ فإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافا كثيرا فَعليكُم بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الخُلَفاءِ الرَّاشِدين المهدِيِّين عَضّوْا عليها بالنَواجِذِ و إيَّاكم و مُحْدَثاتِ الأمورِ فإنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضلالةٌ

“Aku berwasiat kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taatlah [ kepada pemimpin ] sekalipun pemimpin yang dilantik ke atas kamu adalah seorang hamba, maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya krisis yang dahsyat [ di kalangan ummat manusia ] Maka wajiblah ke atas kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah sunnah itu seerat - eratnya dengan geraham kamu dan berwaspadalah terhadap perkara yang direka maka sesungguhnya setiap perkara yang direka [dalam agama] adalah sesat.” Hadis diriwayat oleh Imam Abu Dawud dan Tarmizi dan Imam Tarmizi berkata “Hadis ini Hasan Sohih”

3. Hari ini kita berhadapan dengan suatu zaman yang penuh pancaroba. Zaman yang menyaksikan serangan bertali arus ke atas Islam dan ummatnya. Bermula dari percubaan musuh Islam merancang untuk memadam cahaya agama Allah swt dengan meniup masuk pelbagai pemikiran asing yang bertentangan dengan prinsip dan amalan Islam, mereka turut menaja penyelewengan aqidah dan penyimpangan moral agar ummat Islam keliru dan akhirnya meninggalkan Islam.

4. Realiti ini telah didedahkan oleh Allah swt di dalam Al Quran :


يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As Saff : Ayat 8)

Firman Allah swt :


وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Dan senantiasalah mereka [ musyrikin ] akan memerangi kamu sehingga kamu berpaling dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya, dan barangsiapa yang berpaling di kalangan kamu dari agamanya lalu ia mati sedang ia kufur kepada Allah swt, maka batallah segala amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni api neraka jahannam dan mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al Baqarah : ayat 217)


الله أكبر. الله أكبر. الله أكبر. و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian.

5. Setelah kita berjaya menamatkan “Kursus Pengabdian diri kepada Allah” selama sebulan di Madrasah Ramadhan Al Mubarak, kini sewajarnya kita tampil dengan penuh semangat dan berani berbekalkan kekuatan spiritual yang dibina sepanjang Ramadhan, untuk bersiap sedia mempertahankan Islam dan kesuciannya. Sementara tanggungjawab memperjuang dan mempertahankan Islam adalah kewajipan setiap individu muslim.

Demikianlah Allah swt memerintahkan kita :


وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.” (Surah Al Baqarah : Ayat  193)

6. Kita tidak boleh membiarkan aqidah, fikrah dan akhlak generasi kita dimusnahkan oleh musuh Allah swt. Bangkitlah pertahankan Islam dari segenap arah dan sekira-kira di mana jua kalian berada.

Langkah Pertama :

Marilah kita menyemarakkan Ilmu Islam dalam kehidupan kita. Basmi kejahilan dan jangan biarkan kita, keluarga dan masyarakat keliru mengenai Islam. Tuntutlah ilmu dari sumber Islam yang tulen dan rujuklah para alim ulamak yang muktabar. Jangan benarkan ideologi yang asing daripada Islam dianut dan dijadikan pegangan seperti sosialis, kapitalis, nasionalis jua termasuk fahaman sekular, Islam Liberal dan Syiah yang kian melanda negara kita mutaakhir ini.

Sebaliknya dekati majlis ilmu dan para alim ulamak yang muktabar untuk memahami Islam dengan lebih baik sekaligus menyelamatkan aqidah, pemikiran dan akhlak generasi kita.

Langkah Kedua :

Mengambil semangat kemenangan Islam ke atas tentera musyrikin dalam peperangan Badar dan kejayaan Islam mengalahkan tentera Ahzab di Madinah, sedang kedua-duanya menjadi topik hangat perbincangan ummat Islam disepanjang bulan Ramadhan dan Syawal, maka marilah kita semarakkan semangat jihad dan semangat juang untuk menentang kemungkaran dan kemaksiatan yang kian berleluasa.

Kemungkaran yang paling bahaya dan besar risikonya ialah kemungkaran aqidah dan kemungkaran pemikiran. Kedua - duanya mesti ditangani dengan gigih oleh setiap ummat Islam. Jangan leka dan lalai, sungguhpun kita bergembira di pagi Syawal ini, namun kegembiraan itu adalah untuk melahirkan rasa syukur dan membugar semangat menang menentang kemungkaran. Bukan gembira yang melalaikan dan akhirnya kita lagha dari tanggungjawab memperjuangkan Islam lalu kita kalah dan tewas diasak pemikiran asing yang mengeliru dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Langkah Ketiga :

Islam adalah agama yang wajib diamal dan dilaksana oleh setiap penganutnya. Sebahagian dari perlaksanaannya ialah menyampaikan Islam ini kepada masyarakat dan mendidik mereka dengan penuh hikmah. Islam bukan agama yang beku dan jumud sebagaimana Islam bukan agama indidvidu dan eksklusif. Semua dari kalangan kita mestilah berperanan sebagai ejen penyebar Islam yang berkesan dan ia mesti bermula daripada diri kita sendiri yang bersedia untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat.

الله أكبر. الله أكبر. الله أكبر. و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian

7. Detik ummat Islam menyambut kemenangan bergaya ke atas nafsu dan syaithan kerana berjaya menamatkan ibadah puasa sepanjang Ramadhan, diserikan pula dengan kehadhiran Lailatur Qadar yang membawa kebaikan melebihi 1000 bulan ini, sekali lagi kita merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga tingginya kepada Allah swt di atas anugerah besar yang dikurniakan kepada kita.

8. Maka, tanda kita bersyukur kepada Allah swt, saya menyeru kepada semua ummat Islam, muslimin dan muslimat agar sama - sama kita gerakkan kempen besar - besaran ke arah Perlaksanaan Undang - Undang Jenayah Islam di Malaysia. Ianya perlu didokong oleh seluruh ummat Islam, memandangkan keadaan indeks jenayah dalam negara kita mutaakhir ini kian parah dan membimbangkan.

9. Setelah kita menyaksikan sendiri dengan mata kepala kita, betapa undang - undang ciptaan manusia gagal menangani jenayah. Usahlah berdegil lagi untuk terus angkuh dengan kegagalan dan mendokong kebathilan. Ummat Islam di negara ini mesti bangkit mencetuskan gelombang sokongan dan mendesak supaya negara kita sedia melaksanakan undang - undang jenayah syariah. Kita tiada pilihan lagi melainkan inilah solution yang terbaik. Justeru itu Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta telah mengarahkan perlaksanaan undang - undang syariat ini. Firman Allah swt :


وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).” (Surah Asy Syura : Ayat 10)

Firman Allah swt :


أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِّن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.” (Surah Al Anaʻam : Ayat 114)

Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Al Maaidah : Ayat 49)

الله أكبر. الله أكبر. الله أكبر. و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian.

10. Marilah kita menjadikan  Syawal 1434 hijriah ini sebagai turning point untuk melakukan perubahan dalam hidup kita. Samaada secara individu, masyarakat mahupun negara. Jangan lagi ada dikalangan kita yang hanya berpeluk tubuh dan sekadar mampu mengeluh di anjung rumah menyaksikan kebejadan demi kebejadan melanda kehidupan masyarakat dan negara kita dewasa ini. Sebaliknya kita berkewajipan untuk bangkit dengan penuh keinsafan, menggerakkan bayu kesedaran dan angin perubahan demi masa depan masyarakat dan negara yang diredhai oleh Allah swt. Firman Allah swt :


إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بأنفسهم
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar Ra'd : Ayat 11)

11. Sampai bila kita harus menanti dan menunggu untuk bangkit lalu bertindak? Apakah kita mahu menunggu masyarakat dan negara ini porak peranda, musnah binasa dan derita sengsara sebagaimana nasib yang dialami oleh negara - negara bergolak pada hari ini, baru lah kita mahu melakukan reformasi, tajdid dan islah ? kala itu , segalanya telah terlambat dan kita hanya akan diselubungi penyesalan yang tidak berkesudahan. Ingatlah pesan Nabi saw :

والذي نفسي بيده لَتأمُرُنَّ بالمعروفِ ولَتَنْهَوُنَّ عن المنكر، أو لَيُوْشِكَنَّ اللهَ أَنْ يُبْعَثَ عليكم عِقاباً منه ثُمَّ تَدْعونَهُ فلا يُسْتَجابُ لكم
“Dan demi diriku di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menegakkan Al ma'ruf [ syariat ] dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran atau [ jika sekiranya kamu enggan untuk menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran ] nescaya hampirlah Allah swt mengutuskan balasan azab dariNya, kemudian kamu berdoa [ untuk menolak musibah ] maka doa kamu tidak mustajab lagi.” Hadis Riwayat Imam Tarmizi dari Huzaifah

الله أكبر. الله أكبر. الله أكبر. و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian

12. Ramadhan yang berlalu telah mendidik kita agar sentiasa meneladani Al Quranul Karim sebagai sumber rujuk dalam apa jua perkara dan urusan hidup kita, samaada urusan dunia mahupun urusan akhirat. Sememangnya Al Quran adalah petunjuk Allah swt bagi memandu ummat manusia sampai ke pintu syurga. Tanpa Al Quran, ummat manusia akan sesat kehilangan arah dan lebih malang apabila mereka bakal terjerumus ke dalam api neraka jahanam.

13. Lantaran itu, usah lengah dan ragu lagi. Dekatkan diri kepada kepada Allah swt dengan menjadikan Al Quran sebagai teman setia anda. Bacalah Al Quran, fahami dan laksanakan lah apa yang terkandung di dalamnya. Berpaling dari kalam Allah swt yang terkandung di dalam Al Quran hanyalah mendorong kemurkaan Allah ke atas kita. Ingat Firman Allah swt :


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ
“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.” (Surah As Sajdah : Ayat 22)

14. Kita sebetulnya tidak memiliki sebarang authoriti untuk menolak ayat-ayat Allah swt setelah kita mengikat kontrak hidup di muka bumi ini dengan menggunakan 100 peratus nikmat kurniaan Allah swt. Kedegilan kita menolak dan mengingkari ayat-ayat Allah swt hanyalah satu tindakan nekad untuk membinasakan diri sendiri dalam azab Allah swt di akhirat kelak. Sedang Allah swt telah memberikan peringatan kepada kita semua, firman Allah swt :


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan bakar panggang mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An Nisa' : Ayat 56)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian

15. Janganlah kita ragu terhadap ketetapan Allah swt. Setiap akta dan enekmen yang digubal dan dimaktubkan di dalam al Quran adalah keputusan muktamad dari Allah swt Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mencipta. Sifat orang yang beriman kepada Allah swt dan hari Akhirat ialah optimis dan yakin kepada ayat dan Rasul-Nya saw. Firman Allah swt :


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang yakin kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al Hujurat : Ayat 15)


بارك الله لي و لكم في القرآن الكريم و نفعني و إياكم بالآيات و الذكر الحكيم.  أقول قولي هذا و أستغفر الله العظيم لي و لكم و للمسلمين أجمعين

KHUTBAH KEDUA



اللهُ أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، اللهُ أكبُر, وَللهِ الْحَمْدُ. اَلْحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ. وَأَشهَدُ أَنَّ محمدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اَلرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالْمِصْبَاحُ الْمُنِيْرُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَه

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah

16. Hari ini kita menyambut hari raya Fitrah atau Aidilfitri hasil daripada kejayaan perjuangan kita dan penat lelah segala ibadat dan amal kebajikan yang kita laksanakan selama sebulan di bulan Ramadhan , kalau bebanan terasa berat kita memikulnya kini sudah terasa ringan, kalau sebahagian dari perkara terbatas dan terasa terikat untuk kita lakukan di waktu siang hari bulan ramadhan, hari ini sudah terbuka bebas.

17. Namun begitu kebebasan yang diberi pada hari ini masih ada sempadannya. Kerana hari raya kurniaan Allah kepada umat Islam adalah juga merupakan ibadat lanjutan dari bulan Ramadhan yang penuh keberkatan . Walaupun kita diharuskan menyambut dengan penuh kegembiraan dan memeriahkan kebesarannya tetapi perlu dihayati dalam lingkungan yang dibenar oleh syarak. Untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa.”

18. Sempena menyambut hari raya ini serta berlalunya Ramadhan baru lepas yang sama-sama kita raikan, marilah kita memperteguhkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya di samping mempertingkatkan semangat juang untuk membela Islam seperti mana tawaran Allah dalam firman-Nya :


تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ. يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Saff : ayat 11-12)

19. Hari ini, marilah kita sama - sama berselawat dan mengucap salam kenatas Baginda Rasul saw, Nabi akhir zaman yang bertanggungjawab menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah.


اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا

اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive