HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, February 15, 2016

Menangani Malapetaka Fitnah Sudah Menjadi Sunnah Perjuangan Islam

Fitnah adalah senjata paling tua di atas muka bumi. Ia juga adalah senjata yang paling berkesan. Sering diguna oleh pihak lawan kita yang licik, “gila jawatan” malah tidak terkecuali oleh lawan berwajah kawan. Era media baru yang kini melahirkan “cyber trooper” dan “keyboard warrior” meletakkan fitnah lebih tajam, pantas dan berbisa. Kita ditakdirkan oleh Allah Ta’ala untuk berjuang dan berdakwah di zaman seperti ini.
Bagaimana pun bentuk fitnah yang dihasilkan sepanjang zaman, matlamat dan objektifnya adalah serupa. Membunuh, mengkhianati, menjatuhkan, memporak-perandakan dan lain-lain perkataan seerti adalah antara yang mahu dicapai melalui fitnah. Fitnah ini buta dan tidak mengenal siapa. Hanya mengikut arah “director”-nya. Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam dan isteri baginda pernah difitnah, inikan pula kita.

Bagaimana menangani fitnah adalah suatu yang sangat subjektif. Namun Nabi sallallahu‘alaihi wasallam telah memberi garis pandu agar kita tidak menjadi mangsa dan pemangsa. Justeru fitnah adalah suatu yang sangat merbahaya sama ada mangsa mahupun pemangsa. Hayatilah wasiat Nabi sallallahu‘alaihi wasallam;
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ.
“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Dengar dan  taat  sekalipun pemimpin yang dilantik di kalangan kamu hanyalah seorang hamba. Maka barangsiapa yang masih hidup dikalangan kamu nescaya ia akan menyaksikan berlakunya ikhtilaf (konflik) yang begitu dahsyat. Kala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah. Genggamlah sunnah itu seeratnya dengan geraham kamu.” (Riwayat Abi Dawud)

Bertaqwa (patuh dan tunduk pada syariat Allah) serta beramal dan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam dalam kehidupan kita, dengan izin Allah ia meletakkan kita jauh terhindar dari fitnah.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive