HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 25, 2014

Perkongsian dari Parlimen. Siri 10

Perkongsian dari Parlimen : siri 10

[ Perkasakan Pendidikan Islam ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
25 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Pendidikan
Bekalan B63/P63
Program 030100 : Pembangunan Kurikulum

Di bawah Butiran 030000 : Pendidikan dan Pembangunan Ilmu

Peruntukan Keseluruhan : RM24,787.200

Peruntukan Pendidikan dan Pembangunan Ilmu : RM24,787.200
____________________________

Dato' Pengerusi,

Saya merujuk kepada Program 030100 - Pembangunan Kurikulum

1.   Saya ingin menyentuh mengenai dasar Pendidikan Islam dalam kerangka sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia. Saya yakin kita semua menyedari cabaran-cabaran sosial yang melingkari generasi muda pada hari ini termasuk serangan pemikiran dan Ideologi yang merosakkan Aqidah + Pemikiran + Akhlak ummah.

2.   Disebabkan itu, saya amat berharap agar Pendidikan Islam dan Moral menjadi teras yang kukuh dalam memastikan proses pendidikan secara formal untuk membentuk generasi ke arah yang lebih mulia dan soleh. Sebelum inipun, YAB Menteri Pendidikan telah mengusulkan konsep Pendidikan Islam Sepanjang Hayat pada tahun 2013.

3.   Pertama,  saya berharap agar Kementerian Pendidikan dapat membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada rentas parti, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para ahli akademik dan individu-individu yang tertentu untuk kita sama-sama membincangkan dan merevisi dasar, silibus serta modul Pendidikan Islam dan Moral yang telah dilaksanakan selama ini. Ia bertujuan bagi memastikan ia kekal relevan dan mampu memberi kesan yang optimum.

4.   Kedua, Kementerian Pendidikan telah pun memutuskan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi calon SPM mulai tahun 2013. Ia diikuti dengan subjek Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus bagi calon SPM mulai tahun 2016. Adakah pihak kementerian tidak bercadang untuk menjadikan subjek Pendidikan Islam dan Moral sebagai subjek bagi lulus bagi calon SPM pada tahun-tahun yang akan datang?

5.   Ketiga, adakah kementerian juga bercadang untuk mengemaskini dan menaiktaraf subjek Pengajian Islam dan Pendidikan Moral seperti jumlah jam kredit, penambahbaikan modul atau pertambahan subjek yang kini merupakan salah satu daripada Mata Pelajaran Wajib khususnya di IPTS?   

 Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive