HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 26, 2014

Risalah Dakwah. Siri 076

Risalah Dakwah. Siri 076

5A di Alam Barzakh

1. Perasaan ibubapa dan anak - anak bercampur baur. Ada yang menangis terlalu gembira dan puas hati di atas usaha gigih selama ini akhirnya berbaloi dengan pencapaian 5A UPSR. Sementara di satu sudut lain pula kedengaran esakan tangis hiba atas kegagalan meraih 5A. Namun kelihatan juga wajah - wajah selamba rock yang langsung tidak kisah dengan pencapaian diperolehi. 5A ke, 2A ke, 5C ke, semuanya tidak jadi hal kepada mereka. Begitulah ragam manusia secara keseluruhannya.

2. Sebentar tadi saya berdialog dengan sahabat saya Dr Riduan Mohd Nor dalam satu group whatsapp. Beliau seorang sahabat yang saya nilai sebagai sangat cerdik dengan memiliki otak angka itu segera meningkah ketika kami berbicara soal kejayaan UPSR dengan mengatakan apa gunanya 5A kalau buta Al Quran ! .... Hu Hu ... saya hanya akui kebenaran kata - kata beliau.

3. Saya teringat satu hadis Nabi saw :

وَقَالَ: وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ، حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ ؟ وَمَا دِينُكَ ؟ وَمَنْ نَبِيُّكَ ؟ قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ، فَيُجْلِسَانِهِ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ قَالَ: فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ، فَآمَنْتُ بِهِ، وَصَدَّقْتُ) 

[Abi Dawud/ 4753, sahih] 

Dan dia berkata: «Dan sesungguhnya dia benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka apabila mereka berpaling membelakangkan, apabila dikatakan kepadanya: Wahai ini, siapa Tuan kamu? Dan apa agama kamu? Dan siapa Nabi kamu?». Berkata Hannad: Dia berkata: «Dan mendatanginya dua mala’ikat, maka mereka berdua mendudukkannya, dan mereka berdua berkata kepadanya: 

i ~ Siapa Tuhan engkau ? Maka dia berkata: Tuhan saya Allah. 

ii~ Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apa agama engkau ? Maka dia berkata: Agama saya Islam. 

iii ~ Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apakah lelaki ini yang dibangkitkan dikalangan kamu ?».  Dia berkata: «Maka dia berkata: Dia ialah RasuluLlah. 

iv ~ Maka mereka berdua berkata: Dan apa yang engkau tahu? Maka dia berkata: Saya telah membaca KitabaLlah dan saya beriman dengannya dan saya membenarkan».

Riwayat Abu Dawud

4. Pastikan kita semua lulus soalan - soalan di atas yang telah pun di"bocor" oleh Rasulullah saw kepada kita bagi memudahkan kita membuat persiapan ilmu dan amal bagi memastikan kita mampu menjawab semua soalan tersebut lalu meraih 5A di kubur kelak. Namun ingat, ketika itu bukan lagi lidah dan bibir menjawab tetapi amalan lah yang menjadi hujjah bagi pihak kita untuk menjawab semua soalan tersebut. Jom skor 5A di alam barzakh kelak ! Mulakan sekarang dengan menimba ilmu dan melaksanakan Amal Islami dalam kehidupan kita.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive