HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 077

Risalah Dakwah. Siri 077

Rehlah Ritriyah

1. Hari ini Lajnah Dakwah PAS Pusat sedang bermukim (retreat) beberapa hari di Air Terjun Tasik Kenyir bagi menyusun, merangka dan mangatur Pelan Tindakan Lajnah Dakwah PAS Pusat ke arah melahirkan Duat (pendakwah) yang berwibawa dan mewujudkan program atau aktiviti yang berkesan untuk menyampaikan risalah as samawiah.

2. Menyedari gerakan dakwah semakin mendesak malah menjadi keperluan jamaah dan tuntutan ummah dewasa kini, perancangan gerakkerja secara strategik dan efektif mesti disusun atur secepat mungkin dengan mengintegrasikan peninggalan sistem dan method dakwah yang warisi sejak sekian lama dari orang terdahulu dengan nilai dan method kontemporari.

3. Lajnah Dakwah PAS Pusat masih baru usianya. Sebelum ini usaha dakwah digerakkan secara berkembar dengan Penerangan iaitu Lajnah Penerangan dan Dakwah. Justeru itu, Lajnah Dakwah PAS ini mesti diwujudkan struktur organisasi dan pelan tindakan strategiknya disemua peringkat. Bermula dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan dewan - dewan (ulamak, pemuda, muslimat) juga mestilah menggerak aktifkan Lajnah Dakwah ini semaksima mungkin. Siapkan jentera, bugarkan semangat, rangka tindakan, jangan cakap banyak, tinggalkan alasan, turun ke medan dan sampaikan risalah Islam kemudian bermunajat memohon taufiq dan hidayah dari Allah swt.

Firman Allah swt :

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Surah Aali Imran : 104

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive