HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 078

Risalah Dakwah. Siri 078

Ijtimak Tarbawi 4.0

1. Ijtimak ialah Perhimpunan. Tarbawi pula ialah nisbah kepada pembinaan dan perkaderan. Ijtimak Tarbawi membawa maksud himpunan yang mengumpulkan semua anggota jamaah untuk dibina aqidah, pemikiran dan akhlak mereka, lalu dikaderkan untuk memiliki persiapan dan kesediaan turun ke medan guna memperjuangkan Islam serta menyebarkan risalah an Nabawiyah kepada ummah.

2. Pulau Mutiara menjadi destinasi Ijtimak Tarbawi edisi ke empat. Ijtimak Tarbawi bermula dengan edisi pertamanya di Rusila Terengganu, sementara edisi 2.0 berlangsung di KUIZM Taman Melewar Selangor sebelum Ijtimak Tarbawi edisi 3.0  melabuhkan tirainya di Pagoh Johor. Tentunya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjadi tunggak utama untuk meletakkan Amal Tarbawi ini terus mengungguli aktiviti pengkaderan jamaah.

3. Selepas Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang selayaknya diberikan "penghargaan" sebagai orang penting di sebalik Ijtimak Tarbawi yang kini menjadi gathering tarbawi tahunan negara ialah Al Fadhil Yb. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bagi Ijtimak Tarbawi edisi 1.0, 2.0 dan 3.0. Kini baton itu digenggam kemas oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (dibawah kepimpinan Sdr Suhaizan Kaiat selaku Ketua DPPM) untuk melangsungkan Ijtimak Tarbawi edisi 4.0. Kedua mereka adalah Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Malaysia pada zaman masing - masing dan merekalah yang bertanggungjawab bagi memastikan Ijtimak Tarbawi dapat dilangsungkan dengan jayanya.

4. Setinggi - tinggi tahniah jua buat Murabbi Ummah Al Fadhil Yb. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) yang pasti menjadi tonggak utama Ijtimak Tarbawi. Al Fadhil Tuan Guru akan membatalkan semua program beliau yang lain semata - mata mahu bersama - sama peserta Ijtimak Tarbawi yang rata - ratanya adalah terdiri dari kalangan anak muda. Program teras Ijtimak Tarbawi ialah "Durus wa I'bar Min Tafseeril Quran" bimbingan Tuan Guru Presiden menjadi tumpuan anak - anak muda yang siap mahu membina aqidah, fikrah dan Syakhsiyah dengan sinar wahyu  bersama Gerakan Islam ini.

5. Saya ambil kesempatan ini untuk turut mengerahkan seluruh dua't (pendakwah) PAS dari seluruh negara agar menghadhiri Ijtimak Tarbawi 4.0 di Kompleks Yayasan Nahdhah Kubang Semang Permatang Pauh Pulau Pinang Pulau Mutiara yang akan berlangsung pada 5, 6 dan 7 Dec 2014 akan datang. Justeru duat (pendakwah) juga mesti memiliki asas pentarbiyyah yang kukuh dan mantap untuk menjalankan tugas sebagai pendakwah. Temui ana di sana.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive