HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 3, 2014

Risalah Dakwah. Siri 059

Risalah Dakwah. Siri 059

Rindu

1. " Ustaz ! Kenapa kelmarin tidak ada Risalah Dakwah ? Kami duk tunggu sampai malam. Kami merindui tulisan Ustaz" " Hai ! , baru sehari saya tidak menulis, sudah rindu - rinduan ? ... Hu hu ...  cuti sehari sempena kemenangan pasukan favourite saya, Skuad Tok Gajah. ".  Sebetulnya saya menulis kerana kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai seorang dae'i (pendakwah) selain minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan. Saya tidak jangka ada orang merindui tulisan saya lantaran saya selalu sahaja di"belasah" ekoran pelbagai topik tulisan saya. Sementelah saya bukanlah penulis yang hebat sebagaimana penulis - penulis yang lain. Saya sendiri meminati dan merindui penulisan  rakan - rakan saya seperti Dr Ridhuan Mohd Nor, Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dan adik - adik saya seperti Sdr Hasbie Muda, Sdr Nurudin Bashah dan lainnya yang  prolifik dan mempunyai keistemewaan tersendiri dalam mengasah pena mereka.

2. Firman Allah swt :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.

Surah An Nahl : 125

Penulisan adalah salah satu hikmah dalam mekanisme dakwah. Keindahan bahasa mampu meluruskan aqal budi manusia. Ketinggian nilai prosa kata boleh menundukkan egoisme insan yang angkuh. Ketajaman pena berupaya mematahkan hujjah mereka yang menyimpang. Saya masih ingat bagaimana Risalatun Nur karya Syeikh Badiuzzaman  An Nursi, Ma'alim Fit Toriq karya Syed Qutb Rhm, antara penulisan yang bukan sahaja membina pemikiran ummah tetapi juga membangkitkan semangat juang sehingga mampu menggugat penguasa zalim di zamannya.

3. Saya saran supaya semua pendakwah kita memaksimakan perbendaharaan ilmu negara dengan penulisan ilmiah dan  bermutu selain ceramah, kuliah, khutbah, dialog, wacana dan lainnya kerana keberkesanan pena dalam membina fikrah, syakhsiyah dan aqidah adalah suatu yang sangat diakui oleh semua pihak. Justeru itu Islam berkembang dengan tulisan bermula dengan pembukuan Al Quranul Karim dan Hadis Nabi saw yang kemudiannya diperkayakan oleh syarah dan tafsir oleh para alim ulamak melalui pelbagai disiplin ilmu. Menulis bukan sahaja menghasilkan buku atau journal tetapi juga melalui laman sosial facebook, twitter, blog, web site dan juga whatsapp group, telegram dan we chat.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive