HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 3, 2014

Risalah Dakwah. Siri 060

Risalah Dakwah. Siri 060

Ku Nanti Ku Nan 

1. Tidak semena - mena, timbul lagi isu PAS Parti Ajaran Sesat. Kali ini, saya difahamkan bahawa ianya adalah dakwaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) sedang beliau adalah Setiausaha Agung UMNO dan juga Menteri Wilayah Persekutuan. Dakwaan ini berat dan sangat mengelirukan masyarakat justeru ajaran sesat adalah sebuah ajaran yang merosakkan aqidah dan mengheret ummah ke neraka Allah swt.

2. Saya harap Ku Nan mempunyai bukti terhadap dakwaan beliau. Jika tidak, pastinya beliau mesti memohon maaf atas keceluparan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang - undang. Saya sendiri bersedia untuk mengambil peruntukan mujaadalah (debate) yang diizinkan oleh syara' bagi mempertahankan PAS sebagai wadah (platform) yang memperjuangkan Islam di negara ini dan ianya sebahagian dari uslub dakwah. Insyaallah, pegawai saya akan menyerahkan surat rasmi untuk mengajak Ku Nan berdebat atas tajuk "Siapa Sesat ?". Insyaallah Ku Nanti Ku Nan demi mencari kebenaran. Beramal dengan apa yang telah di firmankan oleh Allah swt :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ 

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.

Surah An Nahl : ayat 125

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive