HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 4, 2014

Risalah Dakwah. Siri 061

Risalah Dakwah. Siri 061

Tiada Yang Maksum Kecuali Anbiya'

1. "Ulamak tidak maksum ! Kenapa tidak boleh ditegur ? Kenapa tidak boleh dikritik ? Mereka bukan maksum !" Demikian lah berlegar di satu sudut laman sosial facebook dan lainnya secara berulang ketika melampirkan hujjah dalam mempersoal dan mempertikai beberapa keputusan dan tindakan pimpinan. Saya lihat hujjah sebegini hanyalah memaparkan sikap skeptikal yang berterusan terhadap para alim ulamak kita, justeru 

Pertama : semua orang tahu bahawa tidak ada manusia yang maksum di muka bumi ini kecuali para Anbiya' Alaihimus Solaatuwas Salam.

Kedua : tidak ada siapa, khasnya dari alim ulamak kita yang mengeluarkan kenyataan bahawa ulamak tidak boleh ditegur dan dikritik.

2. Umum menyedari bahawa sejak sekian lama, alim ulamak lah yang sering menjadi tumpuan. Pelbagai teguran dan kritikan dihamburkan kepada mereka. Saya perhatikan segalanya diterima dengan lapang dada. Meskipun terdapat kritikan liar dan kesat. Ianya diserap dengan penuh sabar. Insyaallah, ulamak haraki selayaknya peka dengan pelbagai teguran dan kritikan. Namun bukan bermakna mereka tidak boleh menjawab segala kritikan yang dirembas kepada mereka. Memberi pencerahan, membetulkan fakta dan menjelaskan betul duduk sesuatu perkara adalah suatu yang wajar dilakukan disamping teguran dan kritikan membina diterima dengan baik dan dialu - alukan para alim ulamak kita. Semua pihak mesti mengamalkan kaedah "sebagaimana kita sedia mengkritik, maka kita juga mestilah bersedia untuk dikritik"

3. Isunya bukan maksum atau tidak kerana sememangnya tiada yang maksum dikalangan kita. Persoalan berbangkit ialah adab mengkritik. Sebagaimana kita mahu para alim ulamak kita menerima kritikan maka kita juga sayugianya mengemukakan kritikan yang membina bukan menghina. Saya lihat ramai yang gagal membezakan antara teguran dengan cemuhan, nasihat dengan cercaan, kritikan dengan herdikan, bantahan dengan tohmahan. Akhirnya ia merosakkan adaabul ikhtilaf (adab perbezaan pendapat) dan mengusutkan tali ukhuwwah (persaudaraan). 

Firman Allah swt :

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ  

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

Surah Al Hujurat : 12

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive