HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 5, 2014

Risalah Dakwah. Siri 062

Risalah Dakwah. Siri 062

Bangau Oh Bangau

1. Kita adalah mata rantai perjuangan. 
Mereka terdahulu telah melakukan perkara yang terbaik di zaman mereka dan demikianlah kita pula mesti lakukan sesuatu untuk menjadi terbaik di zaman kita. Tentunya setiap zaman mempunyai cabaran tersendiri dan perlu ditangani dengan cara yang tersendiri pula disamping mengambil langkah maju kehadapan dengan nilai penambahbaikan dari masa ke semasa. Itu adalah sunnah perjuangan. Kesesuaian pendekatan sangat berkait rapat dengan perkembangan semasa.

2. Sebagaimana kita mewarisi perjuangan ini dari pejuang - pejuang terdahulu maka mereka juga adalah pewaris perjuangan dari mereka yang berjuang mendahului mereka. Antara dua zaman itu, pastinya sangat berbeza. "Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang." Benarnya bidalan  orang - orang tua kita dahulu menggambarkan setiap aktor mempunyai peranannya sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap amanah yang digalas tanpa menyalahkan orang - orang terdahulu. Kelemahan diperkuatkan, kesilapan diperbetulkan dan kekurangan ditambahbaikkan supaya hari ini menjadi lebih baik dari hari esok.

3. Fenomena gemar menyalahkan orang lain seperti watak - watak dalam lagu rakyat "Bangau Oh Bangau" , juga suka menyalahkan orang terdahulu sedang amanah dan baton perjuangan berada ditangannya adalah satu sikap negatif yang bukan sahaja tidak berdaya untuk gerak maju kehadapan tetapi lebih menampakkan sikap melindungi kelemahan sendiri serta gagal menggalas beban tanggungjawab yang sedang dipikul. Sementelah kita orang beriman telah diajar bagaimana sikap kita terhadap orang terdahulu yang menyertai dan menerokai perjuangan ini. Firman Allah swt :

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Al Hasyr : ayat 10

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive