HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 063

Risalah Dakwah. Siri 063

Perang Siber

1. Islam dan penganutnya terus menjadi sasaran. Gerakan terancang dan licik bagi membelah kesatuan ummat Islam sedang giat dilakukan. Mereka guna kaedah "divide and rule" (pecah dan perintah) bagi melemahkan kekuatan ummat Islam. Senjata api mungkin dilihat tidak berkesan bagi mereka setelah mereka menilai "jarak peluru boleh sampai" dan "jumlah sasaran" dalam satu - satu masa berbanding senjata baru mereka iaitu "jaringan siber" yang mampu membunuh fikrah dan aqidah serta jumlah sasaran boleh meningkat kepada jutaan orang dalam satu - satu masa serangan dibuat.

2. Ini menjadi cabaran terbaru kepada para pendakwah. Mereka mesti tangkas bertindak dengan strategi "pertahan dan serang balas" yang seimbang dan sepadu. Tangkas membina "fire wall" pada diri setiap muslim dan dalam masa yang sama membina "cyber net" yang luas untuk menyampaikan risalah Islam sekaligus memberi pencerahan jua menyediakan "vaksin" bagi merawat fikrah dan aqidah yang telah dijangkiti virus merbahaya seperti Libralisme dan Pluralisme melalui "jaringan beralas Islam" atas nama Jaringan Islam Liberal. Sebagai contoh mudah kumpulan Sister In Islam. Pada nama kumpulan sahaja sudah kelihatan ganjil. Mereka menyandarkan nama kumpulan mereka kepada Islam tetapi banyak tindakan mereka bertentangan dengan Islam. Inilah modus operandi Jaringan Islam Liberal.

3. Ummat Islam perlu berhati - hati. Rujuk alim ulamak dan fahami syariat Islam secara mendalam. Gerakan mereka halus dan menyerap tanpa sedar. Bagai tempias air hujan, tidak terasa di awalnya tetapi sedar tidak sedar pakaian sudah basah. Begitulah fahaman liberalisme ini menyerap dan menyusup masuk melalui aliran dan gerakan pemikiran. Asasnya bermula dengan kebebasan berfikir dan akhirnya lemas dalam kekeliruan dan kejahilan sendiri. Awasi Fitnah yang mengelirukan ini. Sabda Rasulullah saw dari Huzaifah Ibnu Al Yaman Rha katanya :

فقلت هل بعد ذلك الخير من شر؟ قال: نعم , فتنةٌ عمياءٌ , دُعاةٌ على أبوابِ جهنم، مَنْ أجابَهُمْ إليها قذفوهُ فيها. فقلت: يا رسول الله ! صِفْهُمْ لنا، قال: نعم، قوم من جَلدتِنا ويتكلمونَ بألسنتِنا

Maksudnya: Aku (Huzayfah) bertanya: Adakah selepas kebaikan itu akan datang pula keburukan: Sabda Rasulullah saw: Ya, fitnah buta, penyeru kepada pintu-pintu api neraka. Sesiapa yang menyahut seruan mereka akan dicampakkan dalamnya. Kata Huzayfah: Wahai Rasulullah, nyatakan sifat mereka kepada kami. Sabda Rasulullah saw: Mereka dari kalangan bangsa kita dan bercakap menggunakan bahasa kita.

Riwayat Abu Dawud dan lainnya

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

www.perjuanganku.com
#risalahdakwah

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive