HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 080

Risalah Dakwah. Siri 080

Depani Dakwah Cyber

1. Ad Dae’I Ilallah adalah sebuah institusi penting buat ummah . Berfungsi untuk memberi pedoman dan menunjuk jalan ke arah mardhatillah . Menyambung risalah an nubuwwah dalam memimpin , membimbing dan menyelamatkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kuno atau moden .

2. Sementelah dilihat dewasa kini , ummah sedang berhadapan dengan ancaman berbisa dari musuhnya yang memangsakan aqidah , fikrah dan syakhsiyyah tanpa simpati . Lebih malang apabila sebahagian besar dari mereka terperangkap dalam kejahilan yang tebal dan kelalaian yang melampau .

3. Dunia dan ummah memerlukan dae’i (pendakwah) yang ikhlas dan gigih meredah segala rintangan , malah membelah segala halangan demi menyelamatkan mereka agar tidak musnah dan binasa lantaran pengaruh nafsu yang menguasai dan kejahilan yang melingkari .

4. Kehadhiran dae’i bukan sebagai badan sukarela atau kebajikan yang melaksanakan tugas secara volunteer tetapi ia adalah suatu yang bersifat ijbaari ( wajib laksana ) justeru ia adalah perintah Allah swt ke atas setiap individu muslim .

Firman Allah swt :

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله و هو أعلم بالمهتدين

Serulah ( dakwahlah ) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan berdebatlah dengan baik ( mencari kebenaran ). Sesungguhnya tuhanmu , Dialah yang Maha Mengetahui siapa yang menyeleweng ( sesat ) dari jalanNya dan Dialah yang Maha Mengetahui siapa mendapat petunjuk .

Surah an Nahl . Ayat : 125

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون

Hendaklah ada dikalangan kamu satu ummah yang menyeru manusia ke arah kebaikan , menguatkuasakan syariat dan mencegah kemungkaran da mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

Surah a’ali Imran . Ayat : 104

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.



0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive