HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 081

Risalah Dakwah. Siri 081

Kedudukan Pendakwah

1 . Tiada Kerjaya yang Lebih Baik daripadanya . 

Firman Allah swt :

و من أحسن قولا ممن دعا إلى الله و عمل صالحا و قال إنني من المسلمين

Dan siapa lagi yang terlebih baik perkataannya berbanding orang yang mengajak ( manusia ) kembali kepada Allah dan beramal dengan amalan yang soleh dan berkata sesungguhnya aku sebahagian dari kalangan orang – orang menyerah diri (Islam)

Surah Fussilat . Ayat 33

2 . Ia adalah Tugas Nabi saw. 

Firman Allah swt :

يا أيها النبي إنا أرسلناك شهيدا و مبشرا و نذيرا و داعيا إلى الله بإذنه و سراجا منيرا

Wahai Nabi , sesungguhnya kami utuskan engkau sebagai orang yang menjadi saksi, yang memberi khabar gembira dan khabar ancam dan mengajak manusia kembali kepada Allah dengan izinnya dan menjadi pelita yang menerangi ( kegelapan )

Surah al Ahzab . Ayat : 45 – 46

Fadhilat Berdakwah .

Sabda Rasulullah saw :

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيءٌ وَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَ وِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيءٌ

فأخرجه مسلم من رواية عبد الرحمن بن هلال عن جرير بن عبد الله البجلي

Barangsiapa yang “ menunjuk jalan ” didalam Islam dengan kebaikan maka baginya pahalanya ( sendiri ) dan pahala orang yang beramal dengan kebaikan itu selepasnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikitpun dan barang siapa yang “ menunjuk jalan ” didalam Islam dengan kejahatan , ia menanggung dosanya (sendii ) dan dosa orang yang beramal dengan kejahatan itu selepasnya tanpa mengurangkan dosa mereka sedikitpun.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive