HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 082

Risalah Dakwah. Siri 082

Bagaimana kita Berdakwah .

1. Biarpun kita menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis / FRU yang sering diguna oleh musuh untuk menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk menyelamatkan ummah agar mereka kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap wajib diteruskan .

2. Tugas dakwah wajib digalas oleh semua pihak . Bermula dari al Mursyidul Am hinggalah kepada ahli biasa dengan tahap keupayaan dan kemahiran masing – masing . Tanpa terbatas pada musim – musim tertentu sahaja tetapi mestilah istimrar (berterusan) dan istiqamah (pro aktif) . sementara kita mesti mewujudkan sistem Jalur Lebar dakwah yang bersifat online , fulltime dan borderless .

3. Firman Allah swt :

 فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah mereka serta tetap teguhlah engkau sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

Surah Asy Syura : 15

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.



0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive